Monday, 25 June 2012

:: 14 Jun Sudah Berlalu ::

14 Jun, sudah berlalu hampir 11 hari. Saat menunggu detik 14 jun itu, sungguh mendebarkan. Just think positive and berserah kalau-kalau ada suprise yang tidak dijangka. Its was Awesome!! Tiada kejutan lansung, wish birthday seperti biasa, from my bro! [Azrin Hashim], thanks a lot bro. 1st person wish on that day!! Chit chat lama sangat! siap kira berapa banyak SMS yang masuk wish birthday! Great!! for one hour only received 14 SMS, same like my birthday date! HAHA! This year, mengaharapkan jam tangan baru sebagai present. Tunggu je siapa yang nak bagi. Penantian satu penyeksaan sayang!! Sepanjang hari minggu tu hanya mengahadap laptop untuk balas semua wish birthday! Still buat kerja, but sambil buat kerja, sambil balas semua wish yang masuk dekat Facebook. Selama 24 tahun menyambut hari lahir, tidak pernah sekali pun kena PRANK! 24 tahun ini jugalah merasa pelbagai kenikmatan hidup yang Allah S.W.T berikan. Masih merasa kasih sayang dari seorang Ibu, seorang Ayah, seorang Kakak, dua orang Abang dan juga seorang Adik Lelaki !!Cukup lengkap keluarga yang penuh dengan ranjau dan cabaran. Itulah namanya kehidupan. Kadang-kala sedih melihat rakan-rakan mahupun sahabat handai yang sudah ketiadaan ibu dan ayah. Aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih diberi nikmat dan peluang untuk menabur bakti kepada dua orang insan yang telah penat menjaga dan membesarkan iaitu Ayah [Ismail Sappar] dan juga seorang ibu [Timah Yaacob]. Selama 24 tahun inilah mereka melayan apa jua kerenah aku sebagai anak yang tidak pernah cukup untuk meminta apa sahaja apabila serba kekurangan. Seorang remaja yang kuat membrontak, susah untuk difahami, degil, keras kepala, melawan adalah agenda utama dalam rumah, sentiasa tidak berpuas hati dan aku jugalah yang paling payah untuk dididik dan aku jua yang sentiasa betul. Itulah, keranah yang hampir dilayan selama 24 tahun. Pernah di rotan, pernah dibaling dengan penutup kole [sejenis teko kecil utk air panas], pernah dilibas seperti anak tiri [HAHAHAHA!], pernah dikunci dan tidur di luar rumah, pernah merasa disebat dengan rotan buluh dan lain-lain dan pernah masa usia 19 tahun maybe! Masa tu interested nak join junior dekat sekolah pergi camping dekat Pulau Sibu, Johor.!!. OMG!! What do you expect ??? My Father bawak surat yang sekolah dah sediakan, jumpa Teacher yang buat surat tu [Teacher Azlina].. My Father so strict!  Kisah lama, now i'm 24 years old. I have my own life, i have mother, father and family. I have sister in law and brother in law and a new sister in law [coming soon], my all nephew, I have career, now i'm epjj student in Bc. Information Managemant (Information and Library Management. Semuanya sudah ada, cuma RUMAHTANGGA je yang belum tersedia. Almaklum, mengejar cita-cita.

" 24 Tahun, buat pertama kalinya disambut dengan begitu meriah sekali. Meriah yang bagaimana? Pada satu petang menerima SMS [Khidmat Pesanan Ringkas] yang berbunyi
"Abg nash nnt temankan wan makan, wan belum makan lagi." So, repley " Ok, boleh je, jam 6.00 pm abg nash trun bawah" - Semangat katakan nak g makan. Ok, 6.00 pm decide g secret recipe. Boraklah dengan remaja ribena ni sampai terlupa dan terleka. Sampai satu tempat, "Abg nash pinjam fon, wan nk msj madlah, crdt wan habis." Pelik! kredit habis? bukan main dia menaip kt Rahsia Resipi tadi, ttbe boleh kredit habis, "Bukan ke mad dah xjual topap?.. "Dia jual untuk kawan-kawan je.. Hehehe.." "Ohh. Ok!" .. Jalan seperti tak da apa yang berlaku.
Sedang asyik berjalan-jalan, " Abg nash, aizul panggil dekat blok sebelah sana!" jerit budak bernama Mad ! " Mana ada Aizul kat situ Mad!" Dah mula rasa semacam ni, aku mengundur sejauh yang mungkin. Nampak muka macam hampa je. "Ada Aizul dekat situ, cuba tengok~" Aku mengundur dan menoleh, "Xda pun.. Memandai je..."
Terselamat dari sangkar buaya! Berjalan dengan perlahan, terus untuk mendaki tangga. Sampai pada satu anak tangga "Ekh! Abg nash, mana wan?" Soal Mad. "Ada kat bawah, dia kata ambik buku, jap lagi dia naik." Naik beberapa anak tangga "Abg nash wan mana?" Aiman pulak yang tanya. "Lah, kat bawah, .... [lupa ayt apa yg dicakapkan] - Tiba-tiba si Aiman Firdaus dengan pantas sambar hpone Nokia C3 aku, sah! mamat ni memang nak kena dengan aku. Aku toleh belakang, nah! matilah kuyup aku dikerjakan. 1 baldi air. Balingan yang pertama tepat dan sungguh mengasyikkan. Konsep serah diri, balingan air yang ke 2 tepat pada sasaran. "Happy Birthday Abg Nash" - Shazwan! Dia boleh wish dari tangga dengan gelak tawa?OMG! Seriously, its not funny! Aku tak bawak sehelai baju mahupun seluar pakej dengan dalam sekali. OMG! Aku paksa hamba-hamba Allah itu pergi beli something untuk tutup apa yang patut.Ok, masa untuk bersihkan diri. Apabila hamba Allah yang membantu membelikan pakaian dalam tadi balik, mereka pun bagi! Ok, Boxer PINK! Rasa macam nak jerit bagi satu Blok Cemara 8 tu dengar. Imagine, tak pernah pakai boxer satu hal and more thing warna PINK! Berdekah-dekah budak dua orang ni. So, selesailah satu babak, solat and aku terus pergi ambik kertas yang aku print tadi. Selesai cerita ala budak-budak ni. Ini baru chapter 1 ada chapter 2 akan menyusul, more dramatic and so happy ever after. :)

Thursday, 14 June 2012

Selamat Selamanya :)


SELAMAT  ULANG TAHUN YG KE - 24

Assalamualaikum 

Selesai Mei 13 hari yang lepas. Hari ini 14 June 2012, sudah genap 24 tahun berdiri dan berjalan di muka bumi Allah S.W.T. Semoga perjalanan seterusnya dirahmati dan diberkati Allah S.W.T. Tiada apa yang diimpikan, hanyalah ungkapan selamat dari keluarga, rakan-rakan dan sabahat handai. Genap sudah umur aku 24 tahun. Selama 24 tahun ini, aku sudah kecapi pelbagai kejayaan dan kekalahan. Bagaikan tidak percaya, aku sudahpun ada segulung diploma dan sekarang jua aku sedang melanjutkan perlajaran ke peringkat ijazah. Apalah guna segulung ijazah mahupun diploma jika tidak membahagiakan keluarga. Sudah hampir 2 tahun aku bekerja, pelabagai telah ku rencanakan dengan kehidupan aku, sehingga aku mampu mendapatkan segala kemahuan dan kehendak. Cita-cita didahului dan aku tinggalkan sejenak kehidupan yang  terlalu bersosial. 

