Saturday 22 September 2012

Perjalanan Terakhir II : Persahabatan & Perpisahan

Assalamualaikum W.B.T

Kembali dengan perjalanan seterusnya. Malam khamis yang sudah berlalu (06.09.2012) - Ingatkan, perasaan itu biasa sahaja. Biarkan berlalu, tanpa fikir apa yang akan berlaku dan apa yang akan terjadi. Jadi pada asalnya, membiarkan perasaan itu berlalu. Hanya mampu dengan kata-kata, rasa kosong? Itulah yang dirasai saat itu. Jadi, sesi bercerita bersama Aiman malam tu terus menerus, tiadalah luahan yang begitu berat pun, sekadar berkisar tentang CD yang Aiman dapat dan Nikmatnya Coklat Itu~.Biasa, perpisahan mengajar kita lebih kuat.

Kenal Aiman, Fuzah, Aisar, Madie and Zuhaili. Yg lain tu kawan-kawan
depa.. hehe

Selesai urusan yuran di Puncak Perdana, meneruskan rutin hidup seperti biasa. Hari Jumaat, usai Solat Jumaat, persiapkan diri teman Zuhaili ke Lowyat beli PC katanya~ Jadi, sepanjang petang itu, menghabiskan masa dekat Lowyat. Seberapa lama, yang penting sebelum Maghrib dah balik rumah. Malam tu, melepakkan diri di rumah " Aik~ Tak keluar ke malam ni" My Father! "Tak pun... " Me! - "Mana nak keluar geng dah tak da" - My Mother! Serius macam satu tamparan hebat dalam kehidupan. Sabtu? Hari yang dinantikan? tidaklah begitu teruja, hanya terkejar-kejar untuk sampai ke destinasi. Bermulalah episod Perjalan Terakhir II : Persahabatan & Perpisahan. Pagi yang cukup indah bagi saya. Terbawa-bawa hingga sampai ke dalam mimpi. Cuba membiasakan diri. InsyaAllah ada rezeki yang Allah beri, akan tiba di Terminal 3, Jakarta. Perancangan yang agak teratur, berjumpa dengan Aunty Maya Seroja Kembang (OMG~ gurau je) - Mak Azre sebenarnya kami jumpa di McD Jaya Jusco. Lama tak jumpa Aunty Maya,jadi buatlah persidangan beramai-ramai dekat McD tu. Kebetulan Zuhaili nak betulkan sedikit Tab Aunty Maya. Hampur 3 jam duduk di situ, bermacam-macam cerita keluar dalam masa yang sama kami sempat skype dengan Azre. Dia takda dalam kampus dia masa tu, ada aktiviti luar. Borak sekejap je, sebab kami nak bergerak ke KLIA. Inilah destinasinya. Dalam kereta bermacam-macam perkara yang dibualkan. Memandangkan kawan Mardhiah tu gila-gila juga macam kami. Layankan ajeeee~ Perjalanan yang agak mencabar, dengan traffic jammed, saya dan Zuhaili belum menunaikan yang wajib dan juga Uncle Mardhiah mintak tolong beli barang, jadi bermacam-macam yang perlu dilalui dahulu sebelum sampai ke KLIA. Hujan agak lebat jugak masa tu, aku sempat membeli sedikit cenderamata kepada Mahfuzah.Kenapa Mahfuzah? Sebab dia telah berjaya buat design untuk blog saya.!. Thanks Fuzah, JasaMu dikenang~ Selepas melalui beberapa cabaran ke KLIA, akhirnya selamat tiba di KLIA jam 5.30 petang. Mereka yang ke India akan terbang lebih kurang dalam jam 10.00 malam (kalau tak silap). Seperti bermain kejar-kejar rasanya, berjalan dengan laju menuju ke tingkat paling atas. Kebetulan, dalam duk kalut-kalut tu terjumpa Aiman dipertengahan jalan. "Aik! g mana?" Me! - "Ambik barang dekat kereta kejap" Aiman - end conversation. Berada di tengah khalayak ramai yang berpusu-pusu untuk check in bagasi. Kami berempat yang nampaknya seperti terpinga-pinga mencari di mana hilangnya arah tujuan. Mata meliar mencari jika ada kelibat Hafizi atau Aizul. Namun, ianya hampa. Terus mencari dan akhirnya, telefon Aiman yang sedang berkejaran naik ke atas selepas usai urusan di kereta. Kami berada betul-betul di antara H dan (tak ingat)... Sorry~ Berdirilah di situ sementara menunggu Aiman tiba. Secara tidak lansung dalam sibuk menunggu Aiman sampai ke destinasi, " Fizi call" Me! "Assalamualaikum, Fizi kat mana?" " Waalaikumusalam, Fizi baru lepas solat, Abg Nash dekat mana? Fizi! - "Ohh. Dah ada kat KLIA, tunggu Aiman jap, jap lagi Abg Nash cari Fizi." Me! - end conversation.Sedang sibuk melihat pelbagai ragam manusia, Aiman yang penuh bergaya tu menghampiri kami empat orang. "Hye Aiman,!" - Me! "Abg Nash! HAHA" Aiman! - end