Wednesday 23 May 2012

:: Hanya Tuhan Yang Tahu ::

Sedalam mana lautan yang harus kita renangi, kita berenanglah sehingga kepuasan meninjau dalam diri. Seindah malam, tidak seindah siang yang difikirkan. Jika pedih pada perasaan, susah untuk digambarkan. Hanya laman sosial ini menjadi peneman duka dan suka. Di mana gembira yang pernah daku semai selama ini? Soalan yang tidak pernah wujud kebelakangan ini. Pelabagai rasa menerjah ke dasar hati dan tidak memberi sedikit ruang untuk berfikir. Sentiasa rasa sakit dan senak, namun masih ada keazaman untuk meneruskan perjuangan. Aku manusia yang lemah, mudah membenci juga mudah mengasihani. Selemah manusia, jika tawar hatinya, bukan mudah untuk dimaniskan semula. 

Terkadang melihat kegembiraan rakan-rakan, membuatkan daku lebih mudah tersenyum, mudah ketawa tetapi semua itu hanya seketika. Bebanan yang ditanggung hanyalah ada pada diri, bukan pada orang lain. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Tidak tahu bagaimana mengambarkannya, mungkin aku seperti manusia yang bodoh atau bebal untuk memahami keadaan? Atau aku sendiri manusia yang mengenal A B C atau aku manusia buta huruf yang tidak reti untuk mengeja. Ya Allah, sesungguhnya, aku sudah dewasa dan sudah menjangkau 24 tahun memijak di bumi suci Mu ini Ya Allah. Terasa beban difikiran, terasa sakit yang memedihkan, terasa berpinar pandangan. Adakah aku mula rasa kecewa dengan kehidupan ku sendiri. Aku mula rasa malas meluahkan dan mula rasa malas menceritakan pada rakan lain bahawa aku dalam keadaan tertekan. Aku cuba laluinya dengan seada yang boleh. 


Ya Allah, kuat dan tabahkan hati insan lemah seperti aku. Bukakan sedikit demi sedikit jalan yang mudah dan diredhai oleh MU, sesungguhnya, benci mengakibatkan dendam dan dendam pencetus perbalahan dan pepecahan umat. Lindungi aku insan yang tidak berdaya dan jua aku memerlukan kekuatan meneruskan perjalanan yang makin sukar dan sulit.



" Apabila kita berlari mengikut pusingan masa, maka usahlah bergerak bebas dan pantas. Apabila kita bertakhta, jangan mudah meberi jarum menyucuk benang"
 

Thursday 17 May 2012

Cerita 16 Mei -

" Setiap saat, setiap waktu, setiap jam yang berdetik, langkah di persada ini dihiasi dengan pelbagai kenangan. 16 Mei 2012, hampir 7 tahun telah menamatkan zaman persekolahan. Kalau dahulu, sentiasa ada present yang diletak di atas meja guru. Kadang-kadang malu, letak terus tinggalkan atas meja cikgu tu. "

