Showing posts with label Ukhwah. Show all posts
Showing posts with label Ukhwah. Show all posts

Thursday, 15 January 2015

Jangan Tanya Kenapa Aku Menangis

" Ekh! Kau macam menangis je?"

" Ekh .. Mana ada, biasalah tu, bila menguap ada air mata yang keluar.. "

" Pandainya kau tipu? .. "

" Sikitlah~ Haha.. "

" Ada masalah ke? Nak cerita? .. "

" Takdalah, tiada apa yang dikongsikan .. Aku okay je "

" Betul? Kau okay ni? .. "

*Gambar Sekadar Hiasan*

" Err... Aku cuma rindu akan sahabat yang sesekali mengembirakan, sahabat yang sesekali datang dan pergi.. sahabat-sahabat yang sesekali membawa dan memimpin kita ke jalan yang lebih baik .. dan kadang-kala aku mencari kekuatan itu supaya aku tidak mengalirkan air mata .."

" Beruntungnya, mudah kau keluarkan air mata .. "

" Aku tak suka simpan air mata tu, nanti senak dada, fikiran aku ..  aku suka lempiaskan supaya aku rasa itu satu cara aku lepaskan lelah yang aku pendam .. "

" Nangislah, mungkin itu cara kau .. Aku hormati perkara tu, tapi kalau selalu tidak elok jugak .. "

" Aku sendiri tidak pasti kenapa aku menangis .. Sedangkan bukan tidak berjumpa lagi .. Tapi hati itu sungguh rapuh.. Sangat-sangat rapuh .. "

" Mungkin hati kau ikhlas untuk menangis .. Bukan mudah untuk hadapi perpisahan .. Itu baru kita berpisah dengan sahabat, belum kita berpisah untuk selamanya dan membezakan dunia kita .. Aku harap kau terus kuat .. Sahabat ini pelengkap juga sebenarnya, tapi adakala jangan terlalu dipaksa. Kau jalan rentak kau, kemudian ikutlah rentak sahabat disekeliling kau .."

" Terima kasih, kau pun sama, terima kasih sebab selalu beri nasihat dan semangat.. Aku faham maksud kau, aku cuba sebaik mungkin .. Kadang-kadang syukur ramai orang nak berkawan dengan aku, kadang-kadang aku takut orang tak selesa dengan aku ... "

" Orang kalau ikhlas takkan cakap, takkan tunjuk .. Kau kena sedar perkara tu .. "

" Thanks sahabat .. "

Thursday, 18 December 2014

Cerita 2014

Assalamualaikum wbt. :)

Alhamdulilah, masih lagi mempunyai tenaga dan kudrat untuk menulis. Masih lagi diberi nyawa untuk bernafas. Syukur! Itulah nikmat hidup yang paling bermakna untuk segalanya. Rasanya, masih cukup utuh dan kukuh Iman di dalam diri. Masih lagi lemah dan sering tersasar dari jalan yang benar. 

Secara realitinya, kini sudah hampir berada di penghujung 2014. Hanya berbaki 13 hari lagi 2015 datang membawa lembaran baru bagi setiap manusia yang ada dimuka bumi yang hanya sementara ini. Inilah realitinya, makin berubah tahun makin bertambah angka umurnya. Kini, hanya bersedia menempuh satu lagi arena umur yang akan dilemparkan dengan pelbagai soalan. Semoga tabah dan terus cekal dalam menempuh jalan berliku. 

Hanya berkongsi sedikit pahit manis sepanjang 2014, yang hanya memulakan tirai tahun baru dengan membawa nama Generasi Pelapis Malaysia ke persada politik tanah air yang terus disebut oleh masyarakat. Persidangan Isu Kebangsaan Generasi Y 2014 memberi impak baru dalam arena seni suara saya sebagai pengacara majlis. Satu bakat yang hanya menjadi pinjaman kita di dunia ini. Tiada apa yang boleh dimegahkan, kerana itu hak sepenuhnya oleh Allah S.W.T dan kita hanya meminjam dan bakal memulangkannya bila-bila masa. Bermulalah titik tolak dalam arena pengacara majlis. Biarlah orang ketawa kerana suara tidak semerdu Dato' Siti Nurhaliza Taruddin, namun saya berani tampil ke hadapan untuk mengacarakan majlis. Majlis-majlis lain yang saya pernah hadiri untuk menjadi pengacara majlis :
  • Majlis Persefahaman dan Pelancaran Produk SONA di Shah Alam
  • Dilantik sebagai Pengacara Majlis Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali ke 9
  • Majlis Menandatangani Persefahaman antara UNISEL dan Universitas Lancang Kuning.
  • Pengacara Majlis di Perhimpunan Bulanan Staf UNISEL.

