Thursday 18 December 2014

Cerita 2014

Assalamualaikum wbt. :)

Alhamdulilah, masih lagi mempunyai tenaga dan kudrat untuk menulis. Masih lagi diberi nyawa untuk bernafas. Syukur! Itulah nikmat hidup yang paling bermakna untuk segalanya. Rasanya, masih cukup utuh dan kukuh Iman di dalam diri. Masih lagi lemah dan sering tersasar dari jalan yang benar. 

Secara realitinya, kini sudah hampir berada di penghujung 2014. Hanya berbaki 13 hari lagi 2015 datang membawa lembaran baru bagi setiap manusia yang ada dimuka bumi yang hanya sementara ini. Inilah realitinya, makin berubah tahun makin bertambah angka umurnya. Kini, hanya bersedia menempuh satu lagi arena umur yang akan dilemparkan dengan pelbagai soalan. Semoga tabah dan terus cekal dalam menempuh jalan berliku. 

Hanya berkongsi sedikit pahit manis sepanjang 2014, yang hanya memulakan tirai tahun baru dengan membawa nama Generasi Pelapis Malaysia ke persada politik tanah air yang terus disebut oleh masyarakat. Persidangan Isu Kebangsaan Generasi Y 2014 memberi impak baru dalam arena seni suara saya sebagai pengacara majlis. Satu bakat yang hanya menjadi pinjaman kita di dunia ini. Tiada apa yang boleh dimegahkan, kerana itu hak sepenuhnya oleh Allah S.W.T dan kita hanya meminjam dan bakal memulangkannya bila-bila masa. Bermulalah titik tolak dalam arena pengacara majlis. Biarlah orang ketawa kerana suara tidak semerdu Dato' Siti Nurhaliza Taruddin, namun saya berani tampil ke hadapan untuk mengacarakan majlis. Majlis-majlis lain yang saya pernah hadiri untuk menjadi pengacara majlis :
  • Majlis Persefahaman dan Pelancaran Produk SONA di Shah Alam
  • Dilantik sebagai Pengacara Majlis Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali ke 9
  • Majlis Menandatangani Persefahaman antara UNISEL dan Universitas Lancang Kuning.
  • Pengacara Majlis di Perhimpunan Bulanan Staf UNISEL.

Alhamdulilah dan terima kasih Ya Allah atas bakat dan pinjaman ini. Persidangan Isu Kebangsaan Generasi Y ini memberi pengajaran dan pelajaran buat saya untuk terus hidup di atas muka bumi ini. Arena politikus dunia ini bukanlah arena yang sebati dengan jiwa saya. Biarlah ia menjadi rahsia apa yang berlaku dan apa yang akan terjadi. Teruslah utuh dan berdiri di jalan Allah agar mara dan majunya sesebuah organisasi itu. 

Seketika kita di dalam keadaan tekanan, selain keluarga, sahabat juga teman yang tidak pernah putus-putus memberikan semangat. Seketika ruang udara kita serius dengan kehilangan dua pesawat Malaysia Airlines, kami teruskan juga percutian ke Sarawak, mengenali budaya dan cara hidup mereka di sana. Rehatlah sepuas yang mungkin kerana tekanan akan kembali seperti sediakala. Melalui saat-saat yang cukup menarik sepanjang di Kuching, ia memberi saya sedikit sebanyak pengalaman hidup merantau. Bagaimana ingin berdikari dan juga membawa diri di tempat orang. Awal tahun juga memberi ruang untuk saya terus berkenalan dengan manusia-manusia hebat yang pulang dari Jakarta dan merantau ke Terengganu, mengenali mereka adalah satu kurniaan ukhwah dari Allah yang tidak terhingga. Terima kasih atas semangat dan juga ilmu yang dikongsikan. :)

Sekitar awal tahun yang biasa-biasa sahaja. Pertengahan tahun yang agak kucar-kacir dengan kelas dan juga kerja-kerja kursus yang harus diselesaikan. Maaf Mr. Presiden, tahun ini tiada kejutan buat anda di Jakarta, kiriman doa kepada yang berada Di Atas agar anda terus menjadi insan yang hebat dan tidak pernah mengalah dalam arena yang diceburi. Selangkah ke hadapan, usia meningkat 26 tahun. Alhamdulilah, masih dikurniakan seorang ayah dan juga ibu yang tidak pernah lekang dengan bebel dan nasihatnya, kakak yang terus menjadi tulang belakang, abang yang sentiasa memberi semangat dan melayan kerenah adik yang pelbagai ragamnya. 26 tahun, sudah mempunyai kerjaya, sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan bercita-cita ingin menempah tiket melanjutkan Ijazah Sarjana di luar negara (InsyaAllah, jika diberi izin oleh Allah S.W.T). Usah bertanya tentang jodoh, kerana Allah telah meletakkan satu nama yang bakal menemani saya sepanjang usia. Namun, saya masih belum bersedia. Pahit satu ketika dulu itu melahirkan semula saya pada masa kini. :)

Bertemu kita di bulan Ramadhan kemudia kita Syawal bersama. Alhamdulilah, ibu masih mampu tersenyum melihat cucu pulang ke bandar dengan meriahnya rumah. Sibuk si Ayah membeli apa jua yang diminati oleh cucu dan juga menantu. Keluarga mana yang tidak dilanda badai, semuanya mempunyai kurangnya namun hiasilah selagi kita  mampu menghias dan jangan biar ia terus cacat tanpa usaha. Bulan Ramadhan ini juga memberi makna yang cukup dalam buat saya. Mengenali mereka-meraka yang hebat berkerja keras, membanting tulang membantu anak bangsa terus mara dan tidak mundur. BeliaSiswa terus terpahat di dalam minda dan hati. Kenali mereka sekadar bersahaja, namun tidak sangka mampu ketawa semeja, hilai tawa bersama, berpokok gurindam juga. Mengenali mereka juga satu kurniaan manis yang tidak terhingga. WCLT, menjadikan saya seorang yang mengenali insan yang memerlukan, mengenali mereka apa yang ditagihkan, mengenali mereka apa yang didambakan. Di mata, hanya nampak satu cahaya, hanya perlukan kasih dan sayang. Semoga mereka terus menjadi anak yang baik, menjadi anak yang soleh dan solehah, menjadikan mereka orang yang mampu membakti kepada negara dan membanggakan Malaysia. Rindu kalian di Rumah Nur Hikmah, **Pernah mimpi arip! Itu yang paling menyentuh hati** Buat mereka yang bersama di Kidzania, anda juga berada di hati saya, kerana tautan silaturahim itu tidak pernah akan putus, yang memutuskan kita hanya ajal dan maut. WCLT I,II, III anda tetap hebat di mata saya, semoga kita jumpa lagi bila ada kelapangan dan juga ruang waktu. Rindu kalian :)

Akhir bingkisan, ini adalah hadian terindah buat tahun 2014, sesuatu yang berharga. Pahit dan payah yang sedang saya lalui, namun sudah tertulis, saya perlu juga lalui. Berbaki 3 hari lagi, saya akan berangkat ke Dublin, Ireland. Satu perkara dan percutian yang saya sendiri tidak jangkakan. Ini adalah hasil bantuan semua orang yang berada di keliling saya. Mereka terus memberi ruang dan waktu untuk saya rasa satu nikmat dunia di kala bujang masih berstatus. Perjalanan ke Dublin ditemani merka-meraka yang tidak pernah lupa untuk membawa saya terokai dunia. Terima kasih kalian kerana terus membawa saya mengenali dunia. Malaysia - Instanbul - Dublin - Instanbul - Malaysia. Terima kasih atas segala bantuan anda semua. Semoga bantuan anda melipat gandakan pahala dan juga kesenangan di dunia. 

Semoga tahun 2014 ini memberi makna yang cukup untuk berpindah ke 2015. Pasang tali pinggang  dan duduk ditempat masing-masing, tegakkan kerusi dan bersedia untuk mendarat ke 2015. 

Salam Sayang, 
Nashriq.

Sunday 16 November 2014

Akhirnya Bukan Disini - WCLT

Keluarga WCLT Phase I

Assalamualaikum wbt. 

