Thursday 14 June 2012

Selamat Selamanya :)


SELAMAT  ULANG TAHUN YG KE - 24

Assalamualaikum 

Selesai Mei 13 hari yang lepas. Hari ini 14 June 2012, sudah genap 24 tahun berdiri dan berjalan di muka bumi Allah S.W.T. Semoga perjalanan seterusnya dirahmati dan diberkati Allah S.W.T. Tiada apa yang diimpikan, hanyalah ungkapan selamat dari keluarga, rakan-rakan dan sabahat handai. Genap sudah umur aku 24 tahun. Selama 24 tahun ini, aku sudah kecapi pelbagai kejayaan dan kekalahan. Bagaikan tidak percaya, aku sudahpun ada segulung diploma dan sekarang jua aku sedang melanjutkan perlajaran ke peringkat ijazah. Apalah guna segulung ijazah mahupun diploma jika tidak membahagiakan keluarga. Sudah hampir 2 tahun aku bekerja, pelabagai telah ku rencanakan dengan kehidupan aku, sehingga aku mampu mendapatkan segala kemahuan dan kehendak. Cita-cita didahului dan aku tinggalkan sejenak kehidupan yang  terlalu bersosial. 

24 tahun, aku sudah bergelar Mahasiswa yang tidak menganggur dan aku juga telah bergraduasi pada tahun 2010 dan mempunyai Diploma dalam bidang Kepustakawanan. Aku telah melihat kebahagian keluarga yang sentiasa disisi, aku telah melihat kehidupan berkerjaya, aku jua bergelar Mahasiswa sambil bekerjaya. Aku mampu memiliki ramai sahabat yang sentiasa memberi semangat dan dorongan, Mempunyai adik-adik yang selalu memberi ruang untuk bergembira.

Ucapan diri sendiri, Selamat ulangtahun yang ke 24, semoga ceria selalu, diberkati dan dirahmati Allah. Pertingkatkan ibadat dan taqwa dan sabar dan tabah mengharungi cabaran dunia.. 

No comments:

Post a Comment