Monday 29 July 2013

Cerita Ramadhan

Assalmualaikum W.B.T

20 Ramadhan, Maka masuk 10 hari terkahir Ramadhan. Cepatnya masa berlalu, bagaikan semalam baru sahaja berjumpa, kini kita ingin berpisah semula. Ayuh! Cepat 10 malam terakhir mencari sinar Lailatul Qadar :) Jangan lepaskan peluang, bukan datang selalu, datang hanya sesekali sahaja. 

Alhamdulilah, syukur tahun ini belum lagi terkandas puasanya. Itu puasa menahan lapar dan dahaga, bagaimana pula dengan amal dan juga ibadatnya? Masih sama, masih berusaha meneruskan perjuangan agar terhapus dosa-dosa lampau. Rasanya tidak cukup dengan amal dan ibadat yang ada kini, terus peringkatkan. Manusia ? Lalai dan alpa itu adakalanya menjadi satu rutin dalam kehidupan, tetapi Allah S.W.T  tidak pernah menutup jalan yang diredhai malah sentiasa memberi kita nikmat dan rezeki. Sebenarnya mencari keredhaan itu mudah tidak susah bergantung pada diri kita sendiri yang mengejar dan mengerjakannya. Aduhai hati! Teguhkanlah Iman dan Taqwa, bukan mudahuntuk terus Istiqamah, bukan mudah untuk terus kekal berubah kerna hati dan juga nafsu yang bergelimpangan. 

Jejak Ramadhan
Sedikit masa diluangkan dalam bulan Ramadhan untuk berehat dan juga mencari ketenangan, atas dasar diri sendiri, mencari sesuatu yang didambakan. Membuat keputusan dengan penuh teguh dan utuh, lalu menyusahkan beberapa pihak. Berehatlah dari sesak jadual kerja, sesak dari berpersatuan. Mendiamkan diri selama beberapa hari dan mengembirakan hati sendiri. Melihat kemeriahan Ramadhan, melihat kesibukkan mengejar emas dari penciptaNYA, membuatkan kita sendiri terusik, belum cukup dasar dan asah bagi diriku. Setelah menikmati hari-hari itu, sedikit linangan air mata, terkilan ungkapan utama, namun bukan rezeki dan juga ada hikmahnya, kerna kita tidak serupa dan kita jauh berbeza. Menghabiskan waktu-waktu dengan aktivitas sendiri mencari kenapa hati resah basah dan sepi...

Gelandangan?
Salam Nuzul Al Quran buat pembaca sekalian. Terpanggil untuk membuat amal. Beberapa orang dari kami sukarela untuk memberi juadah bersahur kepada yang tidak berkemampuan. Akhirnya, beberapa perkara berlaku yang membuatkan salah seorang sahabat terasa lemah dengan keadaan yang dihadapi. Sedikit kemarahan yang memuncak dari saya, membuatkan diri rasa cukup tidak bermaya. Tatkala itu fikiran yang entah melayang ke mana, mencari masa untuk kembali tenang seperti sediakala. Mencari di mana ada Rumah Allah yang boleh didiami sementara. Cekal dan tabahkan hati, senyum dan terus tersenyum, di kala senyum terukir, badan mulai lemah, badan seperti tidak bermaya, mula merembeskan bersin, mula terasa lesu. Allahuakbar! Ujian Allah kepada Mu, kepenatan yang bertubi-tubi. InsyaAllah, pahit mulanya ada manis pada seterusnya. 

Selepas 10 Bulan
Tak kenal maka tak cinta, Tak kenal maka tak berkata. Selepas 10 bulan hidup di negara orang, kini kami bertemu kembali, beceloteh bersama, tersenyum riang, walau badan dalam keadaan yang cukup lemah, namun kaki gagah berjalan. Bukan selalu untuk bersua muka, sekali sekala, tidak mengapa gagahkan diri, positifkan minda agar terus sihat sentiasa. Berkongsi cerita, iftar bersama dan juga menikmati desert bersama, pelbagai kisah dan cerita dikongsi, cerita IMU, cerita di Jakarta dan juga paling menarik adalah cerita dia di Ireland. Seronok mendengar terasa cemburu, aduhai hati bersabarlah, jika ada rezeki InsyaAllah akan ke sana jua satu hari nanti. :) Usai, terus ke Sri Petaling merehatkan badan di sana, sempat skype bersama Manipal student, walaupun hanya bertanya dua tiga perkara. Dibiarkan mereka melepaskan kerinduan, daku terbaring bersama koolfever dan bantal peluk. 

Penulisan yang menceritakan beberapa perkara yang berlaku, ianya datang dari minda dan hati. 
One word : 
I know who I am, I know where I am and I know who I appreciate. Each person will be treated differently, depending positively on what is seen, be heard and spoken.

Friday 12 July 2013

Impact to Effect

Assalamualaikum W.B.T

Ramadhan 1434

Alhamdulilah, secara sedar, kita telah berada di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan :) Pada bulan inilah kita mengumpul segala nikmat pahala sehingga tidak terhitung. Jaga hati, Jaga mulut, Jaga mata dan Jaga perbuatan kata orang keliling. Dalam bulan inilah kita meminta agar pintu hati ini dibuka dan juga bukanlah pintu taubat untuk kita terus mencari kredhaan dariNYA. Sudah masuk hari ke tiga, Allah jika ingin memberi nikmat diujinya dahulu diri kita ini, jika doa tidak dimakbulkan jangan sesekali mengalah, malah berusaha lagi sehingga kita rasa kita peroleh apa yang kita inginkan. Percayalah, Allah S.W.T Maha Mendengar dan Maha Mengasihani, lama kelamaan dalam tidak sedar kita dapat apa yang kita inginkan. Asal jalan yang sempit itu diperluaskan dengan doa.

Program IMPACT :)

Wahau! What the sweet memory. Minggu lepas, di bawah pertubuhan Generasi Pelapis Malaysia, saya telah menjadi sukarela di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Fasilitator bagi Program Hala Tuju Pelajar Tingkatan Lima (5) oleh Gabungan Mahasiswa Dalam Negara dan Luar Negara kerjasama dengan Majlis Belia Negara dan juga Dewan Bahasa dan Pustaka. Wow! Impress. Secara totalnya, semua dari kalangan pelajar tajaan luar negara. Ada yang dari University Liverpool, Newcastle, Dublin, Moscow, Alexandria, Wake Forest dan pelbagailah. Sangat menarik program ni, pada mulanya sangat kekok dengan keadaan disebabkan mereka ini pelajar-pelajar bijaksana. Berbanding dengan saya yang hanya graduan dari IPTS dan kemudian menyambung pengajian sambil berkerja di salah sebuah IPTA. Rata-rata dari mereka bercakap dalam bahasa inggeris, namun itu bukanlah penghalang. Mereka sangat baik dan tidak membezakan diri. Saling bertegur sapa dengan semua orang dan menjadikan orang lain selesa dengan diri mereka. Apa yang kurang, dilebihkan dan apa  yang lebih dikongsikan. Program yang dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana memohon univeristi dan program yang diminati di universiti. Bagaimana temuduga sewaktu untuk mendapatkan tajaan dalam dan luar negara. Friendly speaking, mereka sangat ramah dan dalam masa yang sama sharing knowledge yang sangat tinggi dan pada mulanya saya andaikan pelajar-pelajar bijaksana ini takdalah nak buat lawak sempoi mahupun bodoh, tapi kena buang pemikiran tu, mereka sangat LAWAK! Spontan dan juga bersahaja. 

Apa yang saya dapat?
  • Pengalaman yang berharga ini saya tagline " New Friend New Hope New Passion "
  • Semangat nak melanjutkan pelajaran ke Luar Negara itu ada, namun masih memilih Asia Tenggara sahaja. Kita tahu di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Mendengar pengalaman mereka membuatkan diri semangat dan mempunyai niat untuk memperbaiki diri. 
  • New Friend, adakalanya kita perlu mencari haruman baru. Berkenalan dengan semua orang agar pengalaman kita lebih meluas dan juga maklumat kita lebih banyak. Dalam konteks ini saya lebih suka melihat dan memerhati, dan dari pemerhatian itu saya lihat di mana keihlasan. Berkongsi cerita dengan mereka, melihat kerenah dan telatah teringat pada satu kumpulan yang sentiasa diingatan. Hope, kita terus menerus dalam ukhwah ini Impact group. :) 
  • Hari yang sangat mengembirakan, ketawa dengan kerenah dan telatah, makan tak kenyang memikirkan tugasan yang diberikan dan juga cara mereka berkerja adalah sangat profesional. Dalam tak sedar mereka sangat efisen bagi saya. Pantas dan juga tangkas walaubagaimanapun kekurangan itu ada dan boleh diperbaiki. 
Hope can see you again guys. :) *blushing*  Thanks to Azre Aziz yang membuka ruang untuk menambah rakan-rakan yang tidak dikenali. Norashikin Shahruddin! Kita rasa macam ada dibawah tanah masa tu. Nice to meet you : Juina, Abrar, Syafiqah (UIA), Syafiqah (Ireland), Nik, Rifhan, Amirul, Acacia, Fauzi, Nadzri, Khairul Aiman, Farisha, Asyraf, Fahmi, Ridhuan, Zikri, Shauqi, Zuhdi, Nissa, Shakir dan ramai lagilah. Thanks, jumpa lagi di lain bingkisan :)

Selamat berpuasa buat pembaca semua. :)

Tuesday 2 July 2013

Sekilas Dugaan

Assalamualaikum W.B.T


Apalah daya diri yang serba kekurangan. Lagi mahu dilupakan, lagi bertambah masuk ke dalam minda. Aduhai minda, berhentilah seketika berfikir perkara yang sudah berlalu dan juga perkara yang sudah jumpa jalan penyelesaiannya. Sekitar jam 2.30 pagi tiba di Wangsa Maju, setelah selesai study bersama-sama rakan sekelas untuk menghadapi killer paper bagi kami. Alhamdulilah, akhirya selepas 19 jam tidak tidur, terasa badan sangat letih dan tidak mampu melelapkan mata. Seperti biasa, risau dek kerana study ala kadar dan baca important part sahaja. Secara amnya, paper yang kami perlu menduduki peperiksaan pada hari ini adalah TECHNICAL paper. Latihan perlu dan kefahaman untuk melakukan. Jam 6.50 barulah terkial-kial nak subuh dan bermandi manda bergilir-gilir. Selesai mandi, OK! Nasi goreng omak den masak dah siap. Siap makan jalan! tepat 8.00 pagi dengan penuh confiedent DUKE tak jammed! Ok! Hamberk! 8.10am sampai 8.22 am masih dekat duke belum melepasi tol untuk ke Guthrie  (maybe) Masuk Guthrie! 3 kali jammed, jam dah menunjukkan 8.40 am. Speed dan hampir excident dan sempat mengelak. Allah masih memberi peluang, Dosa belum habis cuci. Meneruskan perjalan, 8.55 Stuck dekat NST on the way nak masuk Shah Alam. You have half and hour ! Serius masa tu hanya berdoa pada Allah supaya dipermudahkan segalanya. Masuk area Shah Alam tau jelah traffic light berjuta-juta lemon! Stop! Stop! Stop! Bila nak sampai seksyen 7 ni! 9.35 sampai di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7.. Dup Dap Dup Dap! Ingat tak lepas masuk. Alhamdulilah! Lepas. Semangat bukak paper! Part A (Q1) - Satu hapa pun tak tau melainkan ABOUTNESS! Selak! Part B Q1 - Tak faham dan tak tahu lansung. Q1 ? Bolehlah jawab asalkan jangan tinggal ruang kosong. Q3 - Q5 - Logic, Related, Hentam menjadi resipi.Q6, Tenung dan fahamkan. Part C Q1 Letaklah apapun Q2 create Indicative Abstract. Sudah dijangka soalan tu keluar sebab semester sebelum informative, SO DONE!  But .... I'm Still Down coz of apa yang dibaca habis lupa segalanya dan jawapan pada soalan yang dikehendaki seperti tidak menepati citarasa tangan mata dan mulut yang membaca. Tawakal! Sehingga mood terbawa-bawa! 

  • Allah kalau mahu menduga tidak kira tempat dan masa. Di mana sahaja akan diberi.
  • Allah kalau dia nak hambanya dekat dengan DIRINYA, maka diberikan sedikit kurma ujian yang perlu disulam sirap tangisan. 
  • Apa yang berlaku hari ini membuatkan saya sendu dan sedan. Merintih memerlukan pertolongan. Bercerita dengan sesiapa sahaja untuk mengembirakan hati, namun...... secara tidak sengaja " apabila diharap kail si ikan emas, namun terkail si ikan keli"

Selamat Malam :)

Monday 1 July 2013

Sekali Imbas

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulilah, masih lagi diberi peluang untuk terus menyedut udara segar dan berpijak di bumi Allah ini. Selamat datang bulan Julai dan Ramadhan Al Mubarak. Alhamdulilah, semoga kita dapat bertemu Ya Ramadhan. :) Rejab hampir melabuhkan tirai. Semoga kita berjumpa lagi di tahun yang baru. 

  • Perkara yang berlalu, biarlah berlalu. Kini terus berjalan menempuh segala dugaan dan cabaran. Jika tiada sesiapa ingin mendengar Allah S.W.T sentiasa ada. " Kita selalu lupa Allah, Allah tak pernah lupakan kita."
  • Hari ini buku baru dibuka, sentiasalah berdoa diberi kekuatan, kesihatan, kesejahteraan, kebahagiaan dan rezeki yang murah. Allah menjanjikan yang terbaik kepada hambanya yang berusaha dan menuju ke jalan yang diredhai olehNYA :)
  • Jika dahulu pernah melakukan segala kemaksiatan, jika kini mampu melawan, teruskan. Jangan mengalah, jangan sesekali terpedaya, kerana kekuatan dan senjata orang Islam itu adalah Doa. Doa akan menjadi 1001 dinding kebal yang membantu kita agar tidak terus lalai dan alpa.
  • Apa yang berlaku pada hari ini, bukan bermakna sentiasa akan berlaku, namun kita perbaiki dan kita perbaharui dengan penuh keikhlasan. Ikhlaskan hati dengan apa sahaja yang kita lakukan, maka akan kita rasai manisnya. 
  • Ukhwah? Persahabatan? Persaudaraan? Rakan? Sahabat? Menjadi tunggak dalam perjuangan dalam kehidupan namun harus kita perhati satu persatu. Terimalah yang menghargai dan berilah pada yang mengerti. Alangkah susah sebenarnya mengupas erti persahabatan namun jika keikhlasan bermaharajalela akan dirasai manisnya ukhwah. Hati tidak sama dengan bibir, namun cukuplah di dalam doa. Sama-sama berdoa dan bermunajat agar tali persaudaraan dan persahabatan kita kekal ke Jannah :) Amin. 
  • Rezeki, hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang mahu diberikan dan apa yang bakal ditarik semula. Diberikan ucaplah dengan perkataan syukur namun apabila ditarik jangan sesekali mengalah namun terus berusaha untuk mendapatkan keredhaaNYA. :)
  • Semenjak dua menjak ini, terasa seronok dengan sesuatu perkara. Datang secara tiba-tiba, tak diundang pun, memikirkan beberapa perkara membuatkan hati rasa tidak perlu. Terlalu berbeza dan sangat-sangat berbeza. Jika satu hari nanti perkara diketahui, hanyalah mohon maaf, perkara biasa yang dilalui. Andai itu takdirnya. :)
  • Alhamdulilah, semester hampir berkahir, esok 02.07.13 adalah hari kedua berjuang di medan peperiksaan. Semoga Allah mempermudahkan urusan peperiksaan dan diterangi hati untuk menjawab soalan-soalan cepu emas yang dikeluarkan. Seterusnya, akan kembali ke medan peperangan setelah 5 hari berlatih dan menambah kemahiran. 08.07.13 adalah penamat bagi semester ini. Nasib baik sebelum puasa, kalau tak mau leleh air mata. Semoga result kali ini, memberi impak yang positif. Rindu zaman A berderet-deret. :) 
Maka, buku lama ditutup dan buu baru dibuka. Mencari satu ketenangan yang abadi sehingga mata tertutup. Yakin Allah sentiasa ada walau di dalam apa jua keadaan yang berlaku. Allah lebih tahu dari kita yang cerdik pandai ini. Apa yang kita miliki hari ini adalah dari Allah dan pemberiaanya. Lupa dan lalai membuatkan kita tersungkur dan Syukur dengan nikmatNYA membuatkan kita tenang dan senang. Alhamdulilah. :) 

"Kadang-kadang Allah hantar orang baik dekat kita, sebab kita tak cukup baik dan kadang-kadanng Allah tarik balik mereka semua, sebab allah nak tengok, kita jadi baik sebab Allah, atau sebab manusia." - Tanpa Nama (Khadimu Al-Quran)