Wednesday 21 November 2012

Dari Hati ke Komputer


Assalamualaikum W.B.T


" Berada dilandasan yang berbeza, tetapi masih kekal. Mempunyai cerita dan kisah yang berbeza, namun masih ada hati untuk memerhati. Berada diluar dunia yang berbeza, namun masih galak mencari"

Monday 12 November 2012

Cerita Pendek

      
    Seingat Dania, dia tidak ada kuliah hari ini, tapi mana pergi teman sebiliknya?. Subuh berbaki lagi 15 minit, dengan langkah yang lemah dan longlai Dania terus ke tandas mengambil wuduk bagi menyempurnakan kewajipanya sebagai umat Islam. Meneruskan perjalanan dengan badan yang masih letih dan penat yang berbaki Dania gagahkan diri. Seusai solat subuh, Dania terus ke katil dan melenakan dirinya semula. Perjalanan yang memakan masa berjam-jam itu membuatkan Dania tidak bermaya untuk melakukan aktiviti sepanjang hari ini. Matanya baru sahaja mahu dilelapkan, "Dania, jom, kita pergi pusat sukan, jogging ?" tiba-tiba Marina menerjah masuk ke dalam bilik dengan berselubung kain yang berwarna putih. "Ohooii.. Hantu gula-gula!! Tolong!!" Dania bagaikan dirasuk hantu. "Dania ni akulah, Marina!" Marina cuba menenangkan Dania. "Ya Allah! Jangan dekat, pergi jauh!" Dania tidak boleh dikawal. Marina mencapai segelas air lalu menyimbah muka sahabatnya. "Hah! Akulah Marina, kawan sebilik kau! Kau ni kenapa? Dan macam kena rasuk hantu. Kawan sendiri pun tak kenal dah. Akulah Marina" Marina seperti singa betina saat itu. "Please, lain kali masuk bilik jangan buat macam ni lagi. Nak aku buat memo kat pintu ke ~ Tolong tanggalkan telekung anda, jika tidak saya akan meroyan nanti ~?." Akhirnya, hanya ketawa yang keluar dari mulut Marina. "Sudahlah, nak ikut pergi pusat sukan tak?" soal Marina. "Emm.. Malaslah, aku letih lagilah. Kau jelah pergi. Lagipun masa untuk berehat sementara En. Faizal batalkan kelas ni." jawapan yang ringkas dari Dania. Serba ringkas, Marina mengenakan tudung biru muda dan terus meninggalkan biliknya. Langit makin cerah, ketika ini Marina hanya bersyukur kerana masih lagi diberi nikmat hidup dan juga diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk terus berpijak dibumiNYA bagi memperbaiki kelemahan diri. Sambil menikmati pagi yang indah, mengeluarkan peluh demi menjaga kesihatan, Marina sedang diperhatikan. Marina, seakan tidak sedar dia sedang diperhatikan oleh sepasang mata. "Ya Allah, sungguh indah bumi Mu, aku bersyukur dengan nikmat Mu." sambil merehatkan badan setelah penat bersenam. Tapak kaki dari arah belakang membuatkan jantung Marina berdegup kencang, semakin hampir derapan kasut, makin laju alunan jantungnya. "Marina!" suara yang agak garau. Marina menoleh kebelakang dan hembusan nafas lega. "ingatkan siapalah tadi, kau rupanya Firdaus. Takut aku,dahlah aku sorang-sorang je dekat sini.". " Mana Dania?selalu korang berdua." mula membuka topik. - Continue

p/s : klu ada komen yg positif sy cuba sambung ceritanya.. hehe 

Monday 5 November 2012

Andai Mampu .....

Assalamualaikum :)

November hadir dan Allah memberi ruang untuk terus berbijak di atas muka bumi ini. Sehingga hari ini dirahsiakan di hati apa yang dipendamkan. Tidak perlu dicoretkan, hanya cukuplah ketahui "saya bermain dengan emosi". Lelah melalui kehidupan dari hujung Oktober sehinggalah November yang hadir. November yang hadir seperti melambai dan memberi senyuman indah, namun kaki ini melangkah dengan satu kesempitan ruang dan hanya senyuman paksa yang dapat diberikan. Betapa kecewanya November itu apabila melihat kehadiran saya yang penuh dengan emosi. Mixed Emotion, Adakah saya mengalami keadaan sebegini sekarang? Hanya ada pada diri sendiri. Jalan yang terbaik adalah, saya memberi semangat kepada diri sendiri. Setiap hari memberi dan memujuk hati supaya kuatkan kaki untuk melangkah dan terus berjalan. Usah berlari namun cukuplah sekadar berjalan dengan laju. Ke mana hilangnya semangat yang hadir dulu saya sendiri tidak mengerti. Hari demi hari, hati ini dipujuk, kata orang " Kalau dipujuk lama kelamaan lembutlah". Itulah tugas kita terus berusaha dan terus berusaha. Adakalanya, kita lupa dengan kelalaian kita sebagai manusia yang hanya menumpang sementara di muka bumi ini. Lupa pada ajarannya, alpa pada suruhannya, lalai dengan petunjuknya. Lalai dan terus dibuai mimpi, ibarat dunia ini masih diawal penemuanya. Sedarlah wahai diri kerna masih cetek ilmu pada diri mu. Usahalah perbaikinya dan jangan sesekali kisah dengan apa yang diperkatakan. Perubahan memakan masa ? Bukan alasan! Namun kita mampu untuk lakukan. Jangan sesekali lemah dalam memperbaiki segala kelemahan yang kita ada. 

November masih berada di awalnya, pelbagai tugas yang harus dilaksanakan dan juga harus diselesaikan. Adakalanya, kaki seperti tidak ada kekuatan lagi, lemah dan sebagainya namun demi harapan dan cita-cita yang sedang saya kejar, saya teruskan demi mencapai impian. Oktober yang lalu, saya telah membuat satu keputusan yang diluar jangkaan. Saya sendiri membuat keputusan yang tanpa berfikir dengan panjang. Sudahpun ada di tangan saya kini. Namun, ada sahaja perkara yang membuatkan saya berfikir semula? Adakah itu? Adakah ini? Adakah dan segalanya. Tidak teguhkan hati dan juga pada keputusan yang dibuat. Bagaikan ada batu berat yang menghempap diri ini. Aduhh! Sakit! Berat! Darah! Aduhai hati! Jangan terlalu letak negatif itu, adakalanya boleh namun tidak perlu selalu. Semoga saya terus kuat dan tabah untuk lalui.

Kecil? Entah? Pada hati? Pada diri? Semua " tepuk dada tanya selera" Andai disusun selembar kata-kata pun mungkin tetap sama dan tidak berubah. Andai disusun pepatah ia tetap sama dan tidak berubah lakarannya. Andai kata disusun, pepatah diselarikan tetap sama dan tidak berubah. Andai mampu merembeskan saat ini, mahu sahaja dirembeskan namun ? Tiada bahu manakan disandar. Kongklusinya, apa yang dibicarakan selari dengan perasaan yang bercampur baur. Alangkah indah, jika saya boleh buang dengan cepat perasaan yang bercampur baur ini. Indah sehingga tidak terkata. Jadi seperti Dian ( watak dalam novel Takdir Itu Milik Ku ). Berfikiran jernih dan positif di kala apa jua yang mendatang.

Akhir kata : Andai ada yang terkecil hati, mahupun apa jua yang membuatkan anda terasa maafkan saya kerna bukanlah sempurna mana. Maaf sehingga menutup mata. :) Selamat Malam.