'Seuntai Kata Untuk Dirasa'

Alhamdulilah, masih diberi kesempatan dan ruang untuk mencoretkan kisah-kisah menarik sepanjang hayat masih diberi nafas. Alhamdulilah juga, Allah tidak pernah putus-putus memberikan nikmat ukhwah yang sangat manis dan juga bersua dengan hamba-hambaNYA yang hebat. Syukur, itulah pertama yang harus kita ungkapkan sebagai seorang manusia yang menumpang di atas muka bumi yang sementara ini.

'Berpisah Bukan Untuk Selamanya'

Nyata dan terang yang memisahkan kita apabila nyawa dicabut oleh Malaikat Izrail atas arahan Allah S.W.T. Itulah perpisahan untuk selamanya, apabila kita berada di dunia alam yang berbeza. Hari ini (Sabtu-151114) saya merasakan satu kemanisan dunia yang cukup indah untuk dikenang. Ya Allah, rasa terpanggil untuk bergelar seorang Ayah satu hari nanti. Rumah Nur Hikmah ini sentiasa memberi saya pengjaran dalam kehidupan di dunia. Melihat mereka, seakan kita ingin kita harus mengerti bahawa betapa indahnya jalan dan liku hidup kita sebagai insan yang sempurna di mata kasar manusia. Allah menghadirkan insan-insan yang hebat dan bermakna buat mereka. Anak-anak kecil ini mempunyai cerita dan kisah mereka tersendiri. Mereka mencorak pelangi sebelum hujan membasahi bumi. Mereka memetik bunga di taman tanpa belas dan bantuan. Mencari cinta tanpa hadir kasih dan sayang. Mereka terlalu naif, naif terhadap perkembangan dan peredaran perubahan semasa. Insan-insa inilah (BeliaSiswa) yang memberi satu harapan baru buat mereka untuk mengenali dunia, mengenali apa itu tautan, mengenali apa erti itu kasih dan sayang. Tatkala mata memerhati satu persatu, perasaan ini bagai disebat melihat tagihnya mereka terhadap kasih dan sayang dan adakalanya seperti ingin dibelai manja.

Hari ini memberikan saya satu pengalaman baru dalam mengenali WCLT. Indah~ Itulah yang boleh saya katakan. Bermesra dengan mereka, ada yang duduk dipeha, mahu dipangku, dibawa berjalan ke sana-sini, mahu berdukung, ditarik untuk melihat benda-benda yang menarik. BeliaSiswa dengan penuh khidmatnya membawa anak-anak kecil ini ke KidZania. Mereka mula didedahkan dengan pelbagai perkara di sana. Itu biarlah menjadi kenangn mereka sampai bila-bila. Menjadi indahnya dalam dunia saya, apabila ada diantara mereka yang ingat saya, walaupun sudah lama tidak ke Rumah Nur Hikmah, Azura, melambai dari jauh, makanya terusik hati 'Ya Allah, ingat lagi depa dekat aku'. "Ekh~ Abang farah adalah" Salah seorang yang menegur. Tersenyum simpul~ Berbunga-bunga pagi tadi. "Kenapa abang lama tak datang?" Yang ni sangat-sangat terharu! Farah tanya kenapa lama tak datang! Alahai dik, sangat sibuk, dengan kelas hujung minggu, kerja sabtu ahad.Maaflah buat adik Farah and thanks pada Zati or Nana (maybe) yang tolong tengokkan adik sayang saya. Nasib baik tak banjir pagi tadi. :) Seharian bersama mereka di KidZania, merupakan kenangan bermakna buat saya. Bagaimana kami menguruskan mereka, usah tanya, usah fikirkan. Hanya yang menjalankan tanggungjawab pagi tadi sahaja yang tahu. Terima kasih Arip! Tidur atas pangku abang~ Rasa sangat merindui saat-saat dia mengira kereta di Plaza Tol dan kemudian tanpa sedar kepalanya sudah ke kiri dan ke kanan dan akhirnya dia tewas. Tiada lain yang mereka dahagakan, hanyalah masa, kasih sayang, belai-manja dan melayan kerenah mereka sebagai Anak yang dilahirkan dan dihadirkan ke bumi Allah ini. Semoga Allah terus memberkati mereka. 

'Disini Bukan Akhirnya'

Perpisahan yang diakhiri dengan pesanan yang disulamkan dengan hadis dari Fahmi, memberikan semangat baru dan tautan utuh untuk keluarga WCLT. Semoga ukhwah kita ini bukan hanya di WCLT namun sehingga kita sudah berada di hujung nyawa. Perpisahan akan ada dalam setiap pertemuan. Ianya berlaku secara manis ataupun pahit. Inilah cerita kita, cerita yang manusia lain tidak tercatat dalam Diari Biru hidup mereka. Semoga kita terus memberi kepada mereka yang memerlukan. Kasih sayang yang kita ada selama ini, kita curahkan kepada mereka yang sentiasa menanti tanpa mengenal erti lelah. Mereka bukan Tol yang kita guna untuk Touch n Go tetapi mereka adalah kurniaan Allah yang memberi kita pengajaran dan juga pengalaman. Semoga BeliaSiswa terus maju dipersada ~ WCLT sentiasa menjadi kenangan manis yang tidak pernah lekang di bibir. Terima kasih menerima kehadiran manusia seperti saya yang serba kekurangan. Maaf, jika ada salah dan silap mahupun gurau terlebih cara. Semoga kita terus menjadi insan yang hebat di jalan Allah. 

WCLT - We Care Love and Teach. 

Keluarga WCLT Phase II & III

Manis Bicara,
Nashriq Ismail
12.20AM  - 161114

Thursday 13 November 2014

Rumah Nur Hikmah

Assalamualaikum wbt. 

Selamat Datang Bulan November. (11)

Sedikit bingkisan untuk Rumah Nur Hikmah, Kajang. Buat keluarga besar WCLT dan BeliaSiswa :)


Masa
Kadang-kala dalam tidak sedara terlalu pantas berlalu
Masih terasa semalam bermesra di meja bulat
Melihat kerenah di kiri dan kanan
Ada yang diam, ada yang riuh, ada yang menangis
Tidak kurang yang berlari manja ke sana dan ke sini

Mereka
Mencari dan dahagakan kasih sayang
Mereka
Seakan hilang dakapan dan pelukkan mesra
Mereka 
Seakan menantikan kita datang untuk senyum dan ketawa

Mereka
Menanti bonda dan juga ayahda
Harapan penuh dada
Membawa pulang seribu kemanisan buat akirat dan dunia

Mereka
Adakalanya memberontak
Mereka
Adakalanya menagih kasih 
Mereka 
Adakalanya meminta untuk dibelai manja

Masa
Kini masanya berpisah kita seketika
Berpisah seketika menyambung tautan
Berpisah bukan untuk selamanya
Pergi dengan berpesan
Pergi menyambung perjuangan

Mereka 
Kami hadir bukan seketika
Kami kembali bukan sekadar ketawa dan gembira
Kami hadir mendengar keluh kesah suka duka 
Pahit manis buat adinda dan kanda di Nur Hikmah

Muhammad Nashriq Ismail
Perpustakaan UNISEL
3.55 PM

Saturday 6 September 2014

WCLT II - Catatan Diari Biru

Assalamualaikum wbt. :)

Catatan Diari Biru

Alhamdulilah, masih lagi diberikan nikmat hidup yang tidak putus-putus. Tangan ini kembali ingin mencoretakn sedikit cerita di dalam diari biru. We Care Love and Teach, berlalu sudah fasa pertama yang memberi pengajaran dan pengalaman yang manis untuk diimbau. Seakan semalam masih lagi mengisi borang, bertanyakan kekosongan, malu-malu kucing untuk berkenalan. Dalam tidak sedar ada diantara tutor sudahpun pulang ke tempat pengajian masing-masing. Jauh mereka menelaah ilmu, menyambung pengajian demi mencapai cita-cita dan masa depan. 

