Tuesday 23 May 2017

Dia

Assalamualaikum wbt. 

'Termenung. Jendela. Kawan datang menyapa.....'

"Oii.. Termenung?" 

"Oii.. Lain kali bagi salam.."

"Apa kes termenung ni? Exam dah habiskan, assignment semua dah hantarkan.."

"Termenung teringatkan awak.. Cia Cia Cia.."

"LOL! Can you stop laughing, aku tahu kau siapa? Kau ketawa tapi kau perasan tak mata kau berkaca? Kau ni, suka sangat sorok benda dari aku.. Apa kes?.."

"Aku okay lah beb, serius aku okay.. Takda apa-apa pun yang aku sorok dari kau.. Kau kan BFF aku, sentiasa teman aku walau susah senang macam mana pun.."

"Lepas tu? Kenapa kau tengok burung tu terbang, orang panggil tak dengar.."

"Sebab burung terbang jauh, tapi awak tak terbang dekat hati saya... Cia cia cia.."

"Oh My God!! Ngoknyaaa kau ni!!"

"Kau pernah dengar lagu Shahir, Dia Yang Kau Pilih..?"

"Tak.. Kenapa..?" 

"Kerana lirik itu seakan-seakan memerli aku.. Aku tidak mampu meluahkan sesuatu yang berat. Pendam itu lebih baik sebab aku tahu Dia memiliki seseorang di dalam hati Dia.. Jelas aku membiarkan perasaan aku sendiri.. Membiarkan dengan senyuman dan menghadapi situasi itu dengan baik.. Aku membiarkan keadaan seperti tiada apa-apa yang berlaku.."

"Maksud kau beb?"

"Tersuka pada seseorang yang sudah dimiliki atau akan dimiliki atau sedang dalam perjalanan untuk dimiliki itulah yang aku cuba related kan dengan lagu shahir.. Aku terfikir, aku selalu tersalah percaturan, percaturan pada hati yang sudah dimiliki, lepas tu aku sekadar membiarkan tidak pernah bersaing untuk mendapatkan, aku selalu terserah, terserah pada keadaan yang aku sendiri ciptakan.. Hanya mampu suka tapi untuk dapatkan hati tu, tak semudah yang kau sangka.. Kadang-kadang aku rasa, hati aku selalu salah untuk suka orang.. Yang kadang-kadang tersuka pada orang yang tidak boleh menerima diri kau, tersuka pada orang yang memang kau tidak akan miliki dan kau suka pada orang yang kau hanya lihat dari jauh satu ketika dahulu, kemudia kau mendekati tapi kau sedari yang dia sudah ada seseorang untuk dia letak dalam hati dia..."


Gambar Sekadar Hiasan

"Wow! New story, Itulah perkara yang mematangkan kau dari hari ke sehari.. Yang kadang-kadang kau inginkan sesuatu tapi ia tidak akan pernah kau dapat.. Beb! Itu memang lumrah, perasaan suka itu memang  ada dalam diri yang memang kau tidak boleh untuk tolak tepi dan membiarkan.. Walau jauh mana sekalipun kau berlari, kalau hati kau suka, kau tetap akan rasa suka.. Jangan down lah beb, its okay, just make a friend and just help others.. Be kind to other people. Aku tahu kau boleh hadap benda ni, I feel you. Suka seseorang yang kau rasa kau tak mampu nak dapat.. Jadilah kawan yang baik beb.. Jadi kawan yang baik untuk semua orang yang ada dalam hidup kau..."

"Thanks beb, always dengar cerita HATI aku ni.. Cerita yang tidak ada kesudahan. Takpelah, Hikmah itu datang kemudian, aku sentiasa jadi terbaik untuk orang lain.. Berkawan dengan semua orang untuk kenal pengalaman.. Tapi one word.. Aku setia pada yang satu.. Tapi kalau dah give up.. Tak setia dah lah.. HAHA! Kadang-kadang tu, aku menipu diri sendiri, menipu yang aku tak rasa sakit untuk keadaan yang aku lalui.. Gelak, ketawa, itu yang aku pilih untuk nampak keadaan itu tenang..."