24 tahun, aku sudah bergelar Mahasiswa yang tidak menganggur dan aku juga telah bergraduasi pada tahun 2010 dan mempunyai Diploma dalam bidang Kepustakawanan. Aku telah melihat kebahagian keluarga yang sentiasa disisi, aku telah melihat kehidupan berkerjaya, aku jua bergelar Mahasiswa sambil bekerjaya. Aku mampu memiliki ramai sahabat yang sentiasa memberi semangat dan dorongan, Mempunyai adik-adik yang selalu memberi ruang untuk bergembira.

Ucapan diri sendiri, Selamat ulangtahun yang ke 24, semoga ceria selalu, diberkati dan dirahmati Allah. Pertingkatkan ibadat dan taqwa dan sabar dan tabah mengharungi cabaran dunia.. 

Wednesday, 6 June 2012

:: Saya Menulis Kerana Hati 4 ::

Assalamualaikum W.B.T 

      Setelah setahun aku bergelar staff kontrak dan hampir dua tahun aku berkhidmat di UNISEL. Kadang-kala ada yang berkata, adakah aku manusia yang tidak kenal erti bosan?? Bosan? Benar, aku mulai bosan apabila keadaan terlalu menghimpit aku. Aku mula rasa bosan apabila, manusia tidak pernah kenal erti kesabaran. Jika aku diberi peluang memutarkan masa, aku mahu. Akulah manusia yang paling awal berada di hadapan untuk mengambil peluang keemasan. Jika bercerita tentang hati, dahulu pernah melonjak kegirangan kerana adanya peluang yang hampir sebulan aku nantikan, tetapi secara tiba-tiba hati aku dihimpit dengan seribu satu rasa. Aku mulai resah, namun keresahan itu aku lupakan dengan majlis perpisahan yang dirancang oleh adik-adik aku. Bahagia, hanya saat itu sahaja yang aku rasa bahagia. Bermulalah satu kisah, apabila aku mengemas dan bersiap siaga untuk memulakan satu kehidupan yang baru, hati aku tidak setenang selalu,tidak gembira seperti selalu. Ya Allah, masa itu hanya mengikut perintah ahli keluarga "pergilah, sudah tiba masa kau berdikari dan juga memperlajari kehidupan baru". Aku merelakan hati dan aku tabahkan segala yang ada. Adanya rakan-rakan dan semua manusia disekeliling aku. Aku mampu bertahan hampir dua tahun. Namun, belum genap setahun, pelbagai rasa ada di dalam hati. Iya, jika diletakan sesiapa sahaja, mereka akan mengatakan perkara yang sama. Inilah aku, semasa Allah S.W.T memberikan sedikit ruang, aku tidak menggunakan ruang itu untuk berfikir dan terus berfikir. Lihat sahaja pada keadaan selepas dua tahun ini. Aku cukup jemu, aku cukup bosan, aku cukup lelah dengan segalanya. Hanya suara si ibu " dimana sahaja kita berada, rasanya tetap sama" itulah kata-kata semangat yang sentiasa disemat di hati dan benak fikiran.

Wednesday, 23 May 2012

:: Hanya Tuhan Yang Tahu ::

Sedalam mana lautan yang harus kita renangi, kita berenanglah sehingga kepuasan meninjau dalam diri. Seindah malam, tidak seindah siang yang difikirkan. Jika pedih pada perasaan, susah untuk digambarkan. Hanya laman sosial ini menjadi peneman duka dan suka. Di mana gembira yang pernah daku semai selama ini? Soalan yang tidak pernah wujud kebelakangan ini. Pelabagai rasa menerjah ke dasar hati dan tidak memberi sedikit ruang untuk berfikir. Sentiasa rasa sakit dan senak, namun masih ada keazaman untuk meneruskan perjuangan. Aku manusia yang lemah, mudah membenci juga mudah mengasihani. Selemah manusia, jika tawar hatinya, bukan mudah untuk dimaniskan semula. 