Alhamdulilah dan terima kasih Ya Allah atas bakat dan pinjaman ini. Persidangan Isu Kebangsaan Generasi Y ini memberi pengajaran dan pelajaran buat saya untuk terus hidup di atas muka bumi ini. Arena politikus dunia ini bukanlah arena yang sebati dengan jiwa saya. Biarlah ia menjadi rahsia apa yang berlaku dan apa yang akan terjadi. Teruslah utuh dan berdiri di jalan Allah agar mara dan majunya sesebuah organisasi itu. 

Seketika kita di dalam keadaan tekanan, selain keluarga, sahabat juga teman yang tidak pernah putus-putus memberikan semangat. Seketika ruang udara kita serius dengan kehilangan dua pesawat Malaysia Airlines, kami teruskan juga percutian ke Sarawak, mengenali budaya dan cara hidup mereka di sana. Rehatlah sepuas yang mungkin kerana tekanan akan kembali seperti sediakala. Melalui saat-saat yang cukup menarik sepanjang di Kuching, ia memberi saya sedikit sebanyak pengalaman hidup merantau. Bagaimana ingin berdikari dan juga membawa diri di tempat orang. Awal tahun juga memberi ruang untuk saya terus berkenalan dengan manusia-manusia hebat yang pulang dari Jakarta dan merantau ke Terengganu, mengenali mereka adalah satu kurniaan ukhwah dari Allah yang tidak terhingga. Terima kasih atas semangat dan juga ilmu yang dikongsikan. :)

Sekitar awal tahun yang biasa-biasa sahaja. Pertengahan tahun yang agak kucar-kacir dengan kelas dan juga kerja-kerja kursus yang harus diselesaikan. Maaf Mr. Presiden, tahun ini tiada kejutan buat anda di Jakarta, kiriman doa kepada yang berada Di Atas agar anda terus menjadi insan yang hebat dan tidak pernah mengalah dalam arena yang diceburi. Selangkah ke hadapan, usia meningkat 26 tahun. Alhamdulilah, masih dikurniakan seorang ayah dan juga ibu yang tidak pernah lekang dengan bebel dan nasihatnya, kakak yang terus menjadi tulang belakang, abang yang sentiasa memberi semangat dan melayan kerenah adik yang pelbagai ragamnya. 26 tahun, sudah mempunyai kerjaya, sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan bercita-cita ingin menempah tiket melanjutkan Ijazah Sarjana di luar negara (InsyaAllah, jika diberi izin oleh Allah S.W.T). Usah bertanya tentang jodoh, kerana Allah telah meletakkan satu nama yang bakal menemani saya sepanjang usia. Namun, saya masih belum bersedia. Pahit satu ketika dulu itu melahirkan semula saya pada masa kini. :)

Bertemu kita di bulan Ramadhan kemudia kita Syawal bersama. Alhamdulilah, ibu masih mampu tersenyum melihat cucu pulang ke bandar dengan meriahnya rumah. Sibuk si Ayah membeli apa jua yang diminati oleh cucu dan juga menantu. Keluarga mana yang tidak dilanda badai, semuanya mempunyai kurangnya namun hiasilah selagi kita  mampu menghias dan jangan biar ia terus cacat tanpa usaha. Bulan Ramadhan ini juga memberi makna yang cukup dalam buat saya. Mengenali mereka-meraka yang hebat berkerja keras, membanting tulang membantu anak bangsa terus mara dan tidak mundur. BeliaSiswa terus terpahat di dalam minda dan hati. Kenali mereka sekadar bersahaja, namun tidak sangka mampu ketawa semeja, hilai tawa bersama, berpokok gurindam juga. Mengenali mereka juga satu kurniaan manis yang tidak terhingga. WCLT, menjadikan saya seorang yang mengenali insan yang memerlukan, mengenali mereka apa yang ditagihkan, mengenali mereka apa yang didambakan. Di mata, hanya nampak satu cahaya, hanya perlukan kasih dan sayang. Semoga mereka terus menjadi anak yang baik, menjadi anak yang soleh dan solehah, menjadikan mereka orang yang mampu membakti kepada negara dan membanggakan Malaysia. Rindu kalian di Rumah Nur Hikmah, **Pernah mimpi arip! Itu yang paling menyentuh hati** Buat mereka yang bersama di Kidzania, anda juga berada di hati saya, kerana tautan silaturahim itu tidak pernah akan putus, yang memutuskan kita hanya ajal dan maut. WCLT I,II, III anda tetap hebat di mata saya, semoga kita jumpa lagi bila ada kelapangan dan juga ruang waktu. Rindu kalian :)