Selama berada di rumah Nur Hikmah itu, saya mempelajari satu perkara. Perkara yang kadang-kala buat kita lupa atas nama kesyukuran. Dalam diam, minda ini mula berfikir sejenak, betapa indahnya kehidupan diberikan Ibu dan Ayah di depan mata, kasih sayang yang dikongsi bersama adik beradik, ketawa dikala berjumpa bersama sanak saudara, sedangkan mereka? hanya menanti dambaan kasih dan sayang dari manusia yang bernama Ibu dan Ayah, ingin berbisik di dalam selimut bersama adik, kakak dan abang namun semua itu hanyalah khayalan semata. Nyata! mereka mempunyai adik-beradik yang duduk sebumbung, duduk sebumbung namun pendidikannya? Adab sopannya? Kasih sayang ? Belaian? Dambaan pelukan Ibu dan Ayah? Itu semua menjadi taruhan dalam kehidupan mereka. Mereka meneruskan kehidupan dengan memendam perasaan, menyembunyikan isi hati yang kita sendiri tidak tahu. Apa yang tersirat dan apa yang tersurat dalam kehidupan mereka. Mereka ini adakalanya ingin bertatih mengenal erti kasih dan sayang, makna rindu pelukan mesra, dambaan dibelai manja. Hati ini mula berbicara "aku seharusnya bersyukur dengan nikmat Allah, diberi nikmat untuk terus hidup di bumi Allah, disisi ada Emak dan Abah dan adik beradik yang masih mengambil berat, masih berpeluang menyambung pengajian sehingga ke peringkat tertinggi. Sedangkan mereka memerlukan kesemua perkara itu." Inilah yang saya fikirkan pada setiap kali kaki ini berpijak di Rumah Nur Hikmah.  Catatan diari biru ini hanya menceritakan pengalaman saya mengajar, pengalaman saya mendidik dan juga pengajaran dalam kehidupan seharian saya. Hanya perlu kita berdiri di depan cermin, apakah kehidupan kita cukup sempurna dengan harta dan wang ringgit? sedangkan berkasih sayang serta merapatkan silaturahim itu menjanjikan satu kebahagian yang abadi. Kasih sayang tidak mampu ditukar ganti dengan wang ringgit malah untuk mendagangkannya juga bukan satu keperluan dalam kehidupan. Kita lihat kembali coretan-coretan indah saya ke Rumah Nur Hikmah. 

Ukhwah

Mengenali Rofi, Sarah dan Tiara bukanlah satu perkara yang dirancang. Mengenali mereka secara senyap dan memerhatikan. Pertama kali berjumpa seakan merasakan diri ini serba kekurangan. Merasakan diri ini adalah insan yang kerdil disisi mereka, ibarat rumput di darat, bintang di angkasa. Hanyalah berbual kosong, mengenali asas-asas dalam komunikasi, dalam merapatkan istilah persaudaraan tanpa sedar ikhtilat di tengah-tengah memerhati. Pandangan pertama, aku manusia biasa, aku juga malu untuk ketawa dan berdongeng penglipur lara. Aduh! Segannya! Jejak kaki di Rumah Nur Hikmah, Rifhan, Fahmi, Amanina, Ilman, Danial, Farah, Anis, Fiza, Shauqi - Mula rasa hendak pitam, ramainya! Ramai yang tidak dikenali. Tundukkan nakal, rapatkan saf antara lelaki dan senyum. Kemudian bertandang awang panglima, Aizad, Nando, Ikram - tersipu pula dayang-dayang istana Alia dan .... [lupa nama dia] Ohoii~ Mula rasa gementar untuk memulakan bicara, tetapi bila di alam maya seperti bertih jangung berbicara. Hari pertama mengajar saya erti persaudaraan, kasih sayang, mengenali orang dari dalam hati, melihat dan memerhati, usah prejudis pada pandangan pertama. Mengajar anak-anak Nur Hikmah ini, sabar adalah tunjang utama, jika kata Ikram "Kau pokok nash, depa tak nampak" - "Fiza, hang jadi akar, tunjang segala tak nampak". Sabar, sabar adalah perkara paling utama dalam mendidik. Jangan sesekali lepas amarah, sedangkan mereka baru ingin mengenali. Pada mula, rasa cemburu melihat Sarah, Sarah lebih didekati berbanding saya yang hanya menyapu  habuk di karpet kaki. Mula meneroka apa yang diingin oleh adik-adik ini? terjawab "hanya mendambakan kasih sayang dan belai manja". Cukup melihat Rifhan jadi tempat mereka bergayut, tempat mereka sangkut-menyangkut. Detik hati, Rifhan pun rupa dia masuh muda, macam budak-budak. Saya? Muka bengis, budak pun takut nak dekat. Betul tak Ikram? 

Saya mengalih perhatian ke Anis! Ya Allah~ mendidik memang bakatnya, sehingga menjadi ibu muda dikala mengajar. Melekat adik-adik kesayangan ini kepadanya. Bagaikan anak tidak mahu kehilangan ibunya. Bangga! Anak jati Kajang ini mendidik dari hati mungkin. Melihat keliling, Danial a.k.a Danny~ sanggup hilang harta, namun tidak sanggup gadai kasih sayang demi adik-adik ini. Biar kotor di baju, bukan kotor pada hatinya. Bergurau, melayang-layang mereka ini dibuai oleh Danny. Kasih sayangnya melimpah ruah seakan gunung berapi. Meletus tanpa diduga. Mata ini meliar lagi, melihat kegigihan Farah, mendidik yang kurang upaya, mengajar erti betapa pentingnya pendidikan di mata dunia. Mengenali Farah cukup ringkas namun padat (Oii! Siapa single adik Farah HOTT gila~ [Untuk Perempuan Sahaja]) .. Usaha Farah tidak putus-putus. Baginya, kerja sukarelawan ini satu inti karipap dalam kehidupannya. Jauh otak ini melayang, melihat Ilman di taman teduhan, mendidik yang makin meningkat dewasa, seakan-akan tahu akan tanggungjawab pada masa depan dan keluarga. Ilman, redup dihujung taman teduhan, mencurahkan segala ilmu di dada, mencorakkan kehidupan yang hanya kita pinjam hanya sementara. Kaki melangkah, melihat Rifhan melayan si kecil, Amanina seperti Doktor Pakar Kanak-Kanak yang melayan segala kerenah anak-anak ini dengan penuh kesabaran. Melihat Fiza bersama adik-adiknya, ketawa, mesra, bergurau bersama. Shauqi, bersahaja dalam mengajar, mendekati dengan halus, mendidik dengan jiwa, seakan menyelami kehidupan mereka ini di Nur Hikmah. Melihat mereka tertawa, melihat mereka gembira, seakan hati ini juga ketawa, melihat gelagat mereka. Melalui hari-hari minggu di dalam bulan Ramadhan, hanya mampu saya berdoa agar mereka terus dalam barakah Allah, sentiasa dilindungi dan disayangi. 

Hati ini seakan berbisik, aku rindu akan ukhwah hujung minggu ini. Nyata! Rindu akan melihat gelagat mereka yang terus memanggil abang dan kakak yang berkunjung pada setiap minggu. Melihat mereka seakan mengerti kita akan berpisah jua satu hari nanti. Adakala, diri ini bagaikan tidak sabar menanti hujung minggu yang kunjung tiba, ketawa di dalam kereta bersama Rofi, Tiara dan (adik Rofi). Melihat gelagat Anis dan Shauqi mengajar. Melihat Rifhan seperti bapa muda, melihat bulu tangan Fahmi dicabut, melihat Finaz melayan adik-adiknya. Fiza yang bermanja dengan mereka yang mendekati. Danny yang menghiburkan anak-anaknya. Ilman berbual kosong sekadar mendengar. Sarah memberi untuk ia kekal abadi. Terlalu manis hilai tawa bersama Ikram dan Aizad, terlalu redup melihat Nina seperti Doktor pakar. Terlalu banyak nama yang tersimpan di dalam hati. Terlalu indah buat saya kenang apa yang terjadi. Perit pada dasarnya melihat saya tidak merasa pelukkan adik-adik itu, sedih melihat tapak setapak kejayaan tutor lain membuatkan diri saya terus gagah mengekalkan momentum. Apalah daya manusia seperti saya yang sentiasa merendahkan diri, membezakan diri dengan yang lain. Seakan lemah untuk meneruskan perjuangan. Hati! Itu yang membuatkan saya membaling segalanya kebelakang. Membaling tanpa menghirau apa akan kata mereka, tidak sekali menoleh kebelakang sebaliknya meneruskan langkah kaki dengan penuh senyum dan sabar. Perjuangan jangan separuh jalan, perjuangan jangan sekadar melepaskan batu di tangga. Perjuangan harus sehingga ke titisan terakhir. 

Semoga kalian menjadi sumber inspirasi untuk terus saya berjaya. Mengenali kalian, adalah satu nikmat yang Allah berikan. Tidak pernah terlintas untuk disia-siakan tali persaudaraan yang semakin erat dalam perjuangan kita yang satu. Lantas, akal dan fikiran saya menyampaikan pesan, Allah mengirimkan mereka adalah untuk Pengalaman dan Pengajaran.


Manis Itu Kenangan

Hari-hari terakhir kita adalah hilai dan tawa. Sopan hilang hingga ke awan biru, malu hilang ke lautan hindi, sengan dan silu disimpan ke dalam peti. Hari yang cukup-cukup bermakna, seakan ingin memberitahu mereka peluk saya! Mereka bergambar dengan saya! Mereka bergurau dengan saya! Adik-adik itu mula bertanya saya dengan soalan-soalan, ada yang mengadu rasa itu dan ini. Mereka tak takut dengan saya! Manis, sungguh manis. Deria rasa memberitahu, kamu sedang gembira, terlalu gembira. Siapa sangka, mereka mendekati saya. Air mata rasa seperti ingin mengalir, mengalir dengan rasa gembira. Terima kasih, terima kasih kerana memberikan saya peluang. Kalian tahu? Saya suka pada orang yang bermanja dengan saya. Kalian tahu, saya suka pada kanak-kanak. Itulah detik dan waktu yang manis menjadi kenangan yang indah.

Ketawa di meja bulat - Ketawa kerana Rifhan memberi respon spontan. Bergosip tahap dewa - apabila Fiza 'stress' dengan tuan rumah. Rosaklah! - Apabila Anis menghasilkan karya terbaik namun diranapkan oleh mereka. Orang Putih - Huuu~ Jodoh buat si Rofi yang bermata coklat kepada mata biru. Jodoh pasti bertemu - Fiza dan Shauqi, Hihi.. Fiza pegang 'baby' Shauqi diri sebelah, makin ganas saya hendak bergosip. Lauk-Pauk - Finaz yang melihat keliling meja, cukup untuk dijamah. Dendang perantau- Si penjaga muzik, speaker, duduk makan dihujung dapur. 

Apa yang membuatkan saya ketawa sehingga hari ini, apabila Ikram dan Aizad suka menambah resipi di dalam rencah cerita dogeng yang saya sampaikan. Merekalah keluarga WCLT! 

Seuntai Kata Untuk Dirasa

Andai layang-layang mampu terbang tinggi melihat awam, masakan persahabatan kita tidak dilayang ke langit biru. Diri ini hanya manusia biasa. Datang bertandang memenuhi ruang lingkup untuk mengembirakan. Datang membawa tawa dan juga senyum buat semua. Menjadi tugas sebagai manusia yang memberi namun tidak pula meminta-minta. Andai salah dan silap itu hadir dari saya, maaf saya pinta kerna manusia itu tidak sempurna. 


Silingan~''

Kisah meja bulat ?

Nash : Kalau dekat Melaka, lepas habis je kenduri kahwin.. Pengantin turun basuh periuk, kawah. Mulalah main calit arang.

Ikram : A'ah! Memang lepas tu main simbah-simbah air. 

Rifhan : Lepas tu main sabun! 

Nashriq & Ikram : HAHAHAHAH!!! 

Dengan laju si Rifhan bangun!

Ikram :  bersembur nash ketawa. 

Rifhan : Korang ni fikir lain!

Satu meja ketawa sebab cerita ini!

Maaf Rifhan Hafiz! haha! 

Friday 29 August 2014

MH17 - Pergi Selamanya

Assalamualaikum WBT. :)

***Pada saat terakhir
Ku melihat paras wajahmu 
Kau bisikkan hanya sayang kepada ku ......


MH17 - Pemergian bermaruah dalam kenangan. Hati ini terdetik ingin menulis sedikit bingkisan berkenaan MH17. Selang beberapa bulan kehilangan MH370 di langit biru, Malaysia dikejutkan dengan berita kapal terbang milik penerbangan Malaysia Airlines MH 17 terhempas di sempadan Ukraine. Saat berita mula tersebar, saya mula membuka beberapa laman sesawang yang boleh dipercayai untuk mendapat berita yang sahih dan tepat. Aplikasi "whatsapp" mula berbunyi dan berduyun-duyun mesej yang masuk. Aduh! tersentak, terkejut dan terkedu. Bagaimana agaknya ahli keluarga mereka yang menanti kepulangan mereka untuk menyambut aidilfitri bersama. Tidak terlintas difikiran bagaimana rasanya mereka melalui saat-saat getir dan pedih sebegini. Ada yang masih kecil, tidak kenal dan tidak mengerti akan perpisahan, ada yang baru berkasih-sayang terpaksa merelakan kepergian yang tidak diminta namun sudah dijemput. Allahuakbar, dugaan buat mereka sungguh berat, sungguh memberi kesan yang mendalam kepada diri mereka. Saat itu, pelbagai spekulasi mula keluar oleh mereka-mereka yang tidak bertauliah, ada juga yang mula mempolitikkan keadaan yang seakan-akan semakin getir. Buah fikiran saya hanya terlintas, mereka ini semua manusia yang tidak mempunyai perasaan, nalurinya mati sebelum badan dikafankan. Kita tidak prihatin dengan terhadap perasaan mereka yang sedang bersedih dan berduka, namun kita terus menerus mengecam dengan pelbagai andaian. 

Permintaan keluarga magsa, hanyalah membawa jasad mereka untuk dikebumikan di tanah air sendiri. Permintaan yang akan ditunaikan oleh mereka yang bertanggungjawab untuk menguruskannya. Hampir sebulan lebih, jenazah-jenazah mangsa MH17 dibawa pulang ke Malaysia. 22 Ogos 2014, Malaysia berkabung dengan penuh kesedihan dan kesayuan. MH6129 selamat mendarat di KLIA, saat itu satu perasaan sayu mula tidak dapat dibendung, melihat ahli keluarga yang berdiri dan duduk dari satu sudut sambil menitiskan airmata, tertunduk sayu, lemah dan tidak mampu berkata apa-apa. Penghormatan terakhir ini memberi impak yang besar kepada Malaysia. Mereka terpaksa merelakan kepergian yang tidak diminta namun sudah dijemput. Melihat anak kecil yang tidak memahami apa erti perpisahan ini membuatkan saya rasa begitu sedih. Terlalu awal baginya untuk menghadapi perkara sebegini. Saat ingin dikebumikan, ibu tidak mampu meleraikan pelukannya pada keranda, itu membuatkan saya menitiskan air mata. Sejenak, ligat otak ini berfikir, jika ini terjadi kepada keluarga ku, dimana kekuatan yang aku ingin cari? Dari mana teguhnya Iman aku untuk memikul dugaan Allah ini. Betapa hebatnya keluarga-keluarga ini menerima dugaan Allah. Melepaskan orang yang kita sayang, bukan perkara yang mudah dan juga bukan semudah air mengalir di sungai. Hari-hari yang dilalui hanya menatap gambar mereka yang disayangi. Melalui saat getir ini, hanya linangan air mata dan juga keihlasan Al Fatihah untuk mereka. Perjuangan mereka membawa kita terbang tinggi terhenti untuk selamanya. Kini, mereka pergi untuk selamanya tidak kembali. Hanya, kenangan indah dan juga cerita-cerita indah mereka berkongsi bersama. Mungkin ini takdir Allah buat mereka, pergi dalam keadaan yang tidak dijangka, pergi bersama pesan dan juga cerita terakhir mereka. Apa yang terjadi hanya mereka dan Allah SWT sahaja yang tahu. Kita hanya mampu berdoa agar kesejahteraan dan keamanan Malaysia terus di jaga. 

