Saturday 29 August 2015

Yang Tersirat

Assalamualaikum wbt. 

Saat di mana minda kau ke laut, hati kau ke tasik pantas tangan kau menaip!



Tangan yang masih mengigil sambil memegang kepala Aki yang berlumuran darah membuat Mahadi terus menerus terkedu dengan kejadia yang berlaku di depan mata. Pada saat itu hanya titisan air mata yang mengalir deras tanpa Adi memikirkan orang yang berada disekelilingnya. Dugaan berat bagi seorang yang bernama Mahadi Rosli. Linanganya masih lagi tidak berhenti melihat Aki yang masih dipangkuan. 

'Maafkan aku Aki! Aku lalai sebagai seorang sahabat' Hatinya terus disapa rasa sayu.

"Adi! Class dekat mana ek?"bahu Adi ditepuk perlahan. 

"Cuba bagi salam Aki, dah banyak kali saya tegur awak kan?"jawab Adi

"Okay! Assalamualaikum Adi, class Madam Nora pagi ni dekat mana?"senyumnya masih melirik kepada Adi. 

"Hahaha... Aki.. Aki.. Comel awak ni kadang-kadang saya tengok.. Class Madam Nora dekat BK 22.. Awak dah breakfast ke Aki? Jom makan dulu kalau belum breakfast ..." Adi hanya tersenyum melihat gelagat Aki yang masih kelam kabut menyusun barang ke dalam bag.

"Semestinya belum Adi, jomlah kita breakfast dulu, lepas tu kita terus ke fakulti. Tahu jelah Madam Nora macam manakan.. Dia tak suka student masuk lambat.."jawapan dari Adi masih lagi dinanti. 

Kening diangkat tanda pelik melihat Adi tersenyum melihat telatah Aki yang masih lagi sibuk di hadapanya. Zaki Amiruddin! si periang yang menceriakan keadaan disekeliling. Manusia ini hadirnya dari langit mana tidak ketahui, namun setiap manusia itu pasti ada kekurangan.

"Mahadi Roslan! apa yang anda senyumkan sangat sehingga soalan saya tidak dijawab?"bahu Adi ditepuk, lamunanya terhenti.

"Hah! Sorry ... Sorry ... Apa soalan awak tadi?"Adi seperti meminta belas ihsan supaya soalan diulang. 

"Jom pergi breakfast and lepas tu kita terus pergi class Madam Nora ... Tu je ... Tulah mengelamun lagi.."Bag dicapai kemudian berjalan ke ruang tamu. Gelagatnya masih lagi diperhati, lagaknya seperti orang yang cukup matang namun Aki ini masih lagi sepeti budak-budak. 

"Telefon awak ni tak nak bawak ke?"Adi bersuara

"Tolong bawakkan!! Saya dah pakai kasutlah malas nak masuk balik. Cepatlah Adi nanti ramai orang dekat gerai Kak Mah tu.."pandai Aki mengarah orang. Pelupa itu memang salah satu sifatnya yang memang tidak berubah dari zaman sekolah. 

"Yooww! Jom!..."pintu rumah dikunci. Berlari Adi mengejar yang sudah jauh. 

Hanya dengan perkataan 'Hai' hubungan silaturahim ini kekal sehingga ke hari ini. Berkongsi kisah hidup bersama, tidak kira diwaktu susah mahupun diwaktu senang. Maut, mungkin itulah yang akan memisahkan kisah mereka sebagai sahabat yang kekal di dunia, mungkin akan berkekalan di akhirat. Pertemuan dua tahun dahulu membuatkan mereka cukup untuk mengenali satu sama lain dan sentiasa memberi semangat antara satu sama lain. Perjuangan di alam kampus ini diteruskan walaupun hampir pernah tersungkur di satu simpang perjalanan dan mereka saling berpaut dan berpimpin untuk meneruskan perjalanan dalam bumi Allah ini. 

"Adi! If one day, aku pergi dulu ... Kau tahu kan, kau lah sahabat yang paling memahami baik buruk aku.."suara serak itu mula bersuara. Muka Aki hanya tersenyum melihat Adi yang memandang pelik kearahnya.

"Kau dah kenapa? terkena sampuk pepagi ni? merepek lah kau ... lapar ek?"suara Adi tegas. 

"Aku cakap je dol! Haha.. Okay lepas ni aku tak cakap dah.."tergelak Aki melihat reaksi Adi yang tak berubah mendadak. 

Sesungguhnya, manusia itu kadang-kadang lemah dan tidak mampu melawan. Adi mula rasa sesuatu yang lain pagi ini pada Aki. Cukup arif bagi Adi jika Aki ada sesuatu yang dipendam perangainya mula pelik tanpa haluan yang lurus. Fikirannya mula memikirkan apa yang tidak kena dengan Aki sebenarnya. Semalam dia nampak gelisah bila jawab panggilan telefon dari seseorang kemudian dia terus tidur. Sebagai teman yang mengenali Aki sepanjang dua tahun ini, dia tahu Aki ada sorokkan sesuatu darinya. 

Kedai nasi lemak Kak Mah memang menjadi tumpuan pelajar-pelaja asrama budiman sebelum ke kelas. Mee goreng Kak Mah ini memang terkenal dengan kepedasan serta kuantiti yang dihidang kepada pelangganya. 

"Hah! Adi! Sorang je ke hari ni?"sapa Kak Mah yang berada di kaunter bayaran. 

"Mana boleh sorang Kak Mah.. Aki ada dekat kedai Pak Wahab tu.. Beli topap sekejap"jawab Adi.

"Menu macam biasa ye Kak Mah.. Nasi lemak telur mata dengan Bihun goreng tu.. Si Aki punya Kak Mah letak ayam goreng..."Adi terus memesan makanan supaya makanan tidak lambat sampai dan mereka tidak lewat ke kelas. 

"Okay!"ringkas jawapan Kak Mah pagi ini. Pelanggan ramai beratur. Kak Mah hanya mengarah pekerjanya untuk menyiapkan order yang diminta Adi. 

Setibanya Aki dikedai, Adi memerhati Aki tidak berenggang dengan telefon pintarnya. Hati kecil Adi mula pelik dengan perangai Aki kebelakangan ini. Kerap sangat dia topap, namun Aki tidak pernah lupa tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Aki duduk menghadap Adi yang menelaah fail notanya. Sekejap dahinya berkerut, sekejap rupanya berubah masam. Ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan Aki sekarang ini, itulah yang terdetik di hati Adi. 

"Aku tunggul ke kat depan kau ni?"Adi mula bersuara. Nada tidak puas hati mula mencorakkan keadaan tegang. 

"Hmm... Jangan nak sentap sangat boleh? Sekejap lah tengah balas whatsapp kawan aku kejap..."jawab Aki sambil jarinya pantas menaip patah perkataan pada aplikasi yang memberi seribu satu rahsia itu. 

"Tu! makanan dah sampai.. Makan!"nada masih sama. Aki hanya menjadi pemerhati sepanjang dari pagi tadi. Senyuman sinis mula dipamerkan supaya Aki faham akan keadaan sekarang.

"Okay! Aku makan! Haisshhh..."keadaan sedikit tegang di kedai Kak Mah. 

"Kalau rasa dah tak boleh nak kena tegur beritahu.. Aku boleh angkat kaki ..."makanan di atas meja ditinggalkan, bag yang berada di atas kerusi terus dicapai dan tidak sekali Adi menoleh kebelakang.

Aki yang sedang enak menikmati mee goreng tadi terksima dengan tindakan Adi. Adi hanya berlalu tanpa sebarang pesan yang memberitahu dia tidak berpuas hati dengan sikap Aki. Aki cuba menarik tangan Adi, namun Adi lebih pantas dari tindakannya. Aki mula rasa bersalah dengan sikapnya sendiri. Tidak seharusnya aku lakukan sebegitu kepada Adi, detik hatinya. Aki bangkit dari kerusi, bag galas dicapai kemudian terus bayar makanan yang dibeli tadi. Pantas kakinya cuba mengejar namun Adi lebih pantas menghilang. 


p/s : merepek punya penulisan! 


CocoValley, Pekan Kuah, Langkawi.
2.30AM..

Tuesday 25 August 2015

Move On

Time to move on...


"Back to reality. I need Nashriq yang lama. Strong walau apapun yang datang. Tak pernah nak mengaku kalah sikit pun walaupun ianya pedih. Nash! Wake up! Jangan lemah, jangan layan emosi. Aku tau kau seorang yang kuat. Selalu je kau motivate orang lain, takkan untuk diri sendiri kau tak tak boleh nak motivate. Sedar Nash, benda macam ini buat kau lemah, kau takkan dapat apa yang kau mahu. Pendam takda masalah, itu hak kau sendiri, tapi jangan memudaratkan diri sendiri Nash. Kuat Nash! Semua berlaku ini ada hikmah, ada sebab, ada punca ada musabab. Kalau kau tak lawan, kalau kau tak keluar dari bulatan itu, kau akan terus lemah. Satu ketika, kau sendiri tak mampu berjalan walau macam kuat sekalipun. Ingat Nash, dulu kau tak macam ni pun. Dulu, kau boleh tersenyum, kau boleh gelak walaupun masa tu aku nampak kau sangat susah nak senyum. Be strong Nash! Aku kenal kau macam mana. Let go. Let go. Benda tak penting.."

Wednesday 12 August 2015

Ayah

Assalamualaikum wbt. 

Ayah menulis kerana terlihat sesuatu
Seperti melihat hampir hilang sesuatu
Seperti ingin pudar pada sesuatu yang manis
Atau sekadar satu perasaan yang tidak tepat jawapanya
Ayah tersenyum melihat kalian gembira
Ayah juga ketawa melihat kalian berjenaka
Wajah tua ini tidak lekang senyum manisnya
Seperti tiada beban di bahu

 
Gambar Sekadar Hiasan


Ayah bertanya, adakah ayah terlalu dalam berfikir
Atau sekadar hati ini berbolak balik dek fikiran sendat orang tua 
Wajah tua ini masih tersenyum melihat gelagat dewasa dan kecil
Ketawa, berjenaka, mencuit jentik perasaan tua ini
Ayah biarkan ia sebagai satu kenangan 
Ayah biarkan ia sebagai satu cerita
Ayah biarkan ia sebagai satu irama 
Seperti mana hati tua berkata 'Irama dan lagu tidak dapat dipisahkan'
Agar qalam ini ayah jadikan pelepas rasa di jiwa. 


Nashriq Ismail
3.36pm, Unisel Library

Friday 7 August 2015

Sekejap

Assalamualaikum wbt... 

"Beb kenapa ni? diam je? kau okay tak ?"

"Aku rasa aku tak okaylah ... A few things masuk dalam otak aku beberapa hari ni ..."

"Why? ceritalah if aku boleh ringankan beban kau?"

"Takpelah, buat masa ini aku handle sendiri apa yang aku fikir. Cuma, aku mengharap tidak akan berlaku lagi perkara yang aku fikiran... Kau tau aku kan beb, mudah sahaja otak aku meliar memikirkan pelbagai benda even benda tu tak termasuk pun dalam list yang aku perlu fikirkan. Hati aku tak sedap start selasa lagi... So benda yang aku fikir tentang hati tak sedap tu, maybe ini lah kot yang nak jadi ..."

"Wey! janganlah nangis, kau ni teruklah.... cool lah! Jom pergi hujung padang tu.. "

"Tah apa yang aku nak tersentuh sangat aku sendiri tak tahu kenapa.. sedangkan benda cool je.. Haisshh.. Aku sendiri tak faham dengan diri aku sendiri... Aku harapa if aku ada salah dan silap atau apa sahaja yang  berlaku, maaf sahajalah yang aku boleh katakan. Sebuah cerita tu tak mungkin bagi aku pengakhirannya macam ni. Inilah aku beb... Aku tak tau nak cerita dekat mana, padang ini jelah tempat aku lepas segala and hope benda tu boleh hilang once aku balik rumah. Hope everything will be fine..."

Gambar Sekadar Hiasan


"Beb! :) Takpelah, bagi masa, masa ni kita tak boleh nak paksa, just follow the flow and just see next chapter apa yang akan jadi. Apa nasihat aku boleh katakan, kau fikir yang baik-baik sahaja... Jangan paksa diri untuk fikir and salahkan diri kau selalu.. If yes kau salah, kau mintak maaf, if bukan adalah kesalahan sesiapa, just ikut putaran masa itu.. Be strong friend... "

"Okay beb! ehem... Kau kentut ek? "

"Hehehe......... Sikit je"

"Kau ni kentut bersepah! Buruk perangai lah kau ni... Dahlah aku nak sambung lari..."

"Okay!! Dah... Dah jangan fikir ye!"

"Okay beb! Thank you"

Thursday 6 August 2015

Mimpi....

Assalamualaikum wbt. 


Semalam aku bermimpi....
Sudah tiba masa kaki perlu jauh melangkah pergi
Sudah tiba membiarkan sesuatu menjadi memori
Sudah juga tiba masa aku membiarkan jauh dari mimpi
Semalam mimpi aku ngeri....
Seakan membunuh segala ingatan di kepala
Seakan menghilangkan aku dari setiap sudut memori
Seakan menjauhkan aku dari sebuah kenangan
Seakan meletakkan aku di dalam satu kurungan tanpa jalan keluar

 
Gambar Sekadar Hiasan



Semalam aku bermimpi....
Semuanya berubah dan tidak seperti dulu lagi
Semuanya tidak ada pautannya lagi
Semuanya hanya tinggal caci dan maki 
Semuanya hanya palsu dan mainan duniawi
Semuanya menjadi kelam dan gelita ketika aku bangkit dari mimpi. 


Nashriq Ismail
060715 - Unisel Library

Monday 3 August 2015

Menangis

Semalam kau ketawa, kau lupa yang hari akan datang kau menangis
Semalam kau tersenyum, tersenyum sehingga kau lupa tangisan yang ada
Semalam kau gembira, kau lupa menangis itu akan menyapa
Semalam kau lupa dunia, sehingga tangisan itu merembes entah di mana
Semalam kau bahagia, rupanya sekejap sahaja menangis itu datang
Semalam kau waktu indah sekali, rupanya menangis juga akhirnya
Semalam kau bertepuk-tampar, dalam tidak tangisan halus kau tidak didengari
Nyata, kau jangan lupa pada tangisan kau sendiri..