"Beb, sometimes you have  to choose between happiness or sadness. Pilihan dekat tangan kau sendiri.. When you love someone, just make them comfortable.. Make them smile and happy always.. Ingat tak kau selalu kata.. Tengok orang yang kita suka atau sayang itu bahagia dan gembira, aku juga turut gembira melihat kegembiraan orang yang aku suka dan sayang.. Be strong man. Relax. Time flies. You will never and ever hurt when you have someone loves you.."

"Pengalaman mengajar nampak.. Bagi nasihat kemain... Haha.."

"Love is a situation..  Ada masa akan gembira, akan ada masa kita murung, ada masa kita sedih, ada masa kita bahagia.. Love is a place. Berkongsi cerita, duduk  mendengar keluhan dan kadang-kadang menjadi tempat berkongsi kasih sayang. Itu jawapan aku yang aku mampu bagi.."

"Okay.. "

"Jangan sedih lah beb, terima dengan hati terbuka.. Aku tau kau boleh.. Dan jom g makan ais krim.. HAHA"

"Jom!!. HAHA"

Friday 17 March 2017

Bisa

Assalamualaikum wbt. 

"Beb, lama kau tak update blog.. Lama jugak tengok bersawang.. Debu sana-sini blog kau tu.. "

"Banyak kerjalah beb, banyak benda difikirkan lagi.. Banyak urusan yang remeh temeh nak diselesaikan"

"Are you okay beb?"

"Aku? Aku rasa aku okay je!.."

"Aku kenal kau lama dah, dari mata kau sahaja aku tahu ada benda yang kau sorokkan... Kau tak pandai sorok emosi kau sendiri beb.. Aku tengok kau memang tengah tak okay.."

"Kenapa setiap kali jumpa kau, mesti kau boleh tahu aku tak okay? Kau geng dengan Harry Potter eh? Boleh baca-baca fikiran orang lain?.."

"Sebagai kawan beb.. Aku tau mana kelemahan kau.."

"Anything to share?"

"Nothing happen.. Aku just lalui hari-hari yang sangat membebankan.. Hari yang aku lalui sekarang sungguh menakutkan.. Takut pada keadaan, takut pada segala perkara yang akan berlaku.. Sedar atau tidak, aku terlalu selesa dengan apa yang ada.. Aku terlalu selesa dengan apa yang aku lalui.. Aku tidak pernah bersedia untuk lalui perkara-perkara lain yang akan berlaku.. Aku sedar, adakalanya apabila kita di atas, kita lupa yang kita sedang memijak rumput yakni, kita berpijak di atas tanah. Atas itu hanya apa yang kita ada, namun kita tetap di tanah.. Kau pernah dengarkan aku cerita sebelum ini, terlalu kasih dan sayangkan orang, namun kau tidak pernah kisah kan akan diri sendiri.. Tapi lama kelamaan, orang berundur.. Yang tinggal hanya kasih, kenapa kasih sebab kau menagih.. Bukan kau menerima.. "

"Beb, kau terlalu memikirkan.. Terlalu banyak yang kau fikirkan sehingga benda dan perkara kecil membuatkan kau terasa.."

"Memang! sekecil zarah perkara itu duri bagi aku.. Terlalu memberi dan kadang-kadang kita lupa yang untuk memberi diri sendiri... Aku alpa, aku lupa, aku lalai untuk memberi kasih pada diri sendiri malah kadang-kadang aku siat daging aku sendiri untuk kebebasan orang lain.. Entahlah, mungkin aku terlalu beremosi.. Terlalu memikirkan perkara yang tidak penting... Tapi aku tetap fikirkan, sehingga aku sendiri ketemu jawapan yang sendiri inginkan.. Satu je beb, sekali tawar tiada lagi masin atau manisnya pada aku, ia tetap pahit sampai bila-bila.. Biarpun sejuk, aku tetap panas sampai kapan pun.."

"Ingat Allah beb.. Istigfar... Allah memberi kau akal untuk berfikir, jangan ikut hati..."

