Tuesday, 21 January 2014

2013 ? Antara Senyum, Tangis & Tawa

Assalamualaikum WBT  :)

Alhamdulilah, masih diberi nikmat dan rezeki untuk menyedut udara nyaman di dunia. Allah terus menerus memberi nikmat yang tidak terhingga. 20 hari sudah berlalu, 2013 meninggalkan banyak kenangan indah buat saya sebagai manusia yang menumpang di bumi Allah S.W.T. Pantas masa berlalu, sedar atau tidak umur saya telah menjangkau ke 26 tahun. Alhamdulilah, Kenapa Allah terus menerus menghidupkan saya di bumi ini? Kerana masih terlalu banyak dosa yang sempat dicuci. Lima kali sehari, namun adakalanya terkurang tiga, terkurang dua dan adakalanya, menjadi pengikut Iblis untuk dihumban ke neraka. Manusia mana yang tidak lalai dan alpa, namun jangan dipatahkan semangat kerana Allah S.W.T sentiasa memberi dengan apa yang kita pinta. 


2013? Alhamdulilah, secara totalnya saya rasa puas melalui 2013 dengan pelbagai onak duri. Pengajian di UiTM hanya tinggal lagi setahun setengah, sudah berkhidmat di UNISEL hampir tiga tahun, dikurniakan keluarga yang semakin besar. Seorang Ayah, Seorang Ibu, Seorang Kakak, Dua orang Abang, Seorang Abang Ipar, Dua orang Kakak Ipar dan Seorang Adik. Anak buah yang dari tahun ke tahun meningkat umur, Tiga orang lelaki dan Lima orang perempuan. Semakin hari, usia Bonda dan Ayahda makin meningkat dan makin hari makin didatangi pelbagai jenis penyakit. Adakah diri ini bersedia untuk menerima kehilangan mereka di depan mata? Secara jujurnya, saya tidak mampu. Kekuatan dan semangat yang hadir ke dalam diri ini datangnya dari Doa seorang Bonda dan leteran seorang Ayahda. Semoga Allah S.W.T terus memanjangkan usia Bonda dan Ayahda. Di lubuk hati yang kecil ini berharap agar Bonda dan Ayahda dapat kembali melihat saya berdiri gah di atas pentas konvokesyen kelak. 


2013? Alhamdulilah, Allah memberi rezeki sekali lagi untuk bersiar-siar di negara jiran. Adakalanya terfikir sejenak, saya terlalu leka sewaktu disekolah. Menyesal? Semestinya YA, melihat adik-adik melangkah ke negara jiran menyambung pelajaran, sedikit cemburu itu muncul namun apalah daya sebagai manusia kerdil, nasi sudah menjadi bubur. Apa yang ada kini cukup membanggakan, kerna hasil usaha yang bertubi-tubi dilakukan. Kenangan paling indah yang saya sendiri ciptakan untuk memenuhi ruang hidup adalah melangkah kaki ke Jakarta sebagai tetamu di sebuah rumah di Tanjung Duren, Jakarta. Menyambut hari kelahiran seorang teman dan juga serorang adik yang terus berjuang untuk bergelar Doktor. Alhamdulilah, syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang untuk mengenali mereka-mereka yang hebat. 2013? 25 Tahun, Dikurniakan hati yang rapuh. Dikurniakan perasaan seorang lelaki. Terus menerus menjadi misteri kerana Allah S.W.T lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya. Semoga terus berjaya dalam menongkah arus kerjaya dan semoga terus menjadi yang terbaik diantara yang terbaik. Mungkin mulut ini diam, namun hati terus berbicara. Sehingga tiba masanya, mulut akan berbicara jua. Kekuatan dan azam, sehingga kita ketumu disuatu bingkisan bicara.

2013? Meneruskan perjuangan sebagai anak muda dalam menggerakkan pasukan mahupun jentera berkaki untuk mempertahankan kedaulatan negara tercinta. Terus berjuang, bergelar Setiausaha lelaki dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Berkecimpung dalam dunia gelita pada mulanya hanya ingin tahu, lama-kelamaan menjadi manusia yang perlu mengambil tahu. Deringan telefon di mana sahaja, berpucuk-pucuk email menerjah dan juga berkoyan-koyan aktivitas yang disertai. Dari IMPACT bawa ke Gelandangan kemudian berubah wajah ke Forum Kebangsaan Pemimpin Muda kemudian berubah arus ke Masa Depan Ku Pilihan Ku kemudian Acara  Gilang Gemilang, Persidangan Generasi Y 2014. Alhamdulilah, Allah telah mengurniakan sedikit bakat pinjaman dunia sementara, menjadi seorang pengacara majlis. Mendapat komentar yang positif kata sesetengah pihak, Alhamdulilah, terima kasih kepada yang terus menerus memberi semangat dan dorongan. Teringat seseorang yang bergelar Bonda juga, tidak putus-putus memberi semangat dan doa, menghantar SMS, Whatsapp dan tidak terlepas untuk menelefon. Terima Kasih yang tidak terhingga. 

