Wednesday 24 October 2012

Apabila Hati Kata ?

Assalamualaikum :)

Penulisan sebelum cuti Hari Raya Aidiladha :)

Oktober sudah hampir ke penghujungnya. :) Aidiladha semakin hampir nampaknya. Ada yang mula menyibukkan diri dengan pelbagai persiapan. Yang jauh di perantauan, rasailah nikmat menyambut Aidiladha di sana. Tidak sebijak penulis lain untuk mecoretkan penulisan yang berbentuk Islami, hanya menceritakan apa yang dirasai dalam dua minggu ini.

Semester 3 - UiTM, Cabaran Makin Hebat.

Kebelakangan ini, sibuk dengan urusan belajar. Pada semester kali ini, memberanikan diri dengan risiko yang amat tinggi untuk mencabar diri dengan kebolehan yang ada. Mengambil 5 subjek adalah cukup risiko bagi pelajar e-Pjj. Entah bagaimana, sifat tamak haloba dan juga sifat tidak sabar dalam mengharungi badai belajar ini terlalu membuak-buak sehinggalah keputusan dibuat untuk mengambil 5 subjek sekaligus. Setiap minggu jugalah mengharungi dugaan dan cabaran untuk ke kelas memandangkan saya tidak pandai memandu apa-apa kenderaan. Hanya berbekalkan keazaman dan telah menyusahkan pelbagai pihak untuk memikirkan diri saya. Dua minggu kebelakangan ini, tidak ramai dapat membantu untuk menumpangkan saya untuk pulang ke Bestari Jaya, secara dua minggu berturut-turut abang saya berpenat lelah menghantar ke Bestari Jaya. Pada minggu ini, selamat ada rakan yang satu tempat kerja dan juga satu kawasan tempat tinggal du UNISEL. Keadaan pada masa itu sangatlah rumit dan terpaksa meminta pelbagai pihak untuk membantu memandangkan kelas saya masih ada selepas waktu tengahari. Tekanan pada saya sebenarnya, namun apakan daya hanya mampu menebalkan muka. Kebelakangan ini juga, saya dilimpahi dengan assignment yang sangat mengunung tingginya. Alhamdulilah, satu diantaranya sudah selesai, hampir ada 4 hingga 5 lagi yang masih belum diselesaikan. Inilah cabarannya, saya cuba lalui dengan penuh ketabahan dan juga sedikit keazaman. Bertubi-tubi assignment yang datang membuatkan saya tidak dapat menyusun jadual seperti dulu. Apa yang perlu didahulukan, saya dahulukan dan apa yang patut ditinggalkan saya tinggalkan. Kini, jadual sudah mulai tidak terurus.  Apa yang ada kini, hanya kuatkan diri dan semangat untuk terus berjuang hingga ke akhir penamat.

Kecelaruan Minda - Yang Mana Satu Pilihan Kalbu.

Seandainya dalam dilema, Isthikarah adalah jawapan yang paling relevan akan diberikan. Seperti entri sebelum ini, saya masih dalam mencari satu kongklusi supaya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Semuanya menjadi kecelaruan minda dan saat inilah jika ada sesiapa yang mulai merepek dengan saya, saya mulai mahu melenting dan juga seperti malas ingin melayan. Pada saat ini, minda hanya tertumpu pada rakan-rakan yang memhami apa yang dikehendaki dan apa yang berlaku dan juga apa yang dirasai. Kini keputusan di tangan saya. Akan datang adalah penentu segalanya. Yang terbaik kita lepaskan seperti kita juga berkorban akan sesuatu yang kita sayangi. Seperti kata Bonda "Lebih senang untuk kamu berjalan, tidak ada yang disusahkan. Hanya yang disusahkan adalah kaum keluarga mu sendiri nak!". Kata-kata itu yang membuatkan saya melepaskan intan di tangan mengutip perak dijalanan. Tidak kenal maka tidak cinta, sudah kenal maka bencinta? Susurilah langkah dengan kata-kata dan jalanilah dengan ikhlas. Kecelaruan minda tidak perlu dijelaskan, kerna biar diri ini sahaja yang tahu. Sungguhpun dipercayai, namun kesangsian tetap ada di hati.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Korbankan sesuatu yang kita sayangi, mungkin ada hikmah disebaliknya yang menanti. :)

No comments:

Post a Comment