Wednesday 17 October 2012

Indah dari Kabar

Assalamulaikum W.B.T

Sudah lama meninggalkan penulisan. Terlalu banyak bebenan yang dirasai kebelakangan ini. Sebenarnya lebih rasa sunyi dan tiada tempat untuk melarikan diri. Alangkah bahagianya jika pandai memandu, saat ini jua mahu mencari ketenangan yang abadi. Sebenarnya, hati ini memberontak untuk keluar dari kepompong yang ada masa kini, namun masih lagi gagah berdiri dan teguh mencari intipati diri. Bagaikan tidak percaya, apabila satu perkara yang kita lakukan hanya dengan bersahaja menjadi satu perkara yang penting untuk dilakukan. Saat ini yang hanya ada pada minda mahu mencuba tetapi terlalu banyak halangan yang perlu ditempuhi. Bukan mudah untuk kita lalui dengan fikiran yang masih kosong, tidak dapat berfikir dengan tenang dan juga perasaan mula bercelaru. Teman-teman yang membaca saat ini dirasakan mahu menitis air mata bila memikirkan segala perkara yang berlaku. Terfikir sejenak, mengapa dahulu saya terlalu drastik dan pantas membuat keputusan? apabila sudah diikat bagaikan payah untuk dibuka. Kini, satu persatu yang saya perlu terokai, ada teman-teman yang memberi pendapat agar mencuba ada juga yang memberi semangat untuk keluar dari apa yang dirasai. Mencuba tidak menjadi satu kesalahan, namun apabila digapai nanti perlulah teliti satu persatu intipati isinya agar tidak menyesal di kemudian hari. 

Inilah masanya kita sebagai hamba kepadaNYA, sujud dan berdoa memohon dilimpahkan rahmat dan dibukakan jalan yang lurus buat kita. Jangan sesekali alpa, yang susah itu jalan, yang senang itu juga jalan. Apabila ditimpa perasaan sebegini istikharah adalah jalan yang terbaik. Solat Istikharah ini kebiasaanya dilakukan apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap satu-satu perkara yang dialaminya. Inilah yang terbaik sebenarnya. Sebenarnya, sekarang saya diuji sebagai umatNYA yang menumpang di muka bumi Allah S.W.T seharusnya menjalankan kewajipan dan juga berdoalah agar mendapat sedikit ruang untuk membuat keputusan. Itulah yang dikatakan apabila dilanda keresahan mahupun kekeliruan sujud dan berdoalah agar hadir sebuah ketenangan. Kini usahalah sebaik mungkin dari tibanya hari dan sehingga ke akhir harinya. Saya redha akan apa yang berlaku namun hati saya masih mencari sesuatu agar terbelanya keluarga, kerjaya dan pelajaran yang kini penuh di kiri dan kanan. Semoga saya mampu menempuhinya dengan tenang dan tidak sesekali tersalah membuat keputusan. :)

Word for Me and all of you :-

  
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ
  bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.” (Muhammad, 47:31)

 ( Sourcehttp://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5950:bersabarlah-wahai-saudaraku-khusus-buat-yg-sedang-ditimpa-kesusahan&catid=60:tazkirah )

No comments:

Post a Comment