Wednesday 9 May 2012

:: Bintangkan Pergi ::

         Jam di komputer riba menunjukkan jam 2.00 pagi. Aku melihat semula pesanan-pesanan ringkas yang aku hantar dan aku juga terima. Terdetik aku melihat kepada satu pesanan ringkas yang cukup menyentuh perasaan. Aku hanya mengungkapkan kata-kata semangat demi perjuangan yang masih belum selesai. Tidak aku sedari balasanya menyentuh hati dan perasaan. Aku seperti menghitung hari dan waktu. Setiap masa, aku menghargai masa yang ada dan aku juga cuba memberi ruang untuk merenung seketika. Dulu, dia cukup sihat di mata kami. Kini, dia pandai menjaga penampilan diri. Dahulu, dia bukan seorang yang dikenali, tapi kini hanya nama sentiasa meniti di bibir. Bagaikan tidak percaya, tujuh tahun dahulu cukup mengenali sebagai seorang junior yang cukup berdisiplin. Mengejar cita-cita dan impian, menjadi satu prinsip dalam kehidupannya. Sehinggalah dia berjaya dan terus berjaya, perjalanan hidupnya yang hampir lima tahun dibangku sekolah hanya tinggal sejarah dan melakar satu inspirasi kepada genari seterusnya. Dia? Kelakar, penyabar dan kadang-kala pendengar yang cukup setia. Dia? Membuat aku ketawa, membuat aku sentiasa bersemangat. Dia? seorang pendengar yang setia dan seorang yang suka membahan orang disekeliling. Hidup merendah diri, bercerita kepada mereka yang tidak mengenali aku. Aku? Sesungguhnya, dia seorang yang cukup hebat di mata. Dia? bersemangat dan sentiasa menjaga adap dan sopan. Dia? Melucukan dan memberi keceriaan.
           Kini, dia akan pergi. Pergi meneruskan perjuangan yang belum selesai. Hanya sebentar sahaja lagi bintangkan pergi. Hanya bersinar di kala malam yang memberi cahaya untuk kami melihat keindahanya. Kenangan hanya tinggal kenangan. Dia cukup menceriakan kami. Seusai peperiksaanya, kami semua bersedia menerima satu lagi kerdipan bintang yang akan hilang buat seketika. Satu persatu bintang itu akan menyinari semula apabila tiba masa yang akan kunjung tiba. Pergilah berjuang, semoga berjaya di masa depan kelak. Jangan mudah melupakan, dan jangan mudah hilangkan kenangan. Setitis air mata di suatu ketika nanti bukan perpisahan yang panjang, namun hanya terkenang pabila hilang sinar yang sentiasa menerangi kegelapan. 
   

No comments:

Post a Comment