2013? Catatan sedih bersulam duka, pastinya perpisahan yang sering berlaku bersama adik-adik yang kembali pulang berjuang ke medan peperangan bagi bergelar seorang Doktor. Semoga kalian terus utuh dengan ukhwah yang ada. Terima kasih menerima saya sebagai tetamu sampingan dalam buku cerita cemara kalian. Semoga terus dalam Barakah Allah S.W.T. Cerita-cerita palsu dan kata-kata pujangga dari sang lebah yang sentiasa mengharapkan belas ehsan membuatkan diri ini terasa hina menjadi seorang lelaki yang beperwatakkan lembut. Jauh di sudut hati, adakah anda terfikir sejenak, kata-kata itu Doa. Kata-kata itu sakit dan sukar untuk diterima. Sudah jauh, hanya laluinya dengan sabar dan kata seseorang kita memberi tindak balas secara halus dan profesional. Melalui saat-saat genting apabila ingin ditukar tempat berkhidmat membuatkan diri ini terasa seperti bola yang mampu ditendang oleh David Beckham. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Allah mengurniakan akal dan fikiran untuk berfikir dan fikirlah sejenak sementara akal dan fikiran itu berfungsi.  Pelukan terakhir bersama teman-teman yang saya sayangi, tiga tahun mengenali meraka di dalam kelas, di dalam kamar dan juga di meja makan membuatkan diri ini kadang-kala menjadi rindu yang teramat. Kembali bersama setelah berpisah hampir setahun setengah, mereka meneruskan perjuangan di medan masing-masing. Ketawa, tepung dan sebagainya membuatkan ukhwah itu kembali utuh dan kuat. Terima kasih kalian berdua kerana memberi semangat dan terus membantu insan yang lemah. Semoga cita-cita kalian hendak ke luar negara tercapai. Pastikan Segulung Ijazah Sarjana berada di dalam tangan.


Akhir kata, Terima kasih kepada semua yang menerangi kehidupan gelita saya. Terima kasih kepada sesiapa yang menjadi Bonda dan juga Ayahda kepada saya. Terima kasih kepada sesiapa yang menjadi kakak dan juga abang dalam kehidupan saya. Teguran dan juga nasihat kalian berguna mungkin membuatkan saya lebih matang untuk terus hidup di bumi Allah ini. Buat teman-teman, teruskan perjuangan sehingga tiupan sangka-kala, jangan diendah kata-kata keji namun perhatikan jam yang masih berputar di tangan. Inilah fitrah kehidpuan, adakala kebelakang dan ada juga yang mara kehadapan. Jangan ditoleh kisah dibelakang namun kejarlah cerita yang menarik dihadapan. Memohon maaf atas segala kekurangan di dalam tahun 2013. Kembalilah melihat apa erti kita hidup di dunia? Membantu atau sekadar Membatu. Jalan yang sama cuma lekok serta bengkang-bengkok yang tidak serupa. Semoga kita berjumpa lagi di kalam cerita dan bingkisan yang lain. Terima kasih sudi membaca. :)

Friday, 6 December 2013

Susun Silang Kata

Assalamualaikum wbt. 

Apa khabar? Amboi bersawang sana sini blog ni. Apa khabar Iman? (Ayat Mad dalam blog dia) - Masih mencari Nur dan Kasih dari Allah (jawab dalam hati). Aduhai. Beberapa minggu lagi akan berlangsung majlis perkahwinan abang saya. Stress! Wedding Planner Stress beb! Urus sana sini, dah macam Perunding Perkahwinan yang termahsyur pulak! Adeh~ Dalam kekalutan dengan bermacam benda, sabtu lepas dengan terkocoh-kocoh sebab dah lewat nak ke pejabat, perkara yang tidak diingini berlaku! Oh My Gusi Gigi.! Jatuh dalam bilik air buat kali ke DUA! First time jatuh masa dekat tempat ambil wuduk KLFC! Okay. Lebam kaki kiri, lebam bawah lutut sebelah kanan. Takda yang patah, punggung sebelah kanan until now kalau duduk dekat simen confirm A++ sakitnya. Dekat office wajib ada bantal untuk bersandar. Kesan? Bukan datang hari kejadian. Selang beberapa hari barulah, sakit itu dan ini, seperti biasa, dapatkan injection dan buat medical check up pasal Gout! Dr. Azlina tu tak percaya dengan umur yang masih muda dah ada Gout! So sabtu ni keputusan!Walla~ Sakit penghapus dosa jah! Lalui je dengan sabar, tapi Doktor yang cantik molek itu berpesan, please3x! Jangan jatuh lagi, sebab bonds boleh !#!$@$3 (lari dari landasan kot - tak ingat dah). Mungkin bukan sekarang, tapi masa umur dah meningkat nanti. 

