Monday 5 December 2016

Emosi

Assalamualaikum wbt.

Setelah sekian lama membiarkan blog ini bersawang tanpa sebarang cerita mahupun 'life update'. Penghujung tahun yang baik pada mata namun bukan pada hati. Permainan dalam kehidupan makin sesak dengan kerja serta masalah-masalah dunia yang tidak pernah habis.

Alhamdulilah, setelah berlapang dada dengan apa yang terjadi di UiTM segalanya dibiarkan sementara. Berehat dari memikirkan kerja-kerja sekolah dan kembali fokus kepada kerja-kerja di meja pejabat. Satu persatu perkara diselesaikan tanpa memikirkan persaan dan hati sendiri. Berat tetap dipikul, ringan juga perlu dijinjing. Semoga terus diberkati dan dirahmati bagi segala perkara yang dilalui tanpa memikirkan sebab dan musibahnya.

Hari ini, minggu pertama bagi bulan Disember. Semoga ada sedikit ruang bagi sang kegembiraan untuk memberi ketenangan dan juga kelapangan kepada minda yang sempit dengan pelbagai perkara yang tidak terungkap. Allahu, semakin nazak dan sesak dengan pelbagai perkara yang difikirkan. Pada satu tahap seperti tidak mahu ketemu dengan sesiapa sahaja, namun itu bukan cara hidup aku sebagai manusia. Aku lebih senang untuk merasai kehangatan mentari serta mencari cahaya bulan untuk menyampaikan apa yang terpendam.

Gambar Sekadar Hiasan

Ketahuilah, ada perkara yang dipendam untuk diri sendiri dan yang diluah adalah untuk manusia tahu bahawa reaksi wajah tidak pernah sekali menipu 'I'm stress' dan 'Badmood'. Adakala aku juga terfikir ini mungkin ujian untuk diri sendiri, hendak dilihat sejauh mana kaki dan segala anggota ini mampu melangkah. Sejauh mana kita mampu membawa diri. Sejauh mana kita melarikan diri, perkara itu tetap datang dan juga bertandang untuk menguji setiap inci sisi otak kita untuk berfikir.

Kadang-kadang, aku sendiri tidak mengerti apa yang aku rasai dan apa yang sedang aku fikirkan. Segalanya menjadikan aku semak dengan apa yang difikirkan. Adakala, perkara yang difikirkan itu mudah sahaja untuk diselesaikan. Semudah A B dan C, tapi masih lagi menekan diri memikirkan agar tiada manusia yang akan terasa dan juga tiada musuh dicipta. Nyata, adakala aku mebiarkan sahaja apa yang dirasai oleh diri sendiri. Tidak pernah terfikir bahawa aku semakin lemah apabila dilanda satu-satu perkara.

Nyata, emosi tidak sestabil dulu untuk lalui apa sahaja yang difikirkan atau dilalui sepanjang masa ini.

Monday 24 October 2016

Beban

Assalamualaikum wbt.


Saat tiba kaki tidak lagi mampu melangkah
Mencari arah menuju satu kekuatan
Di mana mahu tapak berhenti 
Tanpa membiarkan hati tidak terisi 

Lupa segala sengketa dan derita

Lalui dengan hati terbuka 
Lenyapkan seketika erti duka 
Namun kekal hingga ke akhirnya

Dugaan seringkali menduga 
Mencari sinar damai dalam kekuatan
Rapuh jua perjalanan 
Senyuman masih di bibir


Gambar Sekadar Hiasan

Terus membiarkan sebuah duka luka 
Dibawa angin langit tanpa tarian bayu
Masih terlukis sebuah potret duka 
Dan belum pernah terhapus 

Duhai nyanyian alam
Duka hanya singgah ke bumi
Tidak selamanya kekal
Membiarkan angin malam merintih 
Menangisi segala duka
 
Biarkan segala duka berlalu
Tidak lagi singgah membawa derita
Tidak lagi singgah membawa hirisan luka
Kerana dia sebuah potret kesedihan 
Redha itu satu kepastian


Thursday 22 September 2016

Rempah Hidup Ratus Cerita



Assalamualaikum wbt.

Setelah sekian lama tangan ini tidak mengarang sedikit bingkisan hidup. Kehidupan masih lagi seperti biasa, menjalani kehidupan di pejabat dan adakala sibuk dengan urusan peribadi. Tahun ini adalah tahun merehatkan diri dari melancong luar dari Malaysia, seperti berpuasa sehinggakan 'buku merah' juga tidak dikemaskini. Kehidupan mana yang tidak dilanda masalah apatahlah lagi kehidupan kita sebagai manusia semestinya akan melalui saat-saat getir dan perit untuk meneruskan kehidupan. Mana datangnya kekuatan? Hati, hati ini sering memberi nasihat 'ingatlah anda masih ada keluarga dan rakan-rakan'.