16 Mei 2001 - Hampir 5 bulan meninggalkan, SK Wangsa Maju dan SRA As'saadah. Tak berapa nak ingat, pada tahun 2001 tu, sambutan hari gurunya bila. Tetapi, apa yang aku ingat, itu kali pertama aku menyambut Hari Guru di sekolah menengah. Pada tahun tu, aku masih lagi kecil dan aku juga seorang junior, fresh gila dekat sekolah tu. Macam-macam ada pada tahun tu. Persembahan tarian, nyanyian lagu Hari Guru. Its first time, so teramatlah teruja tengok cikgu-cikgu menyanyi. Seakan-akan berada pentas AF melihat guru-guru menyanyi. Anugerah guru dan macam-macam. Tidak banyak yang dapat diingati untuk tahun tersebut. Semestinya, menjadi satu tradisi hari guru, pelajar lelaki akan lawan bola sepak dengan guru lekaki. Bagi pelajar perempuan main bola jaring berlawan dengan guru perempuan. Satu kenangan yang cukup menyeronokkan. Sehingga kini, ada seorang guru yang cukup diingati. Sewaktu perlantikan sebagai Pengawas Pusat Sumber, dia membetulkan tali leher dan baju supaya aku nampak lebih kemas.  Itu kenangan yang tidak mungkin dilupakan.
16 Mei 2002 - Setahun selepas menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah. Namun, aku masih lagi seorang pelajar menengah rendah. Pada tahun ini, tidak banyak perkara yang aku ingati. Seperti biasa, persembahan pelajar, persembahan guru untuk memeriahkan majlis. Meriah sebenarnya menyambut hari guru ni. Pada masa itu, kita dapat melihat seorang guru yang garang menjadi seorang yang penyayang dan tidak tegas. Mereka tersenyum sentiasa melihat telatah anak-anak didiknya. Berkumpul beramai-ramai dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Semua guru beraya dengan pilihan warna baju yang dicadangkan oleh Pengawas sekolah. Impian pada tahun itu, semoga pengawas dan pengawas pusat sumber boleh bergabung tenaga menjayakan hari guru yang gilang gemilang. Sehabisnya, semua itu menjadi kenangan yang cukup indah. Meneruskan kehidupan dengan liku-liku yang datang dan mendekati kita. Rotan yang singgah bukan kerana sahaja, tetapi memberi peringatan supaya kita mampu berubah dan menjadi insan yang berguna.