Terkadang melihat kegembiraan rakan-rakan, membuatkan daku lebih mudah tersenyum, mudah ketawa tetapi semua itu hanya seketika. Bebanan yang ditanggung hanyalah ada pada diri, bukan pada orang lain. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Tidak tahu bagaimana mengambarkannya, mungkin aku seperti manusia yang bodoh atau bebal untuk memahami keadaan? Atau aku sendiri manusia yang mengenal A B C atau aku manusia buta huruf yang tidak reti untuk mengeja. Ya Allah, sesungguhnya, aku sudah dewasa dan sudah menjangkau 24 tahun memijak di bumi suci Mu ini Ya Allah. Terasa beban difikiran, terasa sakit yang memedihkan, terasa berpinar pandangan. Adakah aku mula rasa kecewa dengan kehidupan ku sendiri. Aku mula rasa malas meluahkan dan mula rasa malas menceritakan pada rakan lain bahawa aku dalam keadaan tertekan. Aku cuba laluinya dengan seada yang boleh. 


Ya Allah, kuat dan tabahkan hati insan lemah seperti aku. Bukakan sedikit demi sedikit jalan yang mudah dan diredhai oleh MU, sesungguhnya, benci mengakibatkan dendam dan dendam pencetus perbalahan dan pepecahan umat. Lindungi aku insan yang tidak berdaya dan jua aku memerlukan kekuatan meneruskan perjalanan yang makin sukar dan sulit.



" Apabila kita berlari mengikut pusingan masa, maka usahlah bergerak bebas dan pantas. Apabila kita bertakhta, jangan mudah meberi jarum menyucuk benang"
 

Thursday, 17 May 2012

Cerita 16 Mei -

" Setiap saat, setiap waktu, setiap jam yang berdetik, langkah di persada ini dihiasi dengan pelbagai kenangan. 16 Mei 2012, hampir 7 tahun telah menamatkan zaman persekolahan. Kalau dahulu, sentiasa ada present yang diletak di atas meja guru. Kadang-kadang malu, letak terus tinggalkan atas meja cikgu tu. "

16 Mei 2001 - Hampir 5 bulan meninggalkan, SK Wangsa Maju dan SRA As'saadah. Tak berapa nak ingat, pada tahun 2001 tu, sambutan hari gurunya bila. Tetapi, apa yang aku ingat, itu kali pertama aku menyambut Hari Guru di sekolah menengah. Pada tahun tu, aku masih lagi kecil dan aku juga seorang junior, fresh gila dekat sekolah tu. Macam-macam ada pada tahun tu. Persembahan tarian, nyanyian lagu Hari Guru. Its first time, so teramatlah teruja tengok cikgu-cikgu menyanyi. Seakan-akan berada pentas AF melihat guru-guru menyanyi. Anugerah guru dan macam-macam. Tidak banyak yang dapat diingati untuk tahun tersebut. Semestinya, menjadi satu tradisi hari guru, pelajar lelaki akan lawan bola sepak dengan guru lekaki. Bagi pelajar perempuan main bola jaring berlawan dengan guru perempuan. Satu kenangan yang cukup menyeronokkan. Sehingga kini, ada seorang guru yang cukup diingati. Sewaktu perlantikan sebagai Pengawas Pusat Sumber, dia membetulkan tali leher dan baju supaya aku nampak lebih kemas.  Itu kenangan yang tidak mungkin dilupakan.
16 Mei 2002 - Setahun selepas menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah. Namun, aku masih lagi seorang pelajar menengah rendah. Pada tahun ini, tidak banyak perkara yang aku ingati. Seperti biasa, persembahan pelajar, persembahan guru untuk memeriahkan majlis. Meriah sebenarnya menyambut hari guru ni. Pada masa itu, kita dapat melihat seorang guru yang garang menjadi seorang yang penyayang dan tidak tegas. Mereka tersenyum sentiasa melihat telatah anak-anak didiknya. Berkumpul beramai-ramai dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Semua guru beraya dengan pilihan warna baju yang dicadangkan oleh Pengawas sekolah. Impian pada tahun itu, semoga pengawas dan pengawas pusat sumber boleh bergabung tenaga menjayakan hari guru yang gilang gemilang. Sehabisnya, semua itu menjadi kenangan yang cukup indah. Meneruskan kehidupan dengan liku-liku yang datang dan mendekati kita. Rotan yang singgah bukan kerana sahaja, tetapi memberi peringatan supaya kita mampu berubah dan menjadi insan yang berguna.


16 Mei 2003 - Tahun berikutnya aku sudah berada di sebelah pagi. Masih lagi bergelar pelajar menengah rendah, tapi sudah berada di sesi pagi. Pada tahun itu hanya menjadi pelajar lain yang memeriahkan majlis dengan pelbagai yang telah diatur oleh pengawas sekolah. Pada tahun itu, aku menyertai Ahli Majlis Tertinggi Pengawas Pusat Sumber, memberi hadiah kepada guru-guru pusat sumber. Tak berapa nak ingat pada siapa aku berikan hadiah. Tapi disitulah bermula aku memberanikan diri menonjolkan diri di khalayak ramai. Aku seorang yang gugup dan cepat takut. Pada tahun tersebut, ada anugerah guru, 1st time ada anugerah guru. Kreatif juga yang organised hari guru tahun tu. Sangat-sangat seronok, bila tengok cikgu-cikgu terima anugerah. Anugerah guru tu, dah macam anugerah berprestij pulak, dah macam ABPBH! Haha.. Pelajar bertepuk tangan, ada yang bersiul ada yang bersorak sebab guru yang mereka minat menang. Anugerah gutu paling smart @ handsome, guru paling ceria, guru paling penyayang dan banyak lagi. Meriah sangat, dengan pelbagai persembahan. Dikir barat memang menjadi salah satu persembahan yang gamat. Macam-macam lagi persembahan yang ada. Kemeriahan itu sangat terasa, kadang-kadang terfikir bilalah nak ada pertandingan pantun antara guru-guru. Betapa seronok hari guru tahun tu. Macam 1st time masuk sekolah, sedangkan 1st time masuk sekolah pagi. Tahun tu jugak menempuh PMR. Tak cemerlang seperti pelajar lain. Masa sekolah belajar main-main, cikgu cakap dekat depan, kita dok bercakap dekat belakang. 
16 Mei 2004 - Pada tahun ni, dah jadi senior kepada adik-adik. Tahun yang cukup mencabar dan bertemu rakan-rakan baru di dalam kelas baru. The lazer teacher in the class! Puan NorAzleen. The best, creative and like mother. Dia sungguh lazer ok! Kalah Ogy Ahmad Daud. Sekali dia bagi, sungguh berdesing, tapi dialah the best. Marah dia menjadikan kita manusia yang berjaya di masa akan datang. Alhamdulilah, lihat pada kejayaan yang dikecapi sekarang disebabkan seorang yang bernama @ digelar guru. Pada tahun ini, bila sudah jadi senior kami cuba merancang sesuatu, tapi xdalah super senior ada yang super senior. So, tahun ni sangat best, sebab pengawas dan pengawas pusat sumber bergabung, membanting tulang untuk menjayakan Hari Guru. Pelbagai yang dirancang. Pada tahun ni, saya bersama-sama sahabat yang lain melatih our junior menari. Penuh dengan dramatik, kami ditentang kerana ada perempuan dalam kumpulan tarian. Pelbagai rasa menusuk, dimarah di kawasan pelajar-pelajar lain lalu lalang dan rasa macam dunia gelap gelita masa tu. Kalau budak lelaki lain mungkin dia akan tarik muka masam dan cuba melawan, namun aku hanya mampu tertunduk. Sudah tu, dipanggil oleh ustazah-ustazah, mereka cuba memberi nasihat dan cara damai yang cukup halus. Namun, biasalah darah anak muda dan remaja, membrontak untuk melakukan. Kami teruskan dengan apa yang kami ingin lakukan. Sejurus itu, terimalah impaknya. Redha sahaja apa yang berlaku. Itu adalah kenangan yang tidak pernah dilupakan. Tahun 2004 semuanya berakhir dengan kesedihan dan juga kegembiraan. Setiap patah perkataan dari guru itu, semuanya menjadi satu pegangan hidup sampai bila-bila. Walau dimarah macam mana keadaan pun mereka tetap guru yang memberi ilmu dan juga didikan. Usahlah membenci tetapi menyayangi mereka. 
