Monday 27 August 2012

Bila ......

Assalamualikum W.B.T

Aku tidak boleh menulis apa pun pada entri kali ini. Tidak selari dengan hati. Minda melayang-layang entah ke mana, seperti tidak berpijak pada bumi yang nyata. Mula rasa tidak seperti biasa, hati mula gundah gulana, fikiran mula memikirkan episod akan datang. Hari-hari yang akan datang akan bermula episod baru dan buku lama mula ditutup. Aku tidak boleh meulis dengan baik untuk kali dengan perasaan yang tdak selari dengan minda. Mencari blog-blog yang seronok dibaca memandangkan kerja-kerja pejabat telah diselesaikan. Rasanya lari keliling padang, keadaan masih sama. Sempit sikit dada hari ini, hendak bernafas pun payah. Mungkin terlalu penat beraya dan dicampur bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja pejabat pagi tadi. Walau telah menyibukkan diri masih sama. Jadi, ambil keputusan tulis dekat sini, hampir 15 minit depan komputer satu apa pun tak tertulis, akhirnya jadi macam ini. Ini jelah yang hendak di tulis. :)

Friday 24 August 2012

Diari Syawal Aku

Salam Aidilfitri buat semua rakan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. :) Mohon maaf jika ada salah dan silap selama kita bergurau mahupun ketawa bersama. :) Setiap manusia itu tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Dari sekecil-kecil kesilapan sehingga sebesar dosa. Ramadhan yang berlalu jangan dilupakan begitu sahaja. Kita kenangkan semula apa yang telah berlaku dan apa perubahan yang kita alami. Persiapkan diri kerana Syaitan kembali berada di sekeliling kita.


1 Syawal, kemeriahan menyambutnya terasa dari 29 Ramadhan lagi. Si Abah sibuk mengejut anak-anak untuk mengemas ruang tamu, mengemas bilik, menghias rumah menukar langsir dan sebagainya. Si Emak, sibuk menyenaraikan bahan-bahan untuk masakkan. Itulah kecohnya sehari sebelum raya, baru di sebelah pagi belum lagi di sebelah tengahari dan petang. Sibuklah Ayah dan Ibu berhimpit-himpit mebeli ayam, daging, tempe, sayur-sayur dan sebagainya. Tempik kuat dari depan pintu rumah " Ya Allah, budak-budak ni tak bangun-bangun lagi. Dah jam berapa ni? sampai orang dah balik dari pasar tak bangun-bangun lagi." setiap tahun akan berkumandang ayat yang sama. Bangunlah ke tiga-tiga jejaka dengan penuh bangga (HAHA). Begitulah setiap tahun jika Kakak dan Abang Sulung tidak beraya bersama. Abah dan Emak akan pasti membuat pertandingan lontaran vokal paling tinggi. Seperti biasa, yang akan sibuk memilih pinggan mangkuk, balang kuih, cawan, alas meja adalah kerja aku. Itulah yang akan aku buat pada setiap tahun. Dua orang lagi anak lelaki yang ganteng itu memasang karpet dan sebagainya. Emak sibuk di dapur, cuma tahun ini Emak aku tidak begitu sihat, jadi mana yang ada menolong di dapur. Dari merebus ketupat sehinggalah masak rendang. Kecohnya raya tahun ini, ada si Dania Humaira, dialah pengganti anak-anak buah aku yang jauh. Empat orang ada di Melaka dan tiga lagi ada di Terengganu. Tidaklah semeriah tahun sebelumnya, tapi bila ada penyeri,gamatlah suasana. Sibuklah semua orang dalam rumah, yang memasak, memasak, yang mengemas, mengemas, yang tidur pun ada. Usai semua kerja-kerja yang dilakukan kami sekeluarga. Sedang menunggu waktu berbuka puasa, "Adik nak makan dekat sini lah, nanti adik bagi tahu mama, adik berbuka kuasa (dia xreti nk sebut puasa) dengan abg yiyit.. "Dania says~ So, berbukalah bersama kanak-kanak ribena ni. Disebabkan dia tak boleh makan ayam,telur dan seangkatan yang boleh buat dia gatal-gatal Mak bagi dia makan ketupat (HAHA)... "Adik ni tak boleh nak makan ayam, tak boleh makan telur nanti adik sakit (lagi satu masalah, dia tak reti nak sebut gatal)" Hahaha. Sepanjang hari tu, dialah penyeri rumah aku sehinggalah sampai waktu berbuka bawak ke pengumuman raya. Bila sudah disahihkan esok raya, aku mula keluarkan semua baju melayu dan yang paling penting baju Vogue mak! Haha.. Dari bandung ye~ 