Haip! Lately ni, terkenang-kenang sesuatu sikit. Tengok instagram, tengok gambarlah. Huhu! Be cool! Be strong. Jadi! Jaga kesihatan dan sebagainya. Masih banyak perkara yang belum selesai lagi. Got To Go! Okay Jah! Jumpa lagi dibingkisan lain. 

Semalam tetiba terfikir ayat ni : Apabila sudah tiada baru dikenang, semasa ada? Pabila perlu dicuit. Ok! Babai!

Monday, 18 November 2013

Monday is Isnin

Assalamualaikum wbt.

Monday is Isnin. Nah! Translate je dekat google. Oh My Gusi Gigi.! Semalam adalah perkara paling menakutkan yang berlaku. Perkara yang cukup-cukup membuatkan saya "Down" bukan kebawah tapi semangat yang hilang. Semalam sepanjang hari ada di puncak perdana, kelas dari pagi hinggalah ke petang. Alhamdulilah, kelas pagi pensyarah tak masuk, jadi siapkanlah sikit kerja-kerja yang terbengkalai. BEL492? Presentation Skill? Huh! Kalau bahasa melayu takda masalah, memang ku susun ayat seperti A. Samad Said. Nah! Nashriq 3rd Presenter kata Madam Rosza. HAHA! What happen? 1st presenter and 2nd presenter GOOD! NICE! EXCELLENT! 3rd Presenter??? DISASTER! Sorry! English saya memang tak dapat diselamatkan. Sememangnya dari bangku sekolah lagi english tu susah bebenor teman nak semai. Cuma kebelakangan ini, cuba membaca novel berbahasa inggeris, cuba bercakap. Presentation punya tajuk vavavom! The Causes of Homless People in Indonesi, Jemah bawak 3 point Lack of Formal Education, Financial Crisis and Migration from Urban Area to Rural Area. Nah! Ingat senang nak present, baca artikel dah berminggu-minggu. Redo Outline presentation dah berkali-kali. Last! Nashriq your slide presentation full of information. Hmmmm. Down.!Most of you i think fail but some of you do very WELL! Kita dalam kalangan yang fail tu. Well ~ Well~ Well~  Dah memang tak pandai english nak buat macam mana. Haha. Practice Practice and Practice. Sedihlah jugak, tapi benda dah berlalu. So focus on next presentation. Tajuk yang rasa macam melekat di hati ni children song. Hmmm.. Tunggu dan lihat je. Jumpa lagi. :)

Friday, 8 November 2013

Pagi yang membara

Assalamualaikum wbt. 

Hi! Lama tak update blog, dibiarkan sepi tanpa apa-apa berita. Sedikit cerita untuk kebelakangan ini. Banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini. Rasa kadang-kadang kenapalah perkara sebegitu berlaku. Kebelakangan ini, lebih sensitif dengan isu-isu yang kadang-kala dianggap sampah sarap bagi orang yang intelektual namun bukan saya saya yang berminda kelas ke tiga. Alahai, dah jiwanya memang sentimental. Adakala tu, simpan je dalam hati, lepas itu biarkan je berlalu macam air sungai yang membawa sampah yang dibuang oleh manusia nan durjana!  Hei! Bahasa jiwa bangsa beb! Biasalah setiap interpretasi orang itu lain-lain. Jika mahu berjenaka, berjenaka dengan bahasa yang jelas terang. Jangan letak satu-satu tanda yang membuatkan orang lain rasa "Hei! apa ni?" - Oh abaikanlah segala benda yang datang  itu. Life must be go on dear! Selak muka surat baru, setiap muka surat baru adalah ceritanya. Adoi, satu lagi cerita bila buat kerja yang orang yang berhenti kerja. Faham tak? Tak faham pergi cari kamus Bahasa Melayu - Bahasa Melayu. Serius penat buat kerja orang ni, ada je yang tak kena, itu dan ini. Alahai! Dah buat satu kerja, dah nak siap ni, tiba-tiba kena betulkan balik. Aduh! Ada je yang duplicate dengan redundant. Nak marah, kita pun bukan perfect sangat. Haip! Jangan marah-marah cepat tua. Turn to page! November sudah. Final exam sebulan je lagi. Preparation tah macam mana tah, habis tunggang-langgang. Assingment jangan cakaplah, last minute, yang nak kena reject pun ada, yang tak akan diambil markah pun ada. Apa punya disasterlah life sekarang. Oit! Semangat sikit, ada setahun setengah lagi. Okay! Done~ Jumpa lagi nanti. Cukuplah sini je, sekarang jenis malas nak jaga tatabahasa sangat. 