"Kerana hati aku itu kecil.. Kerana Hati aku itu tidak sama seperti orang lain.. Hati aku tak segah kuat orang lain.. Aku letak tisu ia akan basah bila telalu kerap air mengalir... Terlalu banyak aku simpan tisu, sehinggakan dia menjadi busuk.. Sehinggakan busuk itu menjadi kuman yang tidak menumpang virusnya.. Aku mentuturkan maaf, namun melupakan segenap dimensi itu tidak mungkin sekali.."

"Kau terlalu drastik memikirkan kongklusinya.. "

"Kerana kongklusinya, hanya ada langkah-langkah berundur yang tidak mempunyai paksi yang utuh.. Hanya melihat langkah yang tidak bermaya, namun masih lagi berundur, akhirnya terjun pada kolam kongklusi yang tidak sekali pun kau tahu musabab ceritanya.."

"Beb, roda berputar seakan kita mengayuh, yang adakala kita di atas dan adakala kita dibawah.."
Gambar Sekadar Hiasan

"Dan dunia itu seperti kita yang mengayuh, mengayuh untuk menzalimi diri sendiri.. sendiri waktu sepi dan sakit, sendiri di saat kita rabak, saat kita terduduk mendengar kezaliman manusia yang tidak berpihak... Allahu.. Aku sedih, sedih di perlakukan seperti kertas.. direnyuk tanpa belas dan ehsan.. Tapi aku masih lagi berdiri, ketawa, bertepuk hilai tawa.. Tapi tika satu saat di mana ketidakwarasan aku sebagai manusia, aku hilang akal dan pendoman..."

"Sabarlah... Kerana Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk dilalui.. Jangan terlalu berharap pada manusia, kerana manusia juga khilafnya tetap ada.. Kerana manusia juga tetap manusia yang kadang kala ada dan tiada perasaan.. Usah menangih simpati manusia, namun menagih pada Allah yang tiada duaNYA.. Ingat beb, What you give, you get back.. They treat you as beast than you treat them as a beauty.. Rehatlah kau beb, terlalu penat aku tengok kau memikirkan segala perkara.. Fokus pada apa yang penting, sedangkan kesakitan itu akan hilang bila kita tidak lagi memikirkannya... Doa, itu bekalan.. agar kekuatan itu terus ada sehingga hujung hayat... Beb, nasihat aku, siapa yang mendekati kau sebarkan kasih dan sayang itu, apabila yang pergi itu biarkan pergi.. Biar apa sahaja orang buat pada kita, namun tidak perlu dibalas dengan kesat dan jijik, namun kau bagikan harum mawar dan juga tulip... Ada kepentingan atau tidak.. itu hak kau untuk menilai.. itulah manusia, bila ada didekati, bila  tiada jangan kata harum kaki, secalit jap jari pun tidak terforensik...

"Baiklah.. Aku hadapi dengan tenang... Tapi bagi aku masa... Masa untuk sembuh.."

Monday 5 December 2016

Emosi

Assalamualaikum wbt.

Setelah sekian lama membiarkan blog ini bersawang tanpa sebarang cerita mahupun 'life update'. Penghujung tahun yang baik pada mata namun bukan pada hati. Permainan dalam kehidupan makin sesak dengan kerja serta masalah-masalah dunia yang tidak pernah habis.

Alhamdulilah, setelah berlapang dada dengan apa yang terjadi di UiTM segalanya dibiarkan sementara. Berehat dari memikirkan kerja-kerja sekolah dan kembali fokus kepada kerja-kerja di meja pejabat. Satu persatu perkara diselesaikan tanpa memikirkan persaan dan hati sendiri. Berat tetap dipikul, ringan juga perlu dijinjing. Semoga terus diberkati dan dirahmati bagi segala perkara yang dilalui tanpa memikirkan sebab dan musibahnya.

Hari ini, minggu pertama bagi bulan Disember. Semoga ada sedikit ruang bagi sang kegembiraan untuk memberi ketenangan dan juga kelapangan kepada minda yang sempit dengan pelbagai perkara yang tidak terungkap. Allahu, semakin nazak dan sesak dengan pelbagai perkara yang difikirkan. Pada satu tahap seperti tidak mahu ketemu dengan sesiapa sahaja, namun itu bukan cara hidup aku sebagai manusia. Aku lebih senang untuk merasai kehangatan mentari serta mencari cahaya bulan untuk menyampaikan apa yang terpendam.