Kedengaran takbir raya, betapa dapat ku lihat kebesaran Allah S.W.T. Selepas diduga selama sebulan daria menahan nafsu dan segalanya, kini diberi satu hari kemenangan buat kita. Terasa rindu pada Ramadhan yang sudah sudah berlalu. Di dalam bulan Ramadhan pelbagai nikmat yang aku telah temui dan aku sendiri rasai. Aku juga bersyukur kerana Ramadhan memberi aku kesedaran dan serta membuka jalan untuk aku. Tidak pernah akan aku lupa Ramadhan 1433 Hijrah yang banyka mengajar aku menjadi manusia yang lebih berguna. Seperti biasa, pada malam-malam raya, Kak Long akan telefon nak bercakap dengan Mak and Abah, baru je letak telefon dah berbunyi lagi. Abang Ngah pulak telefon nak cakap dengan Mak dengan Abah. Aku lihat satu persatu apa lagi yang tidak lengkap, semuanya hampir siap cuma kuih tidak diisi dalam balang. Kebiasaanya akan diisi pada pagi raya. Ada masa terluang, aku ambil telefon rumah, aku telefon salah seorang dari 10 bersaudara, tidak berjawab, dalam fikiran aku, "mungkin sibuk berurus niaga". Telefon saudara yang lain, "Ohh.. Tak angkat jugak, tak apa lah, cari saudara yang lain". Cuba saudara yang lain, HAH! angkat pun. Kami berboraklah sekejap, ucap selamat hari raya and say something yang membina. Cuba saudara yang lain, berjaya jugak, siap mention tengah ada kat bazar teman Pak Cik dia.. HAHA. Lama jugak berborak dengan saudara yang ni, hampir 48 minit jugaklah. Macam-macam cerita keluar dan akhirnya end conversation ucap selamat hari raya and mohon maaf ada salah silap. Itulah yang berlaku pada malam raya. 

1 Syawal yang ramai Umat  Islam nantikan. Usai solat subuh aku tidur semula, dan aku bangkit dalam jam 7.45 pagi. Rumah dah haruk pikuk bersiap nak pergi sembahyang raya. Tahun ini, tidak dapat merasa sembahyang raya. Tahun ini ganti tempat kakak untuk menyiapkan segalanya. Siap pasang alas meja, aku siap letakkan lauk pauk dalam magkuk, letak kuih dalam balang, siap buat air dan sebagainya. Semuanya siap barulah aku mandi dan kemas apa yang patut. Rugi jugak sebenarnya, namun aku korbankan sedikit pada tahun ini. Jika tahun depan ada lagi Ramadhan dan Syawal tidak akan ditinggalkan apa yang tidak dirasai pada tahun ini. Pulang Abah dan Emak dengan dua orang lagi adik beradik aku, semuanya makan dan usai makan kami bermaaf-maafan. Hari pertama raya seperti biasa meronda satu blok dan di akhiri di Aman Siara, sama seperti tahun lepas, cuma pada tahun ini pada raya pertama tidak berjumpa dengan Nek Ngah sebab abang aku dah tak larat nak drive. Azam tahun depan aku sudah memiliki lesen dan Alza yang aku idamkan. :)