  16 Mei 2005 - Apalah yang diharap pada tahun ini. SPM menjelma dengan sekelip mata. Bagaikan tidak percaya sudah bergelar SUPERBURB SENIOR. Pada tahun 2005 ini menjalankan tugas seperti biasa, mengendalikan mesyuarat ahli majlis tertinggi pengawas pusat sumber dan juga mengendalikan pengawas-pengawas baru. Pada tahun ini juga kelainan dari jawatankuasa kami untuk mengendalikan kawad kaki. Sungguhlah rasa seperti sesuatu yang agk menjengkelkan, tapi kami berjaya melakukan. Selalunya, kotinjen membawa bungga mangga tapi kami ubah kepada konsep bunga telur. Itu pada awal tahunnya. SPM semakin hampir. Pertengahan tahun, seperti biasa, habis exam pertengahan tahun adalah menjadi tradisi menyambut hari guru sebelum cuti sekolah bermula. Last year sambut hari guru. Bagaikan tidak percaya, tahun akhir di SMK ZON R1. Tahun 2005? tiada gabungan kerja dan saling membantu antara satu sama lain. Walaupun ketua pengawas pada tahun itu quite closed with me, kami tidak mampu berkolobrasi. So, decide kami dari ada aktivitas kami sendiri. Pada tahun tu, aku seorang ketua jadi, arahan dipatuhi! Zaman memerintah katakan dan pada tahun yang sama sambutan hari guru tanpa Pn Hjh Azizah. Pada awal tahun dia telah ditukarkan ke SMK Tinggi Setapak. So, bermulalah agenda di pagi yang cukup mulia, indah dan berilmu. Pelajar berbaris menyanyikan lagu Negaraku, lagu sekolah dan lagu [xingat dah skrg nyanyi lagu Wilayah]. Seperti tahun-tahun yang terdahulu, guru-guru akan memakai baju yang sedondon dan bersama-sama membaca ikrar dan nyayian Kami Guru Malaysia. Ucapan hari guru dan ucapan dari kemeterian juga ada, tapi bukan orang kementerian yang datang, cikgu yang bacakan. Hehe... Apa yang kami lakukan pada tahun itu adalah sama seperti tahun lalu, memberi hadiah kepada guru-guru. Bermulalah persembahan pelajar, pelbagai acara yang dilakukan. Show time! Hahaha.. Kumpulan nyanyi bersepah dari Lembaga Pengawas Pusat Sumber! Awesome! Berkot hitam dan bertie merah.. Lagu tahun tu,  kalau xsilap lagu Miraie yang digubah lirik ke dalam bahasa melayu oleh seseorang yang agak kreatif. Mereka serba boleh menyanyi di atas pentas dengan penuh megahnya. Walaupun tidak kenal erti pitching, note, key rendah dan tinggi,mereka tetap menyanyi. Ada satu adengan yang agak spontan apabila pengetua bangun dan lap peluh Amar Ishak. Betul-betul terkejut dan seronoknya, ramai yang bersorak. Tindakan spontan Pengetua buat semua macam teruja, yang tgh menyanyi macam nak ketawa dan aku yang conduct persembahan macam nk terburai tengok Amar, merah padam muka dia.. Haha.. Persembahan yang berjaya..Gembira sungguh mereka, yelah usaha selama berminggu-minggu akhirnya berjaya jugak.. Hehe.. Tahun terakhir menyambut hari guru bagaikan tidak percaya. Namun pengakhirannya bukan di sini. 
Pada tahun yang sama merupakan tahun terkahir aku berada di SMK ZON R1, kesemua kenangan dan apa sahaja perkara yang berada di situ tidak pernah akan dilupakan dan tidak sesekali aku buangnya. Dari situlah aku bermula dan dari situlah datangnya azam. Mengapa anak muda sekarang menjadikan guru sebagai musuh dan kenapa harus ingkar dan juga tidak ada rasa hormat pada guru-guru. Setiap kali kita melawan atau membantah hilanglah pahala ilmu bagi kita. Sedarlah, dunia kita hanya sementara... Tahukah, bahawa walaupun sudah meninggalkan sekolah hanpir 7 tahun, sekolah tetap dihati. Mengapa saya suka ke sekolah walaupun saya bukan lagi pelajar sekolah, saya rasa tenang, saya rasa gembira, saya rasa sungguh aman dan damai walaupun dalam haruk pikuk pelajar di kantin sekolah, di tapak perhimpunan. Pantang saya apabila orang masuk perpustakaan dengan mulut tidak reti diam. Diam ya pelajar semua bila ke perpustakaan. Haha..