Buat keluarga yang terlibat salam Takziah. Semoga terus tabah :(



MH17 - Pergi Selamanya

Terbang jauh membawa pulang tawa
Saat melintasi satu kawasan
Tepat sasaran untuk jatuh ke bumi
Tarik tali jadi aktiviti 
Saat sukar getir mula menerjah

Air mata menitis ke bumi
Aidilfitri tanpa dia disisi
Si kecil tersenyum namun ibunya hanya diam seribu bahasa
Air mata menitis ke bumi
Pergi tak diminta, datang dijemput
Seakan terakhir kali berpesan untuk sayang disayang

Menitis air mata ke bumi 
Pergi untuk selamanya
Pergi dengan berita, pesan sayu dipenghujung salam
Pergi meninggalkan bonda
Pergi meninggalkan ayahda
Meninggalkan si dia yang tersayang
Pergi tanpa pelukan sayang untuk si kecil

Pergi untuk selamanya dengan linangan air mata
Sayu, kaku dan sejuk tanpa sebarang seru
Hanya menuntut bela atas kapasiti kebenaran
Durjana neraka buat mereka yang berdosa
Menunut bela atas kebenaran dunia
Agar berjumpa kalian di jannah.

Tulisan : 
Nashriq Ismail, 
Unisel Library,
11.30am (29.08.2014)

Thursday 24 July 2014

Sebelum Cuti Raya

Assalamualaikum wbt. :)

Tiada apa yang boleh diperkatakan. 
Hanya meneruskan langkah dengan puluhan jarak yang juah.
Asalkan kita tahu, Allah tahu cukup bagi kehidupan yang serba sederhana ini.
Ruang lingkup dengan kata-kata cukup mengajar akan erti lelah dan letih. 
Masakan masa berundur, jangan menoleh kebelakang. 
Usaikan satu persatu, dulang dipulang dulang, jangan dulang dipulang talam. 

Kenal erti serik!

Sunday 13 July 2014

#WCLT ; Pengalaman dan Pengajaran

Assalamualaikum WBT. :) 

Alhamdulilah, 15 Ramadhan bakal menyusul. Pertengahan Ramadhan, jangan sia-siakan niat jika ingin kembali ke jalan yang benar dan jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T, kerana Allah Maha Pengampun dan sentiasa menerima taubat hambanya. Alhamdulilah, dalam keberkatan bulan Ramadhan ini, diri yang serba kekurangan ini terpanggil untuk membantu dan membimbing anak-anak yatim yang lemah dalam pelajaran mahupun pedidikan. Semoga Allah redha dengan perjuangan saya ini. 

Pada awalnya, masih berfikir-fikir untuk menyertai orang-orang hebat ini dalam membantu anak-anak ini dalam mempertingkatkan kualiti hidup mereka. Ya Allah, entah bagaimana tertarik dengan apa yang mereka lakukan. Tanpa mengira penat, letih dan juga kesibukkan sebagai hamba yang bekerjaya, saya tabahkan hati dan paksikan niat, lakukan kerana Allah, kerana mencari redhaNYA. Akhirnya, keputusan dibuat dan saya sertai. Awalnya, sangat kekok bersama mereka. Hanya beberapa dari mereka yang saya kenal sewaktu menjadi sukarelawan dalam program IMPACT di Dewan Bahasa dan Pustaka. Ada juga yang saya kenali namun tidak pernah berbua biacara. Biasalah, untuk menyesuaikan diri dalam satu-satu keadaan itu bukan perkara yang mudah. Lagi-lagi kita hanyalah insan biasa. :) 

Minggu pertama dalam mendidik  bukanlah perkara yang mudah. Saya mula gusar, saya  mula gentar, kerana menjadi pendidik bukan perkara mudah. Kematangan dalam mengajar, menjadi insan yang mampu menarik perhatian dan adakalanya menjadi manusia yang agak hipokrit? Haha. Penerangan dari Rifhan dan Fahmi, diletakkan di dalam benak otak yang agak sempit, sendat dan padat, agar semuanya berjalan lancar. Iya! Arahan diterima, menerima dua orang adik yang cukup comel! omo.. omo.. Saya diberi amanah, mendidik dua orang anak cilik ini untuk mengenal huruf, mengeja dan juga mengira. Ya Allah, bagaimanalah saya ingin mengawal dua insan istimewa ini? Kapasiti apa yang saya ada untuk mendidik anak-anak lindungan Allah ini? Ya Allah, kuatkan semangat. Perkenalan bersama Ikram dan juga Farah, bukan perkara yang mudah. Susah untuk mendekati mereka. Mungkin, wajah kesayangan hamba ini GARANG, tapi saya mempunyai hati seperti taman yang penuh dengan bunga-bungaan. Sara, banyak membantu untuk minggu pertama, kami berdua membantu Ikram dan juga Farah dalam mengenal huruf dan juga memerhatikan apa kelebihan dan kekurangan mereka. Melihat apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka. 

Bukan mudah untuk hidup dalam kehidupan anak-anak yatim. Bukan satu perkara yang mudah. Farah? Seorang yang agak pendiam dan tidak banyak berkomunikasi. Dia hanya berkomunikasi apabila ditanya, mahupun bila mana dia rasa ingin bercerita. Pada satu ketika, hati ini bagaikan direntap apabila Farah memulakan perbualan mengenai ibu dan bapanya, mula mencorak pelangi berkenaan rakan-rakan sekolahnya, mula menghias pentas dunia dengan cerita-ceritanya. Ya Allah, saya lihat pada diri saya sendiri. Sempurnya kehidupan saya, memiliki rumah, memiliki ayah dan juga bonda yang masih menemani di kala susah dan senang, mempunyai adik beradik yang manjadi tulang belakang. Namun Farah? hanya mengaharapkan belas kasih dan sayang seseorang yang mampu memberi dia kehidupan yang sempurna. Hampir sahaja air mata ini mengalir, tatkala cerita yang didodoikan oleh Farah. Semoga diri mu tabah adik, kerana Allah sentiasa merahmati dan juga melindungi kamu. 

Ikram, lebih aktif dan akan menjawab setiap soalan yang diajukan. Tiada apa baginya selain tersenyum dan menjadikan sesuatu perkara itu bahan jenaka pada dirinya. Setiap dari mereka ini mempunyai minat yang tersendiri. Apa yang menjadi minat pada Ikram adalah bermain bola. Pada mulanya, terasa kekok untuk mendekati Ikram, lebih selesa bersama Farah. Iya, Ikram tidak kurang bijaknya, cuma dia mempunyai masalah dalam membaca, Ikram lemah dari sudut membaca. Inilah cabaran yang saya sahut! Adakah saya akan memperoleh kemahiran baru atau sebaliknya saya jatuh dan tidak lagi bangkit demi membantu umat manusia di muka bumi Allah ini. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana sabarnya saya dalam berkomunikasi, bagaimana saya ingin mendekati mereka, bagaimana saya ingin mengawal mereka. Itu semua cabaran bagi saya. Minggu pertama berlalu dengan cukup mudah kerana dibantu oleh Sara. Menyusul minggu ke dua? 

Lengkap saya menyiapkan buku mengajar, apa yang saya ingin lakukan pada minggu ini. Berusaha keras ke hulu dan ke hilir mencari bahan atau alat bantuan mengajar supaya ia lebih mudah untuk difahami. Namun, semangat saya runtuh, runtuh seruntuh yang mungkin. Saya tidak mampu mengawal Ikram, masih lagi menjadi tabiat, menjadikan satu-satu perkara itu sebagai bahan jenaka. Saya cuba memberi latihan kepada Ikram supaya dia tidak mengantuk dan sebagainya, namun dia lebih tertarik untuk melakukan aktiviti sendiri. Berbanding Farah, alhamdulilah, saya berjaya menguasai Farah, walaupun Farah tidak banyak berkomunikasi bersama saya. Farah lebih suka tersenyum seketika dan kemudian kembali serius. Saya cuba mengajar Farah mengenali huruf dan juga mengeja suku kata yang mudah, Alhamdulilah, dia berjaya. Selang beberapa minit dia mula bosan. Saya mula resah dan juga saya mula membandingkan diri saya dengan tutor yang lain. Nampak mereka lebih havoc mengajar berbanding saya. Mereka nampak lebih hebat, walaupun alat bantuan mengajar mereka tidak banyak seperti saya. Aduhai, saya mula 'down'. Saya hampir patah semangat, pada masa itu mengharapkan Ikram dan juga Farah mengerti, 'Adik, Abang datang sini nak bantu adik. Fahamlah!' Namun apakan daya, mereka ini hanyalah anak-anak kecil yang mudah bosan pada satu-satu perkara. Melihat perubahan pada anak didik Anis, membuatkan saya lebih rasa 'Ya Allah, lambatnya saya mengajar anak-anak mu ini.' terasa seperti batu besar yang menghempap kepala. Saya mula menghitung-hitung, apakah ini dugaan Allah kepada ku, apakah ini sebagai cabaran dan lakaran atas sebuah lukisan di mana aku di dalam kelas suatu ketika dahulu. Ya Allah, berat, berat sungguh rasanya. Bagaimana ingin saya lakukan agar mereka juga boleh membaca seperti orang lain, boleh mengira seperti orang lain. Jika gagal mereka, bermakna saya juga gagal. Jika lemah mereka, bermakna saya yang lemah. 

