Friday, 16 March 2012

Selamat Ulang Tahun



"Setiap Langkah Dipersada Itu Akan Memberikan Senyuman Manis Buat Kita"


     Februari telah berlalu hampir 14 hari yang lalu. Cukup jelas, betapa payah untuk mengharungi liku-liku kehidupan di muka bumi Allah S.W.T ini. Pelbagai cerita dan kisah yang berlaku sepanjang bulan Februari yang hanya membuatkan diri ini perlu memperlajari liku-liku kehidupan. Sebagai manusia yang belum mantap segalanya, laluinya dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Mulanya bulan Februari, pelbagai perkara sudah mula datang dalam kehidupan yang serba tidak kena ini malah ada juga kisah yang tidak sedap didengar dan perlu diselesaikan. Kesemuanya berlaku dengan pantas dan tanpa diduga. Seingat manusia, bila ego dan cemburu menguasai diri pelbagai perkara kan berlaku. Cuba membiarkan perkara itu berlalu pergi seperti air yang deras, namun bukan satu perkara yang mudah untuk kita lakukan. Mencari satu persatu jalan penyelesaian dan juga cara menteteramkan segalanya. Keadaan yang seakan parah itu tidak dibiarkan, dilembutkan dengan kesabaran dan kata-kata yang cukup membuatkan semuanya menjadi tenang. Satu perkara berlalu, usai satu perkara yang masih belum ada penghujung ceritanya. Di pertengahan jalan yang tidak disangka, ada lagi ranjau yang harus dilalui. Bagaikan tertusuk duri, tersentap jiwa, semua yang dirancang telah direntap begitu sahaja. Bagaikan tiada sifat kemanusiaan. Mulai saat itu, bagai tidak mahu bercakap dan becerita mengenai apa sahaja. Malahan adakalanya, aku jadi manusia yang kenal tawar hati. Tiada apa yang lain, selain menghormatinya. Aku meneruskan dengan hanya membuat keputusan aku lepaskan apa yang aku mahukan. Apa akan daya manusia sekerdil aku, walaupun disuruh mengadap, aku sudah ketahui segala perkara yang sudah disediakan jawapannya. Aku biarkan ianya menjadi lemak di dalam daging yang sentiasa mengeyangkan. Jika satu hari ada kejutan budaya buatnya, itulah padah tidak pandai menjaga hati. Selembut cendol, akan ada keras kerak nasinya.

      Tidak seharusnya, kepedihan dan kesedihan itu dipanjangkan sampai kesudah. hampir dua (2) hari berlalu. Dialah sahabat yang sentiasa ada di kiri dan kanan, dia juga sahabat yang memberi semangat dan dialah sahabat yang sentiasa dihormati. Bagaikan tidak percaya, rancangan demi rancangan yang dijalankan oleh sahabat handai dan junior [sekarang continue degree] bersama-sama memeriahkan majlis yang cukup indah. Biarlah tempat menjadi rahsia kami untuk selamanya. Cukup payah melentur kepercayaan kepada dia. Dia hampir terbau apa yang ingin dilakukan Terima kasih kepada semua yang merencanakan majlis yang sehebat begini. 


    Dia sungguh hebat dimata kami dengan keteguhan, ketegasan dan kebolehan dalam menjalankan tugas dan sebagainya. Sebagai mentor adik-adik dalam Library Science dan juga menjadi pemerhati pensyarah-pensyarah. Apa jua yang telah dilalui bersamanya, dia cukup hebat di mata saya. Kadang-kala cemburu juga melihat dirinya yang serba boleh dan juga bijaksana, tetapi itu semua bukan satu kepetingan. Lihatlah, persahabatan kami pernah juga dirundung duka dengan pelbagai rasa kecewa, tersentuh dan sebagainya tapi tetap utuh sehingga kini. Dia pandai menjaga hati dan juga pandai membebel.. HAHA!! Happy Birthday Mohd Jeffri Abu Hassan. Never forget that fun day.. Tepung dan telur menjadi rahsia kejayaan Malam Gemilang 12 Mac 2012. Semoga panjang umur dan sukses selalu. Sentiasa disisi kami apabila diperlukan. Semoga menjadi pemimpin yang berjiwa rakyat. Good Luck :))





Sunday, 26 February 2012

Hanya Untukmu


Terbayang senyuman manjamu
Melambai mesra di hadapan mereka
Tertunduk malu pabila tawa mengusik jiwa
Tatkala sedih menyelubungi jiwa
Sahabat menjadi satu, teman menjadi ratu
Senyum dan tawa pengubat rindu
Pengubat duka teman disisi
Jalan yang penuh berliku
Mula dirasai dugaan menerjah diri
Pabila senang diharungi, Pabila susah dilalui
Ku lihat tawa mu mulai hambar
Ku lihat senyummu mulai tawar
Ku lihat ceria mu mulai  mulai hilang

