Saturday 30 March 2013

Aku Bukan Penghuni Cemara

Assalamualaikum W.B.T


Cerita satu ketika dahulu
Aku bukan sesiapa
Hanya mampu melihat mereka
Ketawa, menangis bersama

Aku lihat dari satu sudut
Ceritanya seperti pelangi
Munculnya pabila lepas hujan
Hilangnya pabila mentari terik

Aku muncul ketika perlu
Aku datang pabila ada jemputan
Aku ke mari bukan diundang
Aku ke sana bukan publisiti

Cerita satu ketika dahulu
Tak kenal siapa penghuni
Tak kenal siapa empunya diri
Pabila kenal rindu bertaut di hati

Islam pada nama, Islam pada diri
Jalinan ukhwah hingga ke syurga
Melihat diri tidak sesuci penguhuni
Melihat diri yang serba kekurangan

Cerita aku semalam
Seperti hari ini baru menjadi
Mulanya janggal akhirnya terpatri
Mulanya tak selesa akhirnya rindu tidak terhenti

Aku bukan sesiapa
Bezanya ibarat langit dan bumi
Ibarat kumbang mencari madunya
Ibarat itik pulang petang

Aku bukan sesiapa
Datang menambah teman
Datang menambah ilmu
Datang mencari identiti baru
Aku Bukan Penghuni Cemara



     Nukilan, 
    Nashriq Ismail
   Cyberway, Perpustakaan UNISEL
  30.03.2013 - 1.00 PM

Saturday 23 March 2013

Ayuh! Rentakkan Irama

 
Assalamualaikum W.B.T


" Aduhai, seperti sudah lama tidak mereka rentak tari walaupun bukanlah profesional manapun dalam tarian. Cuma, rindukan zaman-zaman remaja yang berani mengajar anak-anak muda dengan lagu etnik."

" Langkah disusun mengikut irama, ayuh adik-adik Kita gerak ke kiri dan kanan. 1,2,3, 4,5,6,7,8.. Bagus, itu bentuknya, mari kita gubah bunganya pula. Selangkah mengikut rentak.. Ewaahh~"

"Alahai, comelnya, zaman remajakan. Sekarang kalau nak menari fikir dua tiga kali, badan dah mula besar, lepas itu terikat dengan kerja-kerja dipejabat, kalau ada masa pun malau nak menari dah. Paling penting, simpan jelah. Kalau menari pun, menari dalam bilik sambil dengar MP3, jogetlah sorang-sorang. Aduhai.. "

"Maaf jika tidak berkenan dengan pos kali ini. Cuma melepaskan rindu dengan kata-kata. Hahaha.. Ayuh, siapa yang mahu menari bersama-sama.. Kita langkahkan kaki. Alunkan irama sekali lagi, maka kaki mencorak tarinya. :) "

p/s : post seronok-seronok :)

Thursday 21 March 2013

Di Sebuah Pondok Usang


Assalamualaikum W.B.T :)

Di sebuah pondok usang
Ku lihat berduaan pasangan merpati
Menjalin kasih dan sayang
Mendongak melihat bulan

Di sebuah pondok usang
Ku lihat pasangan ini tersenyum
Melihat usianya di akhir zaman
Menanti maut mengunjung tiba

Di sebuah pondok usang
Ku lihat pasangan ini berpimpinan
Berjalan keliling halaman
Memetik sekuntum bunga
Buat bingkisan warkah untuk anakda

Disebuah pondok usang
ku lihat Pasangan ini
bersama-sama mencoret bingkisan
Bingkisan untuk anakda
Setitis air mata mengalir ke pipi
Ibunda menanti, Ayahda merindui

Di sebuah pondok usang
Ku tabur kasih, ku beri sayang
Di mana akan ku cari ganti
Dikaulah cahaya dikaulah penyeri
Namun dikau tidak kunjung tiba
Di sebuah pondok usang.

