Friday 24 August 2012

Diari Syawal Aku

Salam Aidilfitri buat semua rakan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. :) Mohon maaf jika ada salah dan silap selama kita bergurau mahupun ketawa bersama. :) Setiap manusia itu tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Dari sekecil-kecil kesilapan sehingga sebesar dosa. Ramadhan yang berlalu jangan dilupakan begitu sahaja. Kita kenangkan semula apa yang telah berlaku dan apa perubahan yang kita alami. Persiapkan diri kerana Syaitan kembali berada di sekeliling kita.


1 Syawal, kemeriahan menyambutnya terasa dari 29 Ramadhan lagi. Si Abah sibuk mengejut anak-anak untuk mengemas ruang tamu, mengemas bilik, menghias rumah menukar langsir dan sebagainya. Si Emak, sibuk menyenaraikan bahan-bahan untuk masakkan. Itulah kecohnya sehari sebelum raya, baru di sebelah pagi belum lagi di sebelah tengahari dan petang. Sibuklah Ayah dan Ibu berhimpit-himpit mebeli ayam, daging, tempe, sayur-sayur dan sebagainya. Tempik kuat dari depan pintu rumah " Ya Allah, budak-budak ni tak bangun-bangun lagi. Dah jam berapa ni? sampai orang dah balik dari pasar tak bangun-bangun lagi." setiap tahun akan berkumandang ayat yang sama. Bangunlah ke tiga-tiga jejaka dengan penuh bangga (HAHA). Begitulah setiap tahun jika Kakak dan Abang Sulung tidak beraya bersama. Abah dan Emak akan pasti membuat pertandingan lontaran vokal paling tinggi. Seperti biasa, yang akan sibuk memilih pinggan mangkuk, balang kuih, cawan, alas meja adalah kerja aku. Itulah yang akan aku buat pada setiap tahun. Dua orang lagi anak lelaki yang ganteng itu memasang karpet dan sebagainya. Emak sibuk di dapur, cuma tahun ini Emak aku tidak begitu sihat, jadi mana yang ada menolong di dapur. Dari merebus ketupat sehinggalah masak rendang. Kecohnya raya tahun ini, ada si Dania Humaira, dialah pengganti anak-anak buah aku yang jauh. Empat orang ada di Melaka dan tiga lagi ada di Terengganu. Tidaklah semeriah tahun sebelumnya, tapi bila ada penyeri,gamatlah suasana. Sibuklah semua orang dalam rumah, yang memasak, memasak, yang mengemas, mengemas, yang tidur pun ada. Usai semua kerja-kerja yang dilakukan kami sekeluarga. Sedang menunggu waktu berbuka puasa, "Adik nak makan dekat sini lah, nanti adik bagi tahu mama, adik berbuka kuasa (dia xreti nk sebut puasa) dengan abg yiyit.. "Dania says~ So, berbukalah bersama kanak-kanak ribena ni. Disebabkan dia tak boleh makan ayam,telur dan seangkatan yang boleh buat dia gatal-gatal Mak bagi dia makan ketupat (HAHA)... "Adik ni tak boleh nak makan ayam, tak boleh makan telur nanti adik sakit (lagi satu masalah, dia tak reti nak sebut gatal)" Hahaha. Sepanjang hari tu, dialah penyeri rumah aku sehinggalah sampai waktu berbuka bawak ke pengumuman raya. Bila sudah disahihkan esok raya, aku mula keluarkan semua baju melayu dan yang paling penting baju Vogue mak! Haha.. Dari bandung ye~ 

Kedengaran takbir raya, betapa dapat ku lihat kebesaran Allah S.W.T. Selepas diduga selama sebulan daria menahan nafsu dan segalanya, kini diberi satu hari kemenangan buat kita. Terasa rindu pada Ramadhan yang sudah sudah berlalu. Di dalam bulan Ramadhan pelbagai nikmat yang aku telah temui dan aku sendiri rasai. Aku juga bersyukur kerana Ramadhan memberi aku kesedaran dan serta membuka jalan untuk aku. Tidak pernah akan aku lupa Ramadhan 1433 Hijrah yang banyka mengajar aku menjadi manusia yang lebih berguna. Seperti biasa, pada malam-malam raya, Kak Long akan telefon nak bercakap dengan Mak and Abah, baru je letak telefon dah berbunyi lagi. Abang Ngah pulak telefon nak cakap dengan Mak dengan Abah. Aku lihat satu persatu apa lagi yang tidak lengkap, semuanya hampir siap cuma kuih tidak diisi dalam balang. Kebiasaanya akan diisi pada pagi raya. Ada masa terluang, aku ambil telefon rumah, aku telefon salah seorang dari 10 bersaudara, tidak berjawab, dalam fikiran aku, "mungkin sibuk berurus niaga". Telefon saudara yang lain, "Ohh.. Tak angkat jugak, tak apa lah, cari saudara yang lain". Cuba saudara yang lain, HAH! angkat pun. Kami berboraklah sekejap, ucap selamat hari raya and say something yang membina. Cuba saudara yang lain, berjaya jugak, siap mention tengah ada kat bazar teman Pak Cik dia.. HAHA. Lama jugak berborak dengan saudara yang ni, hampir 48 minit jugaklah. Macam-macam cerita keluar dan akhirnya end conversation ucap selamat hari raya and mohon maaf ada salah silap. Itulah yang berlaku pada malam raya. 

1 Syawal yang ramai Umat  Islam nantikan. Usai solat subuh aku tidur semula, dan aku bangkit dalam jam 7.45 pagi. Rumah dah haruk pikuk bersiap nak pergi sembahyang raya. Tahun ini, tidak dapat merasa sembahyang raya. Tahun ini ganti tempat kakak untuk menyiapkan segalanya. Siap pasang alas meja, aku siap letakkan lauk pauk dalam magkuk, letak kuih dalam balang, siap buat air dan sebagainya. Semuanya siap barulah aku mandi dan kemas apa yang patut. Rugi jugak sebenarnya, namun aku korbankan sedikit pada tahun ini. Jika tahun depan ada lagi Ramadhan dan Syawal tidak akan ditinggalkan apa yang tidak dirasai pada tahun ini. Pulang Abah dan Emak dengan dua orang lagi adik beradik aku, semuanya makan dan usai makan kami bermaaf-maafan. Hari pertama raya seperti biasa meronda satu blok dan di akhiri di Aman Siara, sama seperti tahun lepas, cuma pada tahun ini pada raya pertama tidak berjumpa dengan Nek Ngah sebab abang aku dah tak larat nak drive. Azam tahun depan aku sudah memiliki lesen dan Alza yang aku idamkan. :)

Inilah serba sedikit cerita sebelum dan selepas syawal. Aku kongsikan yang manis dan yang pahitnya, aku simpan untuk diri aku sahaja. Indah menyambut raya di kampung dari berada di bandar. Kampung lebih rasai kehangatan raya dari bandar. Tidak mengapa, aku jua seperti anak bandar yang lain. Biasanya, akan berada di bandar dan kemudian baru pulang ke kampung halaman. Aku mahu lupakan apa sahaja kisah sedih yang berlaku dalam Ramadhan, apa sahaja titisan air mata dalam bulan Ramadhan itu hanyalah kenangan yang seperti kopi pahitnya. Walaupun ada di antara kisahnya bukan kisah hidup aku, aku mengerti akan sakit dan perit untuk dilalui. Tapi sudah menjadi lumrah hidup, itulah dugaan yang harus kita lalui. 
Sempena Syawa masih ada sinarnya, Saya Muhammad Nashriq Ismail memohon maaf jika ada salah dan silap selama rakan taulan mengenali diri saya. Saya juga manusia yang sentiasa alpa dan lalai lalu melakukan kekhilafan yang sentiasa berulang. Jika ada terkasar bahasa dan menyakiti antara satu sama lain, haraf dimaafkan. 

Si kecil berlari anak di halaman rumah
Riang menyambut Syawal tiba
Si Ibu sibuk di dapur menyiap juadah
Si Bapa sibuk berpeluh berasap

Ramadhan melabuhkan tirai Syawal menjelma
Memberi sinar kemaafan atas kekhilafan lalu
Memberi ruang bermaafan sesama umat
Salam dihulur tanda maaf diterima

Pelita keliling rumah memberi cahaya
Mengatur langkah anak bandar pulang ke desa
Anak disambut ibu tersenyum
Menantu meghulur bapa menerima

Salam Aidilfitri buat semua :)

No comments:

Post a Comment