Tolong orang biar ikhlas, kalau tau macam mana rasanya ikhlas, masa kita tolong orang itu, kita akan rasa satu resapan pada badan yang memberitahu, kamu dah tolong orang. 
Hei! Nak ucap terima kasih bukan susah pun, TERIMA KASIH, upin ipin pun pandai cakap terima kasih.
Lagho, kurang-kurangkanlah.. Ekh~ My life I punya sukalah. Hah! 
Lagi satu, jangan jadikan malas itu satu alasan, alasan-alasan ni semua makan diri sebenarnya. Lagi satu, kadang-kadang kita kena sedar diri, jangan tidur sampai tak sedar-sedar diri. Biasalah, manusia yang lalai. Kata ko! Kalau dah selalu lalai, bukan lalai tapi ponti balik umah namanya! 

Ok!Bye

Thursday, 3 October 2013

Hanya Bingkisan Ringkas

Assalmualaikum wbt. :)

 "Hanya bingkisan ringkas, sambil meletakkan shawl di leher, memandang ke jendela berfikir hati kita ikhlas ke dalam bersahabat? Bagaimana kita bersahabat tapi di belakang mengata dan juga bercerita? Kita berkawan namun disebaliknya agenda indah sedang direncanakan? Bukan bersikap antagonis namun sahaja, terfikir sejenak apa yang direnungkan. Adakalanya, jika kita mampu lakukan kepada orang lain, masakan kita tidak  mampu lakukan kepada orang yang kita rapat jugak. Di situ ikhlas memainkan peranan. Fikir semula dengan tindak tanduk kamu Nashriq, fikirkan. Letakkan keikhlasan itu, maka anda sendiri akan rasainya, secara tidak langsung ianya hadir sendiri seperti gembira, sedih dan tawa yang dikongsi bersama."

" Tidaklah menunding dan juga tidak mengukur namun hanya dari pandangan mata kasar dan kadang-kadang hati yang memberi arahan. Melihat apa yang berlaku disekeliling kita. Ekh! Kebetulan macam pernah berlaku je, Ekhh~ Sabarlah mungkin ada hikmah dan mungkin kita bukan yang terbaik. Ekh~ Biasalah, itukan semua dugaan, Allah sayangkan kita tu. Semuanya nak letak ekh, namun dengan EKH itulah beberapa persoalan akan terjawab. Mungkin pendapat petang ini sepeti sampah yang tak terfikir pun hendak dibaca, namun terpulang, ini hanyalah silingan petang yang menanti kopi panas bersama keropok lekor. "

Thursday, 5 September 2013

Hanya Untukmu

Assalamualaikum W.B.T

Terbayang senyuman manjamu
Melambai mesra di hadapan mereka
Pabila duka menyelubungi jiwa
Teman menjadi pengubat rindu
Senyum dan tawa pengubat lara
Jalan yang penuh berliku
Dugaan silih berganti
Pabila senang diharungi, Pabila susah dilalui
Ku lihat tawa mu mulai hambar
Ku lihat senyummu mulai tawar
Ku lihat ceria mu mulai pudar

Tertunduk lalu membisu
Melihat sekujur badan terbaring sepi
Menanti dibawa pergi tanpa rela hati
Sejernih air mata mengalir dipipi
Merelakan diri mu pergi setenang awan di langit
Tabahkan diri mu menunggu doa dari kami
Semoga kenangan mu abadi hingga ke hujung nyawa kami

- Nashriq Ismail

* Terjumpa penulisan lama :)

Aku & Langit

Assalamualaikum W.B.T  :)

Tika aku memandang ke langit,
Dunia berputar seperti roda,
Langit tidak selalunya cerah,
Malam tidak selalunya gelap,

Bila aku mendongak ke langit,
Dunia seakan mencemburui aku,
Gembira itu hadir,
Gembira itu pergi.

Tika aku melihat ke langit,
Setitis air mata itu mengalir,
Mengalir sederas air sungai,
Tanpa aku sedar membasahi pipi,

Pabila aku cuba melihat langit,
Sinar cahaya menembusi mata,
Seakan memberi senyum yg manis,
Seakan memberi kekuatan meneruskan perjalanan.

- Nashriq Ismail :)