Melihat pada rakan-rakan tutor yang lain, mereka lebih mesra bersama adik-adik mereka, akan terasa sepi sedikit hati ini, terasa saya ni tiada daya tarikan kepada mereka. Mungkin saya sukar untuk didekati. Apakah saya seorang yang tidak mampu mencuri hati mereka. Sedikit sebanyak membuatkan saya rasa terpencil pada satu sudut. Ya Allah, hanya mengharapkan sedikit lagi kekuatan, jangan sesekali mengalah. Melepaskan mereka seketika dan juga saya fikir semula sejenak sewaktu di dalam KTM, Allah memberikan saya ruang dan jalan untuk melihat kesukaran orang lain untuk menjadikan pengajaran. Allah hantar saya ke Rumah itu untuk saya mengajar agar mereka senang di masa hadapan. Allah memberikan saya kekuatan agar saya faham akan erti sebuah kehidupan. Mereka terlalu istimewa, istimewa di sisi Allah, dan juga istimewa dari penglihatan kita. Jangan lemah dengan apa yang kita tidak perolehi hari ini, mungkin Allah belum lagi menjentik hati-hati mereka. Jangan patah semangat, jadikan apa yang anda lihta pada rakan-rakan lain itu sebagai pembakar, anda juga mampu lakukan, anda juga mampu memberikan yang terbaik. Allah tidak pernah mengajar kita menjadi manusia yang 'give up' dengan apa sahaja yang kita lakukan. Ada sebab dan musabab kenapa kita lakukana perkara yang ingin kita lakukan, mungkin hikmahnya bukan hari ini, hikmahnya datang kemudian. Sedarilah yang kita juga manusia biasa. Learn something, you can get more than one thing. 

Akhir sekali, team #WCLT, terima kasih banyak-banyak menerima diri yang serba kekurangan ini. ~.~ Hope, ukhwah fillah kita ini tidak terhenti pada program sahaja, biarlah ia seperti tali yang tidak dan akan pernah putus. Kalian hebat dimata saya! :) Semoga projek kalian ini menjadi satu inspirasi kepada belia di luar sana. Thanks so much guys~ 

#WCLT - Pengalaman dan Pengajaran. 01.14 am :)

Thursday 3 July 2014

Luka

Assalamualaikum WBT. :)


Kerana luka semalam masih ada
Masih berbisa, masih terkesan pada diri
Perdih, jerih laluinya seorang diri tanpa 
memikirkan perasaan dan bicara hati

Kerana luka semalam masih berbisa dan berbahagi

Friday 23 May 2014

High Blood

Assalamualaikum WBT. :)

Jumaat sudah hari ini. Aduhai! Pantas masa berlalu. Sebenarnya mencari teman untuk bercerita betapa tekanan untuk hari ini. Tekanan yang melampau sehinggakan rasa mahu lari jauh dari keadaan yang ada. Tiba-tiba rasa macam tak boleh nak cool langsung. Tak boleh! Tak boleh! Semua yang aku lihat hari ini membuatkan aku jadi marah. Sangat-sangat marah. Semua serba tak kena. Mood memang jauh ke laut. Tekanan yang datang bertubi-tubi. Beb! Tengah macam ni takda orang nak temankan kau. Like serious! Serious! Serious! Aku rasa macam nak menangis tadah dengan temmpayan. Itulah kehidupan, lalui je dengan tenang dan sebaik mungkin.. Mungkin mudah diungkap payah untuk dilakukan. Tiada teman berbicara beb waktu-waktu macam ni pedih~ Serius pedih. Dari aku masuk office sampailah aku bukak email. Segala-galanya aku rasa itu semua tekanan. Rasa nak tekap muka dekat bantal menangis lelaju, biar banjir library ni. Back to Allah lah sebenarnya, sebab manusia ni kadang-kdang ada kadang-kadang takda. Tengok diri kau sendiri dah cukupkan. Apa yang jadi hari ni, ada hikmahnya kerana kau ketawa semalam. Apa yang jadi pada esok hari hikmahnya berganda ceritanya. Jangan difikirkan sangat, just hadap je dengan apa yang jadi. Dugaan beb! Biasalah, Allah sayang kita sangat tu. Kau je yang tak sayang Pencipta kau.
Hope, akan better malam ni. Sebab masih banyak kerja-kerja yang terbengkalai belum disiapkan. Hendak memuaskan hati semua orang bukan mudah, susah gila! Hati sendiri macam kena pijak beb!

Ok! gerak dulu, dah Azan. 

:)

Sunday 18 May 2014

Celoteh Mei



Assalamualaikum wbt.  :)
Bulan Mei 2014 hampir berlepas dan Jun 2014 hampir mendarat. Lapangan bumi ini masih berputar, yang berubah terus berubah dan yang masih kekal terus kekal. Pelepasan Mei 2014 masih berbaki 13 hari lagi. Penerbangan masih lagi menunggu pintu pelepasan dibuka. Aduhai, saat-saat Mei ingin terbang untuk pulang, pelbagai dugaan yang menimpa sebelum Jun itu mendarat dengan selamatnya. Bertimpa-timpa dihadapi, adakalanya tidak tertahan akan apa yang berlaku. Semuanya begitu pantas berlaku. Bermula dengan telefon bimbit tidak berfungsi pada bahagian caj dan kemudian disusuli dengan komputer riba rosak serta merta, kemudian berbalik kepada telefon bimbit yang mula menunjukkan tiada signal pada ruangan sim card dan kemudian diikuti dengan thumbdrive dijangkiti virus-virus cinta yang tanpa disedari. Alangkah sungulnya kehidupan sebelum berlepas pulang, sedangkan yang akan mendarat adalah kegembiraan. Terima kasih atas dugaan yang tidak terhingga ini. Dugaan ini sakit, namun adalah pengajaran dan pelajaran buat diri yang serba kekurangan. Rindu pada seseorang kita cuba ungkapkan atau memberitahu, namun berbeza dengan Allah S.W.T dia mengirimkan dugaan. Dugaan yang kita mampu tanggung dan pikul membawa ke mana sahaja kita berjalan. Di saat-saat ini, apakah tugas kita sebagai hambaNYA di muka bumi yang terbentang luas ini. Yakinlah, setiap dugaan itu ada hikmahnya. Teknologi tidak menjamin kebahagian dan kesenangan, namun ketaatan kita dalam menjalani kehidupan dan ibadah kepadaNYA menjanjikan keindahan dan kebahagiaan.

Surah 47 : 7 – “Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan menegakkan kedudukanmu”

Begitulah, Allah membantu orang-orang yang membantu agamanya. Membantu menegakkan agama Islam, menyebarkan agama Islam. Allah itu tidak sesekali menzalimi hambanya namun hambanya tidak mentaatiNYA. Apakah segala yang menimpa diri kita ini salah Allah S.W.T? Adakah takdir yang kita salahkan? Duduk dan renungkan. Muhasabah diri seketika. Dimana silapnya langkah kita sebagai manusia yang cukup apla dan leka. 

