Monday 24 June 2013

Bingkisan II

Assalamualaikum W.B.T

" Andai fikiran ini mampu membiarkan apa sahaja yang difikirkan. Entah ke mana hilang segala benda yang patut difikirkan. Tenggelam dek bayang-bayang sendiri. Takut menghadapi kenyataan duniawi. Aduhai fikiran, jangan terus membelenggu diri. Fikirkan apa yang perlu dan buangkan segala yang tiada titik nokhtahnya. "

Saturday 22 June 2013

Dia, Ibu Ku

Assalamualaikum W.B.T

Dia,
Ibu ku, seorang tukang sapu
Dia,
Ibu ku, tiada rasa penat dan jemu
Dia,
Ibu ku, kasih dan sayangnya tiada ganti
Dia,
Ibu ku, berpanas hujan demi sesuap nasi
Dia
Ibu ku, tersenyum manis berkurung biru
Dia,
Ibu ku, menangis pabila hati terguris
Dia,
Ibu ku, hatinya rapuh, hatinya mudah terusik
Dia,
Ibu ku, menyambut salam mencium dahi ku
Dia,
Ibu ku, tiada tukar, tiada ganti.
Dia,
Ibu ku, malam dan siang hanya dia dihati.

Monday 17 June 2013

Suara 14 Jun

 Assalamualaikum W.B.T

Malam,
Menanti dengan senyuman
Menanti penuh dengan debaran
Siapa pertama
Siapa penutupnya

Malam,
Tersenyum seketika
Hilang segala permasalahan dunia
Di kala minda serabut serabai ceritanya
Ketawa dan tangisan bersilih ganti

Malam,
Meningkat satu usia
Dari satu angka ke satu angka
Melihat diri yang belum cukup sempurna
Diri masih kekurangan
Diri masih perlu diperbetulkan

Malam,
Surat 14 jun
Hanya dirimu mampu mengubah nasib
Hanya dirimu mampu menceriakan kisah mu
Hanya dirimu penentu masa depan

Malam,
Berdoa pada yang SATU
Memohon keampunan
Memohon nikmat dan kurnia
Agar hidup terus diberkati

Surat buat 14 Jun
Satu ketika tiada lagi ungkapan indah
Sedekahkan Al -Fatihah
Satu ketika tiada lagi bingkisan
Doakan kesejahteraan dan kebahagiaan

Sunday 16 June 2013

14 Jun 2013

Assalamualaikum W.B.T :)
 
Alhamdulilah, 14 Jun 2013 sudah berlalu hampir berlalu dua hari. Alhamdulilah, dipanjatkan syukur kepada Allah S.W.T kerna terus memberi peluang menyedut udara segar, menikmati keindahan alam, mampu untuk terus berkata-kata dan berzikir dan diberi nikmat untuk terus mendengar. :) Terus berusaha menuju ke jalan Allah, semoga kehidupan kita terus diberkati dan juga dilimpahkan kurniaan yang tidak terhingga. Masih berlu terlewat untuk memohon keampunan dariNYA dan juga bersyukurlah kerna masih dihidupkan kerna masih ada peluang untuk memohon keampunan.
 
Alhamdulilah, kini usia sudah menjangkau 25 tahun 2 hari. Meneruskan perjalanan yang masih lagi belum sampai ke penghujungnya. Berjuang untuk menikmati sedikit nikmat yang Allah berikan seterusnya mengharapkan keampunan dari Allah S.W.T. Dunia ini hanyalah sementara, kita ibarat patung sebenarnya memainkan watak masing-masing bagi menceriakan dunia. Adakalnya, pahala yang kita perolehi dan adakalanya secara tidak sedar dosa yang singgah. 25 tahun, masih lagi memiliki kasih sayang dari Allah S.W.T, Ibu dan Bapa, Guru-guru, Pensyarah-pensyarah, Sahabat Handai dan Adik-adik yang sentiasa ada menemani di sisi. Sudah memiliki Diploma Sains Perpustakaan hampir tiga tahun dan sudah berkerjaya selama tiga tahun dan berkhidmat di sebuah Perpustakaan Universiti Swasta. Apa yang sudah ada pada hari ini semuanya berkat doa dari keluarga dan sesiapa sahaja yang ada disekeliling saya. Amin :) Melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Insya Allah jika tiada aral melintang akan menamatkan pengajian pada usia 27 tahun. Kalau diizinkan oleh Allah S.W.T dan jika ada rezeki ingin melangkah setapak lagi ke peringkat Ijazah Sarjana, Insya Allah. Selama 25 tahun ini, pelbagai yang telah dirasai, manis, pahit semuanya ditelan. Adakala diluahkan, adakala disimpan di dalam hati dan akan akan hilang secara perlahan-lahan. Kalau dikenangkan tahun-tahun sebelum ini, semuanya manis belaka.
 