Nukilan Nashriq Ismail
Perpustakaan UNISEL, 3.55 PM
21/03/2013 - Khamis

Wednesday 13 March 2013

Aku Bukan Seorang Penulis

 Assalamualaikum W.B.T :)

Daku,
Berjalan bersama bagasi berat
Membawa pikulan yang sangat berat
Minda melilau mencari analogi
Menulis bukan satu minat

Daku,
Berjalan bersama kenangan
Membawa kenangan bersama coretan
Minda mencari idea untuk penulisan
Menulis kerana hati

Daku,
Berjalan bersama sehelai kertas
Membawa sebatang pensil tumpul
Minda meneliti dan membaca
Menulis dan mencoret di atas sehelai kertas

Daku,
Berjalan di tepi tasik
Terasa angin bertiup lembut
Melihat sang burung terbang bebas
Mencoret kisah di atas sehelai daun kering

Daku,
Berjalan meniti senja
Melihat keindahan alam
Meluahkan rasa dan isi hati
Di mana sahaja aku mencoret namun
Aku Bukan Seorang Penulis

Nukilan
Nashriq Ismail
Ruang Pejabat, Perpustakaan Unisel
13/03/2013 - 2.00 PM

Tuesday 12 March 2013

Sekeping Poskad Dari Dublin

Assalamulaikum W.B.T :)

Terlihat senyum dan tawa
Memegang sekeping poskad berwarna putih
Lalu dibaca, diamati bait-bait ayatnya
Tersenyum simpul si anak muda

Terlihat senyum dan tawa
Girang anak muda tidak terhingga
Sekeping poskad dibawa ke mana sahaja
Lalu dipegang sebagai kenangan untuk dirinya

Terlihat senyum dan tawa
Sekeping poskad dari sebarang laut sana
Tertulis khabar dan juga cerita
Celoteh si anak muda jauh diperantauan dunia

Sekeping poskad ditangan anak muda
Tanda penghargaan seorang sahabat
Jauh di mata namun dekat di hati
Terlekat indah disebuah papan peribadi

Sekeping poskad untuk anak muda
Dihiasi senyum dan tawa
Persahabatan kita kekal selamanya
Hingga ke Jannah doa kita untuk selamanya

Nukilan Nashriq Ismail
3.30 PM 12/03/2012
Ruang Pejabat, Perpustakaan Unisel.

Sunday 10 March 2013

Buku Baru

Assalamualaikum W.B.T :)

Luahan Petang Menanti Senja
Kata orang " Hidup ini seperti putaran roda" ... Siapalah kita untuk menolak Qada' dan Qadar yang telah tertulis. Alhamdulilah, kini hampir mencecah 25 tahun. Sudah tiba masa membuka mata untuk bersedia untuk pelbagai kemungkinan. Ya Allah, dalam tidak sedar sudahpun 25 tahun hidup secara percuma di bumi Allah S.W.T ini. Lalainya kita sebagai seorang manusia. Manjanya saya sebagai seorang hamba yang diberi pelbagai kemudahan yang percuma. Alpanya saya sebagai manusia yang dilahirkan ke dunia tanpa diminta bayaran apa-apa. Terus bergelumang dengan dosa, terus beriadah dan goyang kaki tanpa melihat betapa berat catitan di sebelah kiri, betapa ringan di sebelah kanan. Tidak bersyukurnya saya kepada Allah S.W.T kerana telah diberi peluang berkali-kali untuk kembali ke jalan yang lurus, ke jalan yang diredhai. Allah S.W.T itu maha pengampun, dia telah membuka jalan, tetapi kita terus buta dan lalai di dunia. Seimbangkah kita Dunia dan Akhirat? Jangan malu untuk memperakui dengan dosa yang telah dilakukan, sujudlah padaNYA kerana DIA Maha Pengampun. Usah risau, masih ramai sahabat di luar yang mampu membimbing kita ke jalan yang benar, masih banyak bahan bacaan yang mampu diteroka. Kini masanya gagahkan diri dan tekad untuk meninggalkan Jahiliah yang terus membelenggu diri. Lemah, tidak semestinya lemah sehingga akhir hayat. Lemah tidak bererti kita tidak mampu melakukannya. Teruslah berjuang, jangan sesekali lemah. Petang menanti senja ini, terasa meluahkan apa yang terbuku dihati. Terasa dosa menggunung di dalam diri. Terasa syaitan terus bergayut-gayut di hati. Ya Allah, malunya! Terasa malu dengan keluarga, terasa malu dengan orang disekeliling kerana dosa yang bergelimpangan. Semoga Allah S.W.T membuka pintu taubat buat ku.

Berpisah Kita Sementara
Sebulan sudah masa berlalu, 08.02.2013 menyambut kepulangan dan 08.03.2013 menghantar mereka pulang. Selesai segala urusan yang telahpun direncanakan, barulah bersedia untuk menghadapi perpisahan sementara ini. Alhamdulilah, tiada satu titisan air mata pun yang mengalir ke pipi. Itulah yang dikatakan kuat. Pesanan terakhir dari panggilan telefon "Be strong.. Be strong.. Sekejap je". I always remember. :) Alhamdulilah, sepanjang sebulan berada di Malaysia banyak masa diluangkan bersama, berceloteh sehingga pagi, berjalan sehingga ke hujung dunia. Memori tercipta seperti lagu Shila Hamzah, kini masing-masing pulang dengan berbekalkan kekuatan dan keazaman untuk menempuh kehidupan di perantauan demi mencapai cita-cita. Semoga ukhwah kita kekal wahai sahabat-sahabat ku. 