16 Mei 2003 - Tahun berikutnya aku sudah berada di sebelah pagi. Masih lagi bergelar pelajar menengah rendah, tapi sudah berada di sesi pagi. Pada tahun itu hanya menjadi pelajar lain yang memeriahkan majlis dengan pelbagai yang telah diatur oleh pengawas sekolah. Pada tahun itu, aku menyertai Ahli Majlis Tertinggi Pengawas Pusat Sumber, memberi hadiah kepada guru-guru pusat sumber. Tak berapa nak ingat pada siapa aku berikan hadiah. Tapi disitulah bermula aku memberanikan diri menonjolkan diri di khalayak ramai. Aku seorang yang gugup dan cepat takut. Pada tahun tersebut, ada anugerah guru, 1st time ada anugerah guru. Kreatif juga yang organised hari guru tahun tu. Sangat-sangat seronok, bila tengok cikgu-cikgu terima anugerah. Anugerah guru tu, dah macam anugerah berprestij pulak, dah macam ABPBH! Haha.. Pelajar bertepuk tangan, ada yang bersiul ada yang bersorak sebab guru yang mereka minat menang. Anugerah gutu paling smart @ handsome, guru paling ceria, guru paling penyayang dan banyak lagi. Meriah sangat, dengan pelbagai persembahan. Dikir barat memang menjadi salah satu persembahan yang gamat. Macam-macam lagi persembahan yang ada. Kemeriahan itu sangat terasa, kadang-kadang terfikir bilalah nak ada pertandingan pantun antara guru-guru. Betapa seronok hari guru tahun tu. Macam 1st time masuk sekolah, sedangkan 1st time masuk sekolah pagi. Tahun tu jugak menempuh PMR. Tak cemerlang seperti pelajar lain. Masa sekolah belajar main-main, cikgu cakap dekat depan, kita dok bercakap dekat belakang. 
16 Mei 2004 - Pada tahun ni, dah jadi senior kepada adik-adik. Tahun yang cukup mencabar dan bertemu rakan-rakan baru di dalam kelas baru. The lazer teacher in the class! Puan NorAzleen. The best, creative and like mother. Dia sungguh lazer ok! Kalah Ogy Ahmad Daud. Sekali dia bagi, sungguh berdesing, tapi dialah the best. Marah dia menjadikan kita manusia yang berjaya di masa akan datang. Alhamdulilah, lihat pada kejayaan yang dikecapi sekarang disebabkan seorang yang bernama @ digelar guru. Pada tahun ini, bila sudah jadi senior kami cuba merancang sesuatu, tapi xdalah super senior ada yang super senior. So, tahun ni sangat best, sebab pengawas dan pengawas pusat sumber bergabung, membanting tulang untuk menjayakan Hari Guru. Pelbagai yang dirancang. Pada tahun ni, saya bersama-sama sahabat yang lain melatih our junior menari. Penuh dengan dramatik, kami ditentang kerana ada perempuan dalam kumpulan tarian. Pelbagai rasa menusuk, dimarah di kawasan pelajar-pelajar lain lalu lalang dan rasa macam dunia gelap gelita masa tu. Kalau budak lelaki lain mungkin dia akan tarik muka masam dan cuba melawan, namun aku hanya mampu tertunduk. Sudah tu, dipanggil oleh ustazah-ustazah, mereka cuba memberi nasihat dan cara damai yang cukup halus. Namun, biasalah darah anak muda dan remaja, membrontak untuk melakukan. Kami teruskan dengan apa yang kami ingin lakukan. Sejurus itu, terimalah impaknya. Redha sahaja apa yang berlaku. Itu adalah kenangan yang tidak pernah dilupakan. Tahun 2004 semuanya berakhir dengan kesedihan dan juga kegembiraan. Setiap patah perkataan dari guru itu, semuanya menjadi satu pegangan hidup sampai bila-bila. Walau dimarah macam mana keadaan pun mereka tetap guru yang memberi ilmu dan juga didikan. Usahlah membenci tetapi menyayangi mereka. 
  16 Mei 2005 - Apalah yang diharap pada tahun ini. SPM menjelma dengan sekelip mata. Bagaikan tidak percaya sudah bergelar SUPERBURB SENIOR. Pada tahun 2005 ini menjalankan tugas seperti biasa, mengendalikan mesyuarat ahli majlis tertinggi pengawas pusat sumber dan juga mengendalikan pengawas-pengawas baru. Pada tahun ini juga kelainan dari jawatankuasa kami untuk mengendalikan kawad kaki. Sungguhlah rasa seperti sesuatu yang agk menjengkelkan, tapi kami berjaya melakukan. Selalunya, kotinjen membawa bungga mangga tapi kami ubah kepada konsep bunga telur. Itu pada awal tahunnya. SPM semakin hampir. Pertengahan tahun, seperti biasa, habis exam pertengahan tahun adalah menjadi tradisi menyambut hari guru sebelum cuti sekolah bermula. Last year sambut hari guru. Bagaikan tidak percaya, tahun akhir di SMK ZON R1. Tahun 2005? tiada gabungan kerja dan saling membantu antara satu sama lain. Walaupun ketua pengawas pada tahun itu quite closed with me, kami tidak mampu berkolobrasi. So, decide kami dari ada aktivitas kami sendiri. Pada tahun tu, aku seorang ketua jadi, arahan dipatuhi! Zaman memerintah katakan dan pada tahun yang sama sambutan hari guru tanpa Pn Hjh Azizah. Pada awal tahun dia telah ditukarkan ke SMK Tinggi Setapak. So, bermulalah agenda di pagi yang cukup mulia, indah dan berilmu. Pelajar berbaris menyanyikan lagu Negaraku, lagu sekolah dan lagu [xingat dah skrg nyanyi lagu Wilayah]. Seperti tahun-tahun yang terdahulu, guru-guru akan memakai baju yang sedondon dan bersama-sama membaca ikrar dan nyayian Kami Guru Malaysia. Ucapan hari guru dan ucapan dari kemeterian juga ada, tapi bukan orang kementerian yang datang, cikgu yang bacakan. Hehe... Apa yang kami lakukan pada tahun itu adalah sama seperti tahun lalu, memberi hadiah kepada guru-guru. Bermulalah persembahan pelajar, pelbagai acara yang dilakukan. Show time! Hahaha.. Kumpulan nyanyi bersepah dari Lembaga Pengawas Pusat Sumber! Awesome! Berkot hitam dan bertie merah.. Lagu tahun tu,  kalau xsilap lagu Miraie yang digubah lirik ke dalam bahasa melayu oleh seseorang yang agak kreatif. Mereka serba boleh menyanyi di atas pentas dengan penuh megahnya. Walaupun tidak kenal erti pitching, note, key rendah dan tinggi,mereka tetap menyanyi. Ada satu adengan yang agak spontan apabila pengetua bangun dan lap peluh Amar Ishak. Betul-betul terkejut dan seronoknya, ramai yang bersorak. Tindakan spontan Pengetua buat semua macam teruja, yang tgh menyanyi macam nak ketawa dan aku yang conduct persembahan macam nk terburai tengok Amar, merah padam muka dia.. Haha.. Persembahan yang berjaya..Gembira sungguh mereka, yelah usaha selama berminggu-minggu akhirnya berjaya jugak.. Hehe.. Tahun terakhir menyambut hari guru bagaikan tidak percaya. Namun pengakhirannya bukan di sini. 
Pada tahun yang sama merupakan tahun terkahir aku berada di SMK ZON R1, kesemua kenangan dan apa sahaja perkara yang berada di situ tidak pernah akan dilupakan dan tidak sesekali aku buangnya. Dari situlah aku bermula dan dari situlah datangnya azam. Mengapa anak muda sekarang menjadikan guru sebagai musuh dan kenapa harus ingkar dan juga tidak ada rasa hormat pada guru-guru. Setiap kali kita melawan atau membantah hilanglah pahala ilmu bagi kita. Sedarlah, dunia kita hanya sementara... Tahukah, bahawa walaupun sudah meninggalkan sekolah hanpir 7 tahun, sekolah tetap dihati. Mengapa saya suka ke sekolah walaupun saya bukan lagi pelajar sekolah, saya rasa tenang, saya rasa gembira, saya rasa sungguh aman dan damai walaupun dalam haruk pikuk pelajar di kantin sekolah, di tapak perhimpunan. Pantang saya apabila orang masuk perpustakaan dengan mulut tidak reti diam. Diam ya pelajar semua bila ke perpustakaan. Haha..