Ucapan dari jauh tepat jam 12.00 tengah malam. Apa yang ada dalam hati, Allah S.W.T memakbulkan. Gembira itu sememangnya, siapa yang tidak gembirakan, tepat jam 12.00 telefon dari jauh. Bermulalah "wish" dari SMS, WhatsApp, Twitter, Facebook dan sebagainya. Apabila mendengar nyanyian itu! Haha. Biasalah :) Touching dengan wish. Terima kasih kepada sahabat-sahabat dari Malaysia, Indonesia, India dan Dublin. Terima kasih kerana mendoakan kesejateraan dan kebahagiaan saya. Insya Allah, semoga doa-doa kalian terus menerus dan termakbul dariNYA. Rata-rata wish tahun ini banyak mendoakan saya bertemu jodoh , Insya Allah jika tiba masanya akan dijemput kalian ke rumah. Tipulah, jika tiada sesiapa di dalam hati, namun biarlah menjadi rahsia sehingga tiba masanya. Doa kalian diharapkan untuk terus dekat dengan Allah S.W.T dan jodoh yang bakal tiba. Sedikit perkongsian - Selepas 6 tahun, kini kembali sedikit perasaan itu, namun ianya terus menjadi rahsia Allah. Terima kasih Ya Allah :) terus memberi nikmat dan kurniaan :) Terima kasih keluarga terus memberi semangat, Terima kasih semuanya. :)
 



 
Collection Birthday Tahun 2013 :)
 
Terima kasih kepada kerana memberi hadiah :)

Saturday 8 June 2013

Di mana hilangnya!

Assalamualaikum W.B.T

Bingkisan ringkas pada pepagi buta ini. Ya Allah, Nashriq mana semangat kamu yang dulu. Hilang ke mana? Ke mana menyepi semangat kamu Nashriq. :(  Bangkitalah, jangan mengalah. Jangan sesekali jatuh kerana dengan apa yang dihadapi sekarang.
Diri sendiri pun tidak tahu ke mana hilangnya semangat dulu cukup utuh untuk lakukan semuanya. Adakala terfikir apa yang menyinggah dalam hati, fikiran dan perasaan sekarang? Pelik, sekelip mata sahaja, semuanya jadi tidak terurus dan adakalanya semuanya malas hendak dilakukan. Nashriq bukan sebegini rupa diri mu! Bangkitlah! Bangkitlah! Jangan mengalah sedikit lagi penghujung jalan akan tiba.

Semoga Allah berikan aku kekuatan dan semangat! :(

Wednesday 5 June 2013

Bingkisan Ringkas

Assalmualaikum W.B.T

Hanyalah bingkisan yang ringkas. Dalam benak kepala saya ini asyik memikirkan apa perbezaan antara saya dan yang lain?
Terfikir juga kadang-kadang, ke saya yang terlebih berfikir? Adakah saya yang terbawak laju sangat dengan pemikiran ini? Emmm.. Ataupun terlalu memikirkan benda yang tidak perlu diambil pusing.
Kadang-kadang itu mata mentafsir perkara lain, minda pula mentafsir yang lain, apatah lagi hati? Lagilah sedalam mungkin mentafisr benda lain. Ekh? Boleh tak tak perlu fikir semua benda tu?
Aik? Entah, cuba tak fikir, sangat-sangat dah cuba, tapi tetap nak fikir? Kadang-kadang macam tidak menjawab soalan dekat dalam hati, fikiran dan sebagainya. 
Hailah minda, hati dan mata, jangan terlalu banyak fikirkan, semua tu boleh menjejaskan. :) Sedarlah, andai perkara yang kita rasa kadang-kala kita tidak perlu ungkapkan. 
Biarlah berlalu, semoga semuanya cool seperti biasa. Dah..Dah.. Jangan fikirkan sangat, sebab kadang-kala kita kena  tahu di mana kita berpijak. Itulah banyak sangat fikir, bila fikir benda yang bukan-bukan mulalah down dan sebagainya. Ekh! Kenapa orang lain tidak seperti mata, hati dan minda saya? Kenapa saya tidak seperti mereka? Kan senang tak fikir panjang-panjang ni! 
Aduhai~ 

 

Teman Dalam Diam

Assalamualaikum  W.B.T 

Sekadar Yang Terfikir :)

Jauh,
Berpesan kita pada si bulan
Semoga teman sihat sentiasa
Berpesan kita pada si bintang
Semoga teman kita ceria sentiasa

Jauh,
Hanya berbicara tanpa suara
Hanya berbicara di alam maya
Hanya berbicara ketika ada masa
Bicara kita terbatas atas sempadan dunia

Jauh,
Teman di antara dua benua
Teman di antara dua usia
Teman antara senyum dan tawa
Teman yang masih berjuang demi kerjaya

Jauh,
Teman dari seberang laut
Bercanda dan bercerita
Teman dari seberang laut
Tidak pernah bersua muka
Hanya bercanda di alam maya

Nukilan,
Nashriq Ismail
Perpustakaan Unisel ; 12:12 pm
05.06.2013