Wednesday, 3 June 2015

Andai Aku Mampu Bersuara


Assalamulaikum wbt


Kuat tidak bermakna kau utuh
Kuat tidak bermakna kau gagah
Kuat tidak bermakna kau hebat
 
Lemah tidak bermakna aku gagal
Lemah tidak bermakna aku akan ketinggalan
Lemah tidak bermakna tiada jalan 
 
*GAMBAR SEKADAR HIASAN*
 
Sudah memang itu takdir
Sudah memang itu yang aku tempuhi
Sudah memang itu yang aku cari
Sudah memang itu jalan yang aku pilih
 
Andai mampu rasa diluah
Andai mampu rasa berbicara
Andai mampu rasa berkata
Andai bahasa mampu difahami 
Andai aku juga mampu bersuara 



"Ada perkara yang kita mampu untuk luahkan, ada perkara yang kita tidak mampu luahkan ... "
 
 
Melaka,
3.18Am (Ahad)
Nashriq Ismail