Mendaratnya Jun nanti, cecahlah suatu jangka hayat yang tidak pernah digambarkan. Terasa seperti baru semalam pulang memakai seluar berwarna hijau dan baju berwarna peach, bertali leher merah dan juga betag nama. Ketawa, tersenyum, menangis, bagaikan baru semalam keluar dengan kaki kanan di pintu pagar. Sedang terleka dengan putaran masa bumi, tatkala mendarat dan jua berlepas jangka hayat itu bertambah dan terus bertambah. Sembilan tahun meninggalkan segala kenangan manis di sekolah. Sembilan tahun itu juga saya belajar menjadi insan yang agak berguna kepada negara. Sembilan tahun itu dicubit, sembilan tahun itu dibentak, dibebel, dirotan dan sebagainya yang menjadikan saya seorang yang bekerjaya dan juga mahasiswa yang hampir berjaya. Siapa saya hari ini adalah hamba-hamba Allah yang bergelar guru di dalam Sekolah Menengah Kebangsaan Zon R1. Kalau disenaraikan nama-nama guru yang saya akur akan tinggi ilmunya, penuh ruangan celoteh ini. Biarlah sekolah yang mempunyai 3 bangunan itu menjadi saksi bahawa, saya bukanlah pelajar terbaik namun masih ingin berbakti kerana ilmu yang ada di dalam genggaman ini hasil dari perit jerih diri mereka sebagai seorang pendidik yang tiada galang gantinya. Buat guru-guru ku yang masih mengajar dan mendidik anak bangsa, Selamat Hari guru, kalian adalah yang terbaik selepas keluarga dan sahabat yang sentiasa disisi saya. Jika dahulu, orang bertanya mengapa saya suka ke sekolah, kerana sekolahlah saya mampu menempuh segala badai dan dugaan di luar. Sekolah menjadi teman yang tiada tukar ganti kenangannya. Sekolah mencorak segala warna warni kehidupan hari ini. Prinsip yang sentiasa ada di dalam benak fikiran ini, hanyalah satu, kerana dia mendidik ku, selagi mereka menghalalkan selagi itu saya mampu berjaya. Sebenci mana kita pada seseorang pendidik itu jangan dicerca mahupun dicaci, maka kebahagiaan kita itu hilang tanpa sedar. Guru itu ibarat lilin yang juga menerangi gelap sesat kita pada hari ini. Siapa tahu dia menangis? Siapa yang mengerti akan penat mereka? Siapa tahu akan kesakitan yang dialami? Hanya mereka yang bergelar sebagai seorang guru merasa peritnya. Hormati mereka seperti mana kita menghormati ibu dan bapa kita. 16 Mei 2001 – 2005 akan menjadi kenangan terindah dalam kehidupan. 

Semoga ada hikmahnya atas apa sahaja yang berlaku. Segalanya ada rancangan dariNYA dan ada hikmahnya. Susah bersampan mudah di jalanan. Sehingga kita berjumpa lagi di lain bingkisan.


1, 5, 17 dan 25 Mei – Tarikh-tarikh penting bagi diari hidup ku. :)

Monday 31 March 2014

Main Baling Sampah

Assalamualaikum WBT.

Dalam sedar kita berada di hujung mac dan april akan berkunjung tiba. Alhamdulilah, semuanya masih berjalan dengan lancar. Setelah hampir dua bulan ini, keadaan banyak berubah, saya sendiri rasakan perubahan itu. Namun, siapa saya untuk menidakkan. Siapa saya untuk menentukan keadaan itu berubah. Tidak punyai kuasa untuk semuanya berubah dalam sekelip mata. Andai masa boleh diputar, saya menjadi manusia pertama berbaris, saya manusia pertama yang ingin berpatah semula untuk menjadi insan yang lebih baik. 

Sedari tadi, saya cuba untuk menulis sesuatu yang mempunyai maksud yang tersirat dan yang tersurat, namun kebijaksanaan tidak menjangkau dan tidak mampu mengarang seindah A. Samad Said dan penulis-penulis muda. Penulisan dari hati ini adakalanya mampu menelanjangkan identiti kita sendiri. Sedar atau tidak, adakalnya kita mempunyai paras rupa yang garang, namun hati kita seperti wanita. Adakalanya, kita mempunyai wajah nan tampan namun hati kita sekeras kerikil. Manusia itu berbeza-beza watak dan perwatakkanya. Tidak diminta dia menjadi cantik namun kata-katanya berbisa, tidak pula diminta menjadi seorang yang murung durja namun mempunyai bahasa sepuitis sang bidadari. Percaturan hidup kita adakalanya seperti permainan catur dan ada pula manusia mengaitkan kehidupan kita seperti roda basikal. Berputar dan terus berputar mengikut peredaran masa dan zaman.  

Inilah dikatakan, keadaan akan berubah. Masa tidak pandai menipu, kerana masa hanya penentu waktu dan keadaan, yang menipu adalah kita yang pandai berbicara dan pandai bermain kata. Adakalanya, kita manusia yang tidak pandai menipu, tetapi kita cuba untuk menipu, dan di akhirnya, disedari. Alangkah berbisa perbuatan menipu itu. Inilah yang dikatakan masa tidak pandai menipu. Jika tidak faham apa yang diperkatakan, bacalah sepintas lalu supaya anda tidak mempunyai hati untuk bertindak balas dengan panji-panji kebenaran. Adakalanya, penipuan itu sikit sahaja, namun dia menjadi lebar dalam permaidani indah. Menjadi satu permainan dan percaturan yang lebih menarik. Ianya seperti bermain batu seremban, selerak dan kemudian dikumpul dan akhirnya kita lihat siapa yang berjaya. 

Saya tinggalkan penipuan itu dengan segala pertanyaan di minda pembaca, andai kita mampu lakukan pada orang lain masakkan kita tidak mampu lakukan pada orang keliling. Ianya cukup romantis untuk dinilai, dibaca dan juga untuk mempertahankan kata-kata. Masa terus berputar dengan dan mengilhamkan kita dengan hari-hari yang penuh dengan cabaran. Keadaan akan berubah sedikit demi sedikit. Mata saya terus meliar melihat segala keadaan keliling yang berlaku. Melihat dari sudut tingkap sehingga ke pintu. Alhamdulilah, semuanya menjawab segala persoalan di laci meja. Maka, sepantas mungkin kita mula mencorakkan sehelai kertas dengan corak yang baru. Mula menulis, mula melukis dan mula menggambarkan kesedihan, kegembiraan dan juga kepahitan. Dilukis sedikit kesedihan dan kemudian corak mula dicanting dengan sedikit kegembiraan dan akhirnya pahit jua bakal ditelan. Nasihat dari pakar hati, biarkan berlalu pergi dan jangan sesekali melukis keindahan itu di atas kertas lukisan. Biarkan ianya menjadi kertas yang sudah dilukis namun sukar untuk dipadam. 

Hanya penulisan sampah pagi ini. Mahu menulis dengan kata-kata yang tidak difahami, tidak pandai pula untuk berbicara. Tapi tidak mengapa, hikmahnya kemudian, yang ada pada hari ini adalah kenangan manis, jangan dipahatkan pahit. Biarkan semuanya menjadi satu perkara indah yang tidak pernah dijangka. Biar pedih, asalkan kita kenal erti pengorbanan. Egois minda harus diketepikan, dan jangan sesekali membenarkan diri kita sentiasa di panji kebenaran. Adakalanya, kita kena merasa terduduk di sudut pintu. Buat yang membaca, positif minda, penulisan ini hanya nasihat hati untuk saya dan tidak terniat melempar selipar ke wajah-wajah manis anda. Namun, penulisan saya biasa sahaja, tidak tersakit pun hati siapa yang membacanya. 

