Wednesday 19 December 2012

Memori 2012



Assalamulaikum W.B.T

Hye! Dipertengahan bulan Disember rupanya kita sekarang ni. Bagaikan tidak percaya, Disember 2012 hampir melabuhkan tirainya. Indahnya bulan Januari, manisnya bulan Februari, gembiranya bulan Mac lalu disapa oleh bulan April, tersenyum pula bulan Mei dan tibanya bulan Jun. Dipertengahan itu muncul bulan Julai lalu bulan Ogos hadir membawa 1000 kenangan. Bulan September melambai dan menyambung kisahnya di bulan Oktober tiada kisah tragis hanya limpahan ilmu di bulan November akhirnya kisah mula ditutup di bulan Disember.

Related ke Video tu ?
Kehidupan kita ini kadang kala manis dan adakalanya pahit. Diwarnai dengan pelbagai kisah suka dan duka. Tragis atau memori bergantung kepada jalan cerita yang kita sendiri cipta. Kehidupan kita bukan dikelilingi keluarga malah sahabat yang sentiasa menemani kita. Namun mencari teman ketawa itu bersepah tetapi untuk menumpang bahu bukanlah mudah. Adakalanya, yang rapat boleh jadi lawan dan jauh itu mampu jadi teman. Setiap hari dan bulan yang kita lalui, kita tempuh bersama sahabat yang ada disekeliling kita. Lemah mereka bantu, yang ringan sama dijinjing. Menarik cerita kita, menarik jua cerita dia. Sedih buat kita, bahu pinjamannya. Alahai indahnya dalam bersahabat. Dahulu suka dengan perkataan tali persaudaraan, namun bukanlah dilupakan hanya tertarik dengan perkataan Ukhwah. Dalam persahabatan juga kita diuji, tidak kiralah dari pembelajaran sehingga perbuatan. Kadang-kala pedih untuk kita lalui, untuk kita jalani, namun Allah S.W.T lebih mengerti dan mengetahui apa yang terbaik dalam kisah perjalanan hidup kita. Tragisnya kisah, bila kaki terpijak duri namun Manisnya cerita, apabila berkongsi sepapan coklat. Aduhai hati, dalam persahabatan ini kadang-kala harus diselang selikan dengan silingan lawak agar tiada cuka tiada duka. Hari-hari yang kita lalui, bukan bersama keluarga namun penyeri hidup juga adalah Sahabat yang senantiasa disisi. Menariknya bait-bait ayat lagu itu :- 

 "Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh "

Akhirnya cerita di Bulan Disember ..
Disember? apa yang berlaku di bulan Januari? Oh. Tidak dilupakan meningkat lagi umur ku, dari 23 tahun berubah ke angka 24 tahun? New Year bersama Shazwan, Mardhiah, Azre, Zuhaili and Aida! Azam 2011? Emm. Hanya membina ayat asas, Mencari rezeki demi sesuap nasi, Berjaya bukan kerana bermegah namun kerana Allah S.W.T yang memberi rezeki utk mendapatkan Ilmu dan membahagiakan Keluarga dan sesiapa yang mengenali dan lalui kehidupan seperti biasa lalu perbaiki diri dan dekatkan diri kepadaNYA. Januari, Hari jadi ibu saya, disambut tidak semeriah mana, hanya keluar makan bersama keluarga dan menikmati malam indah suasana. Happy Birthday Fairus. Februari kembali, menjalani hidup seperti biasa, melihat Jabatan Agama Islam mebuat serbuan indah di taman-taman membasmi kuman-kuman liar yang bergelimpangan seperti tidak kenal Halal dan Haram. Aduhai Mata, cuci je melihat?Emm.. Zaman sekarang bukan boleh ditegur-tegur melentinglah dia "Hello! Kubur masing-masingkan? So?" - "Baiklah bro, lu kasilah azab sama lu punya diri, esok lusa itu ladies kembong lu mau jawab? Tara punya! Lu pasti angkat kaki" . Oh Hawa, jangan mudah tergoda sayang. Tutup kedai kopi anda jangan nak meluas sangat. Happy Birthday to My Brother Nazron Ismail

Mac, hanya dipenuhi dengan assignment dan kerja-kerja di pejabat. Bertungkus-lumus menyiapkan course work untuk dihantar kepada pensyarah-pensyarah tercinta. Bersedia menghadapi final exam untuk Part 2 di UITM. Pjj (Pendidikan Jarak Jauh) ? Seriously, if you still young just go on with full time studies.! Seriously, bukan mudah seseorang yang bergelar pelajar Jarak Jauh. One day, kamu tetap akan menangis dek kerana terlalu letih. Semangat kena kuat deq! Happy Birthday Jeffri April? Exam menanti? Tidak lagi masih jauh katanya. Masih lagi boleh bercanda di rumah, memperhabiskan masa di shopping mall, senyum, tawa dan usik mengusik di Cemara. Oh! Cemara awesome kot! You all kalau baca ni! Miss like crazy kot! HAHA Gelak dan tawa! Salah bukak pintulah, menumpang tidur, buat latihan sometimes tapi depa tu BIJAK PANDAI beza dengan kita. Oh! Stop, AprilFOOL!  Happy Birthday Mardhiah Sulaiman. Hello Mei! Not Mei Mei. Bulan lima lah! Awesome! Happy Birthday Shazwan Sazali, Haha. Even I'm not a master planner, its awesome birthday kot! See, friendship will never end. Sampai kaki luka kena prank! Wan? Agak2 next year wan kena macam tu lagi tak? and then takde orang nak belanja makan dah. Hadiah abg nash post dari Malaysia je ye! Same time Happy Birthday to Bonda Shazwan - Pn Norhayati Abd Kadir :) Mei? Preparation untuk menempuh course work lagi and then cuti! haha. Opss! Happy Birthday to My Father Ismail Sappar. Even abah garang macam singa you just give me a chance untuk hidup menjadi seorang manusia, jerit sikit dekat bulan Januari same to you Mom! Great and clap ur Hand bukan bantai dengan tali pinggang tau! Dah besar.. Hehe.. Azrin Hashim Happy Birthday!

Jun? Ya Allah. umur dah 24 tahun? Namun  tak berubah sama je perangai. Rumah kata pergi Kubur kata mari Nashriq! Need to change sayang. Oh! 24 years old first time kena prank thank to Jeffri, Fairus, Mimi, Elina, Dalila, Mahirah, Aim, Ainuddin, Sofy, Pija, Jiha, Lala, Izni (team UNISEL) - Thanks to dramatic day at Cemara Aiman Firdaus, Shazwan, Aman, Muhammad, Aizul, Aisar, Syamsul, Hafizi, Solihin and last Apai! Sebut je semua nama! Ohh! Aufa "Pak guard dia bukan student INTEC" Jerit dari tingkap dapur! Semangat sangat! haha.. Bayangkanlah kena simbah air. Dahlah xspearpart seluar dengan baju, kalau xsilap masa tu baru lepas photo shoot dekat tasik! and then dalam minggu yang sama balik Unisel ? Huh! ambik kau teloq berbiji-biji jatuh atas kepala, tepung dah macam apa dah! ditepung tawarnya kita! Haha. Happy Birthday Nash! Happy Birthday Aiman and Mad! Hehe.. Opss,! Zuhaili Happy Birthday! Haha. Ok! bulan Jun ni jugak buat photo shoot dua kali, satu kat taman KLCC and satu lagi dekat Tasik Shah Alam. Seriously, memang penat.!But its fun ok! Release tension. Photo shoot dengan Junior SMK Zon R1 dekat KLCC and Cemara Wachaa dekat Tasik Shah Alam. Memang memori. Develop skill sikitlah masa tu, buat album and so on. At the same time masa buat photo shoot dekat KLCC ! suprise ada kek untuki kitalah! Thanks u all! Miss u Azre Aziz!
Julai? Exam ! study, study, study and Cebisan Terakhir di Cemara! Thanks guys sebab bagi peluang untuk mengenali setiap dari kamu. Bagaikan tidak percaya, boleh join diorang without Shazwan. Thanks to wan also! Miss you guys! Gelak ramai2~ Sol!!! Pillow talk bila balik Malaysia! Julai? killer subject? tak target A pun but ... The story continue dekat Ogos! awesome august kot. Bulan julai? Happy Birthday Suhaini Ishak - Dia hantar kita kat Kl Sentral kot sebelum nak bertolak ke LCCT? Jeng Jeng! August Wait hah! Julai Happy Birthday Suhaini Ishak

Hai Ogos! Seriously, benda yang tak dijangka. Masa lepas hantar Shazwan fly China, lepak dengan Geng Cemara ni, balik dari Wet World, huh! terdengar Mad borak dengan Aisar (melalui perbualan telefon) Jakarta? Oh Seriously masa tu agak sentap! Tak tahu pun, ingat plan tak jadi? Akhirnya Allah S.W.T beri juga rezeki tu. dapat jugak pergi Jakarta, bukan Jakarta je dapat merasa ke Bandung. So flylah ke Jakarta, 7 hari dekat sana, macam-macam pengalaman yang saya dapat. Teruja dan sangat gembira, hanya Allah S.W.T yang tahu, Thanks Bos luluskan cuti saya! hehe.. Ogos, bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Merasalah berpuasa di Jakarta dan Bandung. Sangat meriah dan negara diorang ni takda lagu raya ke? Haha. Ada pillow talk, true and dare, tragis dan memori. Haha. Thanks Aizul, Sol, Mad, Aman and Wan! Raya! Raya! Yeahh..Happy Birtday Azre Aziz Budget lari.. Kejarlah budget tu. Pecah rekod selepas 3 tahun tak balik beraya kat Melaka. "dah besar dah anak busu (depa panggil my mom and my dad mcm tu) " Bila nak kahwin?" "Bila nak Kahwin" "Bila nak kahwin?" - sponsarlah, huh! belajar pun tak habis lagi ni. Tengah duk usaha tangga kejayaan lagi ni. Hehe. Raya meriahlah jugak walapun 5 beranak je. My Sister balik rumah mak mertua, Abang yang sulung pun sama. So Mak, abah, Me, Alang and Adik je. Opsss! Lupa! nak tau? Bulan ogos ni aku menangis almost three days sebab gagal satu paper? How dare! Dari Jakarta sampailah ke Bandung asyik meleleh je air mata! Hambeeekkk. September? Menyaksikan kisah-kisah perpisahan. Oh My LV! Shazwan, Muhammad, Aman and Apai ! Fly. Good bye my friend "Ukhwah Never Ends" Selang seminggu, Aiman Firdaus, Hafizi and Aizul! Fly jugak. Tinggal Solihin, Syamsul and Aisar. Tup..Tup.. Solihin punya flight awal! Bye Sol! Ireland here I come katanya ! Sibuk berFB! Ohh.. Aisar Fly Mesir 1 Oktober! Then tinggalah Syamsul di IMU. Happy Birthday Nasir Ismail

Oktober! Hmm.. Mula rasa bosan bila weekend. Madie dah sibuk dengan urusan di Poly! Ok! Saya di Semester 3 right now, every week class and sangat penat. Assignment ala-ala gunung tertinggi di Asia. Sibuk denga  final project dekat Bank Negara, attend class, belajar Library Congress Subject Heading, Class number, Management class. Record ! Lecterur dia ohsem! haha.. BEL? English Language, formal meeting, informal meeting and so on. Seriously, waktu speaking ke saya jadi kaku kelu lidah ku membisu. Huhu.. So far, Alhamdulilah syukur kepada Allah S.W.T masih diberi kekuatan dan juga semangat dari orang yang berada di sekeliling saya. :). Ohoi.. Happy Birthday Norlita Ismail.. Munirah Rusli Happy Birthday! Menjalani kehidupan seperti biasa di bulan November, penuhkan masa di pejabat, berhujung minggu di rumah. Aunty Norhayati and Uncle Sazali, bukan tak nak datang rumah, segan jugak bila Wan xda... hehe (sempat bagi pesanan penaja). Bosan jugak Shazwan takda. Selalunya ada je aktiviti nak buat. Huhu.. So, masa nilah siapkan report project cuti depavalilah, Raya Hajilah (Bulan Oktober rupanya). Team Cemara best tak korang raya dekat oversea? haha. Rendang ayam, daging kari.. pergghh! sedap!! - Bulan november! office buat birthday celebration dekat Restoran tupai-tupai Shah Alam! Doctor, saya makan seafood! Tapi ubat ada lg! hehe.. Meriah.. Meriah!

Disember.. Ending of the story! Tak selalu contact budak-budak oversea ni pun. Sekali sekala je. Hye! Hye! Fly-Fly Away and then Bye! Bye! Fly Fly Away. Nice to meet you guys. Hope happy always. Inilah masa membalas dendam dengan paper exam nanti. Berada di penghujung semester 3 dan bersedia nak berperang pada tahun 2013. Semoga exam kali ini, berjalan dengan lancar dan tenang. Good Luck Nashriq Ismail. Never give up darling. Think positive, ingat Allah S.W.T selalu ada dengan kita. Nice to meet you 2012. Thanks to Allah S.W. T give me chance untuk hidup di atas muka buminya. Sedang memperbaiki diri walaupun tahu masih lemah dan payah. Kuatkan semangat. 2012 manis pahit mu hanya tertulis dalam diari kehidupanku. Adakala aku tertawa dan adakala aku juga menangis. Hanya manusia biasa dan cuba memperbaiki diri. Thanks Mom, Dad, Sister and Brothers yang sentiasa berada di sisi. Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi menjadi sahabat, keluarga dan menjalinkan ukhwah antara kita. Sehingga kita berjumpa di tahun 2013. Ending of the Story, Oppssss! Lupa lagi! Happy Birthday Naim Ismail!

Make a Smile :) Nashriq Ismail.

Friday 14 December 2012

Dipertengahan Disember

Assalamualaikum W.B.T

Bila fikiran mula melayang jauh sehingga terbawa angan-angan yang tidak sudah. 28 hari lagi menjelang tahun baru 2013. Kini Disember datang menemani kita seketika. Apakah sudah cukup lengkap diri kita dengan pelbagai citarasa? Jika masih belum lengkapkanlah. "Selalunya bila baca blog Mad a.k.a Muhammad Shahrulzaman, dia akan tanya, Apa khabar iman kita? .. Khabarnya belum cukup utuh dan kukuh. Sedari tadi terfikir, apa khabar Iman kita, inilah jawabnya, sedang mempelajari dan juga memperbaiki. Malu tidak mengapa asalkan tidak terus tersesat jalan.

Hi December ! 
Begitu pantas masa berlalu, masih terasa bagaimana kelam kelibutnya memohon cuti untuk ke Jakarta empat bulan lepas. Secara tidak sengaja, percutian yang tidak pernah dirancang itu berlaku. Alhamdulilah, sebenarnya Allah S.W.T sedang memberi rezeki cuba membuka pintu hati. Empat bulan berlalu, pelbagai pahit manis berlaku, yang pahit ditinggalkan dan yang manis itu disimpan kemas dalam benak fikiran. Yang berlalu tetap berlalu kini sudah hampir ke hujung cerita 2012. Disember baru sahaja membuka lembarannya namun jangan terlalu rasa selamat kerana dugaan dan juga cabaran akan hadir bila-bila masa sahaja. November yang berlalu pergi, tidaklah meninggalkan kisah yang terlalu pahit buat saya, namun ada sekelumit perasaan yang tidak mampu dibendung. Pada mulanya mahu membiarkan, lama-kelamaan menjadi satu rasa yang tidak mengembirakan. Ada masanya, saya terfikir adakah wajar dengan keputusan yang dilakukan namun apabila menilai dan dinilai adalah wajar bagi saya untuk melepaskan satu ruang lingkup yang bukan seangkatan dengan saya. Perkara dah berlalu, mengapa perlu dikenang. Usahlah kenang perkara yang lepas kerna tiada guna untuk melihat semula kebelakang, kerana belakang itu hanya tinggal sejarah namun melihat pada hadapan yang masih banyak perlu ditempuh. Prejudiskan segalanya, asalkan saya mampu tersenyum dan terus berjalan. Bye Fly2 Away :)

Apa yang dicari? 
Sehingga hari ini, masih lagi menelaah bahan-bahan bacaan yang mampu memberi sedikit ilmu dalam memperbaiki diri. Bercerita bukan bermakna menunjuk tetapi hanya menceritakan bagaimana diri yang serba kekurangan ini untuk memperbaiki kelemahan. Alangkah indah jika kita mendekatinya, namun sebagai manusia adakala lalai dan alpa kerna manusia tidak sempurna sifatnya. Bila sudah terhantuk baru sedar dari lamunan. Itulah hakikat, buka auta tapi fakta lagi fiktif dasarnya. Mana hadir kesedaran, apabila paluan gendang mula singgah di telinga. Seperti kata seseorang " Itu Allah baru jentik sedikit sahaja, baru jentik pada cuping teling. Dia sedarkan kita tu." -Itulah kata-kata yang memberi kesedaran secara tidak lanusng kepada saya dan juga sesiapa yang mendengarnya. Saya pernah katakan di laman sesawang Facebook, Jika Allah S.W.T memberikan kita sesuatu, bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan dan jangan sesekali salah menggunakan landasan. Apabila Allah S.W.T menarik semula kelebihan dan juga nikmat yang ada jangan baru nak terduduk lalu tersipu ala-ala Mak Jemah. Tidak.. Tidak..!! Ada yang pernah memberi sedikit pendedahan kepada saya, " Apa tujuan kita hidup? Kita bekerja kerana duit atau Allah S.W.T? Kenapa kita disuruh untuk menuntut ilmu? Lalu otak yang sarat ini mula ligat berfikir, adakah selama hidup "aku" ini berlandaskan ke jalan Allah S.W.T mahupun mencari keredhaanNYA? Jawapan hanya ada pada diri sendiri, tepuk dada tanyalah selera. Bagaikan dipukul canang namun masih belum ada hasilnya. Jangan dilihat pada orang lain, perhatikan diri sendiri di depan cermin. Usah malu, usah gusar menimba ilmu, yang salah diperbetulkan, yang elok dibaikpulihkan. Fikir dan renungkan sejenak, kita hidup kerana apa dan untuk siapa?  The best religion is Islam :)

Cerita Ibarat Duri
Bak kata pepatah sendiri "Tinggi ilmunya, Cetek kata-katanya"- Walhal, pendidikan yang diberikan cukup bermakna untuk menimbang tara yang buruk mahupun yang baik. Menilai manusia bukan sahaja dari kesilapan lampau namun perlu jua menilai dirinya apabila ada satu ruang lingkup perubahan. Alangkah indahnya, berjalan di atas pentas memiliki segulung pendidikan tinggi, namun masuh songsang apabila berkata-kata. Berjaya di persada Gagal dengan kata-kata. Udah bisa mengatakan yang jelik, jelik aja yang dilihat. Ayuh, bangun sedarkan diri dari lamunan. Adakalanya, melihat kain koyak tidak perasan kain sendiri rabak. Apabila menggunakan tangan jangan dihulurkan kaki. Aduh, manusia? Sedarilah diri anda dalam bahaya. Perkataan bernas, bebas, bekualiti dan bermotif untuk subtopik ini, Cemburu Manusia Tak Membawa Ke Syurga Namun Hanya Ke Neraka [Tidak baik menilai manusia terus begitu Muhammad Nashriq Ismail]. Hapuskan 5G dalam kehidupan, Gusar, Gementar, Gugup, Gagap dan Gagal. Setaip dari G ini anda sendiri yang ciptakan, walaupun tampak berjaya namun 5G ini masih menguasai diri anda. Makin ditarik makin menjadi, makin menarik makin berbudi! - Tak jelas, kalau terlalu terang semua orang akan tahu :)

Natijahnya, disember yang hadir kali ini hanya memberi seribu satu kemanisan lalu disimbah sedikit kepahitan. Seperti Manisnya Coklat akan ada Pahitnya Kopi. Walaupun datangnya seperti pasang surut air, namun hati manusia siapa boleh jangka. Biarkan apa sahaja yang hendak diperkatakan, asalkan mengenali diri sendiri. Yang koyak dijahitkan dan jahit diperkemaskan. Memori itu indah untuk dikenang, jangan dipadam dan jangan dihapus ia merupakan arkib didalam perpustakaan sendiri.

Sekian, Wassalam.

Wednesday 21 November 2012

Dari Hati ke Komputer


Assalamualaikum W.B.T


" Berada dilandasan yang berbeza, tetapi masih kekal. Mempunyai cerita dan kisah yang berbeza, namun masih ada hati untuk memerhati. Berada diluar dunia yang berbeza, namun masih galak mencari"

Monday 12 November 2012

Cerita Pendek

      
    Seingat Dania, dia tidak ada kuliah hari ini, tapi mana pergi teman sebiliknya?. Subuh berbaki lagi 15 minit, dengan langkah yang lemah dan longlai Dania terus ke tandas mengambil wuduk bagi menyempurnakan kewajipanya sebagai umat Islam. Meneruskan perjalanan dengan badan yang masih letih dan penat yang berbaki Dania gagahkan diri. Seusai solat subuh, Dania terus ke katil dan melenakan dirinya semula. Perjalanan yang memakan masa berjam-jam itu membuatkan Dania tidak bermaya untuk melakukan aktiviti sepanjang hari ini. Matanya baru sahaja mahu dilelapkan, "Dania, jom, kita pergi pusat sukan, jogging ?" tiba-tiba Marina menerjah masuk ke dalam bilik dengan berselubung kain yang berwarna putih. "Ohooii.. Hantu gula-gula!! Tolong!!" Dania bagaikan dirasuk hantu. "Dania ni akulah, Marina!" Marina cuba menenangkan Dania. "Ya Allah! Jangan dekat, pergi jauh!" Dania tidak boleh dikawal. Marina mencapai segelas air lalu menyimbah muka sahabatnya. "Hah! Akulah Marina, kawan sebilik kau! Kau ni kenapa? Dan macam kena rasuk hantu. Kawan sendiri pun tak kenal dah. Akulah Marina" Marina seperti singa betina saat itu. "Please, lain kali masuk bilik jangan buat macam ni lagi. Nak aku buat memo kat pintu ke ~ Tolong tanggalkan telekung anda, jika tidak saya akan meroyan nanti ~?." Akhirnya, hanya ketawa yang keluar dari mulut Marina. "Sudahlah, nak ikut pergi pusat sukan tak?" soal Marina. "Emm.. Malaslah, aku letih lagilah. Kau jelah pergi. Lagipun masa untuk berehat sementara En. Faizal batalkan kelas ni." jawapan yang ringkas dari Dania. Serba ringkas, Marina mengenakan tudung biru muda dan terus meninggalkan biliknya. Langit makin cerah, ketika ini Marina hanya bersyukur kerana masih lagi diberi nikmat hidup dan juga diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk terus berpijak dibumiNYA bagi memperbaiki kelemahan diri. Sambil menikmati pagi yang indah, mengeluarkan peluh demi menjaga kesihatan, Marina sedang diperhatikan. Marina, seakan tidak sedar dia sedang diperhatikan oleh sepasang mata. "Ya Allah, sungguh indah bumi Mu, aku bersyukur dengan nikmat Mu." sambil merehatkan badan setelah penat bersenam. Tapak kaki dari arah belakang membuatkan jantung Marina berdegup kencang, semakin hampir derapan kasut, makin laju alunan jantungnya. "Marina!" suara yang agak garau. Marina menoleh kebelakang dan hembusan nafas lega. "ingatkan siapalah tadi, kau rupanya Firdaus. Takut aku,dahlah aku sorang-sorang je dekat sini.". " Mana Dania?selalu korang berdua." mula membuka topik. - Continue

p/s : klu ada komen yg positif sy cuba sambung ceritanya.. hehe 

Monday 5 November 2012

Andai Mampu .....

Assalamualaikum :)

November hadir dan Allah memberi ruang untuk terus berbijak di atas muka bumi ini. Sehingga hari ini dirahsiakan di hati apa yang dipendamkan. Tidak perlu dicoretkan, hanya cukuplah ketahui "saya bermain dengan emosi". Lelah melalui kehidupan dari hujung Oktober sehinggalah November yang hadir. November yang hadir seperti melambai dan memberi senyuman indah, namun kaki ini melangkah dengan satu kesempitan ruang dan hanya senyuman paksa yang dapat diberikan. Betapa kecewanya November itu apabila melihat kehadiran saya yang penuh dengan emosi. Mixed Emotion, Adakah saya mengalami keadaan sebegini sekarang? Hanya ada pada diri sendiri. Jalan yang terbaik adalah, saya memberi semangat kepada diri sendiri. Setiap hari memberi dan memujuk hati supaya kuatkan kaki untuk melangkah dan terus berjalan. Usah berlari namun cukuplah sekadar berjalan dengan laju. Ke mana hilangnya semangat yang hadir dulu saya sendiri tidak mengerti. Hari demi hari, hati ini dipujuk, kata orang " Kalau dipujuk lama kelamaan lembutlah". Itulah tugas kita terus berusaha dan terus berusaha. Adakalanya, kita lupa dengan kelalaian kita sebagai manusia yang hanya menumpang sementara di muka bumi ini. Lupa pada ajarannya, alpa pada suruhannya, lalai dengan petunjuknya. Lalai dan terus dibuai mimpi, ibarat dunia ini masih diawal penemuanya. Sedarlah wahai diri kerna masih cetek ilmu pada diri mu. Usahalah perbaikinya dan jangan sesekali kisah dengan apa yang diperkatakan. Perubahan memakan masa ? Bukan alasan! Namun kita mampu untuk lakukan. Jangan sesekali lemah dalam memperbaiki segala kelemahan yang kita ada. 

November masih berada di awalnya, pelbagai tugas yang harus dilaksanakan dan juga harus diselesaikan. Adakalanya, kaki seperti tidak ada kekuatan lagi, lemah dan sebagainya namun demi harapan dan cita-cita yang sedang saya kejar, saya teruskan demi mencapai impian. Oktober yang lalu, saya telah membuat satu keputusan yang diluar jangkaan. Saya sendiri membuat keputusan yang tanpa berfikir dengan panjang. Sudahpun ada di tangan saya kini. Namun, ada sahaja perkara yang membuatkan saya berfikir semula? Adakah itu? Adakah ini? Adakah dan segalanya. Tidak teguhkan hati dan juga pada keputusan yang dibuat. Bagaikan ada batu berat yang menghempap diri ini. Aduhh! Sakit! Berat! Darah! Aduhai hati! Jangan terlalu letak negatif itu, adakalanya boleh namun tidak perlu selalu. Semoga saya terus kuat dan tabah untuk lalui.

Kecil? Entah? Pada hati? Pada diri? Semua " tepuk dada tanya selera" Andai disusun selembar kata-kata pun mungkin tetap sama dan tidak berubah. Andai disusun pepatah ia tetap sama dan tidak berubah lakarannya. Andai kata disusun, pepatah diselarikan tetap sama dan tidak berubah. Andai mampu merembeskan saat ini, mahu sahaja dirembeskan namun ? Tiada bahu manakan disandar. Kongklusinya, apa yang dibicarakan selari dengan perasaan yang bercampur baur. Alangkah indah, jika saya boleh buang dengan cepat perasaan yang bercampur baur ini. Indah sehingga tidak terkata. Jadi seperti Dian ( watak dalam novel Takdir Itu Milik Ku ). Berfikiran jernih dan positif di kala apa jua yang mendatang.

Akhir kata : Andai ada yang terkecil hati, mahupun apa jua yang membuatkan anda terasa maafkan saya kerna bukanlah sempurna mana. Maaf sehingga menutup mata. :) Selamat Malam. 

Wednesday 24 October 2012

Apabila Hati Kata ?

Assalamualaikum :)

Penulisan sebelum cuti Hari Raya Aidiladha :)

Oktober sudah hampir ke penghujungnya. :) Aidiladha semakin hampir nampaknya. Ada yang mula menyibukkan diri dengan pelbagai persiapan. Yang jauh di perantauan, rasailah nikmat menyambut Aidiladha di sana. Tidak sebijak penulis lain untuk mecoretkan penulisan yang berbentuk Islami, hanya menceritakan apa yang dirasai dalam dua minggu ini.

Semester 3 - UiTM, Cabaran Makin Hebat.

Kebelakangan ini, sibuk dengan urusan belajar. Pada semester kali ini, memberanikan diri dengan risiko yang amat tinggi untuk mencabar diri dengan kebolehan yang ada. Mengambil 5 subjek adalah cukup risiko bagi pelajar e-Pjj. Entah bagaimana, sifat tamak haloba dan juga sifat tidak sabar dalam mengharungi badai belajar ini terlalu membuak-buak sehinggalah keputusan dibuat untuk mengambil 5 subjek sekaligus. Setiap minggu jugalah mengharungi dugaan dan cabaran untuk ke kelas memandangkan saya tidak pandai memandu apa-apa kenderaan. Hanya berbekalkan keazaman dan telah menyusahkan pelbagai pihak untuk memikirkan diri saya. Dua minggu kebelakangan ini, tidak ramai dapat membantu untuk menumpangkan saya untuk pulang ke Bestari Jaya, secara dua minggu berturut-turut abang saya berpenat lelah menghantar ke Bestari Jaya. Pada minggu ini, selamat ada rakan yang satu tempat kerja dan juga satu kawasan tempat tinggal du UNISEL. Keadaan pada masa itu sangatlah rumit dan terpaksa meminta pelbagai pihak untuk membantu memandangkan kelas saya masih ada selepas waktu tengahari. Tekanan pada saya sebenarnya, namun apakan daya hanya mampu menebalkan muka. Kebelakangan ini juga, saya dilimpahi dengan assignment yang sangat mengunung tingginya. Alhamdulilah, satu diantaranya sudah selesai, hampir ada 4 hingga 5 lagi yang masih belum diselesaikan. Inilah cabarannya, saya cuba lalui dengan penuh ketabahan dan juga sedikit keazaman. Bertubi-tubi assignment yang datang membuatkan saya tidak dapat menyusun jadual seperti dulu. Apa yang perlu didahulukan, saya dahulukan dan apa yang patut ditinggalkan saya tinggalkan. Kini, jadual sudah mulai tidak terurus.  Apa yang ada kini, hanya kuatkan diri dan semangat untuk terus berjuang hingga ke akhir penamat.

Kecelaruan Minda - Yang Mana Satu Pilihan Kalbu.

Seandainya dalam dilema, Isthikarah adalah jawapan yang paling relevan akan diberikan. Seperti entri sebelum ini, saya masih dalam mencari satu kongklusi supaya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Semuanya menjadi kecelaruan minda dan saat inilah jika ada sesiapa yang mulai merepek dengan saya, saya mulai mahu melenting dan juga seperti malas ingin melayan. Pada saat ini, minda hanya tertumpu pada rakan-rakan yang memhami apa yang dikehendaki dan apa yang berlaku dan juga apa yang dirasai. Kini keputusan di tangan saya. Akan datang adalah penentu segalanya. Yang terbaik kita lepaskan seperti kita juga berkorban akan sesuatu yang kita sayangi. Seperti kata Bonda "Lebih senang untuk kamu berjalan, tidak ada yang disusahkan. Hanya yang disusahkan adalah kaum keluarga mu sendiri nak!". Kata-kata itu yang membuatkan saya melepaskan intan di tangan mengutip perak dijalanan. Tidak kenal maka tidak cinta, sudah kenal maka bencinta? Susurilah langkah dengan kata-kata dan jalanilah dengan ikhlas. Kecelaruan minda tidak perlu dijelaskan, kerna biar diri ini sahaja yang tahu. Sungguhpun dipercayai, namun kesangsian tetap ada di hati.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Korbankan sesuatu yang kita sayangi, mungkin ada hikmah disebaliknya yang menanti. :)

Wednesday 17 October 2012

Indah dari Kabar

Assalamulaikum W.B.T

Sudah lama meninggalkan penulisan. Terlalu banyak bebenan yang dirasai kebelakangan ini. Sebenarnya lebih rasa sunyi dan tiada tempat untuk melarikan diri. Alangkah bahagianya jika pandai memandu, saat ini jua mahu mencari ketenangan yang abadi. Sebenarnya, hati ini memberontak untuk keluar dari kepompong yang ada masa kini, namun masih lagi gagah berdiri dan teguh mencari intipati diri. Bagaikan tidak percaya, apabila satu perkara yang kita lakukan hanya dengan bersahaja menjadi satu perkara yang penting untuk dilakukan. Saat ini yang hanya ada pada minda mahu mencuba tetapi terlalu banyak halangan yang perlu ditempuhi. Bukan mudah untuk kita lalui dengan fikiran yang masih kosong, tidak dapat berfikir dengan tenang dan juga perasaan mula bercelaru. Teman-teman yang membaca saat ini dirasakan mahu menitis air mata bila memikirkan segala perkara yang berlaku. Terfikir sejenak, mengapa dahulu saya terlalu drastik dan pantas membuat keputusan? apabila sudah diikat bagaikan payah untuk dibuka. Kini, satu persatu yang saya perlu terokai, ada teman-teman yang memberi pendapat agar mencuba ada juga yang memberi semangat untuk keluar dari apa yang dirasai. Mencuba tidak menjadi satu kesalahan, namun apabila digapai nanti perlulah teliti satu persatu intipati isinya agar tidak menyesal di kemudian hari. 

Inilah masanya kita sebagai hamba kepadaNYA, sujud dan berdoa memohon dilimpahkan rahmat dan dibukakan jalan yang lurus buat kita. Jangan sesekali alpa, yang susah itu jalan, yang senang itu juga jalan. Apabila ditimpa perasaan sebegini istikharah adalah jalan yang terbaik. Solat Istikharah ini kebiasaanya dilakukan apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap satu-satu perkara yang dialaminya. Inilah yang terbaik sebenarnya. Sebenarnya, sekarang saya diuji sebagai umatNYA yang menumpang di muka bumi Allah S.W.T seharusnya menjalankan kewajipan dan juga berdoalah agar mendapat sedikit ruang untuk membuat keputusan. Itulah yang dikatakan apabila dilanda keresahan mahupun kekeliruan sujud dan berdoalah agar hadir sebuah ketenangan. Kini usahalah sebaik mungkin dari tibanya hari dan sehingga ke akhir harinya. Saya redha akan apa yang berlaku namun hati saya masih mencari sesuatu agar terbelanya keluarga, kerjaya dan pelajaran yang kini penuh di kiri dan kanan. Semoga saya mampu menempuhinya dengan tenang dan tidak sesekali tersalah membuat keputusan. :)

Word for Me and all of you :-

  
ÙˆَÙ„َÙ†َبْÙ„ُÙˆَÙ†َّÙƒُÙ…ْ Ø­َتَّÙ‰ Ù†َعْÙ„َÙ…َ الْÙ…ُجَاهِدِينَ Ù…ِÙ†ْÙƒُÙ…ْ Ùˆَالصَّابِرِينَ ÙˆَÙ†َبْÙ„ُÙˆَ Ø£َØ®ْبَارَÙƒُÙ…ْ
  bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.” (Muhammad, 47:31)

 ( Sourcehttp://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5950:bersabarlah-wahai-saudaraku-khusus-buat-yg-sedang-ditimpa-kesusahan&catid=60:tazkirah )

Wednesday 10 October 2012

Cerita Di Sebalik Tirai

Assalamualaikum :) 

Kalau orang tanya saya? Awak ada teman baik tak? Awak ada sahabat karib tak? Awak ada kawan baik?

Saya jawab "Gila ke tak da kawan baik? Mestilah ada~! Dulu nama company kami JNF Batik Enterprise" HAHA! Who knows lately ini saya banyak menceritakan perihal adik-adik saya yang berada di luar negara. Bukan tidak nampak yang berada di dalam negara, namun semuanya ada dihati. Semuanya saya simpan di dalam jiwa dan raga ini termasuklah keluarga sebagai tulang belakang selama saya hidup. Semestinya 6 tahun sudah berlalu, seingat saya 25 Julai 2007 saya mula mendaftarkan diri di Universiti Industri Selangor (UNISEL) yang kini dikenali sebagai Universiti Selangor. Umur waktu itu baru mencecah 19 tahun. So nerd ok! HAHA. Always ikut rules and regulation. Ok! Dalam buku pendaftaran syas ; NO JEANS~ HAHA. So, my brother says ; tak payah nak nerd sangat. Nanti ramai orang kau nampak pakai JEANS pergi kelas. Forget it about that. Bermulalah semester satu, Janggal! HAHA! Dulu biasa masa dekat sekolah, "Bangun! Selamat pagi cikgu" that word ! Keramat gila kot perkataan tu. But when I at University? HAHA! No, just bila class dismiss "Thanks Puan.. Thanks Sir" only that word we all use!

Masa orientation day lagi dah duduk sebelah dia. Saling jeling menjeling melihat form yang perlu diisi. Nama dia? Mohammad Jeffri Abu Hassan :) OMG ! 1st i meet i thought dia indian guy, but Father dia Indian Muslim and dia adalah anak tunggal. :) Mom and Dad adalah segalanya bagi dia. Maybe lepas ni akan berjumpa lagi dalam kelas. Ok! So, meneruskan perjuangan bagi mendapatkan segulung Diploma selama 2 1/2 tahun itu cukup mencabar.  Bermulalah destinasi sebagai mahasiswa, ingatkan jeff akan menjadi persimpangan dilema je but ukhwah never ends sayang. Dalam kelas duduk sebelah and mula berkenalan biasa-biasa je. Before kenal dengan jeff, selalu janji untuk pergi kelas dengan mamat nama Farhan! OMG! end of semester dia berhenti dapat masuk UiTM. Ok! Good Luck, saya tidak sepandai anda.. hahaha.. Saya tak boleh nak recognize bila saya jumpa Mohd Fairus Mohthar (sorry fai klu slh eja nama). Good listener dia ni. Mengikut imbauan yang tak tercapai kami mula rapat apabila satu kelas Computer Application. That so memory. HAHA! Pergi class sama-sama.. Memekak sama-sama. Orang nak benci kami? Silakan? hahaha.. Selama semester satu itu cuba dan belajar untuk kenal kawan baru. Orang kata dalam persahabatan ini kadang-kadang kita diuji juga. Bukan senang mengharunginya.

Mari saya cerita siapa mereka dua orang ini. Tidaklah terlalu terperinci namun mereka juga merupakan kekuatan di dalam UNISEL. :)

Mohd Fairus Mohthar :)


Inilah Fairus :)
1st time jumpa, biasa sahaja dia ni. "Simple but nice" OMG!Serius dia sangat memahami orang. Dia tak suka meremehkan keadaan. Pendiam bila ada sesuatu yang dipendamkan. Selama 8 semester bersama, macam-macam pernah dilalui. Tipu , jika tidak pernah berselisih faham mahupun bertikam lidah. Banyak membantu dalam pelajaran dan kata-kata semangat. Dia? kuat menyakat! HAHA! Serius kalau boleh semua orang dia nak kacau. Hehe.. Kalau bab perli orang memang bakat dia. By the way, semangat dia tinggi dan sangat pandai pointer dia tidak pernah bawah 3.7 ok! How come! Macam manalah dia study kan?Serius kalau dengar dia membebel, korang pasti ingat dia adalah wanita! hehe. Dia sangat memahami rakan-rakan disekelilingnya tidak pernah melupakan orang yang ada disekeliling  dan juga membantu mana yang mampu. Memahami kesusahan sendiri untuk mengecapi apa yang diinginkan. Berusaha selagi boleh sehingga penat lelah diketepikan. The most important thing dia kuat beradu sebenarnya. Lebih suka memendam rasa, adakalanya dia akan meluahkan apa yang dia rasa. Garang juga dia ni, cuma tak nak nampak. Low profile pihan terbaik buat diri dia. Tidak pernah sesekali mengaku kalah, dia tetap memperjuangkan apa yang dikehendaki. Kami kaki gosip, pantang ada yang baru semestinya kami akan bualkan dulu. HAHA! Membantu yang lemah juga adalah tanggungjawab dia. Bernas dan juga kreatif adalah bakat dia. Selama 2 1/2 bersama Fairus pelbagai yang telah dilalui. Itu semua adalah kenangan. Walaupun ada yang manis dan juga yang pahit mereka tetap rakan yang sentiasa di hati. Bertengkar itu biasa, namun dia jugalah teman kala duka. Sentiasa mendengar apa sahaja keluhan, jika ada idea yang bernas dia akn berikan sedikit nasihat mahupun pandangan dari minda inteleknya. Fairus mudah didekati namun jangan sesekali kecilkan hatinya, ingatanya sehingga ke akhir hayat. Dia juga manusia yang tidak menggunakan tapis teh untuk berkata-kata namun masih kuat untuk bersabar dalam bercakap. Tidak kedekut adalah satu sifatnya. Saling bertukar pendapat dalam mencari satu-satu penyelesaian. Dialah Fairus Mohthar.

Mohd Jeffri Abu Hassan :)


Ladies tu bukan marka dia noh~
Sorry xjumpa gmbr single
Penuh dedikasi dalam mengajar teman-teman. Melalui perwatakan nampak bersahaja namun mempunyai visi dan misi dalam kehidupan. Tunggal bukan penghalang untuk membuktikan kejayaan kepada adik beradik namun masih ada sedara mara yang mampu melihat kejayaanya. Mohd Jeffri Abu Hassan 3 penggal pegang MPP~ Wow! Awesome! Sangatlah penat bila jadi MPP ni macam-macam perlu dilaksanakan. Al last " Satu hari nanti aku akan pegang YDP" I never forget that word about 4 years ago. Dia lebih bersikap tenang dan juga tidak memilih untuk berkawan. Mudah didampingi dan juga mudah untuk dikenali. Tidak perlu hipokrit katanya untuk terus hidup. Lebih memendam rasa berbanding meluahkan apa yang dia rasa. Tidak semua boleh diceritakan, hanya ada pada dirinya sahaja. Jarang untuk melihat dia meluahkan rasa. Lebih arif dalam pembelajaran dan juga pengajaran. Lemah dibantu, yang ada dipertingkatkan. Tidak lokek dengan apa yang dia ada. Sharing is caring.!. Mungkin jadi prinsip hidupnya. Dia akan lokek pada manusia yang pernah melukakan hatinya (Cewahhh~). Meneruskan azam perjuangan sehingga ke titik yang terakhir dan tidak pernah sesekali alpa kesusahan dalam mengapai impian. Hari ini bukan untuk hari kebelakang, mungkin perkataan itu yang membuatkan dia berjaya. Dia? banyak membantu saya dalam pembelajaran. Tidak pernah sesekali lalai dalam melembarkan nasihat kepada rakan dan sahabat handai. Walaupun penat melayari kehidupan seharian dalam menjalankan tanggungjawab dia tidak pernah alpa terhadap pelajaran. Pointer maintain dari sem satu sehingga kini. Sedar atau tidak dia banyak membantu rakan disekeliling. Pantas dalam menjalankan tugas dan juga cekap dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Memiliki bakat seorang pemimpin membuatkan orang ramai mengundi dan dia kini bergelar Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL. Berusaha dari bawah dan kini hampir mencecah ke awan. Itulah Mohd Jeffri Abu Hassan.

Mereka telah melalui pelbagai corak cerita bersama saya selama 2 1/2 tahun di UNISEL. Kini mereka masih bergelar Mahasiswa di UNISEL dengan penuh dedikasi berjalan beriringan meneruskan perjuangan dalam bidang Perpustakaan. Ijazah Sarjana Muda bakal digenggam dan satu hari nanti Sarjana dan Doktor Falsafah menjadi impian suatu masa kelak. Persahabatan menjadi utuh apabila saling bantu-membantu dan ringan-meringankan. Setiap masa memberi kata semangat dan memberi nasihat lalu saling bertukar pendapat. Jangan ingat apabila kita berpisah, kita tidak akan bersua semula. Suatu ketika nanti nama kita berada dipersada. Merekalah teman pada masa kini (saya bekerja mereka belajar). Memenuhi ruang-ruang kosong, gelak tawa, dan juga belajar bersama. Terima kasih keran sentiasa bersabar dengan kerenah saya dan juga kelakuan saya. Sesungguhnya saya manusia yang alpa dan juga tidak sempurna. Keep smile and never end with the relationship. :)

Tuesday 9 October 2012

Bila Hati Berbisik

Assalamualaikum W.B.T.

Waktu pejabat yang hampir tamat. Kira-kira kerja untuk hari ini hampir 85 & siap. Minggu hadapan akan ada lagi kajian lapangan di Karangkraf :) . Kembali menyibukkan diri di sana. Sementara mengemas sebelum mahu pulang ke rumah, merenung seketika ke langit dari pandangan jendela pejabat. Beberapa pekara yang difikirkan dan juga direnung bagi memuhasabahkan diri. Saya hamparkan beberapa perkara yang bermain di fikiran.

Rindu?

Inilah perkara pertama yang terlintas dan secara kebetulan melintas di langit sayap terbang yang dibawa oleh manusia. Perlu saya melambai? sesungguhnya tidak. Pernah sekali mengemaskini status di laman sesawang Facebook " Rindu itu adalah perkara biasa, Akan diluahkan mahupun dipendam. Ia tetap dinamakan Rindu, Apakah perkara nan baik untuk mengubati rindu?adalah dengan menadah tangan dan berdoa agar keluarga, sahabat handai, rakan taulan, kawan-kawan dan orang yang kita rindu dilindungi Allah S.W.T dan di dalam kesejahteraanya". Bayangkan layang-layang yang terputus talinya, terawang-awang di langit ditiup angin ke kanan dan ke kiri dan akhirnya rebah ke tanah. Rindu itu satu perkara biasa, ada kala kalau kita ungkap sekerap manapun ia tetap ada di dalam diri dan hati. Kadang-kala orang kata, alah rindu itu tidak perlu di layankan sangat. Lama kelamaan nanti kamu akan biasa. Mudah untuk diungkap payah untuk dilakukan. Tidak mengapa, itu hanya bersifat sementara lama kelamaan ianya akan menjadi satu kebiasaan. Tidak dinafikan, saya rasa kosong kebelakangan ini. Bagaikan ada yang tidak lengkap bagi memenuhi hari-hari mendatang. Bagaikan dikejar-kejar tak dapat, bagaikan ditarik-tarik tak sampai. Sesungguhnya, bukanlah asing bagi saya perasaan sebegini namun kini ianya lebih sukar untuk dikikis. Bagaikan tidak percaya, kekerapan lalu di kawasan yang boleh buat saya tertawa dan juga mengalir air mata membuatkan ada satu rasa yang mengalir. Mengimbau kembali apa yang terjadi di awal pertemuan dan juga di hujung perpisahan. Pelbagai perkara yang membuatkan saya tersenyum sendiri. Inilah yang dikatakan tidak sealiran darah tapi hati tetap sama.

Jarak Jauh !

Terus melakarkan apa yang bermain di benak fikiran. Dilihat semula dan dianalisa, rupanya jarak kita jauh. Hanya sesekali pabila senang kita bercanda. Hanya sesekali apabila ada ruang dan masa kita berbual namun jarak kita masih jauh. Memang, sudah menjadi lumrah masing-masing berjuang untuk menggapai impian dalam kehidupan. Namun masih saya katakan jarak kita jauh. Fahamilah perkataan Jarak Jauh. Adakalanya, kita tidak sedar yang kita telah meletakkan satu pembaris diantara dua batang pensil. Sekilas juga kita tidak perasan yang sebatang pen yang memandang dari satu sudut, melihat sejenak apa yang berlaku disekelilingnya. Jaraknya jauh, hanya mampu melihat dan berharap agar jarak itu akan didekatkan semula satu hari nanti. 

Jam ?

Kenapa jam? Cuba sekalian melihat jam di dinding, jam di tangan mahupun di telefon bimbit. Setiap detik yang ada pada saat, minit yang berdetik menentukan jam sasaran pada setiap hari. Lihat petukaran masa di telefon bimbit tidak seindah masa jam di dinding. Alangkah anda boleh menikmati sebenarnya disebalik pengertian jam yang ada. Perkataan paling hampir dengan jam adalah memori. Setiap hari kita senantiasa mengigati dan juga mengimbau akan apa yang telah terjadi. Jam, bukan hanya memberitahu masa dan waktunya pukul berapa namun disebaliknya ada sebuah cerita. Sekilas pandangan kita akan terfikir pada waktu ini, aku pernah melakukan sekian perkara, teringat pada waktu itu. Itulah jam. Jam yang di letakkan di dinding bukan sekadar penentu waktu malah pengimbau kenangan lalu. Jam, memainkan peranan sebagai penentu masa namun harus diteliti apa akan maksud disebalik setiap waktu itu. Adakalanya, jam membuatkan kita rindu pada saat-saat manis dan adakala boleh membuatkan kita mengalirkan air mata apabila teringat pada sesuatu kesakitan. Jadi usah perlekehkan apabila jam itu rosak, seharusnya dibaiki dan biar berputar semula.

Penulisan tidaklah seberapa hebat. Namun hanya ini yang diungkapkan. Sebenarnya Rindu itu berkait dengan masa. Jarak jauh itu juga berkait dengan masa sama juga dengan jam. Semuanya berkaitan dengan masa. Semuanya telah ditentukan dan juga ditakdirkan. Masa adalah penentu antara kita kembali atau kita akan berada di dalam jarak yang jauh. Rindu itu sudah menjadi satu kemestian ini kerana tawa sebagai pengubat duka, kala tangis kita bertema, kadar tekanan ada yang menghiburkan. Jam adalah penentu masa, yang mengimbau kembali dan juga mengamit semula memori. Penulisan yang diceritakan pada hari ini hanyalah datang dari pemikiran yang mencari satu kongklusi ketenangan. Di saat begini, perlu diharikan semula semua kekuatan agar mampu terus berjuang sehingga ke akhir waktu. Jika penulisan agak berbelit, fahamilah sendiri dengan bait-bait ayat yang dibelitkan. Simpulan bukan mudah, dan jalan penyelesaian bukan senang. Semoga Allah terus memberi ketenangan kepada semua yang membaca termasuk saya sendiri. 

Suka pada hadis ini :)

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” 
(Q.S. Al-Imran: 139)

Sunday 7 October 2012

Menulis Kerana Hati

Assalamualaikum W.B.T

Sejak kebelakangan ini saya sibuk dengan urusan kerja di pejabat dan ditambah dengan kerja luar yang memerlukan saya meninggalkan pejabat. Kebelakangan ini juga saya sibuk dengan urusan belajar yang memerlukan tumpuan secukupnya. Kebalakangan ini juga, saya hilang tumpuan, hilang semangat, hilang segala daya kekutan yang ada. Tidak dapat dipastikan kemana hilangnya semuan perkara yang ada. Mudah tersentuh, ada kala juga saya boleh menangis sendirian. Apa yang tidak kena pada diri saya, saya sendiri tidak mengerti. Keluhan demi keluhan yang dilepaskan, tetap sama tetap serupa. Jiwa mula rasa kosong, jiwa rasa sendiri dan tidak berteman. Semangat mula pudar, semagat mulai hilang. Dikejar-kejar, namun masih sama namun kaki masih gagah melangkah walaupun payah untuk menapak. :)



Wednesday 26 September 2012

Perjalanan Terakhir III : Tiada Lambaian

Assalamualaikum W.B.T :)



Perjalanan terakhir III  meneruskan kisahnya. Kali ini bercerita seorang lagi kenalan yang bakal terbang ke Dublin. Tidak berapa pasti berapa masa perjalanan ke sana. Kali ini, tiada lambaian di KLIA. Jumaat lepas berlepas sudah Salihin a.k.a Solihin Mahadi ke Dublin meneruskan perjuangan bagi mengejar cita-cita.Solihin? Who knows, dari hanya mendengar nama, sehingga mesra alam sebegini. Nak dijadikan cerita, semangat nak hantar Solihin fly masa hari sabtu sanggup nak skip kelas petang. Pergi KLIA sorang-sorang pun "tak ngape lerr" (ala-ala loghat perak). Orang kata kalau ada rezeki, dapatlah pergi ke KLIA, jika tiada bukan rezeki untuk berjumpa. Dijadikan cerita, bukak  Facebook dalam hari rabu rasanya (minggu lepas), Solihin mengeluarkan kenyataan sebegini :-

21/09/2012 MH 002 KUL/LHR 2340/0550
22/09/2012 E153 LHR/DUB 0850/1010

InsyaAllah pada hari Jumaat ini saya akan berlepas ke Ireland untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di RCSI. Jadi, sekiranya ada yang tersalah tersilap ter-over dan sebagainya minta maaf minta ampun. Lagi satu, andai kata saya ada berhutang dengan sesiapa, yang mungkin saya terlupa, sila tuntut cepat-cepat. Lambat tak dapat. Haha. Doakan perjalanan pergi itu selamat dan doakan kami semua berjaya dalam bidang yang dikehendaki.

Semoga kalian juga diberkati dalam setiap perkara yang dilakukan. Ameen.


Inilah Solihin a.k.a Salihin Mahadi
Macam artis tak? haha

Dengan pantas inbox Facebook Solihin, soalan tidaklah bertubi-tubi. Sedih sebenarnya, tidak lengkap cerita perjalanan terakhir yang telah dikarang dari episod pertama sehingga ke dua dan akhirnya episod yang ke tiga saya tidak membuat lambaian terakhir. Seperti biasa, berusaha keras Jumaat tu balik awal dari pejabat supaya boleh melakukan sesuatu yang di luar jangkaan, namun tetap tidak ada rezeki untuk berjumpa dengan Solihin. Itulah takdirnya, semuanya telah ditentukan dan juga telah dicorakkan. Air mata? tidaklah gugur di pipi namun hanyalah disimpan seketika. Sedih? Itu semestinya, semuanya seperti pantas berlaku. Dalam perjalanan tidak mampu menghantar khidmat pesanan ringkas disebabkan masalah yang tidak dapat dielakan. Setiba di rumah, lebih kurang 7.30 petang, selesaikan perkara yang wajib terlebih dahulu. Usai semua urusan dalam jam lebih kurang 8.10 atau 8.15 cuba telefon Solihin yang berada di KLIA. Teruja~ Dia angkat fon, tetapi tidak dapat berborak lama. "Boleh tak abg nash call Sol dalam  8.40, sebab Sol ada briefing ni " Sol - " Ok, boleh je, nanti abg nash call balik" Me! - end conversation. Seperti biasa, makan sehingga kenyang, mak masak siapa yang tak nak makan sampai kenyang, selesai makan, menghadap komputer riba dengan penuh tenang. 8.40! "Salam. Sol" Me! - " Abg Nash sorry, Sol tak habis lagi dengan benda dekat sini, ada Timbalan Pengaran JPA (X berapa nk ingat dah) datang, ada event sikit. Macam ni, senang abg nash call Sol dalam kul 10.30 ke atas macam tu, masa tu Sol dah masuk. Ok?" Sol - " Ohhh. Ok, boleh je. Nanti abg nash call Sol semula." Me! - end conversation. Masa tu, seperti ingin menulis sesuatu namun tidak ada apa-apa yang terlintas difikiran. Hanya menanti whatsApp dari Shazwan and Muhammad, namun ?? tengah malam baru mereka balas, keluar berjalan mencari rumah sewa dan dalam masa yang sama berjimba rasanya Status Facebook Shazwan  : Bru hbs karok kat CITRALAND ngan BOBO, ALI, ASRI dan Muhammad Shahrulzaman.. Mantap lah korang.. huhu :-) 

Sol and Family, Sol! again pinjam gambar
Dia dah jumpa kawan yang sehaluan, Alhamdulilah terus berusaha untuk menceriakan dunia anda Shazwan Sazali. Sementara tunggu Solihin bagi feedback boleh call,saya layan Trilogi Cinta II dekat TV1. Kalau dah peminat novel, drama pun kenalah layan supaya tidak ketinggalan. Menunggu? Biasalah, ada urusan yang perlu diselesaikan, terus menunggu dan akhirnya percubaan kali ke tiga berjaya.

"Salam, Sol, dh boleh cakap ke? dah habis urusan?" Me! - "Sol, dah masuk dah, tengah tunggu nak masuk cabin je. Abg Nash tau tak, hari ni Sol bad luck sangat. Timbang-timbang barang, sampai 25 kg, so kurangkanlah tinggal 23 kg, kena bayar RM ***.00 . Mahal sangat. Orang lepas-lepas Sol, 23 kg tak kena charge pun" Sol - "Serius ke?Sol sorang je ke kena charge?" - Me! - "Aah, Sol sorang je pulak tu yang kena charga, sabar jelah, melayang ***.00 tu. HUHU" Sol! - "Kesianya, kenapa tak jumpa orang kaunter tu balik, cakap kawan-kawan yang lain tak kena charge pun" Me! - "Tak pelah,  ........ " (Ok, dah tak ingat apa yang diborakkan, terlampau banyak sangat sehingga gelak dan tawa bertukar hilai tawa, bukan lagi ketawa ala-ala ayu lagi dah. HEHE! Berborak dengan Solihin hampir 24 M 27 S (masa ni tidak akan sesekali dilupakan). Thanks pada telefon rumah yang memberi info masa tu. "Abg Nash, Sol dah nak masuk .. " Sol! " Yeke, Ok Sol, sedihnya! Jaga diri Sol, Jaga kesihatan. Belajar rajin-rajin, 2 tahun setengah lagi kita jumpa ya! Nanti abg nash tunggu kapal terbang yang bawak Sol lalu, lambai dari rumah je. HAHA" Me! " Mmm.. HAHA.. Mmm.. Ok, Abg Nash jaga diri. Assalamualaikum." Sol! - "Baik, Waalaikumussalam, bye Sol!" Me! - end conversation. Sol? Sudah pun sampai di Dublin (confius sebenarnya, Dublin ke Ireland). Solihin ditempatkan di Royal Collage Surgeons Ireland dalam bidang Perubatan dan selepas dua tahun setengah di sana dia akan meneruskan pengajian di Penang Medical Collage. 

Aisar yang tengah-tengah!
Sorry Aisar, xda gambar single.
Selepas Solihin terbang dengan harapan tinggal 2 orang lagi dari 10 bersaudara ini di Malaysia. Akhirnya, ada juga cerita tentang Aisar Ahmad, Aisar akan terbang ke Zagazig, Mesir pada 1 Oktober 2012, melanjutkan pengajian dalam bidang Farmasi. Alhamdulilah, akhirnya usaha keras dia untuk membentuk satu kehidupan yang lebih jelas dan tenang di masa hadapan di permudahkan. Inilah corak kehidupan, dilanda pelbagai dugaan, Allah jua pembuka jalan, Allah jua memberi petunjuk dan kita sebagai hamba terus berusaha, berdoa dan juga menerimanya dengan hati yang terbuka. Aisar? Mengenali dia sebagai seorang kawan serumah Shazwan and Aiman, kawan sebilik Muhammad. Permulaan yang agak kekok namun lama kelamaan semuany menjadi satu ikatan ukhwah yang telah diberikan dengan pelbagai warna. 

Tamat kisah perjalanan terakhir. Akhir kata, apabila melihat kamu semua (9 Saudara) terbang melanjutkan pengajian di negara orang, timbul sedikit penyesalan, namun  kata-kata di dalam buku La Tahzan " Jangan sesekali memandang kebelakang kerana ia mematahkan semangat untuk bergerak ke hadapan. Hari ini milik anda, jadi jangan di minta pantaskan masa dan juga waktu, teruskan berusaha mendekatkan diri kepadaNYA." - Semangat, itu yang perlu sebenarnya, mahu melakukan perubahan dalam kehidupan, bukan mudah namun setapak demi setapak itu boleh dilakukan. Semoga sembilan dari kamu terus kuat dan tabah menjalani kehidupan di Negara Pengajian masing-masing. Jangan sesekali mengalah, PERSETANKAN segala benda remeh yang cuba muncul, itu hanyalah kerja Syaitan dan Iblis yang membuatkan kita lemah. Terima kasih kerana memberi ruang dan peluang mengenali anda sembilan saudara dan seterusnya, Cemara menjadi kenangan indah dan tidak akan dilupakan. Persahabatan kita sudah sampai ke kemuncak dan menunggu perngakhirnya. Semoga menjadi pakar-pakar perubatan yang membanggakan Malaysia dan seterusnya membantu pada yang memerlukan. Keep smile and miss you all guys~

" Kenapa 9? sebab seorang lagi meneruskan pengajian di IMU - International Medical University persediaan untuk ke United Kingdom. Selama 2 tahun ini dia akan menemani saya sementara 9 bersaudara terus berjang di Negara Pengajian. Syamsul Amri! HEHE! "

Selamat Selamanya :) -


Saturday 22 September 2012

Perjalanan Terakhir II : Persahabatan & Perpisahan

Assalamualaikum W.B.T

Kembali dengan perjalanan seterusnya. Malam khamis yang sudah berlalu (06.09.2012) - Ingatkan, perasaan itu biasa sahaja. Biarkan berlalu, tanpa fikir apa yang akan berlaku dan apa yang akan terjadi. Jadi pada asalnya, membiarkan perasaan itu berlalu. Hanya mampu dengan kata-kata, rasa kosong? Itulah yang dirasai saat itu. Jadi, sesi bercerita bersama Aiman malam tu terus menerus, tiadalah luahan yang begitu berat pun, sekadar berkisar tentang CD yang Aiman dapat dan Nikmatnya Coklat Itu~.Biasa, perpisahan mengajar kita lebih kuat.

Kenal Aiman, Fuzah, Aisar, Madie and Zuhaili. Yg lain tu kawan-kawan
depa.. hehe

Selesai urusan yuran di Puncak Perdana, meneruskan rutin hidup seperti biasa. Hari Jumaat, usai Solat Jumaat, persiapkan diri teman Zuhaili ke Lowyat beli PC katanya~ Jadi, sepanjang petang itu, menghabiskan masa dekat Lowyat. Seberapa lama, yang penting sebelum Maghrib dah balik rumah. Malam tu, melepakkan diri di rumah " Aik~ Tak keluar ke malam ni" My Father! "Tak pun... " Me! - "Mana nak keluar geng dah tak da" - My Mother! Serius macam satu tamparan hebat dalam kehidupan. Sabtu? Hari yang dinantikan? tidaklah begitu teruja, hanya terkejar-kejar untuk sampai ke destinasi. Bermulalah episod Perjalan Terakhir II : Persahabatan & Perpisahan. Pagi yang cukup indah bagi saya. Terbawa-bawa hingga sampai ke dalam mimpi. Cuba membiasakan diri. InsyaAllah ada rezeki yang Allah beri, akan tiba di Terminal 3, Jakarta. Perancangan yang agak teratur, berjumpa dengan Aunty Maya Seroja Kembang (OMG~ gurau je) - Mak Azre sebenarnya kami jumpa di McD Jaya Jusco. Lama tak jumpa Aunty Maya,jadi buatlah persidangan beramai-ramai dekat McD tu. Kebetulan Zuhaili nak betulkan sedikit Tab Aunty Maya. Hampur 3 jam duduk di situ, bermacam-macam cerita keluar dalam masa yang sama kami sempat skype dengan Azre. Dia takda dalam kampus dia masa tu, ada aktiviti luar. Borak sekejap je, sebab kami nak bergerak ke KLIA. Inilah destinasinya. Dalam kereta bermacam-macam perkara yang dibualkan. Memandangkan kawan Mardhiah tu gila-gila juga macam kami. Layankan ajeeee~ Perjalanan yang agak mencabar, dengan traffic jammed, saya dan Zuhaili belum menunaikan yang wajib dan juga Uncle Mardhiah mintak tolong beli barang, jadi bermacam-macam yang perlu dilalui dahulu sebelum sampai ke KLIA. Hujan agak lebat jugak masa tu, aku sempat membeli sedikit cenderamata kepada Mahfuzah.Kenapa Mahfuzah? Sebab dia telah berjaya buat design untuk blog saya.!. Thanks Fuzah, JasaMu dikenang~ Selepas melalui beberapa cabaran ke KLIA, akhirnya selamat tiba di KLIA jam 5.30 petang. Mereka yang ke India akan terbang lebih kurang dalam jam 10.00 malam (kalau tak silap). Seperti bermain kejar-kejar rasanya, berjalan dengan laju menuju ke tingkat paling atas. Kebetulan, dalam duk kalut-kalut tu terjumpa Aiman dipertengahan jalan. "Aik! g mana?" Me! - "Ambik barang dekat kereta kejap" Aiman - end conversation. Berada di tengah khalayak ramai yang berpusu-pusu untuk check in bagasi. Kami berempat yang nampaknya seperti terpinga-pinga mencari di mana hilangnya arah tujuan. Mata meliar mencari jika ada kelibat Hafizi atau Aizul. Namun, ianya hampa. Terus mencari dan akhirnya, telefon Aiman yang sedang berkejaran naik ke atas selepas usai urusan di kereta. Kami berada betul-betul di antara H dan (tak ingat)... Sorry~ Berdirilah di situ sementara menunggu Aiman tiba. Secara tidak lansung dalam sibuk menunggu Aiman sampai ke destinasi, " Fizi call" Me! "Assalamualaikum, Fizi kat mana?" " Waalaikumusalam, Fizi baru lepas solat, Abg Nash dekat mana? Fizi! - "Ohh. Dah ada kat KLIA, tunggu Aiman jap, jap lagi Abg Nash cari Fizi." Me! - end conversation.Sedang sibuk melihat pelbagai ragam manusia, Aiman yang penuh bergaya tu menghampiri kami empat orang. "Hye Aiman,!" - Me! "Abg Nash! HAHA" Aiman! - end conversation (dah tak ingat borak apa dengan Aiman) " Ada **** ?" Aiman! " Tak da pun, tak pe" Me! - end conversation. Aiman sangatlah sibuk, tapi dia cuba spend time dengan Zuhaili Mardhiah Kawan Madie and Me. Boraklah seketika, gelak tawa, adegan usik mengusik dan juga berfoto! "Aiman, call Fuzah, Abg Nash nak jumpa dia" Me! "Ok! Jap! Kredit-kredit terakhir di Malaysia.. HAHA" Aiman! - end conversation. Sempatlah bagi Fuzah present, simpan buat kenang-kenangan. Kenal Fuzah pun masa open house 2011 dekat rumah Shazwan. Bergambar seketika, dan hanya ucapan semoga berjaya buat dirinya. "Mana Fizi?" - Me! - "Entah, adalah tu kat mana-mana.. HAHA!" Aiman! - end conversation.Tiba-tiba .... "Nash! Handphone aku ni dah vibrate banyak kali dan aku tahu siapa call aku" Zuhaili! " - end conversation. Cerita selanjutnya hanyalah tinggal kenangan dan juga merupakan perkara paling menakutkan telah dilakukan. Dijadikan cerita perlu cepat pulang ke Kuala Lumpur semula. "Aiman, tak boleh lama, Jaga diri Aiman, thanks! Belajar rajin-rajin.. (tiba-tiba) ... diorang ****** (repeat twice maybe)." Me! Menitis jugaklah air mata. Sebak yang ditahan dari hari khamis di bawa ke hari sabtu rupanya. Biasalah, simpanan bakal mencurah ke ladang gandum jua. "Sabar ye~ ..... ****** .. " Aiman! - end conversation. Aiman? Sedar atau tidak dia dah ada dekat India sekarang, Medic Student at Manipal (Melaka Manipal Medical Collage). Mardhiah and Zuhaili, menjalankan kewajipan, bila nampak aku macam dah nak menangis dia trus snap gambar (maaf, gambar tidak dikeluarkan). So dapatlah snap dua tiga gambar. Sebenarnya, keadaan agak kelam kabut masa tu, sebab rush untuk balik ke Kuala Lumpur semula, jadi tercarilah Fizi, dia macam biskut on that day. Kejap ada, kejap takda. Akhirnya, dia berjalan seperti putera lindungan bulan bersama anak kecil, mungkin anak buah dia. Dah tu jalan ala-ala putera bawak botol susu lagi. Sebelum balik, sempat bersalam dan "Fizi, jaga diri baik-baik. Study rajin-rajin. Ada masa kita jumpa lagi." Me! "Ok Abg Nash, jaga diri. Thanks present" Fizi! - end conversation. Berlari anak ke Surau yang berdekatan melengkapkan apa yang perlu dilengkapkan. Usai kewajipan, terus keluar cari Mardhiah, tiba-tiba Mardhiah "Nanti, Aizul dah sampai, dia suruh tunggu kejap" Mardhiah! Semuanya dalam keadaan yang agak kelam kelibut. Sempat bertegur sapa dengan Syamsul dengan Haziq, mereka baru sampai masa tu. Akhirnya, sampai Aizul di tempat kami berkumpul. Sempatlah bergambar dan berborak seketika. Risau juga pada mulanya tak dapat jumpa Aizul, tapi Allah S.W.T tahu akan kehendak hambanya. "Aizul, jaga diri. Jangan lupa study, janga lupa kitaorang dekat Malaysia. Seronok kenal Aizul. Jaga diri, jangan nakal-nakal.. Jangan lupa ****** " Me! "InsyaAllah Abg Nash, Yeke, Serius ****** ... " Aizul! "Takpa, faham.. " Me! Sebak dan hampir menitiskan air mata. Sedih juga,berlepas tiga orang lagi selepas 3 orang sudah tiba di Indonesia. Semuanya berjuang demi masa depan. Ukhwah Never Ends, itulah ungkapan yang sentiasa saya katakan. Perjalanan pulang, Madie "Tiba-tiba madie rasa sedih pulak. Rasa macam nak nangis pun ada" Madie! Itulah yang aku rasa, menangis? perlu ke? pelik kan? tapi itulah, walau tidak serapat mana, cukup indah kenangan yang ada. Tidak perlu dinyatakan atau ditekankan dari mana datangnya tali persaudaraan ini. Allah telah menentukan dan telah pun memberikan, kenalilah mereka, maka kamu boleh berubah dari satu tapak ke satu tapak. Alhamdulilah~ Terima Kasih semuanya :)

Gambar Pilihan I

Fizi? Me and Zuhaili

Sempat jumpa Aizul akhirnya!

Gambar Pilihan II

Madie, Aiman, Zuhaili, Aizul and Kawan Madie

Bye Hafizi Abdul Razak, Bye Aiman Firdaus Azizan Bye Aizul Haidar Zulkifli. Ada masa kita jumpa lagi. Semoga dipermudahkan segalanya di India. Nice to meet and know you all guys~ Ukhwah Never Ends~

Perjalanan Terakhir III menyusul kemudian~

Thursday 20 September 2012

Perjalanan Terakhir I : Kenangan Abadi

Assalamulaikum :)
Di satu sudut, aku duduk dan terus berfikir, adakah sesuai tajuknya? Adakah perlu ditukar kepada lebih dramatik atau saya susun dengan kata-kata pujangga yang lebih puitis tajuknya. Apabila difikir semula, usahlah menukarkan perkataan yang diberikan oleh orang lain. Saya cuba hargainya dengan penceritaan yang menarik. Perjalanan terkahir I : Kenangan Abadi akan membawa kita terbang tidak jauh ke mana. Hanya memakan masa 2 jam hingga 2 jam 15 minit untuk sampai ke destinasinya.

Sementara ada waktu :)

Hampir dua minggu berlalu, selesai dahulu apa yang seharusnya diselesaikan baru menerjah ke Sri Petaling. Hanya membawa bagasi kamera DSLR dan cenderahati kenang-kenangan sebagai tanda persahabatan. Perjalanan yang memakan masa hampir satu jam tidaklah terlalu bosan kerna ditemani Zuhaili. Bersua muka dengan Aiman di Sri Petaling meneruskan misi ke Stesen KTM Petaling. Di kenali sebagai DD? HAHA! Aiman ambik dialah dekat stesen KTM Petaling. Susunan yang menarik. Aiman drive, Co Pilot semestinya saya. Penumpang kehormat DD? dan Zuhaili. Cerita disebaliknya? Telefonlah seorang mamat ni, berpuluh-puluh kali telefon tak diangkat-angkatnya. Akhirnya~ Pilot buat keputusan ambil Aisar dekat BTS (Bandar Tasik Selatan, Terminal). Masih mencuba menghubungi orang yang bernama Hafizi ! OMG~ Dia boleh tidur sementara tunggu kami nak ambik dia dekat Cheras. Sesudah sampai di Cheras, ingatkan Fizi dah siap! Rupa-rupanya masih lagi berlari-lari anak untuk mempersiapkan diri. Semuanya telha dilengkapkan, kami meneruskan perjalanan ke Klang. Lama tak bersua muka dengan mamat ni. Solihin!! OMG~ Havoclah kereta Aiman masa tu. Cuma masa ke KLIA, saya duduk depan sekali, tak dapatlah nak ketawa sangat dan dalam masa yang sama dah nervous takut tak sempat nak sampai ke KLIA. Tepat jam 11.30 pagi, sampai di KLIA terus ke G7 (kalau tak silap). Masa tu, aku dengan Sol, ada misi yang perlu dilaksanakan. Aku pergi lengkapkan misi yang Shazwan tak habiskan. Berjalan ala-ala Lumba Jalan Laju, terus ke kedai Coklat yang berdekatan untuk mendapatkan Ferrero Rocher. Selesai misi, pergilah mencari mereka-mereka ni dekat mana. Tiba-tiba lost sekejap dekat sana. Akhirnya, dapat jugak cari meraka ni, sebab ternampak family Shazwan berjalan menuju ke pentas yang disediakan di KLIA. Semasa di situ dapatlah berjumpa dengan Muhammad, Aman, Sulaiman, Hafiz (Apai) dan Aida. Semuanya fly ke Indonesia. Penerbangan ke sana memakan masa hampir 2 jam 15 minit. Mereka perlu ke check in jam 12.00 PM, jadi kami hanya ada masa 1/2 Jam untuk bersua, bercakap, meninggalkan pesanan dan sebagainya. Pada saat itu, hanya satu perasaan yang muncul iaitu sedih namun aku gagahkan diri. Misi Shazwan sudahpun selesai dan aku hanya menanti untuk menyerahkan gift saya kepada Shazwan. Ke hulu dan ke hilir bersama paper bag berwarna kelabu. Usai sesi penerangan bagi pelajar-pelajar yang akan terbang ke Jakarta, Indonesia mereka diberi masa hanya beberapa minit untuk bercakap dan bersalaman bersama keluarga dan rakan-rakan. Sempat bergambar bersama-sama rakan yang setia di Malaysia dan juga akan meneruskan perjuangan di rantauan kelak.

Aisar, Apai, Mad & Sol

Fizi, Zuhaili,Apai, Aiman, Sol, Shazwan & Aisar
Hanya bebrapa minit lagi bermulalah lambaian terakhir untuk mereka yang akan berada di Jakarta, Indonesia selama 5 tahun sebagai Medic Student di Falkutas Kedoktoran, Universitas Kristen Krida Wacana (UKRIDA). Memulakan tirai salam bersalaman bersama rakan-rakan dan seterusnya mencari kenalan yang dikenali. "Abg Nash kita belum salam lagi ni" Mad! - "Tak naklah salam Mad! HAHA" Me! - HAHA.. Mad, kalau mad terbaca! Gurau je tau masa tu. Ok! Bermula dengan Sulaiman kemudian Apai (Hafiz), kemudian Aman " Aman, Thanks, ada masa kita jumpa dekat Jakarta. Jaga diri baik-baik. Study rajin-rajin noh~ dan diikuti Mad! " Mad, jaga diri baik-baik kat sana. Semuanya dah tertulis. Jangan naka-nakal. Penting sekali jaga Wan kat sana. Jangan lupa abg nash Mad, ada masa Abg Nash p sana" Me! Ohoiiii~ berjaya, tiada titisan air mata OK! "abg Nash last sekali" Wan! - Tak tersentak pun! Sememangnya saya akan menjadi orang penghabisan. Pelukan terakhir di Malaysia, "Wan, Thanks.. Jaga diri baik-baik. Study hard, jaga kesihatan. Jangan lupa text, ada masa kita skype. Jaga kesihatan Wan. InsyaAllah, ada masa Abg Nash g sana, mana tau hujung tahun ni Abg Nash muncul dekat Jakarta. Apa-apa pun buat yang terbaik. Alah Jakarta dekat je kan!" Me! "Jaga diri Abg Nash, Zuhaili, jaga Abg Nash" Wan! Sekali lagi, tiada titisan air mata, sebenarnya Mentor takda masa tu (Nenek Shazwan). Kalau nenek dia ada, aku rasa aku join! Pantang orang keluar air mata ni (kalau yang dikenali). Sometimes, aku mampu bertahan dan ada masa memang tak boleh tahan, akan tumpah jua. Shazwan, mula bergerak ke keluarga dia yang hadir. Sesungguhnya, dia tidak mengalirkan air mata namun hanya senyuman yang diberikan.
" Ibu? Sejauh mana anak berada walalupun anaknya seorang anak lelaki, nalurinya sebagai ibu tetap akan tersentuh dan tetap merindui. Walaupun tidak dieskpresi namun seorang ibu akan menitis air mata walaupun bukan dihadapan kita dia tetap akan mengalirkan air mata cuma rahsia bagi dirinya sahaja. Bapa? Tabah, sabar lalu melepaskannya. Sudah diletakkan dalam diri anakku berjuang demi masa depan. Biarlah dia mengembara dan menggapai impian yang sudah dibina. Tabahkan hati anak ku. Jalan mu sudah ditentukan, onak dan cubaan itu sebagai satu ujian dan cabaran laluinya dengan tenang dan sabar. " - Hanya Gambaran Sahaja.

Shazwan Bersama Keluarganya
En. Sazali, Pn. Norhayati - Wawa! (adik dia)


Shazwan , merupakan orang terakhir yang turun ke bawah. Lambai dan terus melambai. Akhirnya kami di cermin melihat mereka beratur beramai-ramai untuk melepasi security system (tibai je ayat ni). Mereka ketawa di bawah, kami ketawa di atas, ada yang melambai, ada yang menangis dan ada juga yang gembira dengan penerbangan kali ini. Sudah ditakdirkan oleh Allah aku ke sana (Jakarta) - (Mungkin ada yang mengatakan sebegini). Saya? Masih lagi diposisi yang sama melambai dan mengambil gambar (macamlah tak boleh jumpakan. HAHA). Akhirnya, lambaian itu hilang dan mereka meneruskan perjalanan. "Abg Nash, jangan nangis ek~ Jangan sedih-sedih ye~ Alolo.. " Aiman! end conversation. Jahat gila! Tak berjaya pun kerja jahat korang. Alhamdulilah, selamat berlepas jam 1.55 petang (waktu Malaysia). Kami meneruskan perjalanan ke Putrajaya kerana Aiman and team ada urusan perlu diselesaikan. Solat Zohor di Masjid Besi dan seterusnya menersuskan perjalanan ke Klang, misi menghantar Solihin pulang ke Tanah Air. HAHA! Dalam kereta, itulah kali terakhir aku jumpa Sol, sebelum dia fly ke Ireland. Serius! Miss you so much nanti Solihin!  Akhirnya sampai di Kg. Sijangkang (sorry klu ejaan salah). Meneruskan perjalanan ke Subang. menghantar DD? (tak tau nama dia apa)... Drop betul-betul depan Kelantan Delight. Seterusnya tinggallah kami berlima, Fizi, Saya, Aiman,Zuhaili and Aisar. Meneruskan lagi destinasi ke Cheras, hantar Fizi pulang ke Tanah Air. HAHA! Sampai di Cheras, kami meneruskan lagi perjalanan ke Bukit Jalil jumpa Syamsul and Afiq (new person). Janggal ! itu je boleh diperkatakan, tapi act biasa je. Berbuka puasa bersama Aisar dan kami pun makan jugak. Bergerak ke Vista, tempat Syamsul tinggal selesaikan yang wajib dan ...... [Pancit Aiman hari tu!] Seterusnya Aiman hantar Saya, Aisar dan Zuhaili ke BTS (Bandar Tasik Selatan). "Jangan lupa datang sabtu ni." Aiman! - "InsyaAllah! Aiman!" - Me!
Shazwan and Zuhaili
Shazwan and Solihin
Shazwan! ??

Aida & DD?

Gambar Pilihan I

Gambar Pilihan II

Gambar Pilihan III
Begitulah ceritanya sepanjang berada di KLIA. Ini kali ke dua saya menghantar orang meneruskan pengajian ke Luar Negara. Saya bila lagi? InsyaAllah, jika ada kesempatan dan ada rezeki, akan sampailah ke destinasi yang saya inginkan. InsyaAllah.


Buat Shazwan Sazali

Allah S.W.T memberikan saya seseorang Kawan, Junior, Kenalan, Adik yang cukup bermakna. Terima kasih kerana memberi peluang untuk mengenali siapa Shazwan Sazali dan seterusnya menjadi seseorang kenalan yang sangat awesome. Walaupun jarak umur begitu jauh dan sungguh berbeza darsar kita, ikatan persaudaraan yang dijalinkan seperti "Air dicincang tidak akan putus". Inilah pemisahnya, masing-masing mencari halatuju dan kejayaan dalam kehidupan. Semoga kamu terus sukses dalam hidup tidak kira di mana sahaja kamu berada. Ingat, jangan sesekali lemah, dan jangan sesekali memandang ke belakang, kerana apabila kita memandang ke belakang ianya seakan-akan menjatuhkan semangat yang ada. Tiada siapa akan menggantikan tempat kamu. Lawak? Sesungguhnya, kamulah yang membuat manusia disekeliling ketawa dan juga tersenyum semula. Pemarah? Bukan sifat yang jelas pada diri kamu, seakan mudah sejuk semula adakalanya pemaaf. Inspirasi Anak Watan Zon R1? Ya, kamulah! Yang dicari dan yang dinanti. Terima kasih Wan, banyak menyedarkan akan kekhilafan yang berlaku di atas muka bumi Allah S.W.T. Ianya satu permulaan, InsyaAllah jika masih bernyawa, selagi itu melawan dan menonkah arus ujian yang mendatang, Terima kasih kerana masa dan kelapangan yang diluangkan. The best ever is Debat! Its awesome memory. Menangis, ketawa, stress, bertikam lidah, berizin laluan. Moment yang tidak akan dilupakan. When speaker say Shazwan Sazali the best speaker! Yeah! Dia sepatutnya dapat. Kamu so gifted! Belajar rajin-rajin, jangan sesekali lalai dalam pelajaran. Jaga diri dan jaga kesihatan! Be The Best Doctor~ Akhir sekali, "Kalau dulu kita ketawa, hari ini kita jauh di mata, Kalau dulu kita berjalan bersama kini, sudah berubah haluannya". Ukhwah Never Ends~


Tekad - Hazami
 
Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

( korus )
Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita
Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba

Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian

( ulang korus )

( bridge )
Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa

Menggapai cita-cita

Perjalanan terakhir akan bersambung ke Episod II -

Tuesday 18 September 2012

New Semester Begin

Assalamualaikum :)

Selepas berhempas pulas pada semester lepas, kini sudah mula menjejakkan ke semester baru. 22 September yang bakal tiba, bermulalah perjalanan baru di semester 3. Apa yang telah berlalu biarlah ianya berlalu seperti air. Kini, datanglah dengan semangat baru dan jangan sesekali memandang ke belakang, kerna apabila kita memandang semula ke belakang, masa itu hanya meruntuhkan semangat yang ada. Meneruskan perjalanan yang masih berliku dan beronak ini bukan mudah, namun masih ada Allah S.W.T yang membantu memberi penerang jalan, masih ada Al Quraan yang memberi petunjuk ke jalan yang diredhai. Semangat baru perlu ditanamkan demi menggapai impian yang penuh di dada. Jangan sesekali mengalah dan juga berhenti berdoa agar ada perubahan dan kebaikan dalam kehidupan. Selepas apa yang terjadi, bukan satu penyesalan namun menjadikan iktibar untuk kita perbaiki kelemahan dan fikirkan apa inisiatif kita sebagai manusia untuk memperkemaskan semula keadaan. 
Berusahalah dan maju kehadapan bukan sekadar dibibir namun kita harus azam dan bertekad dalam perbaharui dan perbaiki kesilapan yang lepas. Tunduk tidak semestinya lemah, bangkit tidak semestinya kuat. Dari mana hadirnya kekuatan? Dari Doamu kepada Allah S.W.T, dari ungkapan kaum keluarga, semangat dari sahabat handai. Setiap kata dari mereka, anggaplah satu nasihat dan kritikan yang membina untuk memperbaiki kelemahan. Cemburu? sebenarnya hanyalah pembunuh, sifat mazmumah yang perlu dijauhi. Ia mendatangkan kemudaratan sekiranya terus menular dalam diri, sepatutnya kita berusaha lebih keras untuk mencapai hingga ke matlamat yang telah dinoktahkan. Jadi bangkitlah dan teruskan usaha, jangan disesali dengan apa yang berlaku sebaliknya kita laluinya dengan tabah dan tenang. Selagi ada teman disekeliling, perkuatkan diri dan berjalan selagi mampu. Jatuh, bangkitlah semula demi kebahagiaan dan kesenangan di kemudian hari, :)


"Life like a butterfly" - Someone told me, life a like a butterfly, changed and fly. Change and fly. One day they will come back after the destination end? (sorry english tak bagus)



Sekian, Nerver Give Up and  Never Give In. Smile :) and keep it up ~ 

Welcome back to Puncak Perdana Campus!!