Wednesday 6 June 2012

:: Saya Menulis Kerana Hati 4 ::

Assalamualaikum W.B.T 

      Setelah setahun aku bergelar staff kontrak dan hampir dua tahun aku berkhidmat di UNISEL. Kadang-kala ada yang berkata, adakah aku manusia yang tidak kenal erti bosan?? Bosan? Benar, aku mulai bosan apabila keadaan terlalu menghimpit aku. Aku mula rasa bosan apabila, manusia tidak pernah kenal erti kesabaran. Jika aku diberi peluang memutarkan masa, aku mahu. Akulah manusia yang paling awal berada di hadapan untuk mengambil peluang keemasan. Jika bercerita tentang hati, dahulu pernah melonjak kegirangan kerana adanya peluang yang hampir sebulan aku nantikan, tetapi secara tiba-tiba hati aku dihimpit dengan seribu satu rasa. Aku mulai resah, namun keresahan itu aku lupakan dengan majlis perpisahan yang dirancang oleh adik-adik aku. Bahagia, hanya saat itu sahaja yang aku rasa bahagia. Bermulalah satu kisah, apabila aku mengemas dan bersiap siaga untuk memulakan satu kehidupan yang baru, hati aku tidak setenang selalu,tidak gembira seperti selalu. Ya Allah, masa itu hanya mengikut perintah ahli keluarga "pergilah, sudah tiba masa kau berdikari dan juga memperlajari kehidupan baru". Aku merelakan hati dan aku tabahkan segala yang ada. Adanya rakan-rakan dan semua manusia disekeliling aku. Aku mampu bertahan hampir dua tahun. Namun, belum genap setahun, pelbagai rasa ada di dalam hati. Iya, jika diletakan sesiapa sahaja, mereka akan mengatakan perkara yang sama. Inilah aku, semasa Allah S.W.T memberikan sedikit ruang, aku tidak menggunakan ruang itu untuk berfikir dan terus berfikir. Lihat sahaja pada keadaan selepas dua tahun ini. Aku cukup jemu, aku cukup bosan, aku cukup lelah dengan segalanya. Hanya suara si ibu " dimana sahaja kita berada, rasanya tetap sama" itulah kata-kata semangat yang sentiasa disemat di hati dan benak fikiran.

No comments:

Post a Comment