Akhir bingkisan, ini adalah hadian terindah buat tahun 2014, sesuatu yang berharga. Pahit dan payah yang sedang saya lalui, namun sudah tertulis, saya perlu juga lalui. Berbaki 3 hari lagi, saya akan berangkat ke Dublin, Ireland. Satu perkara dan percutian yang saya sendiri tidak jangkakan. Ini adalah hasil bantuan semua orang yang berada di keliling saya. Mereka terus memberi ruang dan waktu untuk saya rasa satu nikmat dunia di kala bujang masih berstatus. Perjalanan ke Dublin ditemani merka-meraka yang tidak pernah lupa untuk membawa saya terokai dunia. Terima kasih kalian kerana terus membawa saya mengenali dunia. Malaysia - Instanbul - Dublin - Instanbul - Malaysia. Terima kasih atas segala bantuan anda semua. Semoga bantuan anda melipat gandakan pahala dan juga kesenangan di dunia. 

Semoga tahun 2014 ini memberi makna yang cukup untuk berpindah ke 2015. Pasang tali pinggang  dan duduk ditempat masing-masing, tegakkan kerusi dan bersedia untuk mendarat ke 2015. 

Salam Sayang, 
Nashriq.

Sunday, 16 November 2014

Akhirnya Bukan Disini - WCLT

Keluarga WCLT Phase I

Assalamualaikum wbt. 

'Seuntai Kata Untuk Dirasa'

Alhamdulilah, masih diberi kesempatan dan ruang untuk mencoretkan kisah-kisah menarik sepanjang hayat masih diberi nafas. Alhamdulilah juga, Allah tidak pernah putus-putus memberikan nikmat ukhwah yang sangat manis dan juga bersua dengan hamba-hambaNYA yang hebat. Syukur, itulah pertama yang harus kita ungkapkan sebagai seorang manusia yang menumpang di atas muka bumi yang sementara ini.

'Berpisah Bukan Untuk Selamanya'

Nyata dan terang yang memisahkan kita apabila nyawa dicabut oleh Malaikat Izrail atas arahan Allah S.W.T. Itulah perpisahan untuk selamanya, apabila kita berada di dunia alam yang berbeza. Hari ini (Sabtu-151114) saya merasakan satu kemanisan dunia yang cukup indah untuk dikenang. Ya Allah, rasa terpanggil untuk bergelar seorang Ayah satu hari nanti. Rumah Nur Hikmah ini sentiasa memberi saya pengjaran dalam kehidupan di dunia. Melihat mereka, seakan kita ingin kita harus mengerti bahawa betapa indahnya jalan dan liku hidup kita sebagai insan yang sempurna di mata kasar manusia. Allah menghadirkan insan-insan yang hebat dan bermakna buat mereka. Anak-anak kecil ini mempunyai cerita dan kisah mereka tersendiri. Mereka mencorak pelangi sebelum hujan membasahi bumi. Mereka memetik bunga di taman tanpa belas dan bantuan. Mencari cinta tanpa hadir kasih dan sayang. Mereka terlalu naif, naif terhadap perkembangan dan peredaran perubahan semasa. Insan-insa inilah (BeliaSiswa) yang memberi satu harapan baru buat mereka untuk mengenali dunia, mengenali apa itu tautan, mengenali apa erti itu kasih dan sayang. Tatkala mata memerhati satu persatu, perasaan ini bagai disebat melihat tagihnya mereka terhadap kasih dan sayang dan adakalanya seperti ingin dibelai manja.

Hari ini memberikan saya satu pengalaman baru dalam mengenali WCLT. Indah~ Itulah yang boleh saya katakan. Bermesra dengan mereka, ada yang duduk dipeha, mahu dipangku, dibawa berjalan ke sana-sini, mahu berdukung, ditarik untuk melihat benda-benda yang menarik. BeliaSiswa dengan penuh khidmatnya membawa anak-anak kecil ini ke KidZania. Mereka mula didedahkan dengan pelbagai perkara di sana. Itu biarlah menjadi kenangn mereka sampai bila-bila. Menjadi indahnya dalam dunia saya, apabila ada diantara mereka yang ingat saya, walaupun sudah lama tidak ke Rumah Nur Hikmah, Azura, melambai dari jauh, makanya terusik hati 'Ya Allah, ingat lagi depa dekat aku'. "Ekh~ Abang farah adalah" Salah seorang yang menegur. Tersenyum simpul~ Berbunga-bunga pagi tadi. "Kenapa abang lama tak datang?" Yang ni sangat-sangat terharu! Farah tanya kenapa lama tak datang! Alahai dik, sangat sibuk, dengan kelas hujung minggu, kerja sabtu ahad.Maaflah buat adik Farah and thanks pada Zati or Nana (maybe) yang tolong tengokkan adik sayang saya. Nasib baik tak banjir pagi tadi. :) Seharian bersama mereka di KidZania, merupakan kenangan bermakna buat saya. Bagaimana kami menguruskan mereka, usah tanya, usah fikirkan. Hanya yang menjalankan tanggungjawab pagi tadi sahaja yang tahu. Terima kasih Arip! Tidur atas pangku abang~ Rasa sangat merindui saat-saat dia mengira kereta di Plaza Tol dan kemudian tanpa sedar kepalanya sudah ke kiri dan ke kanan dan akhirnya dia tewas. Tiada lain yang mereka dahagakan, hanyalah masa, kasih sayang, belai-manja dan melayan kerenah mereka sebagai Anak yang dilahirkan dan dihadirkan ke bumi Allah ini. Semoga Allah terus memberkati mereka. 

