Tuesday, 1 November 2011

Penulisan 1/11/11 -
Menjalani kehidupan seperti manusia biasa. Berjalan dan meneruskan perjalanan dengan penuh keazaman. Aku melihat sekitar alam yang luas terbentang,memberi udara yang sesegar embun pagi. Mencerahkan bumi dengan sinaran matahari. Dikala perjalanan itu damai dan tenang, lalauan aku berlopak, aku terjatuh dan aku bangkit semula. Bangkit dan aku terus berjalan menuju ke destinasi. Destinasi yang belum menjanjikan satu percutian yang cuku indah. Apabila perjalanan itu masih jauh, aku letakkan ke azaman yang kuat. Di mana akan aku boleh mencapai kejayaan dan memperoleh seribu daya kekuatan. Namun sayang, ianya hanya satu percutian boneka. Senyum, tawa dan gembira hanya menjadi salutan roti kepada sosejnya. Percutian yang menjanjikan kemanisan itu hanya bersifat sementara. Laluilah percutian itu walaupun payah, sepayah membaca nota dan sekepin lukisan hati.

      Tatkala masa berputar mengelilingi bumi begitu juga keadaan dan kehidupan kita.