Monday 5 November 2012

Andai Mampu .....

Assalamualaikum :)

November hadir dan Allah memberi ruang untuk terus berbijak di atas muka bumi ini. Sehingga hari ini dirahsiakan di hati apa yang dipendamkan. Tidak perlu dicoretkan, hanya cukuplah ketahui "saya bermain dengan emosi". Lelah melalui kehidupan dari hujung Oktober sehinggalah November yang hadir. November yang hadir seperti melambai dan memberi senyuman indah, namun kaki ini melangkah dengan satu kesempitan ruang dan hanya senyuman paksa yang dapat diberikan. Betapa kecewanya November itu apabila melihat kehadiran saya yang penuh dengan emosi. Mixed Emotion, Adakah saya mengalami keadaan sebegini sekarang? Hanya ada pada diri sendiri. Jalan yang terbaik adalah, saya memberi semangat kepada diri sendiri. Setiap hari memberi dan memujuk hati supaya kuatkan kaki untuk melangkah dan terus berjalan. Usah berlari namun cukuplah sekadar berjalan dengan laju. Ke mana hilangnya semangat yang hadir dulu saya sendiri tidak mengerti. Hari demi hari, hati ini dipujuk, kata orang " Kalau dipujuk lama kelamaan lembutlah". Itulah tugas kita terus berusaha dan terus berusaha. Adakalanya, kita lupa dengan kelalaian kita sebagai manusia yang hanya menumpang sementara di muka bumi ini. Lupa pada ajarannya, alpa pada suruhannya, lalai dengan petunjuknya. Lalai dan terus dibuai mimpi, ibarat dunia ini masih diawal penemuanya. Sedarlah wahai diri kerna masih cetek ilmu pada diri mu. Usahalah perbaikinya dan jangan sesekali kisah dengan apa yang diperkatakan. Perubahan memakan masa ? Bukan alasan! Namun kita mampu untuk lakukan. Jangan sesekali lemah dalam memperbaiki segala kelemahan yang kita ada. 

November masih berada di awalnya, pelbagai tugas yang harus dilaksanakan dan juga harus diselesaikan. Adakalanya, kaki seperti tidak ada kekuatan lagi, lemah dan sebagainya namun demi harapan dan cita-cita yang sedang saya kejar, saya teruskan demi mencapai impian. Oktober yang lalu, saya telah membuat satu keputusan yang diluar jangkaan. Saya sendiri membuat keputusan yang tanpa berfikir dengan panjang. Sudahpun ada di tangan saya kini. Namun, ada sahaja perkara yang membuatkan saya berfikir semula? Adakah itu? Adakah ini? Adakah dan segalanya. Tidak teguhkan hati dan juga pada keputusan yang dibuat. Bagaikan ada batu berat yang menghempap diri ini. Aduhh! Sakit! Berat! Darah! Aduhai hati! Jangan terlalu letak negatif itu, adakalanya boleh namun tidak perlu selalu. Semoga saya terus kuat dan tabah untuk lalui.

Kecil? Entah? Pada hati? Pada diri? Semua " tepuk dada tanya selera" Andai disusun selembar kata-kata pun mungkin tetap sama dan tidak berubah. Andai disusun pepatah ia tetap sama dan tidak berubah lakarannya. Andai kata disusun, pepatah diselarikan tetap sama dan tidak berubah. Andai mampu merembeskan saat ini, mahu sahaja dirembeskan namun ? Tiada bahu manakan disandar. Kongklusinya, apa yang dibicarakan selari dengan perasaan yang bercampur baur. Alangkah indah, jika saya boleh buang dengan cepat perasaan yang bercampur baur ini. Indah sehingga tidak terkata. Jadi seperti Dian ( watak dalam novel Takdir Itu Milik Ku ). Berfikiran jernih dan positif di kala apa jua yang mendatang.

Akhir kata : Andai ada yang terkecil hati, mahupun apa jua yang membuatkan anda terasa maafkan saya kerna bukanlah sempurna mana. Maaf sehingga menutup mata. :) Selamat Malam. 

No comments:

Post a Comment