'Disini Bukan Akhirnya'

Perpisahan yang diakhiri dengan pesanan yang disulamkan dengan hadis dari Fahmi, memberikan semangat baru dan tautan utuh untuk keluarga WCLT. Semoga ukhwah kita ini bukan hanya di WCLT namun sehingga kita sudah berada di hujung nyawa. Perpisahan akan ada dalam setiap pertemuan. Ianya berlaku secara manis ataupun pahit. Inilah cerita kita, cerita yang manusia lain tidak tercatat dalam Diari Biru hidup mereka. Semoga kita terus memberi kepada mereka yang memerlukan. Kasih sayang yang kita ada selama ini, kita curahkan kepada mereka yang sentiasa menanti tanpa mengenal erti lelah. Mereka bukan Tol yang kita guna untuk Touch n Go tetapi mereka adalah kurniaan Allah yang memberi kita pengajaran dan juga pengalaman. Semoga BeliaSiswa terus maju dipersada ~ WCLT sentiasa menjadi kenangan manis yang tidak pernah lekang di bibir. Terima kasih menerima kehadiran manusia seperti saya yang serba kekurangan. Maaf, jika ada salah dan silap mahupun gurau terlebih cara. Semoga kita terus menjadi insan yang hebat di jalan Allah. 

WCLT - We Care Love and Teach. 

Keluarga WCLT Phase II & III

Manis Bicara,
Nashriq Ismail
12.20AM  - 161114

Sunday, 16 June 2013

14 Jun 2013

Assalamualaikum W.B.T :)
 
Alhamdulilah, 14 Jun 2013 sudah berlalu hampir berlalu dua hari. Alhamdulilah, dipanjatkan syukur kepada Allah S.W.T kerna terus memberi peluang menyedut udara segar, menikmati keindahan alam, mampu untuk terus berkata-kata dan berzikir dan diberi nikmat untuk terus mendengar. :) Terus berusaha menuju ke jalan Allah, semoga kehidupan kita terus diberkati dan juga dilimpahkan kurniaan yang tidak terhingga. Masih berlu terlewat untuk memohon keampunan dariNYA dan juga bersyukurlah kerna masih dihidupkan kerna masih ada peluang untuk memohon keampunan.
 
Alhamdulilah, kini usia sudah menjangkau 25 tahun 2 hari. Meneruskan perjalanan yang masih lagi belum sampai ke penghujungnya. Berjuang untuk menikmati sedikit nikmat yang Allah berikan seterusnya mengharapkan keampunan dari Allah S.W.T. Dunia ini hanyalah sementara, kita ibarat patung sebenarnya memainkan watak masing-masing bagi menceriakan dunia. Adakalnya, pahala yang kita perolehi dan adakalanya secara tidak sedar dosa yang singgah. 25 tahun, masih lagi memiliki kasih sayang dari Allah S.W.T, Ibu dan Bapa, Guru-guru, Pensyarah-pensyarah, Sahabat Handai dan Adik-adik yang sentiasa ada menemani di sisi. Sudah memiliki Diploma Sains Perpustakaan hampir tiga tahun dan sudah berkerjaya selama tiga tahun dan berkhidmat di sebuah Perpustakaan Universiti Swasta. Apa yang sudah ada pada hari ini semuanya berkat doa dari keluarga dan sesiapa sahaja yang ada disekeliling saya. Amin :) Melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Insya Allah jika tiada aral melintang akan menamatkan pengajian pada usia 27 tahun. Kalau diizinkan oleh Allah S.W.T dan jika ada rezeki ingin melangkah setapak lagi ke peringkat Ijazah Sarjana, Insya Allah. Selama 25 tahun ini, pelbagai yang telah dirasai, manis, pahit semuanya ditelan. Adakala diluahkan, adakala disimpan di dalam hati dan akan akan hilang secara perlahan-lahan. Kalau dikenangkan tahun-tahun sebelum ini, semuanya manis belaka.
 