Sehingga kita bertemu di lain kalam dan bual bicara. Sehingga kita berjumpa di Jannah apabila terpisah. Sehingga kita sama-sama berpimpinan untuk menuju ke syurga agar tiada yang terleka. Terima kasih kerana mendidik dan mentarbiyah, terima kasih kerana menasihati, terima kasih kerana sudi menjadi teman seperjuangan dan terima kasih atas segalanya. Maaf dipinta jika salah dan silap atas segalanya. :)

 

Friday 21 March 2014

Cerita Selekeh

Assalamualaikum WBT :)

Hi 26 ! Macam tak percaya dah nak masuk 26 tahun. Nombor yang agak besar! Alhamdulilah, semester baru dah mula. Hujung minggu ni kembali ke Puncak Perdana, bukan menuju puncak. Alahai, cuti semester dah habis. Nak ingat kisah lama! Beria-ia saya melalak dekat bahu salah seorang teman ni, memikirkan exam pada esok harinya, masa tu sibuk dengan perjuangan sebagai anak muda. Hehe. Exam pun ke laut, buku ke tengah lautan, nota semua tertinggal dekat tanjung piai. Ekh -.- Tanjung Piai kisah tu lama, tempat memendam rindu. Haha. Ceeiii~ Back to story! Redha jelah result keluar nanti. Jadikan cerita, seronoklah jadi pengacara majlis hingga lupa exam yang baru je beberapa jam berlalu. Nah! Tiba-tiba esoknya baru teringat, sampailah ke hari result nak keluar! Jeng.. Jeng.. Jeng.. Lulus Kau Jah! Sujud syukur! Tak payah nak repeat paper dah. Rasa bersyukurlah jugak, cuma pointer jatuh ler sikit. Its okay! Perjuangan belum selesai. New Semester Begin. Macam biasa, ikut hati kalau boleh nak bawak sekali 8 subjek, tapi kita ni bukan golongan minda kelas pertama, bawak jelah 5. Alhamdulilah, hujung minggu ni kelas dah mula! Nah~ 3rd language Kak Temah, Kak Senah, Kak Bedah, Pak Talib, tergeliat lidah ! Tunggu dan lihat jelah apa yang jadi. Semoga dipermudahkan segala urusan saya. Ameen. 

Secebis sedikit isi hati, semester baru dah bermula, kembali fokus kepada apa yang diinginkan. Ketepikan segala rencah perasaan, menu dalam fikiran, bahan-bahan emosi. Semua tu ketepikan. Sekrang ni, hidup hang dah tambah tanggungjawab, kena pandai handle segala mak nenek yang datang. Kau tu hatinya kecil badan je besar! Sensitip! Kata Kak Biah hujung tanjung tu hah! Lebih baik diam daripada terus berkata-kata, sebab nanti kau sendiri makan hati! Nah! Kak Jeton pulak nak sentapkan kita.... Hahaha. 
Sekarang ni kena pandai handle masa, bila nak cuti, bila nak study, bila nak uruskan hal-hal persatuan dengan kerja office, family dekat rumah. Hamboii~ Cabaran ! Biasalah, dekat mana-mana pun ada. Tahan selagi boleh. Andai satu masa dah tak mampu lakukan, gugurkan salah satu demi kebaikan diri dan terus menyepikan diri anda. TOra datang lagi! HAHAHA! Bukan mudah nak lalui semua benda dalam satu masa, tapi inilah kenyataan, jalan yang kita sendiri pilih dan jalan yang kita sendiri tentukan. Apa jua keputusan kita sendiri yang tentukan. Itu sahaja merepek dari saya! Take care yang sudi membaca blog sampah ni. Daaaa~

Friday 14 March 2014

Catur : Kalah ? Menang?

Assalamualaikum WBT :)

Kenyataan atau hanya khayalan, melihat perspektif asalnya ianya satu permainan catur yang ada kalah dan menangnya. Sesungguhnya, adakala kita akan mengaku kalah mahupun adakala kita tidak mahu berputus asa. Ledakan pada sesebuah permainan catur itu hanya berpaksikan keberanian dan juga ketajaman minda. Melihat pada permainan yang mula disusun dengan strategik yang menarik dan adakah permainan itu akan semakin hambar dalam penyusunan strategiknya. Hambar? Semakin menarik permainan catur yang dipertandingkan, semakin laju menyusun aturan, semakin pantas dan ligat permainan. Antara kalah dan menang? Semestinya paksinya kepada redha dan pasrah. Jangan sesekali meletakkan harapan pada kemenangan, jika kita tahu kekalahan itu akan datang bertandang. Jangan sesekali mengaku kalah, keran kita tahu adakalanya kemenangan itu adalah rezeki yang tidak dijangka. Berbalik pada DIA yang satu, menjadi tempat bercerita dan mengadu atas kekalahan dan kemanangan yang kita kecapi. Susurinya dengan kesabaran, masakan kita mampu bersabar untuk melihat kemenangan dan kekalahan dengan penglihatan yang dikurniakan. Itulah gunanya akal dan minda, diberi untuk berfikir dan juga menentukan segala perkara. Fikir-fikirkanlah, kerana akal memberitahu agar kita tidak terlalu menginginkan kemenangan tapi harus disedari kekalahan juga menanti dengan punuh pasti.

Tuesday 11 March 2014

Hanya Penulisan Biasa

Assalamualaikum WBT :)

Hanya Sekadar Penulisan Biasa.

Hanya masa yang terus berbicara
Menceritakan kenangan yang kekal indah
Terlintas di fikiran sejenak
Di mana khilafnya di mana silapnya

Biar masa terus berbicara
Meniti setiap malam dan siang
Memendam seribu satu rasa yang mendalam
Terlintas pada akal yang tidak sempurna

Masa itu terus berbicara
Menyempurnakan bisikan hati
Mentafsir segenap dimensi
Menceritakan setiap kisah yang terperinci
Memoir pada satu ketika nanti

Friday 21 February 2014

Serbuk Cili !

Assalamualaikum WBT :)

What a nice day. Cuti!! Alhamdulilah, masih diberi peluang untuk bernafas buat sekian kalinya. Buat pertama kalinya bila balik rumah Mak lepas Subuh tidak menidurkan diri semula. Indah! What happen yesterday its like bubble ! Hahaha. Speaking kau Jah! Alhamdulilah, the emotion boleh control lagi. Semakin hari semakin serbuk cili dibaling-baling. Rasa macam pedih gila. Oh My God! Serius macam kena cari buah mangga makan sampai kembong perut. Ya Allah, benda paling sukar, susah bila kena baling serbuk cili nak hadap perkara tu. Serius! Manusia paling sabar je yang akan act like cool gila bila kena baling serbuk cili. Kesian serbuk cili jadi bahan uji kaji blog kita hari ini. Biasalah, ini yang perlu dilalui. Perkara yang simple make it simple. Bila dah jadi complicated, complicatedkan lagi. Hahah! How messy you are.! Dusshh.. Ingat ada Allah yang sentiasa yang memerhati dan sentiasa disisi. Allah sayangkan kamu tu, tu dia hempap dengan batu tengok kita boleh angkat ke tak. Kalau menangis itu menjadi teman perjuangan apa salahnya. Go on Nash, Go on! Jangan sesekali GIVE UP! Wink~ Wink. Terima kasih ! 

Berundur dulu. ( 2 : 286 )

Thursday 20 February 2014

Serbuk Cili ke ? Serbuk Kari?

Assalamualaikum WBT :)

Pagi yang agak berkabus, antara jerebu atau sememangnya berkabus. Alhamdulilah, Allah terus memberi nikmat untuk bernafas. Mencari rezeki seperti biasa untuk sesuap nasi. Adakala sambil berjalan ke pejabat memandang ke langit, sambil bertanya siapa aka sebenarnya? Tersenyum dan terus berjalan. Hari demi hari melihat yang diri ini sentiasa disembur dengan serbuk cili. Pedih lepastu berair-air mata. Hmmm. Kadang-kadang tu kena terima yang serbuk cili tu lagi hebat tamparan dia dari serbuk kari. Haha.. Biasalah, inilah kitaran masakkan, adakala sedap dan adakala adoi nak telanpun payah. Ada kata nasi dah jadi bubur namun saya kata serbuk kari dah jadi kari kepala ikan. Main masak-masak pun tak seindah biasa, namun bila Siti Nurhaliza nyanyi lagu lebih indah barulah air tangan itu jadi lebih menarik. Jauh dari sudut minda untuk memikirkannya, namun otak dan fikiran saya seperti ibu-ibu sikit semuanya akan difikirkan, semuanya akan dibandingkan. Seperti kenapa serbuk cili , bukan serbuk kari dah tu kenapa pakai ajinamoto tak pakai gula pasir. Zuup! 

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" - 2 ; 286

Okbai! :)