Tuesday, 9 October 2012

Bila Hati Berbisik

Assalamualaikum W.B.T.

Waktu pejabat yang hampir tamat. Kira-kira kerja untuk hari ini hampir 85 & siap. Minggu hadapan akan ada lagi kajian lapangan di Karangkraf :) . Kembali menyibukkan diri di sana. Sementara mengemas sebelum mahu pulang ke rumah, merenung seketika ke langit dari pandangan jendela pejabat. Beberapa pekara yang difikirkan dan juga direnung bagi memuhasabahkan diri. Saya hamparkan beberapa perkara yang bermain di fikiran.

Rindu?

Inilah perkara pertama yang terlintas dan secara kebetulan melintas di langit sayap terbang yang dibawa oleh manusia. Perlu saya melambai? sesungguhnya tidak. Pernah sekali mengemaskini status di laman sesawang Facebook " Rindu itu adalah perkara biasa, Akan diluahkan mahupun dipendam. Ia tetap dinamakan Rindu, Apakah perkara nan baik untuk mengubati rindu?adalah dengan menadah tangan dan berdoa agar keluarga, sahabat handai, rakan taulan, kawan-kawan dan orang yang kita rindu dilindungi Allah S.W.T dan di dalam kesejahteraanya". Bayangkan layang-layang yang terputus talinya, terawang-awang di langit ditiup angin ke kanan dan ke kiri dan akhirnya rebah ke tanah. Rindu itu satu perkara biasa, ada kala kalau kita ungkap sekerap manapun ia tetap ada di dalam diri dan hati. Kadang-kala orang kata, alah rindu itu tidak perlu di layankan sangat. Lama kelamaan nanti kamu akan biasa. Mudah untuk diungkap payah untuk dilakukan. Tidak mengapa, itu hanya bersifat sementara lama kelamaan ianya akan menjadi satu kebiasaan. Tidak dinafikan, saya rasa kosong kebelakangan ini. Bagaikan ada yang tidak lengkap bagi memenuhi hari-hari mendatang. Bagaikan dikejar-kejar tak dapat, bagaikan ditarik-tarik tak sampai. Sesungguhnya, bukanlah asing bagi saya perasaan sebegini namun kini ianya lebih sukar untuk dikikis. Bagaikan tidak percaya, kekerapan lalu di kawasan yang boleh buat saya tertawa dan juga mengalir air mata membuatkan ada satu rasa yang mengalir. Mengimbau kembali apa yang terjadi di awal pertemuan dan juga di hujung perpisahan. Pelbagai perkara yang membuatkan saya tersenyum sendiri. Inilah yang dikatakan tidak sealiran darah tapi hati tetap sama.

Jarak Jauh !

Terus melakarkan apa yang bermain di benak fikiran. Dilihat semula dan dianalisa, rupanya jarak kita jauh. Hanya sesekali pabila senang kita bercanda. Hanya sesekali apabila ada ruang dan masa kita berbual namun jarak kita masih jauh. Memang, sudah menjadi lumrah masing-masing berjuang untuk menggapai impian dalam kehidupan. Namun masih saya katakan jarak kita jauh. Fahamilah perkataan Jarak Jauh. Adakalanya, kita tidak sedar yang kita telah meletakkan satu pembaris diantara dua batang pensil. Sekilas juga kita tidak perasan yang sebatang pen yang memandang dari satu sudut, melihat sejenak apa yang berlaku disekelilingnya. Jaraknya jauh, hanya mampu melihat dan berharap agar jarak itu akan didekatkan semula satu hari nanti. 

Jam ?

Kenapa jam? Cuba sekalian melihat jam di dinding, jam di tangan mahupun di telefon bimbit. Setiap detik yang ada pada saat, minit yang berdetik menentukan jam sasaran pada setiap hari. Lihat petukaran masa di telefon bimbit tidak seindah masa jam di dinding. Alangkah anda boleh menikmati sebenarnya disebalik pengertian jam yang ada. Perkataan paling hampir dengan jam adalah memori. Setiap hari kita senantiasa mengigati dan juga mengimbau akan apa yang telah terjadi. Jam, bukan hanya memberitahu masa dan waktunya pukul berapa namun disebaliknya ada sebuah cerita. Sekilas pandangan kita akan terfikir pada waktu ini, aku pernah melakukan sekian perkara, teringat pada waktu itu. Itulah jam. Jam yang di letakkan di dinding bukan sekadar penentu waktu malah pengimbau kenangan lalu. Jam, memainkan peranan sebagai penentu masa namun harus diteliti apa akan maksud disebalik setiap waktu itu. Adakalanya, jam membuatkan kita rindu pada saat-saat manis dan adakala boleh membuatkan kita mengalirkan air mata apabila teringat pada sesuatu kesakitan. Jadi usah perlekehkan apabila jam itu rosak, seharusnya dibaiki dan biar berputar semula.

Penulisan tidaklah seberapa hebat. Namun hanya ini yang diungkapkan. Sebenarnya Rindu itu berkait dengan masa. Jarak jauh itu juga berkait dengan masa sama juga dengan jam. Semuanya berkaitan dengan masa. Semuanya telah ditentukan dan juga ditakdirkan. Masa adalah penentu antara kita kembali atau kita akan berada di dalam jarak yang jauh. Rindu itu sudah menjadi satu kemestian ini kerana tawa sebagai pengubat duka, kala tangis kita bertema, kadar tekanan ada yang menghiburkan. Jam adalah penentu masa, yang mengimbau kembali dan juga mengamit semula memori. Penulisan yang diceritakan pada hari ini hanyalah datang dari pemikiran yang mencari satu kongklusi ketenangan. Di saat begini, perlu diharikan semula semua kekuatan agar mampu terus berjuang sehingga ke akhir waktu. Jika penulisan agak berbelit, fahamilah sendiri dengan bait-bait ayat yang dibelitkan. Simpulan bukan mudah, dan jalan penyelesaian bukan senang. Semoga Allah terus memberi ketenangan kepada semua yang membaca termasuk saya sendiri. 

Suka pada hadis ini :)

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” 
(Q.S. Al-Imran: 139)

2 comments:

  1. wow...ayat......perghhhh....meletups.....good job....hihihi

    ReplyDelete