conversation (dah tak ingat borak apa dengan Aiman) " Ada **** ?" Aiman! " Tak da pun, tak pe" Me! - end conversation. Aiman sangatlah sibuk, tapi dia cuba spend time dengan Zuhaili Mardhiah Kawan Madie and Me. Boraklah seketika, gelak tawa, adegan usik mengusik dan juga berfoto! "Aiman, call Fuzah, Abg Nash nak jumpa dia" Me! "Ok! Jap! Kredit-kredit terakhir di Malaysia.. HAHA" Aiman! - end conversation. Sempatlah bagi Fuzah present, simpan buat kenang-kenangan. Kenal Fuzah pun masa open house 2011 dekat rumah Shazwan. Bergambar seketika, dan hanya ucapan semoga berjaya buat dirinya. "Mana Fizi?" - Me! - "Entah, adalah tu kat mana-mana.. HAHA!" Aiman! - end conversation.Tiba-tiba .... "Nash! Handphone aku ni dah vibrate banyak kali dan aku tahu siapa call aku" Zuhaili! " - end conversation. Cerita selanjutnya hanyalah tinggal kenangan dan juga merupakan perkara paling menakutkan telah dilakukan. Dijadikan cerita perlu cepat pulang ke Kuala Lumpur semula. "Aiman, tak boleh lama, Jaga diri Aiman, thanks! Belajar rajin-rajin.. (tiba-tiba) ... diorang ****** (repeat twice maybe)." Me! Menitis jugaklah air mata. Sebak yang ditahan dari hari khamis di bawa ke hari sabtu rupanya. Biasalah, simpanan bakal mencurah ke ladang gandum jua. "Sabar ye~ ..... ****** .. " Aiman! - end conversation. Aiman? Sedar atau tidak dia dah ada dekat India sekarang, Medic Student at Manipal (Melaka Manipal Medical Collage). Mardhiah and Zuhaili, menjalankan kewajipan, bila nampak aku macam dah nak menangis dia trus snap gambar (maaf, gambar tidak dikeluarkan). So dapatlah snap dua tiga gambar. Sebenarnya, keadaan agak kelam kabut masa tu, sebab rush untuk balik ke Kuala Lumpur semula, jadi tercarilah Fizi, dia macam biskut on that day. Kejap ada, kejap takda. Akhirnya, dia berjalan seperti putera lindungan bulan bersama anak kecil, mungkin anak buah dia. Dah tu jalan ala-ala putera bawak botol susu lagi. Sebelum balik, sempat bersalam dan "Fizi, jaga diri baik-baik. Study rajin-rajin. Ada masa kita jumpa lagi." Me! "Ok Abg Nash, jaga diri. Thanks present" Fizi! - end conversation. Berlari anak ke Surau yang berdekatan melengkapkan apa yang perlu dilengkapkan. Usai kewajipan, terus keluar cari Mardhiah, tiba-tiba Mardhiah "Nanti, Aizul dah sampai, dia suruh tunggu kejap" Mardhiah! Semuanya dalam keadaan yang agak kelam kelibut. Sempat bertegur sapa dengan Syamsul dengan Haziq, mereka baru sampai masa tu. Akhirnya, sampai Aizul di tempat kami berkumpul. Sempatlah bergambar dan berborak seketika. Risau juga pada mulanya tak dapat jumpa Aizul, tapi Allah S.W.T tahu akan kehendak hambanya. "Aizul, jaga diri. Jangan lupa study, janga lupa kitaorang dekat Malaysia. Seronok kenal Aizul. Jaga diri, jangan nakal-nakal.. Jangan lupa ****** " Me! "InsyaAllah Abg Nash, Yeke, Serius ****** ... " Aizul! "Takpa, faham.. " Me! Sebak dan hampir menitiskan air mata. Sedih juga,berlepas tiga orang lagi selepas 3 orang sudah tiba di Indonesia. Semuanya berjuang demi masa depan. Ukhwah Never Ends, itulah ungkapan yang sentiasa saya katakan. Perjalanan pulang, Madie "Tiba-tiba madie rasa sedih pulak. Rasa macam nak nangis pun ada" Madie! Itulah yang aku rasa, menangis? perlu ke? pelik kan? tapi itulah, walau tidak serapat mana, cukup indah kenangan yang ada. Tidak perlu dinyatakan atau ditekankan dari mana datangnya tali persaudaraan ini. Allah telah menentukan dan telah pun memberikan, kenalilah mereka, maka kamu boleh berubah dari satu tapak ke satu tapak. Alhamdulilah~ Terima Kasih semuanya :)

Gambar Pilihan I

Fizi? Me and Zuhaili

Sempat jumpa Aizul akhirnya!

Gambar Pilihan II

Madie, Aiman, Zuhaili, Aizul and Kawan Madie

Bye Hafizi Abdul Razak, Bye Aiman Firdaus Azizan Bye Aizul Haidar Zulkifli. Ada masa kita jumpa lagi. Semoga dipermudahkan segalanya di India. Nice to meet and know you all guys~ Ukhwah Never Ends~

Perjalanan Terakhir III menyusul kemudian~

No comments:

Post a Comment