Gambar Sekadar Hiasan

Ketahuilah, ada perkara yang dipendam untuk diri sendiri dan yang diluah adalah untuk manusia tahu bahawa reaksi wajah tidak pernah sekali menipu 'I'm stress' dan 'Badmood'. Adakala aku juga terfikir ini mungkin ujian untuk diri sendiri, hendak dilihat sejauh mana kaki dan segala anggota ini mampu melangkah. Sejauh mana kita mampu membawa diri. Sejauh mana kita melarikan diri, perkara itu tetap datang dan juga bertandang untuk menguji setiap inci sisi otak kita untuk berfikir.

Kadang-kadang, aku sendiri tidak mengerti apa yang aku rasai dan apa yang sedang aku fikirkan. Segalanya menjadikan aku semak dengan apa yang difikirkan. Adakala, perkara yang difikirkan itu mudah sahaja untuk diselesaikan. Semudah A B dan C, tapi masih lagi menekan diri memikirkan agar tiada manusia yang akan terasa dan juga tiada musuh dicipta. Nyata, adakala aku mebiarkan sahaja apa yang dirasai oleh diri sendiri. Tidak pernah terfikir bahawa aku semakin lemah apabila dilanda satu-satu perkara.

Nyata, emosi tidak sestabil dulu untuk lalui apa sahaja yang difikirkan atau dilalui sepanjang masa ini.

Monday 24 October 2016

Beban

Assalamualaikum wbt.


Saat tiba kaki tidak lagi mampu melangkah
Mencari arah menuju satu kekuatan
Di mana mahu tapak berhenti 
Tanpa membiarkan hati tidak terisi 

Lupa segala sengketa dan derita

Lalui dengan hati terbuka 
Lenyapkan seketika erti duka 
Namun kekal hingga ke akhirnya

Dugaan seringkali menduga 
Mencari sinar damai dalam kekuatan
Rapuh jua perjalanan 
Senyuman masih di bibir


Gambar Sekadar Hiasan

Terus membiarkan sebuah duka luka 
Dibawa angin langit tanpa tarian bayu
Masih terlukis sebuah potret duka 
Dan belum pernah terhapus 

Duhai nyanyian alam
Duka hanya singgah ke bumi
Tidak selamanya kekal
Membiarkan angin malam merintih 
Menangisi segala duka
 
Biarkan segala duka berlalu
Tidak lagi singgah membawa derita
Tidak lagi singgah membawa hirisan luka
Kerana dia sebuah potret kesedihan 
Redha itu satu kepastian


Thursday 22 September 2016

Rempah Hidup Ratus Cerita



Assalamualaikum wbt.

Setelah sekian lama tangan ini tidak mengarang sedikit bingkisan hidup. Kehidupan masih lagi seperti biasa, menjalani kehidupan di pejabat dan adakala sibuk dengan urusan peribadi. Tahun ini adalah tahun merehatkan diri dari melancong luar dari Malaysia, seperti berpuasa sehinggakan 'buku merah' juga tidak dikemaskini. Kehidupan mana yang tidak dilanda masalah apatahlah lagi kehidupan kita sebagai manusia semestinya akan melalui saat-saat getir dan perit untuk meneruskan kehidupan. Mana datangnya kekuatan? Hati, hati ini sering memberi nasihat 'ingatlah anda masih ada keluarga dan rakan-rakan'.

Melalui hidup sepanjang tahun ini, tiada apa yang rumit malah mengenali satu bulatan keluarga yang sentiasa meriah dengan keceriaan. Mengenali keluarga MTS! bukan perkara mudah, ianya rumit. Melihat satu persatu kerenah girang mereka, kerenah gedik mereka, kerenah kebudak-budakan mereka. Realiti mereka sudah dewasa tetapi mereka masih lagi dialur yang selamat dalam rencah rempah kehidupan. Saat ketawa,kita ketawa dan saat duka bagaimana kita sendiri mengawalnya. Rumit jika kita sendii merumitkan, mudah kita sendiri memudahkan. Penat bukan badan tetapi akal fikiran dan perasaan kita. Ingin berkongsi, masih lagi belum bersedia, belum berani untuk bercerita, hakikatnya membiarkan segala terbuku. 

" Beb? Beb? Kau okay? ... "

" Kau rasa? "

" Aku rasa tosai lah!! Haha.."

" Main- Main.. Aku? Sarat dengan benda dalam kepala, sarat dengan benda yang aku sendiri tak tahu dekat mana aku nak campak ... "

" Masalah? Share? "

" Memang kau pun tempat aku bercerita.. Kau tau, kadang-kadang aku ni pandai nasihat orang, pandai motivate orang lain.. Sedangkan aku sendiri selalu rebah dan memerlukan orang lain tolong untuk bangkit.. Aku sedih, aku kecewa, aku marah, aku geram, aku rasa diri aku bodoh, aku rasa macam benci dengan diri sendiri.. Benda simple kadang-kadang aku tak boleh nak selesaikan.. "

" Aku rasa kau merepek... "

" Kalau kau rasa aku merepek.. Kau tak tanya aku okey ke tak? "

" Sebenarnya, mudah je kehidupan ni, kadang-kadang kita yang susahkan.. Kadang-kadang kita sendiri suka cari masalah.. Kita suka buat perkara yang tanpa ambil pusing segala benda.. Seperti juga cerita sebuah pen yang kawan aku ceritakan ... Kadang-kadang dalam pensil case tu ada banyak je pen yang boleh kita guna, namun kita tetap memilih yang sama jgk sebab apa? sebab dia serasi dengan tangan kita, kita rasa seronok apabila menulis, kadang-kadang tu rasa pen tu menyenangkan dan memudahkan segala kerja kita.. Ambillah dan berikanlah pen terbaik didunia sekali pun jika kita tak rasa selesa, tak seronok memang kerja kita takkan pernah siap.. "

" Aku tak rasa deep tu, tapi aku faham apa yang kau katakan.. Apa yang kau cuba sampaikan.. Beb, dalam kehidupan kita ni semua yang berlaku kita rancang, tapi Allah yang menentukan rancangan kita menjadi atau tidak.. Sedar tak sedar benda tu kau kena terima, kau bayangkan kalau pen tu habis dakwat, adakah kau rasa dia akan terus membantu kau? adakah dia terus memberi kegembiraan kepada kau? adakah kau rasa kepekatan dakwat terus menerus ada dalam sebuah buku coretan kau? Takda beb! Takda! .. Kau pilihlah yang dakwatnya lambat untuk kering, pilihlah yang tidak membantu kau hanya sementara dan pen tu bukan sekadar memberi contengan tetapi corak penulisan yang lebih menarik.. Fahamkan maksud aku ? ..

" Aku faham maksud kau.. Aku jelas dengan semua keadaan... "


*Gambar Sekadar Hiasan*
" Pergilah kau rehat dekat mana-mana.. ambil masa untuk kau buang jauh sejenis kedukaan, sebuah kepalsuan, seikat pahit tu... supaya benda tu kau tinggalkan dekat situ, kau buang jauh sikit supaya dia sebagai memori yang tak pernah padam tapi jauh untuk kau kenang.. Pergilaah.. Aku rasa kau serabut a few weeks ni.. Rehat, kau duduk dekat kolam.. kau berenang dan kau fikir.. Perkara yang jadi ada tak penyelesaian dari satu arah sahaja.. ke banyak lagi arah.. Perkara yang kau rasa ni dah jerat kau beberapa minggu ni.. Dah banyak masa kau dia curi diam-diam..  lebih baik kau fokus.. "


" Terima kasih sahabat, kerana mungkin bukan bahu untuk kau berikan sandaran tapi cukup dengan sandaran doa untuk aku  terus kuat dalam dunia yang berliku... Memang itu pun yang aku terfikir, untuk pergi untuk tak berapa jauh, tapi cukup untuk aku renung dan kembali ceria seperti selalu.. mungkin oranng tak faham, tapi biarlah aku sendiri sahaja  yang faham dan tak perlu aku fahamkan orang lain... "

" Life ni beb, manis... tapi takkan nak manis je kan.. akan selit sikit pahit tu.. be strong my dear friend.. Be strong.. "

" Ok Beb.."

Bye Penang. Until we meet again.

Vistana Hotel, 310,
Bukit Jambul, Penang
4.25am. 23.09.2016

Thursday 5 November 2015

Hati

Assalamualaikum wbt. 

"Fai! Free? Can we talk?"

"Nape beb? selalunya bila kau text aku macam ni.. Macam ada problem je?"

"Taktahulah Fai nak cakap macam mana. Its hard! Aku dah cuba, even aku dah balik dari langkawi 2 months dah.. Aku ingat aku boleh lupa semua benda, sebab aku rasa aku dah buang benda tu dekat langkawi dan aku rasa aku nak diri aku yang dulu balik. Aku rasa, aku kerap down lately ni. Semua benda jadi slow, aku rasa aku macam tak dekat dengan sesiapa..."

"Dulu kau tak macam ni beb, dulu anything happen pun kau boleh go with the flow, kau boleh jadi manusia yang kuat, manusia yang kau boleh hadap all things yang datang.. Sejak bila kau pandai mengalah.. Sifat down kau tu bukan sekarang je, dari dulu lagi memang dah teruk pun.. Beb, life is beautiful, accept the fact yang kau memang tak boleh buang pun.. Even kau terbanglah sampai ke New York sekali pun, tetap ada sampai bila-bila Beb... "

"Aku rasa makin worst bila aku sendiri tak pandai nak kawal fikiran aku.. Aku terlalu banyak berfikir, itu dan ini semua aku fikir. Lately ni lagi aku terasa, semua benda yang berlaku pantas gila. Once benda ni jadi, waktu aku sendiri dalam keadaan yang memang tidak bersedia.. Aku tak just hadap benda ni dah lama.. Dulu aku rasa perkara ni tak berlarutan sikit pun.. Even ak fikir masa tu lah last and aku teruskan apa yang perlu aku teruskan..."

Gambar Sekadar Hiasan


"Kau nangis beb? Hahaha."

"Kalau aku cakap, bila aku terfikir aku akan menangis, kau percaya?"

"HAHA! Dah itu memang sifat kau pun.. Beb! Benda ni mudah je.. Tak susah pun kau nak handle, sebenarnya benda ni semua ada pada kau, cuma macam mana kau nak handle masalah-masalah macam ni.. Aku tau kau kuat.. Kuat dari apa yang kau sendiri sangka.. Beb, menjauhkan diri dari kawan-kawan kau pun sebenarnya bukanlah jalan paling tepat pun.. I think kau need vaccay tapi bukan pergi dengan orang lain. Just go anywhere alone! Buang semua benda yang ganggu kau tu beb! Beb aku prnah lalui benda macam ni dulu! Bukan senang tau.. Bukan senang kau nak lalui benda-benda ni.. Kuatlah, sampai satu masa ni, semua akan natural balik macam biasa. Beb! Hard to say, but I know you strong enough.. Believe me! you so strong..."

"Thanks Fai!. Thanks.. "

'Tu me manques'

Thursday 3 September 2015

Rasa

Assalamualaikum wbt.

Rasa
Itulah yang tersekat
Itulah yang tidak terluah
Itulah yang tidak terkata di bibir

Rasa
Disimpan tanpa bicara
Disimpan tanpa luahan rasa
Disimpan tanpa untuk orang mengerti

Rasa
Semuanya aku coretkan pada diari
Semuanya aku ceritakan pada blog ini
Semuanya aku selindungkan dengan perasaan

Rasa
Jika engkau tahu ianya perit
Jika engkau tahu ianya sakit
Jika engkau tahu ianya serik

Tiada siapa yang mengerti
Tiada siapa yang ingin mengetahui
Tiada siapa yang akan fahami
Kerana inilah Rasa yang tidak pernah pergi ...

Nashriq Ismail
03/09/2015 ; 12.40PM, 
Perpustakaan UNISEL