Tertunduk lalu membisu
Melihat sekujur badan terbaring sepi
Sejernih air mata mengalir dipipi
Saat melihat diri mu dada mulai sebak
Tatkala melihat mata mu
Mengalir jernih air mata melalui pipi
Teman disisi teman menemani
Merelakan diri mu pergi setenang awan di langt
Tabahnya dirimu kuat jua diri kami
Semoga kenangan mu abadi di hati kami  


Thanks to Mohd Jeffri, Nur Dalila and NurMahirah coz mereka telah membacanya di Makan Malam Alumni Library Science.. Its was awesome day.. Walaupun tiada ramai yg mendengar.. Tapi saya tetap berada dihadapan untuk mendengar.. Thanks to all my friend coz bg semangat untuk buat sajak [sajak lah kot..] walaupun tidak sepuitis A. Samad Said.. Ianya tetap kenangan yang abadi selamanya.

Wednesday, 15 February 2012

[Aku Menulis Kerana Hati III]


Each day is new life. Seize it. Live it.
By David Guy Powers

       Sememangnya, kehidupan itu banyak liku-likunya. Kesabaran dan ketabahan menjadi rempah ratus dalam kehidupan. Bagaikan tidak percaya sekelip mata, hati kita boleh direntap dan disentap hanya dengan dua hingga tiga perkataan. Bagaikan tidak percaya, apa yang diusahakan seperti segunung emas namun hanya sekelumit perak. Kehidupan yang kita lalui bukan semudah Highway yang menghubungkan antara satu negeri dan negeri yang lain. Impian seindah gunung emas itu bukanlah mudah untuk digapai dan bukan mudah juga untuk kita harungi. Biarlah serumit mana, sebagai insan kita bertaqwa dan berdoalah agar perjalanan hidup kita diredhai dan dipermudahkan. Biarlah, kita dibenci mahupun dicaci tetapi biarkan kita hidup dalam ............

Tuesday, 31 January 2012

Akhir Sebuah Januari



"Tidak mendung di mata, tetapi basah di hati."


          “Ya Allah, Aku hanya insan yang lemah, hanya mampu berlindung di bawah nauganMU.  Ya Allah, siapalah aku menolak takdir yang telah ditentukan oleh MU namun aku tidak pula mahu menjadi insan yang dibenci oleh MU”.

                Meneruskan penulisan yang bercampuk aduk bahasanya. Aku mula rasa bersalah dan mula rasa aku terlalu memikirkan yang bukan-bukan. Aku mula rimas dengan diri aku sendiri. Entahlah, kenapa kebelakangan ini menjadi-jadi dengan sifat terasa a.k.a SENTAP!! Apa dah jadi dengan diri aku sendiri pun tak taulah. Kebelakangan ni, macam-macam yang berlaku, yang itu dan ini. Kesibukan keja tidak membuatkan aku tidak membantu adik-adik yang sedang berusaha keras dalam menjayakan program yang bakal mencetuskan revolusi yang cukup gemilang bagi kami pelajar library sciences. Berkumpul dari kohot 1 sehingga 15, bagaikan tidak percaya. Sesuatu cukup indah sebenarnya. Hanya tinggal lagi 18 hari sahaja. Mengembeling tenaga untuk menjayakan apa yang bakal direncakan pada hari tersebut. Semoga segala yang dirancang bakal menjadi satu malam yang gemilang.



"Apabila Jantung Berdegup Kencang dan Pantas”

          Setelah hampir berjam-jam berada di depan lappy merenung sedalamnya. Aku bagaikan tidak percaya, ianya muncul semula dalam kehidupan aku. Aku telah melalui suatu ketika dahulu. Penat, sebagaimana penat aku menjalani hari-hari aku menjalankan tanggungjawab di pejabat begitulah penatnya aku terpaksa memberi ketabahan terhadap kekuatan hati aku sendiri. Seluruh badan mengigil menanhan segala rasa macam yang melanda dan aku bagaikan tidak percaya ianya pnatas berdegup dan terlalu laju. Penafasan yang begitu pantas dan aku tidak mampu memperlahankanya. Lantas, aku perlu membuang jauh, sejauh yang mungkin dan tidak mungkin meletakkanya dalam minda sehngga membuatkan aku terdesak dan tersedak dalam kehidupan. Menagih segala yang tiada makna, cukup-cukup menyakitkan bagi aku. Aku pernah lalui semua tu. Aku faham, in fact benda yang aku nak lalui nanti lagi menyakitkan. Sudahlah, itu hanyalah Apabila Jantung Berdegup Kencang dan Pantas. Biarkan berlalu macam tu sahaja, asalkan kita tidak sesakit manusia yang menghidap penyakit kronik. Biarlah ianya menjadi satu mimpi yang indah pernah aku lalui. Semoga semuanya lancar dan baik

Tuesday, 24 January 2012

Biar Sampai Ke Bintang

Biar Sampai Ke Bintang - by Asmidar

Biar mimpi, mimpi kita
Cecah sampai ke bintang
Walau arus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tak akan mudah mati
Mimpi ini harus aku

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian setiap satu dari kita


Thursday, 19 January 2012

Everybody lives for something better to come


Everybody lives for something better to come – by Anon

  
Assalamualaikum.

     Hampir 11 hari berlalu. Final exam yang cukup mendebarkan dan cukup menakutkan. Hampir setahun lebih meninggaklan nota-nota dan bahan rujukan, akhirnya kembali jua ke dunia yang baru, iaitu kerja dan belajar. Pelbagai sudah saya harungi sebagai seorang staf dan sebagai seorang mahasiswa. Cabaran sebagai seorang staf dan pelajar bukanlah satu perkara yang cukup mudah untuk kita lalui. Perlukan semangat yang kental dan keazaman yang cukup utuh di dalam diri. Bagaimana hendak berjaya? Tepuklah buku keluarlah isi. Bukan mudah, melalui hari-hari yang penuh dengan tekanan di tempat bekerja, tugasan yang diberikan oleh pensyarah yang sentiasa menghantui diri. Kadangkala hadir satu sifat yang dinamakan cepat mengalah. Pernah satu ketika hampir mengalah apabila assignment di tolak berkali-kali. Apakan daya, tidak sebijak pelajar straight A's. Cukup lemah, selemah yang boleh dicampur aduk dengan ragam rakan sekerja, cukup kuat dugaan yang dilalui. Akhirnya, selemah-lemah yang dilalui dapat diharungi dengan cukup tenang. 
     Tanggal 08 Januari 2012 membuktikan kelemahan yang dilalui selama ini hanyalah sebagai dugaan dalam kehidupan. Berbekalkan apa yang diketahui dan apa yang telah dibaca, dengan penuh tenang menjawab soalan-soalan yang dikemukan. Cuba diamalkan, apabila sudah berada di hadapan pintu dewan peperiksaan usahlah memegang sehelai mahupun berhelai-helai kertas mahupu nota yang kita baca. Biarkan nota itu berehat di dalam bagasi dan kita cuba menteteramkan jiwa sambil beristgfar. Itu berkenaan dengan final exam yang dilalui. Tamat je peperiksaan, aku sudah MERDEKA!!! Buat rakan-rakan yang lain teruskan perjuangan anda. At the moment, adalah my mom birthday! Sebelum melangkah kaki keluar dari rumah. Salam and cium dia sambil berkata "Selamat Hari Jadi MAK!"... My mom just say "Terima kasih!".. Happiness!! Early morning and my mom wish good luck for final exam. Itulah ibu, itulah emak then i just another person i call mama! Its was amazing. Dalam kehidupan ini bagaikan tidak percaya, i can call someone mom! mama! mummy and this two person celebrate their birthday on same month but different date. I'm proud to be your son. Exam done well!! Apa yang terjadi, kami lepak bramai-ramai memeriahkan KFC dekat UiTM Sek 2!! HAVOC! walaupun 4 orang je.. By the way I'm gonna miss that moment!!
     Tanggal 13 Januari 2012, i just send my wish birthday menggunakan my BFF fon! Sorry TENGAH BULAN! kopak la derrr. [HAHAHA!!].. Just send the best wish i think. HAHA! So, thanks welcome from my mummy! Hope she enjoy their birthday!! 
      Happy New Year! HAHA even dah berlalu begitu lama ianya tetap NEW YEAR! By the way, malam new year tu  memang havoc dengan my junior! Nak kata lama xjumpa selalu je jumpa, siap ketawa melekek-lekek.!! Lupa daratan kalau kami semua ketawa! Bestnya, shazONE mula memperkenalkan AIDA!!! HAHA!
Hangout together and for half and hour just wait the NASI LEMAK at some curry house restoran! DAMM! Bad Service but NOT Bad Romance..HAHA!!! So, tahun baru dimulakan dengan penuh keceriaan dan kehidupan seperti biasa. Sakit harus dijalani dan yang gembira itu dilalui. Apapun yang berlaku dan telah berlaku, kita adalah manusia, yang tidak ada kesempurnaanya! Jadi, perkuatkan diri dengan apa jua keadaan..







See u all, at the next dedicate!

Sunday, 15 January 2012

Menghitung Hari - Salamiah Hassan

Sayang ku menghitung hari
Dengan debaran di hati
Saat-saat berjauhan teramat menyiksakan

Sayang sejak engkau pergi
Waktu seakan terhenti
Dalam rindu kubisikan lagi namamu

Belum pernah ku alami keresahan yang begini
Siang malam ku bagaikan tiada berbeza
Dalam hatiku bertanya apa kau jua gelisah
Menghitung hari untuk segera kembali

Sayang dalam perpisahan
Terlalu banyak godaan
Demi kejujuran ini
Tidak kuhiraukan

Sayang bila kesunyian
Ku diburu kebimbangan
Apakah aku berdosa merasa curiga