Inilah serba sedikit cerita sebelum dan selepas syawal. Aku kongsikan yang manis dan yang pahitnya, aku simpan untuk diri aku sahaja. Indah menyambut raya di kampung dari berada di bandar. Kampung lebih rasai kehangatan raya dari bandar. Tidak mengapa, aku jua seperti anak bandar yang lain. Biasanya, akan berada di bandar dan kemudian baru pulang ke kampung halaman. Aku mahu lupakan apa sahaja kisah sedih yang berlaku dalam Ramadhan, apa sahaja titisan air mata dalam bulan Ramadhan itu hanyalah kenangan yang seperti kopi pahitnya. Walaupun ada di antara kisahnya bukan kisah hidup aku, aku mengerti akan sakit dan perit untuk dilalui. Tapi sudah menjadi lumrah hidup, itulah dugaan yang harus kita lalui. 
Sempena Syawa masih ada sinarnya, Saya Muhammad Nashriq Ismail memohon maaf jika ada salah dan silap selama rakan taulan mengenali diri saya. Saya juga manusia yang sentiasa alpa dan lalai lalu melakukan kekhilafan yang sentiasa berulang. Jika ada terkasar bahasa dan menyakiti antara satu sama lain, haraf dimaafkan. 

Si kecil berlari anak di halaman rumah
Riang menyambut Syawal tiba
Si Ibu sibuk di dapur menyiap juadah
Si Bapa sibuk berpeluh berasap

Ramadhan melabuhkan tirai Syawal menjelma
Memberi sinar kemaafan atas kekhilafan lalu
Memberi ruang bermaafan sesama umat
Salam dihulur tanda maaf diterima

Pelita keliling rumah memberi cahaya
Mengatur langkah anak bandar pulang ke desa
Anak disambut ibu tersenyum
Menantu meghulur bapa menerima

Salam Aidilfitri buat semua :)

Wednesday 15 August 2012

Al Kisahnya Tangisan

Hampir dua (2) minggu berlalu meninggalkan Kota Jakarta dan Bandung. Bagaikan tidak percaya Ramadhan hampir melabuhkan tirainya. Kembali meliar syaitan yang diikat selama sebulan dan kembali menjalankan aktivitasnya menyesatkan manusia. Sedang duduk dibangku pejabat, tiba-tiba terfikir ingin mencoretkan sedikit cerita dalam Al Kisahnya Tangisan. Semenjak pulang dari Jakarta aku lebih banyak menghabiskan masa dengan berfikir, apakah aku sebagai seorang manusia telah menjalankan tanggungjawab kepada PENCIPTANYA, adakah aku sebagai manusia telah menjalankan tugas sebagai manusia yang berpijak di bumi yang sementara. Semuanya menjadi satu episod tanda dan tanya di dalam diri sendiri.
Setitis air mata jatuh di bumi Jakarta.

Pada mulanya perasaan sungguh gembira itu membuak-buak untuk melangkahkan kaki ke negara jiran. Sudah hampir dua hari berada di sana, aku mula mengambil risiko yang amat tinggi sebenarnya. Pernah dinasihat oleh rakan-rakan, usah ambil risiko untuk lihat keputusan exam waktu bercuti. Namun, naluri aku sebagai manusia lebih kuat dari nasihat yang disampaikan. Bertarikh 3 Ogos 2012, selepas siap mandi dan menunggu yang lain bersiap, aku dengan berani membuka e mail untuk melihat keputusan. Pada awalnya, aku tersenyum, melihat subjek yang aku rasa tidak begitu yakin untuk lulus, lulus sepenuhnya. Namun, apa yang telah dijangkakan berlaku. Aku tersenyum dan aku mula bermain dengan emosi. Bermulalah satu perkara yang tidak diingini. Tersenyum, namun hanyalah palsu belaka. Aku hanya membiarkan perkara itu berlalu sementara, namun ia tetap berlegar di fikiran. Aku meluahkan bebanan pada seseorang, namun hanya terdiam. Aku membiarkn beban terus membelenggu fikiran. Akhirnya, aku cuba meluahkan, ada yang mula memberi respon. Beban yang tadi aku pikul seberat-beratnya sudah mula ringan. Namun, beban itu hanya seketika. Seperti biasa, aku lebih gemar merembeskan air mata, ianya lebih puas dari apa yang aku luahkan. Aku duduk di dalam bilik air dan aku mula menangis semahunya sehingga aku rasa puas. Tiada siapa yang tahu air mata sudah mula jatuh di Kota Jakarta.

