Tuesday 31 July 2012

Apabila Julai Melabuhkan Tirai

Assalamualaikum,

Julai, sudahpun hampir ke penghunjungnya. Rasa seperti sekejap masa berputar dan sebentar sangat singgah di bulan Julai. Laju seperti air sungai rasanya. Penghunjung bulan Jun, one of My Junior fly pergi China untuk Chinese 11th Competition [lebih kurang macam tulah bunyi pertandingan tu], bagaikan tidak disangka, pada peemulaanya, dia tidak mahu ke pertandingan disebabkan sibuk dengan Exam A- Level, tapi semangat  dari orang ramai, "usaha tangga kejayaan". Keputusan di atas tangan dia, pergi xpe, xpergi pun xpe, akhirnya dia buat keputusan untuk pergi pertandingan tu. Pertandingan tu berlansung dekat UM, ada satu pusat pembelajaran untuk Bahasa Cina [maybe]. Pada mulanya, aku sendiri tak tau dia nak pergi pertandingan tu, malam aku sampai dari Unisel, aku saje call dia, masa tulah dia inform. Macam biasalah, pertandingan yang dia masuk kalau aku boleh attend, aku cuba hadirkan diri. Selama dia pergi pertandingan bahas dari form 2 sampai form 5 xpernah sekali pun aku lepaskan peluang, kecuali masa dia form 5, team bahas lawan setiap peringkat dan setiap peringkat tu menang dan akhirnya SMK ZON R1 masuk final untuk Zon Keramat. Cuma pada tahun tu sahaja aku tidak bersama team bahas masa tu, sebab aku ada Final Exam dekat UNISEL, tapi setiap inci maklumat akan sampai kepada aku bila habis paper. So, kali ni dia fight atas nama sendiri. Hanya berbaju melayu PINK [memang xda baju lain] dan bersongkok, cuma ketawa sikit tengok kasut dia masa tu. HAHA! Ada 3 stage, macam biasa hanya menasihatkan dia just be cool, walaupun xramai yang datang menyokong cukuplah sekadar aku dan Aisar [Kawan INTEC dia]. Stage pertama nampak begitu hebat berkata-kata dalam mandrin, walaupun satu patah perkataan kami tak faham. Orang tepuk tangan, kami pun tepuklah tangan, orang ketawa, kami tersenyum. Begitu confident dia bercakap di atas pentas dan diselang seli sedikit joke yang membuatkan orang ketawa dan tersenyum. Lepas satu stage, hilang gementar yang pertama. Lupa, angka giliran dia NO 8. So, relax, cool and dia besahaja, masuk stage yang ke - 2, sangat membrangsangkan. Stage yang ke 2 ni, dia kena jawab soalan, tak taulah soalan apa yang diutarakan, tapi dia dapat jawab semua soalan dengan betul. Selesai satu stage, tinggal satu je lagi. Masa ni, memang kelam kabut, agaknya kalau Aisar sorang mesti terkecah-kecah. Dari berbaju melayu berubah menjadi artis K-POP! Dia ni bab bergaya bagi je dekat dia, confirm serba serbi kena. HAHA! Stage 3, kelakar pun ada, hebat pun ada, macam-macamlah. Paling menarik perhatian ada seorang Indian Girl ni, dia bawak satu lagu OST dalam Movie Devdas Aishwarya Rai dengan Mahduri Dixit, persembahan that girl lagu ni : "Dola Re Dola", ketawa habis aku dengar lagu ni. Sah! Aku suka sangat lagu ni, boleh terhafal-hafal.
Stage tiga yang cukup membanggakan. Suara yang cukup memukau dapat menarik perhatian sesiapa sahaja yang berada di dalam dewan serbaguna itu, dan yang paling nyata saya nampak salah seorang hakim mengesat air mata. Wow! Sungguh meyakinkan bahawa dia berada dalam TOP 3~  So selesai semua peserta, kami pun makanlah beramai-ramai dan satu patah perkataan pun tak faham melainkan bila Aisar bercakap dalam BM! HAHA.. Pendekkan story, Dia dapat 1st Prize and sangatlah happy tengok dia menang that time. Smile always, Family dia mesti proud gila. Seorang yang berusaha jika mahukan apa sahaja! Rezeki dia mempunya minda yang cerdas dan cergas. Hehe.. Itu sepanjang Mei hinggalah June, Bty the way, dah masuk akhir bulan Julai pun, dia dah balik ke Malaysia dan dah macam-macam aktiviti dia buat.
Bermulalah bulan Ramadhan di dalam bulan Julai, Sudah hampir seminggu berlalu, bagaikan tidak percaya satu perubahan dalam kehidupan aku, memenuhkan diri dengan mengenal agama sendiri. Banyak yang dipelajari dan banyak juga yang dipraktikan. Namun, aku sedar aku manusia yang lemah, masih banyak yang perlu dipelajari. Dek kelalaian dunia, buat kita terlupa sebentar akan Akhirat yang semakin sejengkal dengan kita. Ku akui akan segala kekhilafan dan jua naifnya tentang agama. Sedarinya dari lamunan, aku perlu bangkit untuk berubah, memperbaiki dan memperkemaskan mana yang condong. Usaha tangga kejayaan, satu perkataan yang suka aku letak dalam diri. Alhamdulilah, sedikit demi sedikit, InsyaAllah dibukakan satu pintu untuk aku. Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang membantu secara lansung mahupun tidak lansung. Walaupun umur sudah hampir mencecah ke 25 tahun, masih ada masa untuk memperbaikinya. Ramadhan, banyak mengajar manusia menahan segala nafsu yang datang. Ramadhan memberi ketenangan dalam kegusaran. Ramadhan juga membawa aku mengenal Islam di negara jiran. Esok berlepaslah ke Jakarta, menikmati bulan puasa di sana. Sesungguhnya, impian yang tidak tercapai dahulu, Alhamdulilah, akhirnya Allah memberi kesempatan. Diberi sedikit kegusaran dan kepayahan untuk kita berusaha, hasilnya cukup jelas dan terang semua berjalan dengan lancar. Selamat pergi dan selamat pulang. :)
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

No comments:

Post a Comment