Ucapan dari jauh tepat jam 12.00 tengah malam. Apa yang ada dalam hati, Allah S.W.T memakbulkan. Gembira itu sememangnya, siapa yang tidak gembirakan, tepat jam 12.00 telefon dari jauh. Bermulalah "wish" dari SMS, WhatsApp, Twitter, Facebook dan sebagainya. Apabila mendengar nyanyian itu! Haha. Biasalah :) Touching dengan wish. Terima kasih kepada sahabat-sahabat dari Malaysia, Indonesia, India dan Dublin. Terima kasih kerana mendoakan kesejateraan dan kebahagiaan saya. Insya Allah, semoga doa-doa kalian terus menerus dan termakbul dariNYA. Rata-rata wish tahun ini banyak mendoakan saya bertemu jodoh , Insya Allah jika tiba masanya akan dijemput kalian ke rumah. Tipulah, jika tiada sesiapa di dalam hati, namun biarlah menjadi rahsia sehingga tiba masanya. Doa kalian diharapkan untuk terus dekat dengan Allah S.W.T dan jodoh yang bakal tiba. Sedikit perkongsian - Selepas 6 tahun, kini kembali sedikit perasaan itu, namun ianya terus menjadi rahsia Allah. Terima kasih Ya Allah :) terus memberi nikmat dan kurniaan :) Terima kasih keluarga terus memberi semangat, Terima kasih semuanya. :)
 



 
Collection Birthday Tahun 2013 :)
 
Terima kasih kepada kerana memberi hadiah :)

Wednesday, 15 May 2013

Terminal II : Cerita Kita

Assalamualaikum W.B.T

Cerita kita hampir melabuhkan tirainya. Sebenarnya sudah hampir seminggu lebih balik dari Jakarta, Indonesia namun kesan percutian itu masih bersisa di dalam ingatan. Memori terindah 2013 sehingga terbawa ke hujung cerita kita. Layarkan cerita kita sehingga lambaian terakhir di Terminal Dua Seokarno Hatta Airpor, Jakarta. 

Pulang Marilah Pulang!

