Friday 29 May 2015

Tentang Rasa

Assalamualaikum wbt. 


"Hah! termenung, ingat siapa tu?"

"Ingat kau lah! Haha ... Joke!"

"So, macam mana, everything okay? Apa lagi yang nak dimenungkan ... "

"Alhamdulilah, everything okay, cuma ada beberapa perkara yang  tengah aku fikirkan, sometimes aku rasa benda yang terjadi ni kadang-kadang ada hikmah dia. "

"Beb, dalam dunia ni, mana ada benda yang berlaku yang takda hikmah, semua ada hikmah, sedangkan kau tersepak batu pun ada hikmahnya. Lihat betul-betul dengan mata dan hati, kemudian fikirkan. "

"Aku faham, ada satu tentang rasa yang aku sendiri tidak mampu untuk describe dan luahkan. Rasa yang hanya ada pada diri aku sahaja. Kau tau kan permainan dalam kehidupan, buka sesuatu perkara yang mudah. Prejudis manusia kadang-kadang lebih kuat berbanding diri kau sendiri."

"Kau masih lagi memikirkan apa yang orang nak kata?"

"Aku masihkan fikirkan, masakan aku tidak memikirkan apa yang orang lain katakan.. "

"Beb! kalau kau selalu dengar apa yang orang nak kata, kau sendiri tidak berjaya. Kau takkan keluar dari kepompong hidup kau sendiri. Apa yang kau rasa sebenarnya?"

*GAMBAR SEKADAR HIASAN*

"Rasa? Rasa sesuatu yang kau pendam dan kau tidak boleh luahkan.. Rasa yang kau sendiri tidak mengerti, rasa yang kau sendiri nak marah, rasa yang kau sendiri benci.. Rasa yang memang aku tidak mampu luahkan kepada sesiapa pun ..."

"Okay! Kau GILA! HAHA!"

"Senonoh sikit ayat tu! Penampo nak? Teruk kau ni, tak blh jadi kawan!"

"Udahlah! Lebih baik kau fokus dulu apa yang perlu kau selesaikan. Jangan jadikan perkara-perkara yang kau sendiri tak tahu jawapan dan kau sendiri tak pasti tu ganggu fikiran kau. Nasihat aku satu, terus sahaja berjalan, berani sikit, orang kalau dia ikhlas dia kenali diri kita dengan jujurnya. Percayalah, kau sendiri tahukan. Hidup ini ibarat putaran roda, adakala kita di atas dan adakala kita di bawah."

Monday 18 May 2015

Anak-Anak Ayah

Assalmaualaikum wbt. :)

Masa yang berlalu begitu pantas tanpa kita sendiri duga. Iman yang masih nipis, masih lagi tidak cukup utuhnya, begitulah kita sebagai manusia yang serba kekurangan. Mei, sudah hampir ke penghujung, menanti masa untuk 'landing' dan jun mula untuk 'take off'. 


"Lama tak update blog?"

"Busy sikit bro, biasalah join macam-macam aktiviti." 

"Makin aktif sekarang, kemain! Niat nak jadi librarian ke nak jadi Menteri?"

"Nak jadi Menteri beb! Menteri Wanita! ... Hahahaha" 

"Makanyaaa ... Banyak kau update gambar dekat IG ... Siapa diorang tu wey?" 

"Anak-anak Ayah ... Hahaha!"

"Seriuslah~ Main-main pulak, penampo nak?" 

"Tampo lah! Hahaha.. Betul, Anak- Anak Ayah.. Kalau dalam whatsapp group tu kadang-kadang depa dok panggil aku ayah. Fatherly katanya ..."

"Dah memang layak kau jadi ayah pun .. 27 dah kot! Tua~"

"Rupa je tua, hati muda beb!"

"Ramai ek kawan kau?"

Family Potrait ... Eh! :)

"Pada aku, berkawanlah dengan sesiapa pun, asalkan kau tahu asal-usul kau, tau darjat kau, tahu menghormati orang, tau batas dengan gurau kau ... Tak semua orang boleh terima cara aku, aku belajarlah apa kemahuan dan kehendak. Depa baik, mempunyai penyakit gila-gila yang teruk bila berjumpa. Ayat nak melahar orang je, gosip bersepah-sepah. Sorang tak boleh minum kopi, habislah seharian dia ting tong, sorang lagi pulak putih melepak, tak perlukan apa-apa produk, malah Qu Puteh punya produk pun boleh kalah, sorang lagi, yang ni ... Hmm.. Kalau bahan orang, harus orang tu macam nak duduk dekat bonet kereta je... "

"Amboi kau punya describe! ... Cuba sambung lagi story kau! Aku tau kau suka membebel!"

"Yang sorang bakal menerbangkan diri ke mana sahaja, sukalah borak dengan dia pasal airbus and cabin crew, kadang-kadang bila jumpa, over-over macam off day tak fly. Haha.. Yang sorang ni anakda yang duduk jauh ... merantau jauh, mengenal negara orang, bakal Perdana Menteri mungkin, selalu je dia marah aku wey!! Hahahah! #joke .. Yang sorang ni, kalau melatah kalah kak tipah kain batik ...  Suka lah depa-depa ni kacau. Kalau yang ni pulak, suka sangat main mata, setiap kali nak seru orang dalam akan main mata ... Dia romantika sikit ... Yang ni krik-krik sikit, seperti angin lalu ...  sukalah kitaorang membahan dia ... Haha .. Dia nilah punca orang panggil aku ayah, dia kata aku fatherly sangat ... ala-ala manja pun ada juga dia ni, sikat dan dia tidak boleh dipisahkan.. Dia punya loghat utara tak hilang ... HAHA! TQ lah anak-anak ayah.. Semuanya baik-baik belaka .. "




"Itulah takdir, berkawan dengan sesiapa pun jangan memilih, setiap dari kita ni tidak sempurna, jangan sesekali megah mengatakan kita cukup segalanya. Dalam berkawan sama seperti hidup dalam berkeluarga, saling lengkap-melengkapi."

"Bersyukur jugaklah, mula-mula tu kekok  jugak, sebab tak berapa kenalkan, tapi lama-lama ... Harus diorang ni boleh buat team acapella~ Eh! Haha .. Dahlah jom g makan, lapo! 

"Jom! McD!"

"Oii Boikotlah! .. Kalau fries tak kot ... Eh!!"