New Semester Begin
Pulangnya mereka ke negara sementara masing-masing, begitu juga saya. Hanya duduk di Malaysia meneruskan perjuangan di Semester ke 4. Alhamdulilah, bagaikan tidak percaya sudah berada di semester ke 4. Ya Allah, bersyukur dengan rezeki yang diberikan, semuanya berkat doa Ibu dan Bapa, Ahli Keluarga, Guru-Guru, Pensyarah-Pensyarah, Rakan-Rakan dan Adik-Adik ku. :) Allah S.W.T sentiasa memberi kita dugaan untuk memperbetulkan jalan kehidupan kita dan juga untuk menduga sejauh mana kita mampu laluinya. Bila didatangi dugaan mahupun cabaran itu anggaplah Allah S.W.T itu sayangkan hambanya dan diuji hambanya kerana DIA mahu kita sentiasa mengingatiNYA. :) "Apa guna Sejadah di rumah jika dihampar seperti permaidani, Apa guna Al - Quraan di rak jika dijadikan hiasan". Kini bermulalah episod baru dalam menempuhi dugaan dan cubaan yang baru. Semester baru akan bermula dua minggu dari sekarang. Bersyukur masih ada teman-teman yang membantu dalam menguruskan hal pelajaran dan juga keluarga yang terus menerus memberi semangat. Perbetulkan niat dan kita akan perolehinya dengan mudah dan senang. Mungkin dulu saya Jahil, namun kini bukalah buku baru untuk memperbaiki diri untuk terus hidup di bumi Allah S.W.T ini. Semester baru, semangat baru dan juga azam yang baru. Bermulanya perpisahan sementara ini membuatkan untuk terus kuat dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Semoga semester kali ini diberkati dan juga memperoleh kejayaan dari semester lepas. 

" Apabila kita terlupa apa tujuan kita hidup di muka bumi Allah, maka lalailah kita sebagai hambanya"


Sujud, maka tenanglah hati dan jiwa kita.


Repent and Do not repeat the same mistakes
Semoga perkongsian cerita saya, dapat memberi sedikit sebanyak ruang untuk kalian berfikir. :)

Ibu Ku Seorang Tukang Sapu

Assalamualaikum W.B.T :)

Terlihat di jalanan
Seorang  warga emas
Berjalan terhuyung hayang
Memikul bakul dan sampah

Terlihat di jalanan 
Seorang anak muda
Pantas menuju ke arah warga emas
Memeluk dan mencium pipinya

Terlihat di jalanan
Warga emas tersenyum manja
Mencium dahi licin anak muda
Lalu mereka ketawa bersama

Terlihat di jalanan
Bersama memikul bakul dan sampah 
Beriringan bersama melintas jalan penuh sesak
Berpimpinan tangan melangkah setapak demi setapak

Terlihat di jalanan
Anak muda memikul bakul
Warga emas sibuk menyapu
Membersih kota raya yang penuh sesak

Terlihat di jalanan
Warga emas terkulai layu
Terbaring di jalanan dibasahi darah merah
Bertaburan isi bakul dan sampah
Anak muda terkesima
Menitis air dari kelopak mata

Terlihat di jalanan
Sesak sempit di kiri dan kanan
Mata meliar mencari penyelesaian
Mencari bantuan di antara kiri dan kanan

Terlihat di jalanan
Pelukan terkahir warga emas
Terlihat di jalanan
Titisan air mata bersama titisan darah merah
Pelukan menjadi tatapan, laungan menjadi bisikkan
Perginya ibu ku sebagai tukang sapu

Nukilan - 
Nashriq Ismail, 
PC Fair Mid Valley, 09/03/2013 - 3.30 PM

Wednesday 6 March 2013

Sekeping Nota Buat Teman


Assalamualaikum W.B.T :)





Telah daku tulis sebuah memori indah
Daku bercerita memori indah di atas sehelai kertas
Beriringan bersama, ketawa bersama
Sambil tersenyum daku coretkan sekeping nota

Teman, andai diri ini insan yang lemah
Pimpinlah tangan, pautlah bahu
Berjalan bersama agar tidak terus jatuh
Agar tidak terus tersungkur

Teman, dikau pergi buat seketika
Berpisah untuk sementara,
Berjuang dan berjihad demi masa depan dan keluarga
Berjuang demi mencapai cita-cita

Teman, daku menulis sekeping nota
Sekeping nota perpisahan
Agar menjadi kenangan abadi sehingga ke Jannah
Sekeping nota ku tulis menjadi luahan
Menjadi siulan antara kita

Nukilan, Nashriq Ismail
Perpustakaan UNISEL, 5.45 PM - 06/03/2013 

Tuesday 5 March 2013

Destinasi Sebulan :)

Assalamualaikum W.B.T  :) 

Hi! Bertandang semula saya ke laman sesawang bagi berkongsi serba sedikit kehidupan saya sepanjang awal tahun 2013. Alhamdulilah, masih diberi peluang oleh Allah S.W.T menyedut udara segar dan juga memberi peluang untuk terus hidup di muka bumiNYA ini. Tiada bayaran bagi menggunakan hidung untuk menghidu dan tangan untuk menyuap nasi ke mulut. Seharusnya kita bersyukur dengan nikmat dan rahmat Allah S.W.T berikan.
Hampir sebulan UKRIDArian pulang ke Malaysia, kini tiba masa untuk kita berpisah sementara. MANIPALian sudah pulang ke Negara sementara, kini masa untuk lambaian ukhwah kepada UKRIDArian. Jom flashback apa yang terjadi sepanjang mereka pulang ke Malaysia.


Kuala Lumpur – Melaka – Kluang – Kuala Lumpur 

Perjalanan yang tidak pernah dirancang. Hanya dalam masa satu hari boleh menjelajah sebegini rupa. Bertolak dari Kuala Lumpur 10.00 pagi dengan menggunakan pengangkutan Ekspress tiba di Tol Ayer Keroh berjalan kaki lebih kurang 2 hingga 3 kilometer semata-mata mencari tandas awam. Dijemput oleh pak cik Shazwan dan kemudian terus ke Bemban. Melihat WLB tersenggam indah di hadapan rumah pak ciknya, membuatkan senyumnya lebar sehingga ke telinga. Tanpa dirancang, memecut laju ke Kluang, awalnya kejutan buat Muhammad dan Aman, tapi saying Muhammad pulang ke simpang renggam. Berborak di sebuah kedai berdekatan di Kluang bersama Aman, sambil membincangkan isu-isu yang berkaitan dan akhirnya merasa ke Kahang Barat. Aduhai, hujan membasahi bumi Kahang Barat. Bercanda di rumah Aman sambil ngeteh dan cucur pisang ditemani atok Aman yang Rock! Dan juga Si Kembar yang comel. Waduh, comei bangat sih! Siap bercanda, singgah sebentar di Masjid Kahang Barat untuk solat Asar, usai Asar meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Tamat satu destinasi.


Kuala Lumpur – Manjung – Lumut – Pasir Panjang – Manjung -  Kuala Lumpur

Destinasi terkahir. Jangan difikir bila, tapi inilah dia yang berlaku. Tidak diracang namun boleh dikatakan kebetulan. Singgah sebentar di sebuah Hopsital di tengah Bandar sebelum bertolak ke Manjung. Perjalan yang memakan masa lebih kurang 3 Jam 30 Minit ini hanya bertemankan suara-suara yang berbual dan memberi sedikit motivasi. Tiba di Manjung lebih kurang jam 2.00 pagi. Berehat sebentar bersama kit-kat dan ZZzzZZ.. Selepas 9 tahun, Lumut banyak perubahan. Dapat merasa bergambar di Marina Island. Membeli sedikit buah tangan untuk dibawa balik ke Kuala Lumupur dan bersua muka dengan APAI! Dulu Salmiah Gamat balik Lumut apa dah jadi? 3 PAX je tinggal? 3 lagi tinggal dekat Jakarta ke? (Apai!! Sorry! Just Joke!). Berbual kosong dengan Apai and gelak-gelak, ada silingan membahan Wan! Wan!! Sorry, gurau je ye! Peluk ala-ala teddy bear sekejap depan Mall tu and then balik ke rumah bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di Kuala Lumpur tepat jam 11.00 malam. 