Melalui hidup sepanjang tahun ini, tiada apa yang rumit malah mengenali satu bulatan keluarga yang sentiasa meriah dengan keceriaan. Mengenali keluarga MTS! bukan perkara mudah, ianya rumit. Melihat satu persatu kerenah girang mereka, kerenah gedik mereka, kerenah kebudak-budakan mereka. Realiti mereka sudah dewasa tetapi mereka masih lagi dialur yang selamat dalam rencah rempah kehidupan. Saat ketawa,kita ketawa dan saat duka bagaimana kita sendiri mengawalnya. Rumit jika kita sendii merumitkan, mudah kita sendiri memudahkan. Penat bukan badan tetapi akal fikiran dan perasaan kita. Ingin berkongsi, masih lagi belum bersedia, belum berani untuk bercerita, hakikatnya membiarkan segala terbuku. 

" Beb? Beb? Kau okay? ... "

" Kau rasa? "

" Aku rasa tosai lah!! Haha.."

" Main- Main.. Aku? Sarat dengan benda dalam kepala, sarat dengan benda yang aku sendiri tak tahu dekat mana aku nak campak ... "

" Masalah? Share? "

" Memang kau pun tempat aku bercerita.. Kau tau, kadang-kadang aku ni pandai nasihat orang, pandai motivate orang lain.. Sedangkan aku sendiri selalu rebah dan memerlukan orang lain tolong untuk bangkit.. Aku sedih, aku kecewa, aku marah, aku geram, aku rasa diri aku bodoh, aku rasa macam benci dengan diri sendiri.. Benda simple kadang-kadang aku tak boleh nak selesaikan.. "

" Aku rasa kau merepek... "

" Kalau kau rasa aku merepek.. Kau tak tanya aku okey ke tak? "

" Sebenarnya, mudah je kehidupan ni, kadang-kadang kita yang susahkan.. Kadang-kadang kita sendiri suka cari masalah.. Kita suka buat perkara yang tanpa ambil pusing segala benda.. Seperti juga cerita sebuah pen yang kawan aku ceritakan ... Kadang-kadang dalam pensil case tu ada banyak je pen yang boleh kita guna, namun kita tetap memilih yang sama jgk sebab apa? sebab dia serasi dengan tangan kita, kita rasa seronok apabila menulis, kadang-kadang tu rasa pen tu menyenangkan dan memudahkan segala kerja kita.. Ambillah dan berikanlah pen terbaik didunia sekali pun jika kita tak rasa selesa, tak seronok memang kerja kita takkan pernah siap.. "

" Aku tak rasa deep tu, tapi aku faham apa yang kau katakan.. Apa yang kau cuba sampaikan.. Beb, dalam kehidupan kita ni semua yang berlaku kita rancang, tapi Allah yang menentukan rancangan kita menjadi atau tidak.. Sedar tak sedar benda tu kau kena terima, kau bayangkan kalau pen tu habis dakwat, adakah kau rasa dia akan terus membantu kau? adakah dia terus memberi kegembiraan kepada kau? adakah kau rasa kepekatan dakwat terus menerus ada dalam sebuah buku coretan kau? Takda beb! Takda! .. Kau pilihlah yang dakwatnya lambat untuk kering, pilihlah yang tidak membantu kau hanya sementara dan pen tu bukan sekadar memberi contengan tetapi corak penulisan yang lebih menarik.. Fahamkan maksud aku ? ..

" Aku faham maksud kau.. Aku jelas dengan semua keadaan... "


*Gambar Sekadar Hiasan*
" Pergilah kau rehat dekat mana-mana.. ambil masa untuk kau buang jauh sejenis kedukaan, sebuah kepalsuan, seikat pahit tu... supaya benda tu kau tinggalkan dekat situ, kau buang jauh sikit supaya dia sebagai memori yang tak pernah padam tapi jauh untuk kau kenang.. Pergilaah.. Aku rasa kau serabut a few weeks ni.. Rehat, kau duduk dekat kolam.. kau berenang dan kau fikir.. Perkara yang jadi ada tak penyelesaian dari satu arah sahaja.. ke banyak lagi arah.. Perkara yang kau rasa ni dah jerat kau beberapa minggu ni.. Dah banyak masa kau dia curi diam-diam..  lebih baik kau fokus.. "


" Terima kasih sahabat, kerana mungkin bukan bahu untuk kau berikan sandaran tapi cukup dengan sandaran doa untuk aku  terus kuat dalam dunia yang berliku... Memang itu pun yang aku terfikir, untuk pergi untuk tak berapa jauh, tapi cukup untuk aku renung dan kembali ceria seperti selalu.. mungkin oranng tak faham, tapi biarlah aku sendiri sahaja  yang faham dan tak perlu aku fahamkan orang lain... "

" Life ni beb, manis... tapi takkan nak manis je kan.. akan selit sikit pahit tu.. be strong my dear friend.. Be strong.. "

" Ok Beb.."

Bye Penang. Until we meet again.

Vistana Hotel, 310,
Bukit Jambul, Penang
4.25am. 23.09.2016