Friday 12 July 2013

Impact to Effect

Assalamualaikum W.B.T

Ramadhan 1434

Alhamdulilah, secara sedar, kita telah berada di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan :) Pada bulan inilah kita mengumpul segala nikmat pahala sehingga tidak terhitung. Jaga hati, Jaga mulut, Jaga mata dan Jaga perbuatan kata orang keliling. Dalam bulan inilah kita meminta agar pintu hati ini dibuka dan juga bukanlah pintu taubat untuk kita terus mencari kredhaan dariNYA. Sudah masuk hari ke tiga, Allah jika ingin memberi nikmat diujinya dahulu diri kita ini, jika doa tidak dimakbulkan jangan sesekali mengalah, malah berusaha lagi sehingga kita rasa kita peroleh apa yang kita inginkan. Percayalah, Allah S.W.T Maha Mendengar dan Maha Mengasihani, lama kelamaan dalam tidak sedar kita dapat apa yang kita inginkan. Asal jalan yang sempit itu diperluaskan dengan doa.

Program IMPACT :)

Wahau! What the sweet memory. Minggu lepas, di bawah pertubuhan Generasi Pelapis Malaysia, saya telah menjadi sukarela di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Fasilitator bagi Program Hala Tuju Pelajar Tingkatan Lima (5) oleh Gabungan Mahasiswa Dalam Negara dan Luar Negara kerjasama dengan Majlis Belia Negara dan juga Dewan Bahasa dan Pustaka. Wow! Impress. Secara totalnya, semua dari kalangan pelajar tajaan luar negara. Ada yang dari University Liverpool, Newcastle, Dublin, Moscow, Alexandria, Wake Forest dan pelbagailah. Sangat menarik program ni, pada mulanya sangat kekok dengan keadaan disebabkan mereka ini pelajar-pelajar bijaksana. Berbanding dengan saya yang hanya graduan dari IPTS dan kemudian menyambung pengajian sambil berkerja di salah sebuah IPTA. Rata-rata dari mereka bercakap dalam bahasa inggeris, namun itu bukanlah penghalang. Mereka sangat baik dan tidak membezakan diri. Saling bertegur sapa dengan semua orang dan menjadikan orang lain selesa dengan diri mereka. Apa yang kurang, dilebihkan dan apa  yang lebih dikongsikan. Program yang dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana memohon univeristi dan program yang diminati di universiti. Bagaimana temuduga sewaktu untuk mendapatkan tajaan dalam dan luar negara. Friendly speaking, mereka sangat ramah dan dalam masa yang sama sharing knowledge yang sangat tinggi dan pada mulanya saya andaikan pelajar-pelajar bijaksana ini takdalah nak buat lawak sempoi mahupun bodoh, tapi kena buang pemikiran tu, mereka sangat LAWAK! Spontan dan juga bersahaja. 

Apa yang saya dapat?
  • Pengalaman yang berharga ini saya tagline " New Friend New Hope New Passion "
  • Semangat nak melanjutkan pelajaran ke Luar Negara itu ada, namun masih memilih Asia Tenggara sahaja. Kita tahu di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Mendengar pengalaman mereka membuatkan diri semangat dan mempunyai niat untuk memperbaiki diri. 
  • New Friend, adakalanya kita perlu mencari haruman baru. Berkenalan dengan semua orang agar pengalaman kita lebih meluas dan juga maklumat kita lebih banyak. Dalam konteks ini saya lebih suka melihat dan memerhati, dan dari pemerhatian itu saya lihat di mana keihlasan. Berkongsi cerita dengan mereka, melihat kerenah dan telatah teringat pada satu kumpulan yang sentiasa diingatan. Hope, kita terus menerus dalam ukhwah ini Impact group. :) 
  • Hari yang sangat mengembirakan, ketawa dengan kerenah dan telatah, makan tak kenyang memikirkan tugasan yang diberikan dan juga cara mereka berkerja adalah sangat profesional. Dalam tak sedar mereka sangat efisen bagi saya. Pantas dan juga tangkas walaubagaimanapun kekurangan itu ada dan boleh diperbaiki. 
Hope can see you again guys. :) *blushing*  Thanks to Azre Aziz yang membuka ruang untuk menambah rakan-rakan yang tidak dikenali. Norashikin Shahruddin! Kita rasa macam ada dibawah tanah masa tu. Nice to meet you : Juina, Abrar, Syafiqah (UIA), Syafiqah (Ireland), Nik, Rifhan, Amirul, Acacia, Fauzi, Nadzri, Khairul Aiman, Farisha, Asyraf, Fahmi, Ridhuan, Zikri, Shauqi, Zuhdi, Nissa, Shakir dan ramai lagilah. Thanks, jumpa lagi di lain bingkisan :)

Selamat berpuasa buat pembaca semua. :)

No comments:

Post a Comment