Monday 29 July 2013

Cerita Ramadhan

Assalmualaikum W.B.T

20 Ramadhan, Maka masuk 10 hari terkahir Ramadhan. Cepatnya masa berlalu, bagaikan semalam baru sahaja berjumpa, kini kita ingin berpisah semula. Ayuh! Cepat 10 malam terakhir mencari sinar Lailatul Qadar :) Jangan lepaskan peluang, bukan datang selalu, datang hanya sesekali sahaja. 

Alhamdulilah, syukur tahun ini belum lagi terkandas puasanya. Itu puasa menahan lapar dan dahaga, bagaimana pula dengan amal dan juga ibadatnya? Masih sama, masih berusaha meneruskan perjuangan agar terhapus dosa-dosa lampau. Rasanya tidak cukup dengan amal dan ibadat yang ada kini, terus peringkatkan. Manusia ? Lalai dan alpa itu adakalanya menjadi satu rutin dalam kehidupan, tetapi Allah S.W.T  tidak pernah menutup jalan yang diredhai malah sentiasa memberi kita nikmat dan rezeki. Sebenarnya mencari keredhaan itu mudah tidak susah bergantung pada diri kita sendiri yang mengejar dan mengerjakannya. Aduhai hati! Teguhkanlah Iman dan Taqwa, bukan mudahuntuk terus Istiqamah, bukan mudah untuk terus kekal berubah kerna hati dan juga nafsu yang bergelimpangan. 

Jejak Ramadhan
Sedikit masa diluangkan dalam bulan Ramadhan untuk berehat dan juga mencari ketenangan, atas dasar diri sendiri, mencari sesuatu yang didambakan. Membuat keputusan dengan penuh teguh dan utuh, lalu menyusahkan beberapa pihak. Berehatlah dari sesak jadual kerja, sesak dari berpersatuan. Mendiamkan diri selama beberapa hari dan mengembirakan hati sendiri. Melihat kemeriahan Ramadhan, melihat kesibukkan mengejar emas dari penciptaNYA, membuatkan kita sendiri terusik, belum cukup dasar dan asah bagi diriku. Setelah menikmati hari-hari itu, sedikit linangan air mata, terkilan ungkapan utama, namun bukan rezeki dan juga ada hikmahnya, kerna kita tidak serupa dan kita jauh berbeza. Menghabiskan waktu-waktu dengan aktivitas sendiri mencari kenapa hati resah basah dan sepi...

Gelandangan?
Salam Nuzul Al Quran buat pembaca sekalian. Terpanggil untuk membuat amal. Beberapa orang dari kami sukarela untuk memberi juadah bersahur kepada yang tidak berkemampuan. Akhirnya, beberapa perkara berlaku yang membuatkan salah seorang sahabat terasa lemah dengan keadaan yang dihadapi. Sedikit kemarahan yang memuncak dari saya, membuatkan diri rasa cukup tidak bermaya. Tatkala itu fikiran yang entah melayang ke mana, mencari masa untuk kembali tenang seperti sediakala. Mencari di mana ada Rumah Allah yang boleh didiami sementara. Cekal dan tabahkan hati, senyum dan terus tersenyum, di kala senyum terukir, badan mulai lemah, badan seperti tidak bermaya, mula merembeskan bersin, mula terasa lesu. Allahuakbar! Ujian Allah kepada Mu, kepenatan yang bertubi-tubi. InsyaAllah, pahit mulanya ada manis pada seterusnya. 

Selepas 10 Bulan
Tak kenal maka tak cinta, Tak kenal maka tak berkata. Selepas 10 bulan hidup di negara orang, kini kami bertemu kembali, beceloteh bersama, tersenyum riang, walau badan dalam keadaan yang cukup lemah, namun kaki gagah berjalan. Bukan selalu untuk bersua muka, sekali sekala, tidak mengapa gagahkan diri, positifkan minda agar terus sihat sentiasa. Berkongsi cerita, iftar bersama dan juga menikmati desert bersama, pelbagai kisah dan cerita dikongsi, cerita IMU, cerita di Jakarta dan juga paling menarik adalah cerita dia di Ireland. Seronok mendengar terasa cemburu, aduhai hati bersabarlah, jika ada rezeki InsyaAllah akan ke sana jua satu hari nanti. :) Usai, terus ke Sri Petaling merehatkan badan di sana, sempat skype bersama Manipal student, walaupun hanya bertanya dua tiga perkara. Dibiarkan mereka melepaskan kerinduan, daku terbaring bersama koolfever dan bantal peluk. 

Penulisan yang menceritakan beberapa perkara yang berlaku, ianya datang dari minda dan hati. 
One word : 
I know who I am, I know where I am and I know who I appreciate. Each person will be treated differently, depending positively on what is seen, be heard and spoken.

No comments:

Post a Comment