Air Mata Bandung, mula mengalir deras.

Seingat aku, air mata sudah habis di Jakarta, namun tidak sama sekali. Keadaan semakin serabut. Pada mulanya, aku ungkapkan aku redha dengan apa yang berlaku. Namun, ianya tidak seikhlas apa yang diungkapkan. Aku tidak dapat menerima Qada' & Qadar Allah sebenarnya. Pada malam pertama di Bandung, satu perasaan yang tidak dapat aku bendung. Aku menahan sebolehnya, usai solat terawih dan witir aku tidak lagi mampu menahan air mata yang mahu keluar. Seperti biasa, air mata itu dirembeskan di dalam bilik air sehingga perasaan itu sepuasnya. Apa yang boleh dikatakan percutian mula rosak disebabkan aku seorang yang degil. Degil kerana mengambil risiko yang membuatkan diri aku lemah selemahnya. Dalam keadaan yang agak serabut, diduga pula dengan perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran. Tidak tahu mengapa apabila aku mula tersenyum, ada perkara yang membuatkan aku kembali muram dan fikiran aku kembali serabut. Aku mula mencari satu kongklusi supaya ianya tampak lebih jelas dan menyakinkan. Berbicara menggunakan medium pertengahan, berbalas kata-kata dan akhirnya aku tidak mampu untuk menahan. Mengalir lagi air mata, hanya melelapkan mata selama satu jam dan aku bangkit mempersiapkan diri untuk mencari ketenangan. Namun, apa yang dicari tidak aku temui. Masih lagi berlinangan air mata, sederas seperti sungai yang mengalir. Sebenarnya, aku sendiri tidak mengerti linangan air mata itu untuk siapa? Linangan air mata itu menunjukkan apa sebenarnya? Kenapa aku menangis? Terlalu banyak persoalan yang berada di minda.

Mengapa aku mengalirkan air mata?

Aku bukanlah seperti yang lain, adakalanya mampu untuk berterus terang dengan apa yang mereka rasakan. Bukan mudah untuk aku meluahkan dengan apa yang aku rasa, lebih lagi apabila hati mula terusik mahupun dijentik. Semuanya berlaku dengan pantas, tidak diduga untuk mengalirkan air mata seperti wanita-wanita yang sedang dalam kesedihan.
  • Apabila aku mula terasa, tidak kisah dari kesalahan aku mahupun datang dari pihak-pihak yang lain, aku lebih suka memencilkan diri dan aku lebih suka untuk mengalirkan air mata. Ada sesetengah berpendapat sifat dan perangai aku susah untuk difahami. Ya! Memang susah untuk difahami. 
  • Mengalirnya air mata, kerana aku terlalu memendam seribu satu rasa dan payah aku ungkapkan lalu aku merembeskan segalanya di mana yang aku mahu. Sehingga rasa puasnya air mata itu mengalir, aku berhenti dan aku kembali seperti biasa.
  • Aku? Manusia yang susah untuk menerima sesuatu perkara. Gagal! itulah yang menyebabkan aku menangis ditambah dengan perkara yang tidak pernah aku rasai dan tidak pernah sekali aku lihat sebegitu rupa, aku akan tersentuh dan mula mengalirkan air mata.
Kongklusinya, perasaan manusia itu lain-lain. Ada yang kata " Eeee! Lelaki menangis? Tak gentleman lansung!" - For me? Do I care? My Life, suka hatilah. Setiap seorang daripada kita ada cara melepaskan tekanan, apa yang dia rasa, apa yang dia mahukan dengan tangisan. Tangisan bukan bermakna dia lemah dan mengalah di  pertengahan jalan. Kadang-kadang kita bermain dengan perasaan, perasaan yang tidak dapat dikawal mampu mencetuskan seribu satu cara seseorang untuk melakukan perkara di luar jangkaan. Air mata? Simpanan sepanjang zaman? Tidaklah bagi aku! Setiapa apa sahaja yang berlaku air mata yang akan tertumpah dahulu berbanding benda lain. Inilah kisahnya, air mata yang mengalir tanpa meletakkan hadnya.

P/S : Sesiapa yang tak faham, tidak mengapa  :)


Sambil menulis, sambil mencari manfaat. :)
Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)


Doa elak risau, sedih, lemah, malas, takut, lokek dan bebanan hutang.




“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud)

Amin,
26 Ramadhan - 15/08/2012
Pejabat Sendiri, 2nd Floor, Unisel Library.

Monday 13 August 2012

Raya Makin Hampir

Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema

Dengar-dengar itu bedok telah berbunyi
Sebulan puasa tamatlah hari ini
Lekaslah adikku hiaskan rumahmu
Biar serba baru untuk para tamu

Jangan kau lupa ketupat di dapur
Rendang di kuali jangan biar hangus
Cuba lihat itu kanak-kanak berlari
Di halaman rumah bermain bunga api

Bangunlah anakku pakai baju baru
Kawanmu semua telahpun menunggu
Dapatkan ayahanda sujud di kakinya
Serta jangan lupa nindamu kedua

Kita bermaaf dengan keikhlasan
Moga bertambah rahmat dari Tuhan
Dengar-dengar itu takbir sedang bergema
Hening dan mulia di pagi hari raya

Salah satu lagu kegemaran :) Love this song forever~

Sunday 12 August 2012

Ramadhan Ada Kisahnya ~

Semestinya, ramai yang sedang mengejar Malam Lailatul Qadar. Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Alhamdulilah, tahun ini di dalam bulan Ramadhan, rasa satu kelainan yang cukup membezakan aku yang terdahulu dan yang kini. Aku lebih terbuka untuk menerima teguran sesiapapun tetapi dengan cara yang berhemat. Bersyukur juga berkenalan dengan mereka-meraka yang banyak ilmunya berbanding aku yang hanya secetek buku lali kaki. Sungguh tinggi untuk sampai ke kepala. Ramadhan pada tahun ini banyak mengajar aku erti perubahan dan penambahbaikan dalam kehidupan seharian. Tidak berat mulut di bibir ingin aku katakan, aku seorang manusia yang alpa dan lalai menjalankan tanggungjawab. Terkadang aku terfikir, ingin memutarkan masa seindah yang boleh untuk kembali ke zaman kecil. Teringat dahulu bagaimana dididik untuk mendirikan Solat dan juga membaca Al Quraan. Suatu ketika dahulu, seronok membaca Al Quraan, berlumba-lumba dengan sahabat handai untuk cepat khatam. Sebenarnya, seawal darjah 6 sudahpun khatam Al Quraan dan sepatutnya aku meneruskan lagi mengaji untuk mempelajari bacaan yang lebih tepat dan mengenal tajwid. Memandangkan naik ke tingkatan satu, aku bersekolah di sebelah petang dan pulang ke rumah lewat menjadikan alasan penat itu tidak ke kelas mengaji. Di situ aku merasai kerugian sebenarnya apabila difikirkan semula. Inilah nasib tidak mendengar keluh kesah seorang ibu yang ingin melihat anaknya membesar dengan ilmu agama penuh di dada. Sesungguhnya, aku telah mengecewakan hati seorang ibu. Sudah lama aku meninggalkan Al Quraan, cuma aku membuka Al Quraan pada khamis malam jumaat untuk membaca Yasin. Solat? Perkara wajib bagi Umat Islam, namun aku lalai dan alpa ke atas tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Seperti meletakkan Solat itu di tangga ke dua. Sesungguhnya, aku manusia yang cukup lalai dan dimurkai. 

Alhamdulilah, aku bersyukur ke hadrat Allah S.W.T sikit demi sedikit aku melakukan perubahan untuk terus hidup di muka bumi Allah S.W.T ini. Ramai yang membantu, walaupun tidak membantu dari segi lisan, dari segi aku melihat, aku mula tertarik dengan apa yang mereka lakukan. Beramal dan beribadat kepada Tuhan yang satu dan hanya DIA yang berkuasa menentukan segalanya. Cukup berterima kasih kepada seorang yang bernama Ibu menyedarkan akan kekhilafan anaknya. Tidak kurangnya, rakan-rakan yang membuatkan saya terbuka mata dan hati untuk mencari keredhaan Allah S.W.T di dalam kehidupan. Pengalaman di Jakarta dan Bandung, melihat anak-anak remaja yang meningkat usia mendekatkan diri dengan Allah di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Mereka bersama bersaing membaca Al Quraan dan ada yang menghafaz ayat-ayat suci Al Quraan. Dahulu, aku lancar membacanya namun kini, seperti anak-anak kecil yang baru mengenal huruf. Betapa ruginya, aku sebagai seorang yang beragama Islam tidak mendapatkan peluang emas dalam mengejar Akhirat kelak. Di negara jiran jugak, aku melihat di mana sahaja kita berada, kita wajib menjalankan kewajipan sebagai seorang Umat Islam. Walau sesibuk mana aktiviri seharian kita, wajiblah sebagai hamba mendirikan solat untuk mendapatkan keberkatan dan nikmat dariNYA. Ramadhan pada tahun ini, telah mengubah kehidupan aku menjadi insan yang lebih baik. Selepas melihat anak-anak remaja itu, aku mula tertarik dengan apa sahaja yang meraka lakukan. Terima kasih anak-anak remaja, kerana kalian telah memberi sedikit ruang aku berfikir untuk mencari satu ketenangan yang abadi. Semoga kekal apa yang dilakukan. Kepada anak-anak remaja yang memberi tunjuk ajar,terima kasih. Semoga kita masih mampu berkongsi ilmu dan sebagainya. Sesungguhnya, aku bersyukur kerana di beri peluang untuk berubah dan dibuka sedikit demi sedikit pintu hati. Bukan riak menceritakan perubahan, hanya berkongsi kisah dan pengalaman. Sudah tiba masa, sebagai manusia mula untuk mengorak langkah ke landasan yang lebih tepat dan betul. 

Amin :)

23 Ramadhan ~ 12/08/2012
Wangsa Maju, Seksyen 1.

Thursday 9 August 2012

Kerdip Bintang

Pabila bintang sedang bercerita
Semuanya leka mendengar celotehnya
Pabila bintang sedang bercerita
Semua lena dibuai bahasa

Pabila bulan sedang bercerita
Semuanya indah belaka
Pabila bulan sedang bercerita
Semuanya kenangan untuk selamanya

Pabila bulan mula menghilang
Tirai semalam mula berlabuh
Pabila siang pula mendatang
Tirai hari ini mula bercerita


07/08/2012 - Alpha Villa, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Nukilan,
Nashriq Ismail

LAILATUL QADAR : Jangan terlepas 4 malam di bulan Ramadan Tahun ini

Darussyifa' - https://www.facebook.com/darussyifa


Assalammu'alaikum warohmatullah!

Jangan terlepas 4 malam di bulan Ramadan Tahun ini. Kemungkinan besar salah satu malam ini Lailatul Qadar.

1. Khamis, 9-Ogos-2012 malam Jumaat (Malam 21 di Malaysia, Malam 22 di Mekah)
2. Sabtu, 11-Ogos-2012 malam Ahad (Malam 23 di Malaysia, Malam 24 di Mekah)
3. Rabu, 15-Ogos-2012 malam Khamis (Malam 27 di Mekah, Malam 26 di Malaysia)
4. Jumaat, 17-Ogos-2012 malam Sabtu (Malam 29 di Mekah, Malam 28 di Malaysia)

Ini berdasarkan maklumat daripada Kitab Jauhar al-Mauhub, seperti berikut;

Di Malaysia=========

Awal Ramadan tahun ini di Malaysia (1 Ramadan 1433H) jatuh pada hari Sabtu (21-Julai-2012) maka mengikut;

1. Pendapat pertama (Imam Nawawi) – Lailatul Qadar insya-Allah akan jatuh pada malam yang ke-21 (hari Khamis, 9-Ogos-2012 malam Jumaat)

2. Pendapat kedua (Sheikh Wahab) - Lailatul Qadar insya'Allah jatuh pada malam yang ke-23 (hari Sabtu, 11-Ogos-2012 malam Ahad)


Di Arab Saudi===========

Awal Ramadan tahun ini di Mekah (1 Ramadan 1433H) jatuh pada hari Jumaat (20-Julai-2012) maka mengikut;

1. Pendapat pertama (Imam Nawawi) – Lailatul Qadar insya-Allah akan jatuh pada malam yang ke-29 (hari Jumaat, 17-Ogos-2012 malam Sabtu)

2. Pendapat kedua (Sheikh Wahab) - Lailatul Qadar insya'Allah jatuh pada malam yang ke-27 (hari Rabu, 15-Ogos-2012 malam Khamis)

Berikut adalah petikan dari kitab yang tersebut di atas (lampiran adalah dari kitab asal);

Dan adalah malam Lailatul Qadar itu pada Imam Syafie Radiyallahu’anhu tersimpan ia di dalam sepuluh malam yang akhir daripada bulan Ramadan tetapi pada malam “gasal” (ganjil) itu terlebih harap akan dia dan terlebih diharap daripada segala malam yang “gasal” (ganjil) itu malam yang dua puluh satu dan malam yang dua puluh tiga.

Dan yang “rajihnya” bahawasanya malam Lailatul Qadar itu melazimi ia akan malam yang tertentu maka tiada terpindah ia daripada seperti barang yang diriwayatkan daripada Abas bahawasanya malam Lailatul Qadar itu malam yang dua puluh tujuh kerana diambil daripada firman Allah ta’ala “Inna annzalnahu filailatul qdr” hingga “Salam mun hi ya” … maka bahawasanya kalimah “ hi ya’ itu dua puluh tujuh daripada segala kalimah surah ini dan iaitu kinayah daripada malam lailatul qadar dan atas perkataan inilah diamalkan pada segala masa, segala negeri dan iaitu mazhab kebbanyakan Ahli al-‘Ilmi.

Dan kata qil; “Bahawasanya malam lailatul qadar itu terpindah ia tiada tetap ia pada malam yang tertentu maka terkadang ia pada dua puluh satu dan terkadang ada ia pada malam dua puluh lima demikianlah dan atas perkataan ini menjalani dua ahli Sufi dan menyata mereka itu akan “dhabit” dan kaedah bagi yang demikian itu dan iaitu;

- jika adalah awal puasa pada hari Jumaat maka malam lailatul qadar malam dua puluh sembilan - dan jika awal puasa pada hari Sabtu maka itu malam dua puluh satu - dan jika awal puasa pada hari Ahad maka iaitu malam dua puluh tujuh - dan jika awal puasa pada hari Isnin maka iaitu malam dua puluh sembilan - dan jika awal puasa pada hari Selasa maka iaitu malam dua puluh lima - dan jika awal puasa pada hari Rabu maka iaitu malam dua puluh tujuh - dan jika awal puasa pada hari Khamis maka malam lailatul qadar malam dua puluh satu

Dan telah memilih Imam Nawawi didalam Majmu’ dan Fatawa akan qaul dengan berpindah dan katanya di dalam Raudah dan iaitu yang kuat. (Bajuri)

Dan tersebut di dalam Hasyiyah Fathul Wahab, maka;

- jika awal puasa pada hari Ahad atau hari Rabu maka malam lailatul qadar malam dua puluh sembilan - dan jika awal puasa pada hari Isnin maka iaitu malam dua puluh satu - dan jika awal puasa hari Selasa atau Jumaat maka iaitu malam dua puluh tujuh - dan jika awal puasa pada hari Khamis maka iaitu malam dua puluh lima - dan jika awal puasa hari Sabtu maka iaitu malam dua puluh tiga malam lailatul qadar

Kata Abu Al-Husan: “Dan pada masa sampai aku akan tahun lagi-lagi tiada luput akan daku malam Lailatul Qadar dengan ini kaedah yang tersebut Barmawi dan Qalyubi”

Air Mata Bandung

Seindah memori sore
Melihat teman-teman tersenyum
Berjalan berpimpinan tangan sambil riang tawa
Indah, sungguh indah namun tawa hanya seketika

Tika di hening pagi
Setitis air mata mengalir jernih di pipi
Mengalir setitis demi setitis jatuh di tanah Bandung
Bandung menjadi saksi Bandung menjadi kenangan
Tersurat satu kisah, tersirat satu cerita

Titisnya air mata tiada siapa yang mendengar
Titisnya air mata tanpa sesiapa di sisi
Menyimpan seribu satu rasa
Menyimpan seribu ceritera air mata.

05/0/8/2012 - Bandung, Indonesia

Nukilan,
Nashriq Ismail

Wednesday 1 August 2012

Ramadhan Di Negara Jiran


Assalamualaikum W.B.T

12 Ramadhan, [ 1 Ogos 2012 ] - Hampir berbulan perkara yang aku cuba lupakan, iaitu kenangan pahit untuk ke Pekan Baru, Indonesia. Siapapun tidak pernah lupakan, jika berlaku perkara sebegitu. Tapi pada 12 Ramadhan ini Allah S.W.T mengurniakan sedikit keberkatan dan kesihatan yang agak utuh buat masa ini untuk melangkah ke bumi Indonesia. Pada hari ini, bermulalah Ramadhan ku ni negara orang. Aku tinggalkan kesibukkan kota Malaysia, aku cari kesibukkan kota Indonesia. Tinggalkan kesibukkan kerja-kerja di pejabat dengan harapan dapat merehatkan segala kepenatan dan keletihan berfikir di Indonesia. Semua persiapan sudahpun hampir lengkap. Abang yang banyak membantu memberi idea, dari segi penukaran duit dan pembelian barang-barang yang perlu, rakan-rakan pejabat yang memberi idea tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Tidak percaya, Jakarta petang ini saya tiba di sana. Alangkah teruja sebenarnya, tidak pernah melangkah ke mana-mana di negara orang. Alhamdulilah, di Malaysia, hanya tinggal Sabah dan Sarawak yang belum pernah pergi lagi. InsyaAllah, akan ada masanya nanti. Perancangan kami ke Jakarta sudah lama difikirkan cuma tertangguh ditengah jalan [bagi saya] yang lain-lain tidak. Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi, semuanya dalam keadaan yang tertekan dan kecewa, tapi usaha tidak mematahkan semangat seorang pun dari kami. Usaha punya usaha, alhamdulilah berjaya book flight ticket Air Asia, promosi katakan. So, hari ini, flight kami ke Jakarta jam 5.30 pm waktu Malaysia. :)
Semoga perjalanan kami diberkati dan diredhai Allah. Bye Malaysia. :)