Wednesday 10 October 2012

Cerita Di Sebalik Tirai

Assalamualaikum :) 

Kalau orang tanya saya? Awak ada teman baik tak? Awak ada sahabat karib tak? Awak ada kawan baik?

Saya jawab "Gila ke tak da kawan baik? Mestilah ada~! Dulu nama company kami JNF Batik Enterprise" HAHA! Who knows lately ini saya banyak menceritakan perihal adik-adik saya yang berada di luar negara. Bukan tidak nampak yang berada di dalam negara, namun semuanya ada dihati. Semuanya saya simpan di dalam jiwa dan raga ini termasuklah keluarga sebagai tulang belakang selama saya hidup. Semestinya 6 tahun sudah berlalu, seingat saya 25 Julai 2007 saya mula mendaftarkan diri di Universiti Industri Selangor (UNISEL) yang kini dikenali sebagai Universiti Selangor. Umur waktu itu baru mencecah 19 tahun. So nerd ok! HAHA. Always ikut rules and regulation. Ok! Dalam buku pendaftaran syas ; NO JEANS~ HAHA. So, my brother says ; tak payah nak nerd sangat. Nanti ramai orang kau nampak pakai JEANS pergi kelas. Forget it about that. Bermulalah semester satu, Janggal! HAHA! Dulu biasa masa dekat sekolah, "Bangun! Selamat pagi cikgu" that word ! Keramat gila kot perkataan tu. But when I at University? HAHA! No, just bila class dismiss "Thanks Puan.. Thanks Sir" only that word we all use!

Masa orientation day lagi dah duduk sebelah dia. Saling jeling menjeling melihat form yang perlu diisi. Nama dia? Mohammad Jeffri Abu Hassan :) OMG ! 1st i meet i thought dia indian guy, but Father dia Indian Muslim and dia adalah anak tunggal. :) Mom and Dad adalah segalanya bagi dia. Maybe lepas ni akan berjumpa lagi dalam kelas. Ok! So, meneruskan perjuangan bagi mendapatkan segulung Diploma selama 2 1/2 tahun itu cukup mencabar.  Bermulalah destinasi sebagai mahasiswa, ingatkan jeff akan menjadi persimpangan dilema je but ukhwah never ends sayang. Dalam kelas duduk sebelah and mula berkenalan biasa-biasa je. Before kenal dengan jeff, selalu janji untuk pergi kelas dengan mamat nama Farhan! OMG! end of semester dia berhenti dapat masuk UiTM. Ok! Good Luck, saya tidak sepandai anda.. hahaha.. Saya tak boleh nak recognize bila saya jumpa Mohd Fairus Mohthar (sorry fai klu slh eja nama). Good listener dia ni. Mengikut imbauan yang tak tercapai kami mula rapat apabila satu kelas Computer Application. That so memory. HAHA! Pergi class sama-sama.. Memekak sama-sama. Orang nak benci kami? Silakan? hahaha.. Selama semester satu itu cuba dan belajar untuk kenal kawan baru. Orang kata dalam persahabatan ini kadang-kadang kita diuji juga. Bukan senang mengharunginya.

Mari saya cerita siapa mereka dua orang ini. Tidaklah terlalu terperinci namun mereka juga merupakan kekuatan di dalam UNISEL. :)

Mohd Fairus Mohthar :)


Inilah Fairus :)
1st time jumpa, biasa sahaja dia ni. "Simple but nice" OMG!Serius dia sangat memahami orang. Dia tak suka meremehkan keadaan. Pendiam bila ada sesuatu yang dipendamkan. Selama 8 semester bersama, macam-macam pernah dilalui. Tipu , jika tidak pernah berselisih faham mahupun bertikam lidah. Banyak membantu dalam pelajaran dan kata-kata semangat. Dia? kuat menyakat! HAHA! Serius kalau boleh semua orang dia nak kacau. Hehe.. Kalau bab perli orang memang bakat dia. By the way, semangat dia tinggi dan sangat pandai pointer dia tidak pernah bawah 3.7 ok! How come! Macam manalah dia study kan?Serius kalau dengar dia membebel, korang pasti ingat dia adalah wanita! hehe. Dia sangat memahami rakan-rakan disekelilingnya tidak pernah melupakan orang yang ada disekeliling  dan juga membantu mana yang mampu. Memahami kesusahan sendiri untuk mengecapi apa yang diinginkan. Berusaha selagi boleh sehingga penat lelah diketepikan. The most important thing dia kuat beradu sebenarnya. Lebih suka memendam rasa, adakalanya dia akan meluahkan apa yang dia rasa. Garang juga dia ni, cuma tak nak nampak. Low profile pihan terbaik buat diri dia. Tidak pernah sesekali mengaku kalah, dia tetap memperjuangkan apa yang dikehendaki. Kami kaki gosip, pantang ada yang baru semestinya kami akan bualkan dulu. HAHA! Membantu yang lemah juga adalah tanggungjawab dia. Bernas dan juga kreatif adalah bakat dia. Selama 2 1/2 bersama Fairus pelbagai yang telah dilalui. Itu semua adalah kenangan. Walaupun ada yang manis dan juga yang pahit mereka tetap rakan yang sentiasa di hati. Bertengkar itu biasa, namun dia jugalah teman kala duka. Sentiasa mendengar apa sahaja keluhan, jika ada idea yang bernas dia akn berikan sedikit nasihat mahupun pandangan dari minda inteleknya. Fairus mudah didekati namun jangan sesekali kecilkan hatinya, ingatanya sehingga ke akhir hayat. Dia juga manusia yang tidak menggunakan tapis teh untuk berkata-kata namun masih kuat untuk bersabar dalam bercakap. Tidak kedekut adalah satu sifatnya. Saling bertukar pendapat dalam mencari satu-satu penyelesaian. Dialah Fairus Mohthar.

Mohd Jeffri Abu Hassan :)


Ladies tu bukan marka dia noh~
Sorry xjumpa gmbr single
Penuh dedikasi dalam mengajar teman-teman. Melalui perwatakan nampak bersahaja namun mempunyai visi dan misi dalam kehidupan. Tunggal bukan penghalang untuk membuktikan kejayaan kepada adik beradik namun masih ada sedara mara yang mampu melihat kejayaanya. Mohd Jeffri Abu Hassan 3 penggal pegang MPP~ Wow! Awesome! Sangatlah penat bila jadi MPP ni macam-macam perlu dilaksanakan. Al last " Satu hari nanti aku akan pegang YDP" I never forget that word about 4 years ago. Dia lebih bersikap tenang dan juga tidak memilih untuk berkawan. Mudah didampingi dan juga mudah untuk dikenali. Tidak perlu hipokrit katanya untuk terus hidup. Lebih memendam rasa berbanding meluahkan apa yang dia rasa. Tidak semua boleh diceritakan, hanya ada pada dirinya sahaja. Jarang untuk melihat dia meluahkan rasa. Lebih arif dalam pembelajaran dan juga pengajaran. Lemah dibantu, yang ada dipertingkatkan. Tidak lokek dengan apa yang dia ada. Sharing is caring.!. Mungkin jadi prinsip hidupnya. Dia akan lokek pada manusia yang pernah melukakan hatinya (Cewahhh~). Meneruskan azam perjuangan sehingga ke titik yang terakhir dan tidak pernah sesekali alpa kesusahan dalam mengapai impian. Hari ini bukan untuk hari kebelakang, mungkin perkataan itu yang membuatkan dia berjaya. Dia? banyak membantu saya dalam pembelajaran. Tidak pernah sesekali lalai dalam melembarkan nasihat kepada rakan dan sahabat handai. Walaupun penat melayari kehidupan seharian dalam menjalankan tanggungjawab dia tidak pernah alpa terhadap pelajaran. Pointer maintain dari sem satu sehingga kini. Sedar atau tidak dia banyak membantu rakan disekeliling. Pantas dalam menjalankan tugas dan juga cekap dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Memiliki bakat seorang pemimpin membuatkan orang ramai mengundi dan dia kini bergelar Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL. Berusaha dari bawah dan kini hampir mencecah ke awan. Itulah Mohd Jeffri Abu Hassan.

Mereka telah melalui pelbagai corak cerita bersama saya selama 2 1/2 tahun di UNISEL. Kini mereka masih bergelar Mahasiswa di UNISEL dengan penuh dedikasi berjalan beriringan meneruskan perjuangan dalam bidang Perpustakaan. Ijazah Sarjana Muda bakal digenggam dan satu hari nanti Sarjana dan Doktor Falsafah menjadi impian suatu masa kelak. Persahabatan menjadi utuh apabila saling bantu-membantu dan ringan-meringankan. Setiap masa memberi kata semangat dan memberi nasihat lalu saling bertukar pendapat. Jangan ingat apabila kita berpisah, kita tidak akan bersua semula. Suatu ketika nanti nama kita berada dipersada. Merekalah teman pada masa kini (saya bekerja mereka belajar). Memenuhi ruang-ruang kosong, gelak tawa, dan juga belajar bersama. Terima kasih keran sentiasa bersabar dengan kerenah saya dan juga kelakuan saya. Sesungguhnya saya manusia yang alpa dan juga tidak sempurna. Keep smile and never end with the relationship. :)

No comments:

Post a Comment