Tepat jam 9.00 Pagi, Gerabak Keretapi pun memulakan perjalanan, selamat tinggal Bandung, sehingga kita ketemu di lain tahun :) Kami bersepuluh mengambil tempat duduk masing-masing. Aida duduk dengan Apai, Saya? Semestinya dengan Wan, Aina duduk bersebelahan dengan Aman, Odah duduk dengan Mad dan Shayuti melayari impian bersama Shayuti. Dalam tak sedar Aida kata seat dalam train boleh dipusing-pusing. Jadinya, saya menghadap Aida, Wan menghadap Apai. Aman menghadap Mad, Aina menghadap Odah. Berlapan je? Dua lagi duduk belakang kami. Haha.. Tak boleh nak hadap! Haha.. Tak berapa nak ingat apa yang diborakkan di dalam train. Pasti sekali, kami berlapan banyak ketawa dengan pelbagai kerenah, makanlah, buat sepah, makan roti, makan kacanglah. Haha... Gerabak itu hak kami! Haha.. Bergambar dan sebagainya, kamera di tangan Mad, buatlah apa pun yang hang nak buat Mad.! Hee.. :) 
Saya gemar duduk di tepi tingkap. Melihat keindahan alam dan ciptaan Allah, masih terasa berada di dalam gerabak mengambil beberapa gambar yang boleh dijadikan kenangan bersama. Melalui gunung ganang, lembah lurah, bengkang bengkok dan akhirnya semua tertidur. Menutup muka dengan bantal, menyumbat telinga dengan ear phone, novel terselit di celah badan, kamera tergantung kepala lentok, kepala lentok bantal menjadi pengalas. Haha.. Pelbagai ragam! Saya? Tidur juga, tidur bersama shawl.. Hehe.. Perjalanan yang memakan masa 3 Jam itu hampir ke penghujungnya. Perjalanan yang dipenuhi tawa dan senyum tadi bertukar kepada dengkuran dan juga lelehan? Ada ke? Haha.. Terperasan yang Odah suka ambil gambar pemandangan. Kebanyakkan gambar pemandangan Odah lah yang ambil. Tiba di Stasiun Gambir, Jakarta. :)
Sempat bergambar dahulu sebelum keluar dari terminal keretapi tu. Haha.. Gambar dengan muka yang kepenatan dan juga keletihan. Sebelum pulang ke Tg. Duren sempat kami selesaikan yang wajib dahulu di Mushola dan kemudian berpecah dengan tiga group. Aina, Odah dan Aida pulang sambil mengucapkan selamat pulang kepada saya! Bye2 ladies! Apai, Shayuti dan Radhi balik ke Tg Duren dahulu. Saya, Wan, Mad dan Aman meneruskan misi Gerak Gempur mencari baju untuk Rizqin, Clutch untuk Asnida dan juga Keychain untuk Puan Ruhana.. :) Misi baju dan Clutch berjaya, namun Misi keychain tidak berjaya. Dalam keadaan yang agak lemah masa tu disebabkan cirit birit dan juga terasa macam nak demam. Singgah sebentar dekat D'Cost, depa suruh saya makan, supaya badan tak lemah. Terasa sayu sebenarnya masa tu, tengok makanan pun tak lalu. Namun, kerna perut yang kosong, makanlah. Dalam menikmati makanan, air kelopak dah berair. Tak taulah Mad perasan ke tak, sebab dia je yang dok menghadap muka saya masa tu. Wan dengan Aman sedap makan! Haha.. Saat badan dibalut dengan shawl, Shazwan tambah lagi dengan sweater kelabu merah dia. Sejuk, sangat-sangat sejuk masa tu. Badan dah mula tak bermaya. Bergegas untuk pulang ke Tg. Duren. Dalam teksi, Shazwan duduk depan, Saya, Aman dan Mad duduk belakang - " Abg Nash, panasnya tangan. Kenapa?" -  "Tak tahulah Aman " - Rangkul lengan Aman lentok terus lelapkan mata. Jalan macetkan, jadinya sedaplah tidur sekejap. Dalam keadaan yang jammed tu, terus menerus hati dbuai sayu. 6 Hari, cepat sungguh berlalu. Pantaskan masa sekarang. :)
Sebenarnya, berlaku kemalangan kecil melibatkan teksi kami naik dan juga sebuah kereta. Teksi yang kami naik tu hentam belakang kereta tu. Semua tengah syok tidur, terbangun dan lantas mata tak boleh nak lelap dah sebab dah dekat dengan Tg. Duren. :) Sebelum sampai rumah sempat belikan chocolate untuk Kak Jue, Kak Ida dan Kak Liza.. Beli Maggie Indonesia untuk Kak Ann. Selesai je urusan dekat situ terus balik ke Tg. Duren.. Waaahaaauu~ Bersepahnya barang yang nak dibawa pulang ke Malaysia.. :)
Sesi mengemas bag yang tak tentu arah. " Cuba abang nash guna bag Mad, muat tak?" - Punyalah mencuba, tetap tak muat dik! " Wan, guna bag Wan lah." - " Nanti Wan nak balik Malaysia guna bag apa pulak." - Jalan penyelesaian di cari. Akhirnya, Shazwan hulurkan bag berwarna coklat. " Abg Nash gunalah yang iini, nanti hantar dekat rumah, pas sekali barang untuk Mak dengan Babah ek." - " Okay boleh je" - Settle masalah yang penuh berliku. Disebabkan dah over kilo, terpaksa tinggalkan, seluar tidur, seluar jean, shampoo, sabun, dua novel bahasa Indonesia dan juga buku yang sangat dirindui " Bertanya Tentang Tuhan" .. Hehe.. Tinggalah barang-barang tersebut, Shazwan balik raya nantilah baru jumpa semua barang-barang tu. Siap barang disusun, Mad datang dengan penimbang, kira bagasi bermula, " Abg Nash, over 7 kg, so Bag yang tarik Abg Nash ni, bawak naik cabin dengan bag laptop, yang bag universal studio ni, Abg Nash letak dekat kargo sama dengan bag tarik wan ni." - "Abg Nash, nasib baik saya takda barang nak pesan, kalau tak lagi berat." Aman! Haha.. Mission completed :) Terus capai towel masuk bilik air mandi dan bersiap.

Selamat Tinggal Tanjung Duren & Indonesia :)