Kerana gurulah aku berjaya, dan kerana guru aku mampu melangkah ke universiti. Didikan meraka cukup bermakna dan memberi kita inspirasi di masa hadapan. Selepas ibu dan bapa gurulah yang semestinya kita hormati. Sedarlah, sebenci mana kita terhadap mereka layan sahaja seperti biasa. Usah sematkan kebencian kepada guru-guru kerana tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka. Sedarlah, bila anda melangkah keluar dari sekolah akan ada satu naluri yang mengatakan Aku Sudah Cukup Dewasa tetapi tidak sebenarnya. Akan ada ranjau yang lebih mencabar dan masa itu anda akan rasa, SEKOLAH jugak yang seronok! 16 mei 2006 and 2007 still join hari guru. Tahun 2007 last aku buat kumpulan nyanyi bersepah, masa tu ada tentangan hebat tapi aku ignore dan teruskan apa yang telah dilakukan. Tahun tu, dengan blazer hitam, beriben merah dan bertopeng ala-ala The Phantom The Opera! Lagu tema, Wajah Rahsia Hati vs Kau Ilhamku! Naaa~ The best performance everlah! Nak mula masuk pentas dengan tema lagu the phantom the opera dan petikan guitar, bermulalah lagu wajah rahsia hati yang pernah dipopularkan oleh Ogy Ahmad Daud dan seterusnya Kau Ilham Ku oleh ManBai! Semasa nyanyian lagu Kau Ilhamku, semua pengawas pusat sumber masuk bagi hadiah pada guru-guru. Sangat best that year! Last year join junior! Pada tahun yang sama, diterima masuk ke sebuah institut pengajian tinggi swasta untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang perpustakaan. Kini sudah bekerja hampir 2 tahun 2 bulan dan saya juga sedang menuntut di sebuah universiti tempatan dalam bidang Bachelor of Information Management (Hons.) Information and Library Management. Kadang-kadang rasa macam tidak percaya, student yang tidak rajin dan juga tidak berapa pandai boleh bergelut untuk mendapatkan segulung ijazah. Lihat betapa besar peranan guru. Mereka adalah semangat kedua selepas keluarga.
             "Selamat Hari Guru buat guru-guru di SK Wangsa Maju, SMK ZON R1, Universiti Selangor dan Universiti Teknologi MARA [Kampus Puncak Perdana]. Jasamu ku kenang sehingga ke akhir hayat"

Wednesday 9 May 2012

:: Bintangkan Pergi ::