Kerana gurulah aku berjaya, dan kerana guru aku mampu melangkah ke universiti. Didikan meraka cukup bermakna dan memberi kita inspirasi di masa hadapan. Selepas ibu dan bapa gurulah yang semestinya kita hormati. Sedarlah, sebenci mana kita terhadap mereka layan sahaja seperti biasa. Usah sematkan kebencian kepada guru-guru kerana tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka. Sedarlah, bila anda melangkah keluar dari sekolah akan ada satu naluri yang mengatakan Aku Sudah Cukup Dewasa tetapi tidak sebenarnya. Akan ada ranjau yang lebih mencabar dan masa itu anda akan rasa, SEKOLAH jugak yang seronok! 16 mei 2006 and 2007 still join hari guru. Tahun 2007 last aku buat kumpulan nyanyi bersepah, masa tu ada tentangan hebat tapi aku ignore dan teruskan apa yang telah dilakukan. Tahun tu, dengan blazer hitam, beriben merah dan bertopeng ala-ala The Phantom The Opera! Lagu tema, Wajah Rahsia Hati vs Kau Ilhamku! Naaa~ The best performance everlah! Nak mula masuk pentas dengan tema lagu the phantom the opera dan petikan guitar, bermulalah lagu wajah rahsia hati yang pernah dipopularkan oleh Ogy Ahmad Daud dan seterusnya Kau Ilham Ku oleh ManBai! Semasa nyanyian lagu Kau Ilhamku, semua pengawas pusat sumber masuk bagi hadiah pada guru-guru. Sangat best that year! Last year join junior! Pada tahun yang sama, diterima masuk ke sebuah institut pengajian tinggi swasta untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang perpustakaan. Kini sudah bekerja hampir 2 tahun 2 bulan dan saya juga sedang menuntut di sebuah universiti tempatan dalam bidang Bachelor of Information Management (Hons.) Information and Library Management. Kadang-kadang rasa macam tidak percaya, student yang tidak rajin dan juga tidak berapa pandai boleh bergelut untuk mendapatkan segulung ijazah. Lihat betapa besar peranan guru. Mereka adalah semangat kedua selepas keluarga.
             "Selamat Hari Guru buat guru-guru di SK Wangsa Maju, SMK ZON R1, Universiti Selangor dan Universiti Teknologi MARA [Kampus Puncak Perdana]. Jasamu ku kenang sehingga ke akhir hayat"

Wednesday, 9 May 2012

:: Bintangkan Pergi ::

         Jam di komputer riba menunjukkan jam 2.00 pagi. Aku melihat semula pesanan-pesanan ringkas yang aku hantar dan aku juga terima. Terdetik aku melihat kepada satu pesanan ringkas yang cukup menyentuh perasaan. Aku hanya mengungkapkan kata-kata semangat demi perjuangan yang masih belum selesai. Tidak aku sedari balasanya menyentuh hati dan perasaan. Aku seperti menghitung hari dan waktu. Setiap masa, aku menghargai masa yang ada dan aku juga cuba memberi ruang untuk merenung seketika. Dulu, dia cukup sihat di mata kami. Kini, dia pandai menjaga penampilan diri. Dahulu, dia bukan seorang yang dikenali, tapi kini hanya nama sentiasa meniti di bibir. Bagaikan tidak percaya, tujuh tahun dahulu cukup mengenali sebagai seorang junior yang cukup berdisiplin. Mengejar cita-cita dan impian, menjadi satu prinsip dalam kehidupannya. Sehinggalah dia berjaya dan terus berjaya, perjalanan hidupnya yang hampir lima tahun dibangku sekolah hanya tinggal sejarah dan melakar satu inspirasi kepada genari seterusnya. Dia? Kelakar, penyabar dan kadang-kala pendengar yang cukup setia. Dia? Membuat aku ketawa, membuat aku sentiasa bersemangat. Dia? seorang pendengar yang setia dan seorang yang suka membahan orang disekeliling. Hidup merendah diri, bercerita kepada mereka yang tidak mengenali aku. Aku? Sesungguhnya, dia seorang yang cukup hebat di mata. Dia? bersemangat dan sentiasa menjaga adap dan sopan. Dia? Melucukan dan memberi keceriaan.
           Kini, dia akan pergi. Pergi meneruskan perjuangan yang belum selesai. Hanya sebentar sahaja lagi bintangkan pergi. Hanya bersinar di kala malam yang memberi cahaya untuk kami melihat keindahanya. Kenangan hanya tinggal kenangan. Dia cukup menceriakan kami. Seusai peperiksaanya, kami semua bersedia menerima satu lagi kerdipan bintang yang akan hilang buat seketika. Satu persatu bintang itu akan menyinari semula apabila tiba masa yang akan kunjung tiba. Pergilah berjuang, semoga berjaya di masa depan kelak. Jangan mudah melupakan, dan jangan mudah hilangkan kenangan. Setitis air mata di suatu ketika nanti bukan perpisahan yang panjang, namun hanya terkenang pabila hilang sinar yang sentiasa menerangi kegelapan. 
   

Sunday, 6 May 2012

:: Si April Melabuhkan Tirai ::

Hujung April aku hanya dilengkapi dengan senyuman yang hanya seketika. Labuhnya tirai April, aku mula rasakan sesuatu yang berlaku. Kehidupan aku semakin mencabar dan aku mula rasa tekanan dalam kehidupan. Kehidupan mana yang tidak dirundung duka, semuanya akan berlaku. Hanya yang menentukan adalah masa. Bukan meminta dan juga bukan aku pinta, tapi dalam tidak sedar aku sendiri membenci keadaan sekarang. Redah! adakah aku mampu lakukan.?. Hanya takdir penentu segala. Fahamilah, sebenarnya aku mulai membenci. Apabila sifat dan naluri aku mulai tawar bukan mudah untuk ditawan semula. Aku juga manusia biasa, yang punyai maruah dan juga sebagai lelaki aku mempunyai ego walaupun kadang-kala aku letakkan ego aku berada di bawah telapak kaki. 

" Mengharapkan Mei ini memberi aku satu kekuatan yang kau harus jalani dan aku mahu tempuhi. Di akhir kata, Selamat Hari Lahir Muhammad Shazwan Sazali, Puan Norhayati Mohd Kadir & Azrin Hashim. Miss you Shazwan after this! Damm!! Miss forever! You are MJF! Azrin Hashim, keep it up My Brother! You are the best ever and ever. Give me some strong spirit and accompanied me when I'm bored! Happy always for Madame Norhayati Abd Kadir be the best teacher in the world! Bye and Welcome May! "
 

  " Sesungguhnya, kebencian yang aku cipta akan aku harap tidak akan timbul dendam kesumat"