Kuala Lumpur – Vista Bukit Jalil – Kluang – Taman Universiti, Skudai -  Singapore – Johor – Tg. Piai, Pontian - Kluang – Kuala Lumpur

Destinasi ukhwah seterusnya, meneroka bumi Singapura! Gereksehh~ Dari Kuala Lumpur bertolak lebih kurang dalam 2.30 petang sebab pagi sudah bercanda di sekolah. Waduh, soal jodoh udah ditanya sih~ Kapan mahu menikah? Say No No ! Still young dan ada cita-cita yang perlu dikejar. Lebih kurang 2.30 sudah berada di Vista Bukit Jalil, dengan senyuman seperti anak-anak kecil, berjalan dengan pantas terus masuk ke mobil Shazwan! Syamsul lah siapa lagi. Yeahhhaaa ~ Singapura aku datang. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 2 Jam 30 Minit itu hanya ditemani senyum dan tawa. Tiba di tol Ayer Hitam, hanya memakan masa 15 – 20 minit untuk ke Kahang Barat. Merehatkan badan seketika di Kahang Barat sambil menikmati minum petang, ayuh~ kita bergerak ke rumah Muhammad. Hmmm~ Mak Tok, Mak, Ayah and Adik-adik Mad, sangat ramah dan mesra sama seperti keluarga yang lain. Sabar! Makan malam dulu, barulah ke Simpang Renggam rumah nenek Mad sebelah maknya~ Amboi jemah, Setandan pisang ke hulur ke hilir~ Memasuki Highway lebih kurang jam 9.00 malam hingga 10.00 malam perjalanan hanya memakan masa 1 jam untuk ke Taman Universiti, Skudai. Bukan singgah sahur tetapi tumpang bermalam di rumah Mak Cik Aman. Senda, gurau, tawa, aksi Dracula semuanya ada sehinggalah terlena di subuh hari. Mempersiapkan diri meneroka Universal Studio Singapore~ Jemah, Kiah Propa, Senah, Timah dan Jenab sibuk berjimba di USS. Masuk lebih kurang 11.00 pagi sehinggalah dihalau keluar jam 7.30 malam. Haha.. Makan malam di Danga Bay dan kemudian pulang ke tempat berteduh, LUNYAI! Kepenatan semuanya. Tidurlah anak-anak sudah mahu pulang ke Kluang dan Kuala Lumpur. Semalam kita mencipta satu kenangan yang abadi dan kekal selamanya. Jika dulu CFC( Sol, Aizul, Aman, Wan, Mad & Saya) menjadi lambang ukhwah kita, kini Tanjung Piai adalah destinasi ukhwah yang berkekalan di minda. Mungkin belum lengkap 10 semuanya, namun satu hari nanti siapa sangka, 10 ini menggegar dunia. Tanjung Piai kenangan abadi selamanya. Mentari mula melabuhkan tirainya, kami sudah tiba di Kluang, sisa-sisa terakhir percutian. Arahnya, ke Kahang Barat menunaikan yang wajib, seterusnya ke rumah Aman, titisan air mata seperti berpisah untuk selamanya. Dalam keadaan malam yang diterangi bulan, titisan air mata itu bagaikan tidak mahu berhenti, diusik oleh penumpang WLB yang membuatkan tagisan bercampur dengan tawa. Tiba di rumah Mad, inilah satu-satunya saat yang sangat memori. Kali terakhir memeluk Mad sebelum pulang ke Jakarta, walaupun sudah mencari tempat yang begitu strategic, masih ada yang perasan. Pulanglah kami bertiga ke Kuala Lumpur. Alhamdulilah, syukur Allah memberi rezeki untuk bercuti bersama-sama. 


Kuala Lumpur – Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan – Kuantan – UMP – Kuala Lumpur

Seharian membeli belah di Pavilion, berpisah seketika di BTS, menghantar Mad menaiki KTM ke Shah Alam. Bermula satu kisah, apabila hujung minggu terisi lagi. Kepulangan dinanti! Aman, pulang ke Kluang dan kami bertiga bertolak ke Kuantan. Menuju destinasi anak muda, demi mencapai cita-cita sebagai peguam yang berkaliber, Shaheerah mengheret bagasi dengan penuh ketabahan pulang ke kampus. Selesai menguruskan Shaheerah, Saya and Shazwan berhenti solat di Masjid yang berdekatan. Orang kata, menikmati jalan malam sangat menyeronokkan, alahai Karak! Singgah sebentar di UMP!! Wow! Am, dah potong rambutlah~ Serius borak-borak, ronda kuantan sebentar dan hantar Am balik Kampus dan kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Tiada apa yang menarik selain rahsia kami berempat.


"Apabila pulang ke tempat asal, makalah sunyilah hujung minggu. Hanya bertemankan the ladiess dan lappy yang menerima luahan rasa"