Wednesday, 30 January 2013

Duri

Assalamualaikum W.B.T :)

Hampir bersawang blog saya ini. Tiada idea yang ingin dimuntahkan, jika ada pun sudah diluahkan di tempat lain. Alangkah indahnya kehidupan, jika masa boleh diputar semula. 30 hari 29 hari sudah berlalu dalam bulan Januari 2013. Sedar atau tidak, sudah menjangkau 25 tahun. Rasanya, seperti semalam baru menggalas bag, berjalan bersama rakan-rakan, memakai seluar biru, berbaju putih sambil menikmati ais krim buatan mak cik kedai di tepi jalan. Alahai, comelnya! Berlari-lari apabila melihat abang mengambil adiknya pulang dari sekolah. Aduhai, itu kisah bertahun-tahun dahulu. Meningkat usia pula, berseluar hijau, berbaju putih, skema dan pendiam. Terkejut dengan suasana di sekolah menengah. Lebih mengejutkan apabila semua di dalam kelas itu adalah lelaki. Diam dan tidak terkata, dibuli, diejek itu semua menjadi permainan setiap hari. Aduh! Manisnya sewaktu disekolah.

Tiba-tiba rindu pada suasana bising di dalam kelas. Menari, menyanyi, ketawa dan sebagainya. Seakan-akan baru semalam terasa di bangku sekolah, sambil melihat berpusu-pusu junior baru masuk sekolah menengah. Alahai! Tuanya masa tu. Hampir 8 tahun saya meninggalkan sekolah, tetapi bukanlah itu cerita yang ingin dikongsikan. Cuma terbayang-bayang zaman persekolahan, adakalanya bila kita bermasa muka bersama rakan dan taulan, akhirnya kita akan bertegur sapa semula. Biasalah, muda, remaja dalam meningkat usia. Salah faham, itu semua perkara biasa yang akan dilalui oleh semua orang.

" Duri Itu Sakit "

"Duri itu tidak sakitlah, biasa sahaja. Luka nanti sembuhlah." Wow! Hebatnya jika kita mempunya perasaan sebegitu. Siapa tidak kenal erti sakit, sedangkan menunggu sakratul maut pun sakit, inikan pula duri yang tertusuk. Aduh! Pedih sungguh. Kebelakangan ini, seperti mahu memencilkan diri, tidak mempunyai minat untuk bercakap dengan rakan-rakan di pejabat. Seperti lebih selesa duduk di dalam pejabat sendiri. Menulis tugas-tugas yang belum dilunaskan dan berfikir sejenak di mana khilafnya saya sebagai manusia. Lihat keadaan sekeliling seakan-akan meriah mentertawakan saya dengan cerita lucu yang dibuat oleh rakan-rakan. Aduhai hati, siapa yang tahu. Sebenarnya, perkara sudah hampir berminggu-minggu berlalu, namun ia masih segar dan tidak mudah luput diingatan. Bayangkan apabila ayat sebegini dinyatakan "Awak ada hubungan ke dengan dia?" Pada awal boleh ketawa dan bersuka-ria, tapi lama kelamaan? Apa yang dirasa? Anda rasa boleh terus memegang watak dan terus melakokan aksi ranjang? Begitu? Pada awalnya, merasakan itu hanya satu kata-kata mainan, lama kelamaan ianya menjadi duri dan diluar jangkaan. "Tidak kisahlah nak tidur serumah ke, sekatil ke, dosa you all, bukan I tanggung dan kena sedar diri you all tu lelaki". Bagai dihempap batu rasanya. Bagaikan cacing kepanasan juga masa itu. Bayangkan, sehingga dosa manusia, manusia tentukan? Di mana kewarasan kita sebenarnya? Lebih baik jika kita nilai dahulu apa yang kita buat? Lebih baik kita fikir dan renung apa yang telah kita perkatakan? Alangkah lebih afdal  adakah kita manusia yang sempurna? Usah lihat keliling, namun lihat dahulu apa yang ada pada kita. Siapa kita menentukan dosa manusia lain? Perkara yang tidak ada, diwujudkan? Perkara yang tidak sahih diperkatakan? Agaknya dosa tak berkata perkara yang tidak wujud malah tiada kesahihannya? ADuh sayang, Malaikat di kiri sudah menjalankan tugas. Dosa ku bukan dosa mu, Dosa ku bawa ke liang lahad, dosa mu di liang lahad mu. Semua manusia itu tidak sempurna, jika pernah ada kesilapan dan khilafnya dia pada manusia lain itu antara mereka, jika mereka telah menyelesaikan usah dibangkitkan, namun perkara itu akan dibangkitkan di padang mahsyar sebagai penimbangtara antara neraka jalan mu mahupun syurga tempat ku. " Susah nak jumpa awak ni, nak kena inform dekat scandal awak dahulu baru boleh jumpa ke?" Ayat apakah? Wow! Sangat menarik, nampaknya seperti meminta selipar saiz 42. Aduhai manusia? Di zaman apakah anda hidup? Mesopotamia? Neolitik? Paleolitik? Purba? Firaun? Aduhai, kesianya, [Nak jumpa, jumpa jelah - Xpayah nak mention sangat]! Air yang jernih, makan lama makin keruh. Terus keruh sehingga tidak mampu untuk dijernihkan sehingga hadirlah dendam yang dipendam. Hanya mampu membawa muncung seribu, sindiran dan juga jelingan manja. Itulah manusia.
When you smile, I never smile back! TQ! Walaupun dahulu jahat, tidak semestinya manusia itu jahat selamanya. Jangan dilihat pada masa silam seseorang itu, kita tidak tahu akan masa depannya. :)

Tiga perkataan KERAMAT ini tidak sesekali dipandang remeh oleh saya. Terima kasih kerana mengajar saya erti persahabatan. Dunia ini berputar ibarat roda. Kini tiba masa saya, saya akui dahulu pernah menjadi "STALKER" namun tidak pernah terfikir menjatuhkan hukum tanpa kesahihannya. Sebagai hamba Allah, umat kepada Nabi Muhammad S.A.W sepatutnya mebimbing bukan menjatuhkan hukum dan salah pada seseorang. Kenangan paling indah 2013 saya sudah dapat anda bagaimana? Hidup kita ini hanya sementara.. Satu hari nanti akan ada perubahan. Mulai saat ini, HITAM nama MU di dalam diari hangus KU! 
Sekian Terima Kasih :)

" Longkang mana tak busuk wei, kalau banyak sampah"!

p/s :
  • Mohon Maaf jika ada kesalahan tatabahasa, penggunaan ayat, kosa kata, ejaan, terasa hati, jantung, limpa, hempedu dan organ-organ lain. Terasa hati ke? Renung-renungkan dan selamat beramal
  • Shazwan! Aman! Mad! Apai! Aiman! Aida! Welcome Home. :) Selamat pulang ke Malaysia. 

Tuesday, 8 January 2013

Video I - Liriknya :)



Harus Terpisah - Cakra Khan

Sendiri sendiri ku diam, diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti, berhenti mencoba
Mencoba bertahan, bertahan untuk terus bersamaku

Ku berlari, kau terdiam, ku menangis, kau tersenyum

Ku berduka, kau bahagia, ku pergi, kau kembali
Ku mencoba meraih mimpi, kau coba tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Bayangkan bayangkan ku hilang, hilang tak kembali

Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin, mungkin tak berarti
Berarti untukku rindukan

Ku berlari, kau terdiam, ku menangis, kau tersenyum

Ku berduka, kau bahagia, ku pergi, kau kembali
Ku mencoba meraih mimpi, kau coba tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Kini harusnya kita coba saling melupakan

Lupakan kita pernah bersama

Ku berlari, kau terdiam, ku menangis, kau tersenyum

Ku berduka, kau bahagia, ku pergi, kau kembali
Ku mencoba meraih mimpi, kau coba tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu