Tuesday 31 July 2012

Apabila Julai Melabuhkan Tirai

Assalamualaikum,

Julai, sudahpun hampir ke penghunjungnya. Rasa seperti sekejap masa berputar dan sebentar sangat singgah di bulan Julai. Laju seperti air sungai rasanya. Penghunjung bulan Jun, one of My Junior fly pergi China untuk Chinese 11th Competition [lebih kurang macam tulah bunyi pertandingan tu], bagaikan tidak disangka, pada peemulaanya, dia tidak mahu ke pertandingan disebabkan sibuk dengan Exam A- Level, tapi semangat  dari orang ramai, "usaha tangga kejayaan". Keputusan di atas tangan dia, pergi xpe, xpergi pun xpe, akhirnya dia buat keputusan untuk pergi pertandingan tu. Pertandingan tu berlansung dekat UM, ada satu pusat pembelajaran untuk Bahasa Cina [maybe]. Pada mulanya, aku sendiri tak tau dia nak pergi pertandingan tu, malam aku sampai dari Unisel, aku saje call dia, masa tulah dia inform. Macam biasalah, pertandingan yang dia masuk kalau aku boleh attend, aku cuba hadirkan diri. Selama dia pergi pertandingan bahas dari form 2 sampai form 5 xpernah sekali pun aku lepaskan peluang, kecuali masa dia form 5, team bahas lawan setiap peringkat dan setiap peringkat tu menang dan akhirnya SMK ZON R1 masuk final untuk Zon Keramat. Cuma pada tahun tu sahaja aku tidak bersama team bahas masa tu, sebab aku ada Final Exam dekat UNISEL, tapi setiap inci maklumat akan sampai kepada aku bila habis paper. So, kali ni dia fight atas nama sendiri. Hanya berbaju melayu PINK [memang xda baju lain] dan bersongkok, cuma ketawa sikit tengok kasut dia masa tu. HAHA! Ada 3 stage, macam biasa hanya menasihatkan dia just be cool, walaupun xramai yang datang menyokong cukuplah sekadar aku dan Aisar [Kawan INTEC dia]. Stage pertama nampak begitu hebat berkata-kata dalam mandrin, walaupun satu patah perkataan kami tak faham. Orang tepuk tangan, kami pun tepuklah tangan, orang ketawa, kami tersenyum. Begitu confident dia bercakap di atas pentas dan diselang seli sedikit joke yang membuatkan orang ketawa dan tersenyum. Lepas satu stage, hilang gementar yang pertama. Lupa, angka giliran dia NO 8. So, relax, cool and dia besahaja, masuk stage yang ke - 2, sangat membrangsangkan. Stage yang ke 2 ni, dia kena jawab soalan, tak taulah soalan apa yang diutarakan, tapi dia dapat jawab semua soalan dengan betul. Selesai satu stage, tinggal satu je lagi. Masa ni, memang kelam kabut, agaknya kalau Aisar sorang mesti terkecah-kecah. Dari berbaju melayu berubah menjadi artis K-POP! Dia ni bab bergaya bagi je dekat dia, confirm serba serbi kena. HAHA! Stage 3, kelakar pun ada, hebat pun ada, macam-macamlah. Paling menarik perhatian ada seorang Indian Girl ni, dia bawak satu lagu OST dalam Movie Devdas Aishwarya Rai dengan Mahduri Dixit, persembahan that girl lagu ni : "Dola Re Dola", ketawa habis aku dengar lagu ni. Sah! Aku suka sangat lagu ni, boleh terhafal-hafal.
Stage tiga yang cukup membanggakan. Suara yang cukup memukau dapat menarik perhatian sesiapa sahaja yang berada di dalam dewan serbaguna itu, dan yang paling nyata saya nampak salah seorang hakim mengesat air mata. Wow! Sungguh meyakinkan bahawa dia berada dalam TOP 3~  So selesai semua peserta, kami pun makanlah beramai-ramai dan satu patah perkataan pun tak faham melainkan bila Aisar bercakap dalam BM! HAHA.. Pendekkan story, Dia dapat 1st Prize and sangatlah happy tengok dia menang that time. Smile always, Family dia mesti proud gila. Seorang yang berusaha jika mahukan apa sahaja! Rezeki dia mempunya minda yang cerdas dan cergas. Hehe.. Itu sepanjang Mei hinggalah June, Bty the way, dah masuk akhir bulan Julai pun, dia dah balik ke Malaysia dan dah macam-macam aktiviti dia buat.
Bermulalah bulan Ramadhan di dalam bulan Julai, Sudah hampir seminggu berlalu, bagaikan tidak percaya satu perubahan dalam kehidupan aku, memenuhkan diri dengan mengenal agama sendiri. Banyak yang dipelajari dan banyak juga yang dipraktikan. Namun, aku sedar aku manusia yang lemah, masih banyak yang perlu dipelajari. Dek kelalaian dunia, buat kita terlupa sebentar akan Akhirat yang semakin sejengkal dengan kita. Ku akui akan segala kekhilafan dan jua naifnya tentang agama. Sedarinya dari lamunan, aku perlu bangkit untuk berubah, memperbaiki dan memperkemaskan mana yang condong. Usaha tangga kejayaan, satu perkataan yang suka aku letak dalam diri. Alhamdulilah, sedikit demi sedikit, InsyaAllah dibukakan satu pintu untuk aku. Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang membantu secara lansung mahupun tidak lansung. Walaupun umur sudah hampir mencecah ke 25 tahun, masih ada masa untuk memperbaikinya. Ramadhan, banyak mengajar manusia menahan segala nafsu yang datang. Ramadhan memberi ketenangan dalam kegusaran. Ramadhan juga membawa aku mengenal Islam di negara jiran. Esok berlepaslah ke Jakarta, menikmati bulan puasa di sana. Sesungguhnya, impian yang tidak tercapai dahulu, Alhamdulilah, akhirnya Allah memberi kesempatan. Diberi sedikit kegusaran dan kepayahan untuk kita berusaha, hasilnya cukup jelas dan terang semua berjalan dengan lancar. Selamat pergi dan selamat pulang. :)
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Saturday 21 July 2012

Jun Berlalu Pergi

     Akhirnya, bulan Jun 2012 berlalu dengan begitu pantas. Sedar tidak sedar umur sudah menjangkau 24 tahun. Berlalu sudah cerita di Cemara Seksyen 18. Seingat aku, mereka-mereka di UNISEL tak nak celebrate birthday aku yang ke 24 ni [tua dah]. So nak dijadikan cerita, aku pun tak berapa nak ingat bila depa dok havoc nak prepare, yang pasti one day aku call My BFF ni, "Fai, malam ni keluar makan tak?Aku lapar sangatlah". "Keluar, aku tunggu kau dekat kelas ye, sebab kelas Mandarin aku tak habis lagi" "Tak ngapelah, aku pun nak kena pergi tutup air cond dulu dekat library, apa-apa nanti aku text ko balik." Selesai satu babak indah. Aku tak taulah macam mana punya senyum si Fairus masa tengah on call. Btw, masa malam birthday aku Fairus & Jeffri lansung tak wish birthday! How dare u are! Sedih jugak masa tu, tapi my birthday kan, tak boleh sedih-sedih. Sekurang-kurangnya My Lovely Mom call wish birthday, lupa order pulut. :)
Tibalah masa yang dinanti-nantikan, balik dari tutup air cond dengan perut lapar, dengan hausnya, dengan berpeluhnya,  hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. "Jom Fairus, aku dah lapar, yang lain mana?Diorang tak makan ke?" Aku cuba mempersoalkan. "Ada yang dah balik uamh sebab petang tadi kita orang dah makan, tak pe, aku dengan Jeff teman kau makan". Tiba-tiba, aku nampak kelibat si Mimi Nur Islam ni.. Aiikk, kata dah balik ada pulak. "Fairus, jom ada student nak jumpa akulah dekat FITM, ada masalah katanya." Jeff dah mula bersuara. "Oklah, jomlah.". Berjalanlah dengan gaya ala-ala DIVA gitu, "Depan je lagi, depan je lagi" Asyik dok depan, dok depan. Aku dah lapar. Tiba-tiba muncul si Dalila pulak?!Lagi aku pelik, apakah minah ni nak buat dekat sini,dah tu aku nampak Elina [Cik Na]. Dok sibuklah beramai-ramai dekat Fakulti tu tunggu "orang yang dimaksudkan oleh Si Jeffri ni". Dalam dok sibuk duduk-duduk tu, aku main-main ambik gambar. Bateri pun dah low masa tu, alang-alang biarlah bateri habis terus senang nak charge, "Dahlah, jomlah keluar." Jeff dh mula memainkan rentaknya, " Dalam masa yang sama, Dalila memainkan peranan sebagai pelakon terhandal malam itu. Bayangkan, aku lansung tidak dapat agak apa yang akan berlaku walaupun sudah diberi klu demi klu. TARAAA! Kak Peah a.k.a Ainuddin simbah ak dengan tepung satu cawan dalam tepung ada TELUR!! Yaakkss~ Geli tau tak. Rasanya macam tulahkan. Selalunya, aku buat orang, sekarang rasakan. HAHA! Awesome sangat-sangat.. Thank to all of you. Thanks to Jeffri, Fairus, Dalila, Elina, Hafiza, Mimi Syazwani, Ainuddin, Sofey,Mahirah, Bazla, Iznie, Yasmin dan semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung. Sambutan birthday buat kali ke dua dalam bulan yang sama actually! Sangat happy with all the memories. Siapapun tidak akan melupakan segala yanag berlaku. Its happen dengan pantas, tak dapat menggelak dari arah mana-mana pun. Paling syok sekali si Mimi Syazwani a.k.a Mimi Nur Islam tu, kononlah kan, nak kenakan aku at last dia pun kena sekali. Kami share kek yang sama, balingan tepung yg sama dan macam ZOMBA kami malam tu. Putih dan suci gebu dan basah. Yang paling takkan dilupakan bagaimana si jeff memekik "Ekh, Aim, aku nak g meetinglah lps ni, habis baju aku !" Kesian dia, masa birthday dia, dah macam lela majnun kami kerjakan, bukan birthday dia pun kena jugak. Yang ke dua Yaya " Aim.. Tolonglah, Yaya tak nak semua ni.. Tolonglah aim.. Tolonglah aim...Tolonglah aim.."semangat yaya mintak ampun bagai, tetap kena walaupun sikit.. HAHA! Inilah kenangan di UNISEL. Saya hargai sangat-sangat. Alhamdulilah, dihadirkan rakan-rakan sebegini dalam hidup saya! Saya juga bersyukur mempunyai Keluarga yang sentiasa membimbing dan memberi semangat.
Cerita tidak habis macam tu sahaja, kebetulankan akan diceritakan surprise yang berlaku dekat KLCC. On that day memang penat sangat-sangat, sebab terkejar-kejar buat keja. Pagi pergi beli baju untuk shoot gambar petang tu, lepas tu terus pergi Victoria Inst. jumpa Azre, kaki business kan, so dia berniaga barang-barang yang dia nak jual and dia tak nak bawak barang tu g US! Kaya gila minah ni lepas dia jual barang-barang tu, mana taknya, ak beli bag LV dari dia je dah 3 handbag, bergaya sakan Mak, Kakak and Kakak Ipar ak tahun ni.. HAHA!.. Nak di jadikan cerita, aku ni dahlah letih dan aku kalau buat keja xsukanyalh lambat-lambat, walaupun keja dekat office aku slow.. Tunggu Adik yang disayangi lagi dihormati Azrin and the geng Mardiah and Zuhaili tersangatlah lama and aku dah hampir nak meroyan dekat situ. Satu  jam dekat Terminal Putra, mau xnaik hangin puting berliung aku dekat situ. Memang ketat jelah muka ak sepanjang jalan. Azre siap boleh tidur dekat atas peha Iekin lagi. Shaheerah and Ain [Kawan Kak Yah] siap boleh beli makanan sebab lapar and habis baca majalah. Selepas satu jam, kematu punggung aku dekat situ, barulah sampai Kancil and Myvi, sebenarnya petang tu nak shoot gambar dekat kepong. Shoot gambar untuk Shazwan, dia nk fly China wakil Malaysia untuk pertandingan bahasa cina. So, itu jelah yang mampu aku lakukan. Terus jelah berusaha untuk senyum. Tau jelah kalau aku dah marah macam mana. Rasa xblh bawak kereta rasa macam lepastu ak nak je pegang stereng kereta tu aku yang drive. At last buat keputusan shoot dekat Lake Garden, sampai Lake Garden, Zuhaili pulak sesat dah sesat KL pulak sesak masa tu, bayangkanlah macam mana punya penat kami satu hari tu. Last buat keputusan shoot dekat KLCC! Akhirnya aku shoot gambar dekat tempat celebrate birthday kawan munie punya pakwe! HAHA! Alhamdulilah.. Tempat tu ada lampu, sebab aku xpandai lagi ambil gambar malam. So, aku suruh depa ni p tukaq baju and then aku dengan Zuhaili g tukar baju, sibuklah aku berdandan dekat dalam toilet tu dan dekat luar depa dah dok havoc prepare aku punya kek birthday. Subahanallah, semuanya macam kejutan letrik.. Tengah-tengah marah tadi, terus je sejuk because Tiramisu tu! Siapa yang tak tergoda.. Tahan je! kerja belum siap.. So, bermulalah journey mengambil gambar. Macam gaya diorang ni.. Excited aku nak cuci gambar diorang [masa tulah, sekarang dah tengok.. ak ketawa banyak kali]..  Thanks to Mardiah bersusah payah dengan kenderaan, kek dan sebagainya.. Azrin, Zuhaili, Shaheerah, Ain, Norashikin, Azre . Thanks dengan apa sahaja yang kamu semua buat. Alahmdulilah, syukur kerana Allah memberikan kamu semua muncul dalam kehidupan saya.

Kini, Jun sudah melabuhkan tirai hampir 21 hari. Allah telah mengurniakan saya seorang Ibu dan seorang Ayah yang telah mendidik saya dari seawal bayi sehingga saya mengenal erti dosa dan pahala. Terima asih kepada Kakak [Norlita Ismail] yang sentiasa menjaga dan memberi kasih sayang sebagai ibu ke dua. Abang sulung saya [Nazron Ismail] yang sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan dan memberi nasihat yang berguna kepada saya, Abang Ke 2 [Nasir Ismail] Allah mengurniakan satu tali persaudaraan yang utuhm dahulunya kami tidak rapat dan sering bertengkar, Alhamdulilah kini boleh berkomunikasi denga lancar. Sesungguhnya dia adalah Adik Lelaki Kandung saya [Naim Ismail] dipenuhi dengan kasih sayang dari ibu dan ayah, manja dan payah untuk ditegur, kadang kala kami bergaduh dan juga kadang kala kami ketawa. Lengkap keluarga saya. Sesungguhnya, tidak kuat seseorang tanpa sokongan rakan dan sahabat handai. Munirah and Suhaini, mereka sahaja yang masih single dan mengejar cita-cita. Rakan seperjuangan di Kampus, Fairus, Jeffri, Elina, Pija, Dalila, Mimi, Lala, Kak Ann, Yaya, Iznie, Jiha, dan semua dari DLS Cohort 3 sehingga berbelas yang mengenali saya, semua itu adalah kurniaa Allah kepada saya. Buat adik-adik Shazwan, Azre, Mardiah, Zuhaili, Ain, Goh, Iekin, Salbiah, Farah, Iffah, Aima, and semua Junior di SMK ZOn R1, ukhwah kita tidak pernah dan tidak akan putus sampai bila-bila. Satu tali persaudaraan yang dikurniakan, memahami dan kadang-kadang suka share macam-macam Azrin Hashim, selamat menjalani kehidupan di UPM nanti.
Satu lagi ukhwan yang tidak pernah disangka-sangka. Aiman, Aman, Aizul, Aisar, Muhammad, Solihin, Syamsul, Hafiz, Hafizi, and siapa sahaja yang dikenali dan mengenali. Thanks menerima orang setua saya dalam kalangan muda kalian.

"Ya Allah, sesungguhnya, ciptaan ukhwah MU buat ku sangat kuat dan aku bersyukur dikurniakan semua yang penah muncul dalam kehidupan ku. Sesungguhnya, jalan cerita mu buat diriku, sungguh menarik dan membuatkan aku untuk memperbaiki kelemahan. Alhamdulilah, telah diberi peluang hidup di muka bumi ini selama 24 tahun. Alhamdulilah."