Wednesday 12 September 2012

Ramadhan I : Indahnya Jakarta

Assalamualaikum W.B.T ~

Terbang burung terbang, terbang tinggi-tinggi
Terbang abang terbang, membawa diri bersama hati.

Jauh, membawa hati sejauh yang mungkin meninggalkan kesibukkan kota di Kuala Lumpur. Di dalam bulan Ramadhan, melihat indahnya Islam di negara Indonesia. Bagaikan tidak percaya, rancangan yang hampir terbatal di tengah jalan dapat jua diteruskan dengan hasil kerjasama antara satu sama lain.

Berangkat dari Kota Kuala Lumpur tepat jam 5.30 petang (waktu Malaysia) waktu Indonesia 4.30 petang. Melihat awam biru, tenang dan terasa nikmatnya ciptaan Allah S.W.T. Melihat alam yang terbentang luas, terasa diri yang kerdil ini bagaikan tidak berilmu. Di tekadkan satu azam, mempelajari dari mereka-meraka yang arif dan mengetahui. Selamat tiba di Soekarno Hatta Airport jam 6.30 petang, tetapi di Jakarta mulai gelap. Menjejakkan kaki di Terminal 3 Jakarta, kami bersiap siaga dengan imigrasi di Indonesia. Semuanya, lengkap dan tanpa ada sebarang masalah. Alhamdulilah, betapa bersyukurnya kepada Allah kerana diberi peluang menjejakkan kaki ke negara orang.Semasa berada di imigrasi, hanya terlihat kegembiraan, senyum dan tawa. Pelbagai kisah, cerita diselang seli dengan jenaka indah dari diri masing-masing. Usai di imigrasi, terus ke ruang legar sambil menikmati keunikkan bangunan Terminal 3, Jakarta.


Bermulalah pengembaraan 5 anak muda dan seorang hampir meningkat usia (HAHAHA). Mendapatakan khidmat teksi Blue Bird, kami meneruskan perjalanan ke Mbah Jingkrak. Mesti tertanya-tanya apa tu Mbah Jingkrak ( Nenek Melompat ) itulah nama kedai yang kami berbuka puasa. Lazat, enak dan ada ummphh~ Makanan yang disediakan pedas dan sehingga meleleh peluh, hingus dan sebagainya. Bagi mereka yang tidak tahan pedas, tidak disarankan makan di situ.Seterusnya menjejakkan kaki ke Hotel Menteng tempat berteduh, tempat mempersiapkan diri. Menempah 2 bilik untuk 6 orang, kami bahagi dua bilik. Shazwan, Muhammad dan Aman, satu bilik dan Aku, Solihin dan Aizul satu bilik. Tiba di bilik, masing-masing mempersiapkan diri, Solat,Solat terawih. Aku seperti biasa, mencari line wireless untuk update yang aku sudah berada di Kota Jakarta. Pengembaraan pertama bermula, keluar di tengah-tengah malam, lebih kurang 12.30 am pada masa itu, berjalan-jalan mencari kedai makan. Berjalan hampir  2 - 6 kilometer mencari kedai makan. Sempat bergambar di tengah jalan dan juga batu sumpahan (HAHA - itu gelaran yang Sol bagi). Akhirnya, kami lost ditengah-tengah jalan. Singgah di sebuah Masjid yang ada ditengah-tengah bandar tu, dan bertanya pada seorang Hamba Allah, di mana kami boleh dapatkan kedai makan. Akhirnya, ada sebuah kedai Nasi Padang.

Kedai Nasi Padang :-
Menjamu pelanggan dengan pelbagai lauk. Dihidangkan di atas meja, dan diberi nasi seorang sepinggan. Pelbagai jenis lauk yang dihidangkan. Boleh memilih apa sahaja lauk, dan harga berdasarkan lauk yang disentuh sahaja. Lebih baik, berfikir sebelum makan. Sebab, jika lauk disentuh tidak dihabiskan, rugi rasanya.


Selesai makan, bergambar sikit ditengah-tengah jalan dan pulang ke bilik. Aktivitasnya TIDUR!. Sedang enak dibuai mimpi yang tidur tidak berapa nak nyenyak terdengar satu bunyi dan jeritan yang jarang didengar. "Bangun, waktu imsak berbaki lima minit lagi. Ayuh bersiap (Copy from Sol blog)" sangat teruja. Dekat Malaysia? Tiadanya orang nak buat macam ni, tup..tup.. Azan je berkumandang. Hah! So, disebabkan panggilan itu aku sempat minum 2 gelas susu, saja bagi extra kekuatan untuk berjalan-jalan. Sambunglah tidur balik dan ..... "Semua terlajak Subuh,"

Episod 2 - Pengembaraan DUFAN

Tidak berapa nak ingat, siapa kejut siapa at the morning tu, tapi rasanya seperti aku yang bangun dulu. Ok, dahlah terlepas subuh "nak buat macam mana ni?" "Ohh. Qada' lh". Sangat janggal pada mulanya, namun mereka dah mulakan dulu. I Follow~ So Aizullah yang mengajar Qada' Subuh tu. Solatnya seperti biasa. Usai solat, bergili-gilir mandi dan ke destinasi pertama hari ini Taman Tema yang dipanggil Ancol. Ok, dekat Malaysia kita ada LRT kat sana takda tapi ada Busway, ala-ala LRT tapi dia bas. Sendat, sempit dan semputlah jugak naik kenderaan tu. Laju bila takda traffic jammed, bila jammed hanya Allah yang tahu bagaimana keadaanya. Pendekkan cerita, berpusing berkali-kali semata nak mencari Roller Coster. Berapa kali tawaf Ancol tu. At last dapat jugak jumpa, rupanya depan mata je. Dalam Ancol tu banyak taman tema, kami decide untuk pilih DUFAN! DUFAN stand for Dunia Fantasi. Yeaaahh~ Lagu tema dia sangatlah best, cuma dah lupalah bila balik semula ke Malaysia. Dufan ni serupa macam Genting Highlands Theme Park, cuma dia tak sejuklah. Hmm... bayar Rp. 120 000 tapi aku hanya main 3 benda je. Marry Go Round (gayat sangat-sangat, tapi.. Aku dapat lihat cipta Allah S.W.T dengan hati yang tenang, dapat melihat laut nan biru, langit yang cerah dan juga puluhan manusia di dalam taman tema) seterusnya aku main Kapal Lanun (ayoooo.. dia buai hampa macam hampa takda usus~ Punyalah laju, turun-turun dari main benda tu aku kejanglah,siap tak boleh nak jalan, dah tu berpeluh-peluh.) dan yang terakhir Roller Coster (sahlah, hamba Allah ni main tutup mata, 4 jejaka lagi boleh sambung main 2nd round. Aman? dia join aku surrender awal). Ada satu lagi mainan, mainan air tak tau nak bagi nama apa, dia dok pusing-pusing habis basah kuyup seluar aku. Walau sesibuk mana kami bermain, Fardhu yang wajib tidak dilupakan, tidak susah untuk medapatkan surau dekat sana. Di mana sahaja ada surau atau Musolla. Kewajipan tetap ditunaikan, dari sinilah bermulanya, aku mengenali dan mendekatkan diri. Tenang sebenarnya,namun aku bertatih untuk memperbaiki apa yang sudah ditinggalkan. Sudah puas berlibur, pulanglah ke tempat asal, hanya berbekalkan air sahaja untuk berbuka puasa.Menggunakan perkhidmatan Busway untuk pulang, namun hanya dipertengahan stesen, disebabkan tidak tahan dengan kepadatan orang dalam bas itu. Kami berhenti di satu stesen (tak ingat nama stesen) dan berhenti makan di sebuah Shopping Complex berdekatan. Pusing punya pusing akhirnya masuklah kedai Rice Bowl, kedai tu punyalah ramai orang sebab waktu berbuka puasakan. Duduk disatu sudut, makanan telah dipesan dan masing-masing sibuk melayan simPATI (sim card di Indonesia). Selesai berbuka, beramai-ramai menjelajah Kota Jakarta dengan menggunakan perkhidmatan Bajai (ala-ala teksi di India). Punyalah syok naik benda tu, hanya tiga roda dan muatan hanya 4 orang, seorang pemandu dan 3 orang penumpang (penumpang tu ikt saizlah). Tiba di destinasi terkahir, Grand Indonesia Shopping Town, sangat grand tempat shopping depa, macam-macam barang jenama ada. Dekat sinilah kami berjalan-jalan dan menebus rasa tidak kenyang semasa makan di Rice Bowl tadi. Macam biasa, Sol akan ambik menu pelik on that time Lontong Chap Goh Meh, HAHA. Nasib baik lontong dia sedap dan menyelerakan. