Thursday, 14 February 2013

Video III - Hayati Liriknya




Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Keran tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di laluan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:
Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malamku berkalut benci

* Hampir sebulan lebih berlalu. :) Sedari dari lamunan tadi saya tersedar, inilah ujian Allah S.W.T *

Credit to : Jumayza Yahafi, perkenalkan lagu ini :)

Tuesday, 12 February 2013

Happy Holiday ~

Assalamualaikum W.B.T  :)

Happy Holiday :) Sweet CNY~ Haha.. :)
Selamat Tahun Baru China :) 

Smile :) UKRIDA and MANIPAL guys balik. Haha. Hampir enam bulan tidak bersua muka, akhirnya. Pertama! Jumpa Aiman Firdaus :) So far tiada apa-apa perubahan sangat. Mungkin dah lama tidak bersua muka, nak gelak lebih-lebih pun tak berapa nak tahu. Still kelakar beb! Kalau ada perubahan pun Saiz mahupun ...... [hanya untuk diri sendiri]. Selepas beberapa minit, Hah! Syamsul, walaupun duduk dekat Malaysia, tidaklah berbatu-batu hendak berjumpa namun kekangan yang ada membuatkan kami jarang berjumpa. Syamsul banyak membantu saya dalam masa terdekat ni. Thanks Syamsul :) Selepas dah berkilometer berjalan dengan Aiman and Syamsul siap ber "meatball" dalam kereta, sampailah KLIA. Hendak dijadikan cerita berpusing berkali-kali sebab memikirkan hendak "parking" atau tidak. Haha.. Last parking jugak. :) 

Tunggulah diruangan ketibaan, waktu itu jam telah menunjukkan 12.00 tengah malam. Lama juga berlegar-legar tunggu ketibaa Team UKRIDA. First Apai! Serius dia kurus! Bosy solid macam Salmiah Gamat ~ Haha.. Serius jelous sangat. Tunggu punya tunggu.. Lamanya yang lain, rupanya kena tahan KASTAM, terlebih muatan. Haha.. :) Pelukan pertama! Mad! "Abang nash! Apa dah jadi besarnya!" Serius rata-rata kata aku Fatty! Aman "Sihatnya Abang Nash" Haha.. Thanks Aman,biasalah stress je makan selagi boleh. Last! Shazwan! OMG! OMG! OMP! OMP! Dia dah balik. Serius ke Shazwan depan mata. Haha.. Peluk siap berdansa lagi sambil ketawa. Dia cakap benda yang sama. Gemuk! Oh My Fatty! Seriously, jangan cakap saya gemuk. Biasa je, HAHA! Nak buat macam mana nak, rezeki berbadan sasa.! :) Haha.. Bergelak ketawa sementara sambung dekat kedai mamak. Ali Maju adalah pertemuan semula, hampir terpisah enam bulan dan kini hanya ada masa sebulan untuk mengeratkan silaturahim itu semula. Lepak dekat kedai mamak! Semua balun roti canai, nasi lemak and mee goreng. UKIRA Says " Dekat indon takda macamni" Haha.. Silakan.. Silakan.. Lepak sampai kul 4.00 pagi then balik umah masing-masing. Boleh bayangkan macam mana penuh Alpha Villa masa tu. Haha.. Nasib baik muatan berat tidur di rumah sendiri ye. :)

Hari sabtu, hantar Aman ke BTS and teman Sayuti ke Low Yat and hantar Syam ke Vista. Awkward moment. Haha.. Pulanglah ke rumah masing-masing. Malam? Confirm sambung lepak lagi. Jumpa Madie, Zuhaili, and Ain. Serius dah lama tak jumpa madie. Rindu pulak dengar dia membebel.. Haha.. Lepak at KL Tower and Kedai Ali Maju.. Kerja gila, pergi BTS jam 1.00 pagi beli tiket pergi melaka. :) What? Pergilah melaka teman Shazwan pergi ambil kereta dia dekat Melaka. Dapatlah tengok kampung dia. Kerja gila sekali lagi, pergi Kluang, OMG! Serius macam nak merasa tidur dekat sana je. Aman, tenang dan damai. Lepak dekat rumah Aman, lepas siap solat Asar baru gerak balik KL. Sharp 12.30 sampai rumah. Thanks Shazwan bawak jalan-jalan. Sorry kalau menyusahkan :)

That it. :) Happy Holiday Aman, Mad, Shazwan, Apai, Aida, Aiman and Sayuti (baru kenal weh!). Good Luck Exam Syamsul. Yang tak balik Aisar, Sol, Fizi, Aizul selamat bercuti. :)

Friday, 8 February 2013

Terima Kasih Ya Allah :)

Assalamulaikum W.B.T :)

Apa khabar hati kita hari ini? Minda? Iman? Perbaikilah diri demi masa depan. Usah malu dan ragu untuk memperbaiki diri. Setelah hampir berminggu-minggu berlalu perkara yang tidak dijangka, akhirnya pekung di dada dirembeskan kepada sesiapa sahaja yang bertanya. Jika pada bulan kita bercerita, kali ini manusia biasa mula memula langkah menjangkau peribadi. 

Melangkahkan kaki di dalam sebuah bilik yang penuh dengan ketenangan dan juga berbekalkan kekuatan ditemani selawat, kaki melangkah dengan senyuman yang hanya biasa dilemparkan. Pada ketika itu, perasaan gemuruh terus menerus menerpa diri. Memohon dari Allah S.W.T dipermudahkan segala urusan saya sebagai manusia. Malam sebelumnya, air mata ini dikeluarkan sehabis mungkin, supaya tiada drama Melayu yang dilakonkan di dalam bilik itu. Biarlah pembaca dari segenap desa mengatakan saya Raja Air Mata, namun itu adalah cara saya meredakan keadaan dan juga melepaskan segala tekanan yang berada di minda. Alangkah selesanya, ada rakan dan taulan mahu menaman ketika itu, namun hanya bertemankan telefon bimbit di tangan dan meluahkan pada sesiapa yang sudi mendengar. Alhamdulilah, masih ada yang sudi menemani dan juga memberi semangat. Setenang angin di luar bilik, begitu juga di dalam bilik. Perlahan-lahan mendayukan perkataan, perlahan menceritakan sinopsis lalu perlahan-lahan menahan titisan air mengalir. Gagah, Gugup becampur baur menjadi satu. Seketika itu, penilaian mula dilakukan, mula dijalankan. Hanya Allah S.W.T yang tahu bagaimana perasaan waktu. Gundah gulana, ibarat menunggu nyawa dicabut. Setiba di penghujungnya, semuanya tersenyum, semuanya sudah menjadi satu cerita pendek yang masih memerlukan epilognya. 

Melangkah kaki keluar dari ruang yang cukup sesak namun tenang itu, hanya ungkapan ALHAMDULILAH syukur kepada Allah. S.W.T, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Allah S.W.T selalu menolong hambanya di dalam kesempitan dan juga kesusahan. Saya percaya, kalian mesti percaya, Allah S.W.T juga percaya akan ada sinar untuk mempebaiki apa sahaja yang salah. Syukur, Syukur dan Syukur yang tidak terhingga sehingga ke hari ini. Semua isi episod di dalam cerita pendek sudah mula diceritkan kepada pengarangnya. Kini, hanya menanti saat dicetak dan dikeluarkan. :) Aku bersyukur dengan apa yang terjadi di dalam cerita pendek itu, kerana aku lebih kenal watak dunia, aku lebih mengenal yang mana intan dan yang mana permata, aku jua lebih faham akan kehendak dan keperluan

Ya Allah, sesungguhnya aku manusia yang lemah yang tidak berdaya namun pertolongan dariMU membuatkan aku terus gagah dan berani untuk terus berada di muka bumi Mu ini. :)

Terima Kasih Allah :) Syukur :)

Wednesday, 6 February 2013

Sabar Itu Separuh Daripada Iman :)

Assalamualaikum W.B.T :)

Today 06 February 2013, what the bad day. Perkara yang sekecil zarah kini sudah menjadi nanah. Terdetik di hati untuk menjadi berani, namun hampir gagal. Hampir menitiskan air mata apabila nama diburuk-burukkan. Sedarlah wahai umat manusia, Allah memerhati. Sejahat-jahat saya, saya belum pernah mempermainkan maruah orang. Where your dignity? Need to respect and be respect to others! :) Walaupun saya hanya duduk di tangga yang rendah tidak bermakna saya lemah. Saya juga mampu. Hari ini, terjawab semua rangkulan peribadi menjadi satu initipati isi dalam memperjuangkan hak diri. Biarlah disalah erti, namun kaki saya berpijak di bumi yang nyata. Andai Allah memberi ujian itu adalah satu kebaikan dari hikmahnya kita lihat. Jangan disekat minda, namun bersyukur kerana dipilih untuk diberi ujian. Allah S.W.T sayangkan umatnya. Amin :)



Sunday, 3 February 2013

Pada Bulan

Pada bulan aku bercerita
Siapa aku dan siapa dia
Pada bulan juga aku bercerita
Tiada siapa tahu apa yang aku rasa

Pada bulan aku bercerita
Aku letih, aku sakit
Pada bulan jua aku bercerita
Tiada kekuatan meneruskan perjalanan

Bulan mula berkata-kata
Aku yakin kamu boleh
Bulan mula berkata-kata
Kamu kuat kamu tabah

Bulan mula bercerita
Kamu ada DIA, tempat berlindung tempat berteduh
Bulan mula bercerita
Usah risau, usah gusar

Pada bulan aku bercerita
Aku sedih, aku pilu
Bulan mula berka-kata
Usah sedih, usah pilu
Ada sinar matahari menyinari hidup aku

Nashriq Ismail 03/02/2013
1.30 am

Wednesday, 30 January 2013

Duri

Assalamualaikum W.B.T :)

Hampir bersawang blog saya ini. Tiada idea yang ingin dimuntahkan, jika ada pun sudah diluahkan di tempat lain. Alangkah indahnya kehidupan, jika masa boleh diputar semula. 30 hari 29 hari sudah berlalu dalam bulan Januari 2013. Sedar atau tidak, sudah menjangkau 25 tahun. Rasanya, seperti semalam baru menggalas bag, berjalan bersama rakan-rakan, memakai seluar biru, berbaju putih sambil menikmati ais krim buatan mak cik kedai di tepi jalan. Alahai, comelnya! Berlari-lari apabila melihat abang mengambil adiknya pulang dari sekolah. Aduhai, itu kisah bertahun-tahun dahulu. Meningkat usia pula, berseluar hijau, berbaju putih, skema dan pendiam. Terkejut dengan suasana di sekolah menengah. Lebih mengejutkan apabila semua di dalam kelas itu adalah lelaki. Diam dan tidak terkata, dibuli, diejek itu semua menjadi permainan setiap hari. Aduh! Manisnya sewaktu disekolah.

Tiba-tiba rindu pada suasana bising di dalam kelas. Menari, menyanyi, ketawa dan sebagainya. Seakan-akan baru semalam terasa di bangku sekolah, sambil melihat berpusu-pusu junior baru masuk sekolah menengah. Alahai! Tuanya masa tu. Hampir 8 tahun saya meninggalkan sekolah, tetapi bukanlah itu cerita yang ingin dikongsikan. Cuma terbayang-bayang zaman persekolahan, adakalanya bila kita bermasa muka bersama rakan dan taulan, akhirnya kita akan bertegur sapa semula. Biasalah, muda, remaja dalam meningkat usia. Salah faham, itu semua perkara biasa yang akan dilalui oleh semua orang.

" Duri Itu Sakit "

"Duri itu tidak sakitlah, biasa sahaja. Luka nanti sembuhlah." Wow! Hebatnya jika kita mempunya perasaan sebegitu. Siapa tidak kenal erti sakit, sedangkan menunggu sakratul maut pun sakit, inikan pula duri yang tertusuk. Aduh! Pedih sungguh. Kebelakangan ini, seperti mahu memencilkan diri, tidak mempunyai minat untuk bercakap dengan rakan-rakan di pejabat. Seperti lebih selesa duduk di dalam pejabat sendiri. Menulis tugas-tugas yang belum dilunaskan dan berfikir sejenak di mana khilafnya saya sebagai manusia. Lihat keadaan sekeliling seakan-akan meriah mentertawakan saya dengan cerita lucu yang dibuat oleh rakan-rakan. Aduhai hati, siapa yang tahu. Sebenarnya, perkara sudah hampir berminggu-minggu berlalu, namun ia masih segar dan tidak mudah luput diingatan. Bayangkan apabila ayat sebegini dinyatakan "Awak ada hubungan ke dengan dia?" Pada awal boleh ketawa dan bersuka-ria, tapi lama kelamaan? Apa yang dirasa? Anda rasa boleh terus memegang watak dan terus melakokan aksi ranjang? Begitu? Pada awalnya, merasakan itu hanya satu kata-kata mainan, lama kelamaan ianya menjadi duri dan diluar jangkaan. "Tidak kisahlah nak tidur serumah ke, sekatil ke, dosa you all, bukan I tanggung dan kena sedar diri you all tu lelaki". Bagai dihempap batu rasanya. Bagaikan cacing kepanasan juga masa itu. Bayangkan, sehingga dosa manusia, manusia tentukan? Di mana kewarasan kita sebenarnya? Lebih baik jika kita nilai dahulu apa yang kita buat? Lebih baik kita fikir dan renung apa yang telah kita perkatakan? Alangkah lebih afdal  adakah kita manusia yang sempurna? Usah lihat keliling, namun lihat dahulu apa yang ada pada kita. Siapa kita menentukan dosa manusia lain? Perkara yang tidak ada, diwujudkan? Perkara yang tidak sahih diperkatakan? Agaknya dosa tak berkata perkara yang tidak wujud malah tiada kesahihannya? ADuh sayang, Malaikat di kiri sudah menjalankan tugas. Dosa ku bukan dosa mu, Dosa ku bawa ke liang lahad, dosa mu di liang lahad mu. Semua manusia itu tidak sempurna, jika pernah ada kesilapan dan khilafnya dia pada manusia lain itu antara mereka, jika mereka telah menyelesaikan usah dibangkitkan, namun perkara itu akan dibangkitkan di padang mahsyar sebagai penimbangtara antara neraka jalan mu mahupun syurga tempat ku. " Susah nak jumpa awak ni, nak kena inform dekat scandal awak dahulu baru boleh jumpa ke?" Ayat apakah? Wow! Sangat menarik, nampaknya seperti meminta selipar saiz 42. Aduhai manusia? Di zaman apakah anda hidup? Mesopotamia? Neolitik? Paleolitik? Purba? Firaun? Aduhai, kesianya, [Nak jumpa, jumpa jelah - Xpayah nak mention sangat]! Air yang jernih, makan lama makin keruh. Terus keruh sehingga tidak mampu untuk dijernihkan sehingga hadirlah dendam yang dipendam. Hanya mampu membawa muncung seribu, sindiran dan juga jelingan manja. Itulah manusia.
When you smile, I never smile back! TQ! Walaupun dahulu jahat, tidak semestinya manusia itu jahat selamanya. Jangan dilihat pada masa silam seseorang itu, kita tidak tahu akan masa depannya. :)

Tiga perkataan KERAMAT ini tidak sesekali dipandang remeh oleh saya. Terima kasih kerana mengajar saya erti persahabatan. Dunia ini berputar ibarat roda. Kini tiba masa saya, saya akui dahulu pernah menjadi "STALKER" namun tidak pernah terfikir menjatuhkan hukum tanpa kesahihannya. Sebagai hamba Allah, umat kepada Nabi Muhammad S.A.W sepatutnya mebimbing bukan menjatuhkan hukum dan salah pada seseorang. Kenangan paling indah 2013 saya sudah dapat anda bagaimana? Hidup kita ini hanya sementara.. Satu hari nanti akan ada perubahan. Mulai saat ini, HITAM nama MU di dalam diari hangus KU! 
Sekian Terima Kasih :)

" Longkang mana tak busuk wei, kalau banyak sampah"!

p/s :
  • Mohon Maaf jika ada kesalahan tatabahasa, penggunaan ayat, kosa kata, ejaan, terasa hati, jantung, limpa, hempedu dan organ-organ lain. Terasa hati ke? Renung-renungkan dan selamat beramal
  • Shazwan! Aman! Mad! Apai! Aiman! Aida! Welcome Home. :) Selamat pulang ke Malaysia. 

Tuesday, 8 January 2013

Video I - Liriknya :)



Harus Terpisah - Cakra Khan

Sendiri sendiri ku diam, diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti, berhenti mencoba
Mencoba bertahan, bertahan untuk terus bersamaku

Ku berlari, kau terdiam, ku menangis, kau tersenyum

Ku berduka, kau bahagia, ku pergi, kau kembali
Ku mencoba meraih mimpi, kau coba tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Bayangkan bayangkan ku hilang, hilang tak kembali

Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin, mungkin tak berarti
Berarti untukku rindukan

Ku berlari, kau terdiam, ku menangis, kau tersenyum

Ku berduka, kau bahagia, ku pergi, kau kembali
Ku mencoba meraih mimpi, kau coba tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Kini harusnya kita coba saling melupakan

Lupakan kita pernah bersama

Ku berlari, kau terdiam, ku menangis, kau tersenyum

Ku berduka, kau bahagia, ku pergi, kau kembali
Ku mencoba meraih mimpi, kau coba tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu