Monday, 1 July 2013

Sekali Imbas

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulilah, masih lagi diberi peluang untuk terus menyedut udara segar dan berpijak di bumi Allah ini. Selamat datang bulan Julai dan Ramadhan Al Mubarak. Alhamdulilah, semoga kita dapat bertemu Ya Ramadhan. :) Rejab hampir melabuhkan tirai. Semoga kita berjumpa lagi di tahun yang baru. 

  • Perkara yang berlalu, biarlah berlalu. Kini terus berjalan menempuh segala dugaan dan cabaran. Jika tiada sesiapa ingin mendengar Allah S.W.T sentiasa ada. " Kita selalu lupa Allah, Allah tak pernah lupakan kita."
  • Hari ini buku baru dibuka, sentiasalah berdoa diberi kekuatan, kesihatan, kesejahteraan, kebahagiaan dan rezeki yang murah. Allah menjanjikan yang terbaik kepada hambanya yang berusaha dan menuju ke jalan yang diredhai olehNYA :)
  • Jika dahulu pernah melakukan segala kemaksiatan, jika kini mampu melawan, teruskan. Jangan mengalah, jangan sesekali terpedaya, kerana kekuatan dan senjata orang Islam itu adalah Doa. Doa akan menjadi 1001 dinding kebal yang membantu kita agar tidak terus lalai dan alpa.
  • Apa yang berlaku pada hari ini, bukan bermakna sentiasa akan berlaku, namun kita perbaiki dan kita perbaharui dengan penuh keikhlasan. Ikhlaskan hati dengan apa sahaja yang kita lakukan, maka akan kita rasai manisnya. 
  • Ukhwah? Persahabatan? Persaudaraan? Rakan? Sahabat? Menjadi tunggak dalam perjuangan dalam kehidupan namun harus kita perhati satu persatu. Terimalah yang menghargai dan berilah pada yang mengerti. Alangkah susah sebenarnya mengupas erti persahabatan namun jika keikhlasan bermaharajalela akan dirasai manisnya ukhwah. Hati tidak sama dengan bibir, namun cukuplah di dalam doa. Sama-sama berdoa dan bermunajat agar tali persaudaraan dan persahabatan kita kekal ke Jannah :) Amin. 
  • Rezeki, hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang mahu diberikan dan apa yang bakal ditarik semula. Diberikan ucaplah dengan perkataan syukur namun apabila ditarik jangan sesekali mengalah namun terus berusaha untuk mendapatkan keredhaaNYA. :)
  • Semenjak dua menjak ini, terasa seronok dengan sesuatu perkara. Datang secara tiba-tiba, tak diundang pun, memikirkan beberapa perkara membuatkan hati rasa tidak perlu. Terlalu berbeza dan sangat-sangat berbeza. Jika satu hari nanti perkara diketahui, hanyalah mohon maaf, perkara biasa yang dilalui. Andai itu takdirnya. :)
  • Alhamdulilah, semester hampir berkahir, esok 02.07.13 adalah hari kedua berjuang di medan peperiksaan. Semoga Allah mempermudahkan urusan peperiksaan dan diterangi hati untuk menjawab soalan-soalan cepu emas yang dikeluarkan. Seterusnya, akan kembali ke medan peperangan setelah 5 hari berlatih dan menambah kemahiran. 08.07.13 adalah penamat bagi semester ini. Nasib baik sebelum puasa, kalau tak mau leleh air mata. Semoga result kali ini, memberi impak yang positif. Rindu zaman A berderet-deret. :) 
Maka, buku lama ditutup dan buu baru dibuka. Mencari satu ketenangan yang abadi sehingga mata tertutup. Yakin Allah sentiasa ada walau di dalam apa jua keadaan yang berlaku. Allah lebih tahu dari kita yang cerdik pandai ini. Apa yang kita miliki hari ini adalah dari Allah dan pemberiaanya. Lupa dan lalai membuatkan kita tersungkur dan Syukur dengan nikmatNYA membuatkan kita tenang dan senang. Alhamdulilah. :) 

"Kadang-kadang Allah hantar orang baik dekat kita, sebab kita tak cukup baik dan kadang-kadanng Allah tarik balik mereka semua, sebab allah nak tengok, kita jadi baik sebab Allah, atau sebab manusia." - Tanpa Nama (Khadimu Al-Quran)

2 comments:

  1. Apa yang akak rasa bila mengadu pada Allah terasa ketenangan yang tak dapat digambarkan. Sungguh hati terasa puas bila kita merintih, mengadu, berdoa mohon kepadaNYA. memang benarlah Allah tidak lupa pada kita hanya kita yang sentiasa lalai. Teruslah berdoa dengan penuh kesabaran insha allah akan merasa manisnya kelak...

    Andai itu takdirnya hargailah ia sebelum ianya pergi, semoga berbahagia dengannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak liza. :) Semoga hati ini terus Istiqamah dan Ikhlas.
      Andai itu takdirnya, biarlah Allah yg tentukan. :)

      Delete