Selesai mandi,  " Mad! Mad! ... Tolong capaikan seluar yang baru beli tu.." - " Abg Nash, nah!" - " Mad! Nanti... " - Tak sempat habiskan kata-kata Shazwan dah intai..  Terdiam dan terus tutup pintu bilik air. Berlalulah Mad dengan penuh tanda tanya (agaknyalah). Bising dah macam nak balik raya! Bersiaplah dengan memakai baju yang depa pilih masa dekat Thamrin City. Badan bersalut baju Adidas kuning, seluar Dockers coklat dan juga bertemankan Shawl coklat emas. Sambil bersiap, berbisik dekat Mad " Mad, nanti ajak Aman keluar dulu, Abg Nash nak cakap dengan Wan!" - " Bisa aja mas. Okay bosh!" - Berlalu dan Mad terus melekat dekat Aman. Bisikan manja diberikan dan mereka berdua angkutlah bagasi-bagasi seprti pelajar Akademi Fantasia tersingkir. Dalam sibuk-sibuk Shazwan ke hulu ke hilir dalam bilik tu " Wan ~ Abg Nash nak cakap sikit " - Terus peluk dan tanpa sedar benda yang paling susah nak control, berjurailah air mata " Ni bukan nak cakap... " Wan boleh cakap macam tu.. " Abg Nash, thanks datang dari jauh sambut birthday wan. Wan hargai sangat.. Alah sekejap je, bulan 7 nanti Wan balik, tak payah nangislah. Sekejap je bulan 7 tu. Sekarang pun dah bulan 5" Ayat Wan! Serius! Dialah teman yang suka membuat orang ketawa dan gembira.. Hati kita sayu, sebelum melepaskan pelukan, melihat dulu keliling bilik rumah tiga tingkat tu. Kemudian melihat jendela dan juga tilam katil tempat kami berguling dan ketawa. Sebelum Keluar dari bilik " Bawak tisu tu, Wan tau dekat airport mesti banjir lagi" -  " Radhi.. Radhi.. Tidur ke?? Abg Nash nak balik dah.. " - "Ye, Balik elok-elok" - " Ekh~ sempat gunting rambut?" - "Aah, sempat gunting rambut.. Janganlah sedih-sedih ye.. Elok-elok balik Malaysia. bye!" Seterusnya, " Sulaiman, Abg Nash balik dulu.. Jaga diri, makan banyak sikit.. Study elok-elok. " - " Sekejap je Abg Nash dekat sini, sedih pulak.." - " Insya Allah, ada masa kita jumpa lagi.. Jaga diri" - Shayuti dengan Apai tidur, tak sempat hug2 dekat depan rumah. Berlalu turun ke tingkat bawah, bye dapur! :) Serius macam tersingkir dari Program Realiti TV. Saya tinggalkan selipar superman berwarna biru merah sebagai kenang-kenangan. Teksi sudah siap untuk menghantar ke Terminal Dua. Sebelum naik teksi, hampir meleleh air mata melihat rooftop rumah di Tg. Duren. Serius di situlah mencari ketenangan di kala selepas subuh dan menanti senja. :) Selamat tinggal Rumah Tiga Tingkat. :) I will miss this moment ... Masuk dalam teksi, check passport, duit tax air port dan barang lain. Pemandu teksi tu pun prihatin, " Periksa dulu barangnya Mas, ada yang tertinggal" -  " Ngak ada apa-apa kok, bisa aja terus ke air port".... Setitis air mata gugur di tanah Tg. Duren. Dalam teksi, sesi mengenakan saya! Macam-macam lagulah yang dipasang oleh Mad dan Aman. " Cuba korang pasang lagu Butiran Debu " Amboi Wan sempat lagi nak kacau kita. Butiran debu~  Tahan jelah perasaan tu. Badan sudah mula tak sedap, perut mula tak selesa. Dalam teksi sempatlah bergurau senda dengan Aman.. Dicubit peha kita, " Jangan sedih..Ni apa sedih-sedih ni.. Sedih lagi.. Sedih.. Sedih..."  Nak melompat dibuatnya kita dalam teksi tu, dicubit, dicucuk cuma tak sempat nak gigit je. Haha.. Terminal dua mula nampak! Nampaklah kapal-kapal terbang yang mula menerbangkan pesawat-pesawatnya. Tiba di Terminal Dua, ucapkan terima kasih kepada pemandu teksi dan diorang dah siap letak bag atas troli. Sempat bergambar dulu sebelum masuk ke dalam. " Awal lagi ni, jalan-jalan dulu yuk" Berjalan sambil Shazwan pegang ticket flight. Tengok-tengok jugak masa flight, kaunter check in belum di buka lagi. Sempatlah kami makan di A&W.. Tapi tak lalu nak makan, makan ice cream coklat yang Aman belikan je.. Hehe.. Thanks Aman! Heee..Tengah syok-syok makan, tiba-tiba " Abg Nash, flight ticket tadi mana? Ada dekat Abg Nash ek?" - " Mana ada, ada dekat Wan tadikan, Wan je yang pegang ticket tu.. Abg Nash takda ambik pun" - Sudah habis semua orang digeladahnya. Akhirnya, saya suruh dia pergi tanya dekat kaunter A&W tu.. Nasib baik ada, kalau tak balik esoklah jawabnya. Selesai makan terus ke surau untuk selesaikan yang wajib. Selesai segala yang perlu dilakukan, kini tiba masanya.. Berjalan menuju ke ruang untuk check in bag. Stay beberapa minit dekat depan tu. Jam belum menunjuk kul 7, borak-borak sekejap, " Abg Nash dah boleh masuk ni, nanti dekat dalam macam-macam Abg Nash nak kena buat." - " Okay!" - Pelukan pertama dari Aman, mampu bertahan lagi " Jaga diri elok-elok. Thanks tau datang melawat kitaorang" - Mad! Mula tersenyum " Thanks Abg Nash, jaga diri elok-elok. Jangan sedih-sedih k. Nanti kita jumpa lagi" - Okay, keluarlah sikit air mata. "Wan!" - " Abg Nash, Thanks datang tau. Jaga diri elok-elok, kirim salam dekat orang Malaysia. Alah, tak payahlah sedih, Nanti bulan 7 Wan balik. Nanti kita keluar jalan ye.. Jaga diri, Jaga kesihatan. Janganlah sedih" - Sahabat, 6 hari berguling bersama, keluar berjalan bersama, share cerita macam-macam, solat bersama, masak sambil ketawa semua ada dalam ingatan. Sedih wok~ Meleleh air mata. Masa tulah Aman sempat snap gambar dua tiga keping. Air mata Terminal Dua, tak kisah dah orang kiri kanan tengok. Tengah-tengah nak check in bag SMS masuk  " Salam. Tq dtg, wan sgt2 hargai sush pyh Abg Nash utk sumenya. Take cre.  Krm slm sume. Insya Allah bulan 7 kita jmpa ag. Wan *** abg nash. :) " Tak kira dah, keluarkan tisu, lap je air mata masa tu. Tak kisah dah orang keliling tengok. Masuk lagi SMS " Abang Nash bye2.. tq dtg.. halalkan makan mnum.. kalau ada trlebih tkurang ye .. :) semoga selamat sampai.." Aman pulak text. Lagi banjir, banjir sampai ke dalam cabin! Haha.. Berjalanlah seorang diri, membawa diri yang lara! Cewaaahh.. Semua dan settle, terus masuk ke dalam beli FM untuk Cikgu Ruhana dan seterusnya tunggulah gate open. 8.15 pm, gate tak open lagi, 8.25 pm, gate change! Serius masa tu dah rasa macam nak tumbang dan ada perasaan nak call Wan, nak balik esok pagi je.. 8.30 gate still tak bukak. At last, 8.45 semua berduyun-duyun masuk. JT 286 - Lion Air CGK - KUL .. Ingatkan dah boleh masuk dalam cabin. Belum lagi, terseksa perut, jiwa dan raga! Huaaaa~ Meleleh air mata. :(  Septutnya flight berlepas jam 9.00 malam sudah di anjak masa ke 10.00 pm. Satu jam menunggu dan akhirnya panggilan untuk penumpang Lion air JT 286 untuk masuk ke pesawat. Perhatian kumpulan A - C masuk terlebih dahulu.. Kemudian barulah group saya masuk, Group D! Alhamdulilah, dapat duduk di seat kecemasan! Luas sikit takdalah sengsara kaki. Masuk dalam cabin dengar dua tiga arahan dan kemudian tutup muka dengan shawl, melelehlah sepuasnya dan akhirnya terlelap. Sedar-sedar je, depa bagi arahan yang flight dah nak landing. Namun masih dalam keadaan yang mamai, lentok jelah kepala dekat seat tu. Smooth dan tak rasa terhentak sikit pun. Alhamdulilah, 1.30 pagi selamat sampai di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Bergegas dengan keadaan yang lemah. Bersiap siaga dan abang pun dah sampai, masuk bag dalam kereta letak kepala dan sambung tidur. Tepat jam 3.00 pagi waktu Malaysia, selamat sampai rumah, tetapi minda masih terasa di Tanjung Duren. :)

Alhamdulilah :) Percutian yang telah lama dirancang semenjak Oktober 2012. Lamakan? Seakan tidak percaya, berjaya mengharungi seorang diri. Alhamdulilah, syukur kepada Allah, semuanya dipermudahkan dengan sedikit cabaran. Terima kasih penghuni Rumah Tiga Tingkat Tg. Duren, Asyraf Nazri, Marzuqi, Sulaiman, Radhi, Aman, Muhammad, Shazwan, Hafiz (Apai), Aiman dan Shayuti. Ditambah dengan kenalan baru Aina and Odah serta Jemah Youalsss (Aida) ! Yang tak sempat nak bersua muka Nur Hamizah (Senior Wan, sekarang dah jadi member!). Sempat bercakap dengan Aliff Faizal dan berkaroke bersama Mud (mcm tu ko ejaan). 6 hari, bukanlah masa yang singkat, lam juga sebenarnya. Pelbagai ragam dan juga kerenah. Berguling, memasak, ketawa dan juga berkongsi cerita semuanya terjadi dalam masa enam hari. Itulah manisnya ukhwah. Senyuman pada hari pertama melihat kehadiran saya! kemudian monyok di hari kedua bertukar emosi pada malamnya, kemudian sibuk menguruskan diri dengan Exam.. Semua menjadi satu kenangan yang sangat hebat. Terima Kasih Allah, kerana meraka hadir dalam kehidupan saya. Kini tirai dilabuhkan. Semoga gembira membaca coretan cerita saya. Semoga kita berjumpa lagi. :)

The End : )