Friday 29 May 2015

Tentang Rasa

Assalamualaikum wbt. 


"Hah! termenung, ingat siapa tu?"

"Ingat kau lah! Haha ... Joke!"

"So, macam mana, everything okay? Apa lagi yang nak dimenungkan ... "

"Alhamdulilah, everything okay, cuma ada beberapa perkara yang  tengah aku fikirkan, sometimes aku rasa benda yang terjadi ni kadang-kadang ada hikmah dia. "

"Beb, dalam dunia ni, mana ada benda yang berlaku yang takda hikmah, semua ada hikmah, sedangkan kau tersepak batu pun ada hikmahnya. Lihat betul-betul dengan mata dan hati, kemudian fikirkan. "

"Aku faham, ada satu tentang rasa yang aku sendiri tidak mampu untuk describe dan luahkan. Rasa yang hanya ada pada diri aku sahaja. Kau tau kan permainan dalam kehidupan, buka sesuatu perkara yang mudah. Prejudis manusia kadang-kadang lebih kuat berbanding diri kau sendiri."

"Kau masih lagi memikirkan apa yang orang nak kata?"

"Aku masihkan fikirkan, masakan aku tidak memikirkan apa yang orang lain katakan.. "

"Beb! kalau kau selalu dengar apa yang orang nak kata, kau sendiri tidak berjaya. Kau takkan keluar dari kepompong hidup kau sendiri. Apa yang kau rasa sebenarnya?"

*GAMBAR SEKADAR HIASAN*

"Rasa? Rasa sesuatu yang kau pendam dan kau tidak boleh luahkan.. Rasa yang kau sendiri tidak mengerti, rasa yang kau sendiri nak marah, rasa yang kau sendiri benci.. Rasa yang memang aku tidak mampu luahkan kepada sesiapa pun ..."

"Okay! Kau GILA! HAHA!"

"Senonoh sikit ayat tu! Penampo nak? Teruk kau ni, tak blh jadi kawan!"

"Udahlah! Lebih baik kau fokus dulu apa yang perlu kau selesaikan. Jangan jadikan perkara-perkara yang kau sendiri tak tahu jawapan dan kau sendiri tak pasti tu ganggu fikiran kau. Nasihat aku satu, terus sahaja berjalan, berani sikit, orang kalau dia ikhlas dia kenali diri kita dengan jujurnya. Percayalah, kau sendiri tahukan. Hidup ini ibarat putaran roda, adakala kita di atas dan adakala kita di bawah."

No comments:

Post a Comment