Wednesday 23 May 2012

:: Hanya Tuhan Yang Tahu ::

Sedalam mana lautan yang harus kita renangi, kita berenanglah sehingga kepuasan meninjau dalam diri. Seindah malam, tidak seindah siang yang difikirkan. Jika pedih pada perasaan, susah untuk digambarkan. Hanya laman sosial ini menjadi peneman duka dan suka. Di mana gembira yang pernah daku semai selama ini? Soalan yang tidak pernah wujud kebelakangan ini. Pelabagai rasa menerjah ke dasar hati dan tidak memberi sedikit ruang untuk berfikir. Sentiasa rasa sakit dan senak, namun masih ada keazaman untuk meneruskan perjuangan. Aku manusia yang lemah, mudah membenci juga mudah mengasihani. Selemah manusia, jika tawar hatinya, bukan mudah untuk dimaniskan semula. 

Terkadang melihat kegembiraan rakan-rakan, membuatkan daku lebih mudah tersenyum, mudah ketawa tetapi semua itu hanya seketika. Bebanan yang ditanggung hanyalah ada pada diri, bukan pada orang lain. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Tidak tahu bagaimana mengambarkannya, mungkin aku seperti manusia yang bodoh atau bebal untuk memahami keadaan? Atau aku sendiri manusia yang mengenal A B C atau aku manusia buta huruf yang tidak reti untuk mengeja. Ya Allah, sesungguhnya, aku sudah dewasa dan sudah menjangkau 24 tahun memijak di bumi suci Mu ini Ya Allah. Terasa beban difikiran, terasa sakit yang memedihkan, terasa berpinar pandangan. Adakah aku mula rasa kecewa dengan kehidupan ku sendiri. Aku mula rasa malas meluahkan dan mula rasa malas menceritakan pada rakan lain bahawa aku dalam keadaan tertekan. Aku cuba laluinya dengan seada yang boleh. 


Ya Allah, kuat dan tabahkan hati insan lemah seperti aku. Bukakan sedikit demi sedikit jalan yang mudah dan diredhai oleh MU, sesungguhnya, benci mengakibatkan dendam dan dendam pencetus perbalahan dan pepecahan umat. Lindungi aku insan yang tidak berdaya dan jua aku memerlukan kekuatan meneruskan perjalanan yang makin sukar dan sulit.



" Apabila kita berlari mengikut pusingan masa, maka usahlah bergerak bebas dan pantas. Apabila kita bertakhta, jangan mudah meberi jarum menyucuk benang"
 

No comments:

Post a Comment