         Jam di komputer riba menunjukkan jam 2.00 pagi. Aku melihat semula pesanan-pesanan ringkas yang aku hantar dan aku juga terima. Terdetik aku melihat kepada satu pesanan ringkas yang cukup menyentuh perasaan. Aku hanya mengungkapkan kata-kata semangat demi perjuangan yang masih belum selesai. Tidak aku sedari balasanya menyentuh hati dan perasaan. Aku seperti menghitung hari dan waktu. Setiap masa, aku menghargai masa yang ada dan aku juga cuba memberi ruang untuk merenung seketika. Dulu, dia cukup sihat di mata kami. Kini, dia pandai menjaga penampilan diri. Dahulu, dia bukan seorang yang dikenali, tapi kini hanya nama sentiasa meniti di bibir. Bagaikan tidak percaya, tujuh tahun dahulu cukup mengenali sebagai seorang junior yang cukup berdisiplin. Mengejar cita-cita dan impian, menjadi satu prinsip dalam kehidupannya. Sehinggalah dia berjaya dan terus berjaya, perjalanan hidupnya yang hampir lima tahun dibangku sekolah hanya tinggal sejarah dan melakar satu inspirasi kepada genari seterusnya. Dia? Kelakar, penyabar dan kadang-kala pendengar yang cukup setia. Dia? Membuat aku ketawa, membuat aku sentiasa bersemangat. Dia? seorang pendengar yang setia dan seorang yang suka membahan orang disekeliling. Hidup merendah diri, bercerita kepada mereka yang tidak mengenali aku. Aku? Sesungguhnya, dia seorang yang cukup hebat di mata. Dia? bersemangat dan sentiasa menjaga adap dan sopan. Dia? Melucukan dan memberi keceriaan.
           Kini, dia akan pergi. Pergi meneruskan perjuangan yang belum selesai. Hanya sebentar sahaja lagi bintangkan pergi. Hanya bersinar di kala malam yang memberi cahaya untuk kami melihat keindahanya. Kenangan hanya tinggal kenangan. Dia cukup menceriakan kami. Seusai peperiksaanya, kami semua bersedia menerima satu lagi kerdipan bintang yang akan hilang buat seketika. Satu persatu bintang itu akan menyinari semula apabila tiba masa yang akan kunjung tiba. Pergilah berjuang, semoga berjaya di masa depan kelak. Jangan mudah melupakan, dan jangan mudah hilangkan kenangan. Setitis air mata di suatu ketika nanti bukan perpisahan yang panjang, namun hanya terkenang pabila hilang sinar yang sentiasa menerangi kegelapan. 
   

Sunday 6 May 2012

:: Si April Melabuhkan Tirai ::

Hujung April aku hanya dilengkapi dengan senyuman yang hanya seketika. Labuhnya tirai April, aku mula rasakan sesuatu yang berlaku. Kehidupan aku semakin mencabar dan aku mula rasa tekanan dalam kehidupan. Kehidupan mana yang tidak dirundung duka, semuanya akan berlaku. Hanya yang menentukan adalah masa. Bukan meminta dan juga bukan aku pinta, tapi dalam tidak sedar aku sendiri membenci keadaan sekarang. Redah! adakah aku mampu lakukan.?. Hanya takdir penentu segala. Fahamilah, sebenarnya aku mulai membenci. Apabila sifat dan naluri aku mulai tawar bukan mudah untuk ditawan semula. Aku juga manusia biasa, yang punyai maruah dan juga sebagai lelaki aku mempunyai ego walaupun kadang-kala aku letakkan ego aku berada di bawah telapak kaki. 

" Mengharapkan Mei ini memberi aku satu kekuatan yang kau harus jalani dan aku mahu tempuhi. Di akhir kata, Selamat Hari Lahir Muhammad Shazwan Sazali, Puan Norhayati Mohd Kadir & Azrin Hashim. Miss you Shazwan after this! Damm!! Miss forever! You are MJF! Azrin Hashim, keep it up My Brother! You are the best ever and ever. Give me some strong spirit and accompanied me when I'm bored! Happy always for Madame Norhayati Abd Kadir be the best teacher in the world! Bye and Welcome May! "
 

  " Sesungguhnya, kebencian yang aku cipta akan aku harap tidak akan timbul dendam kesumat"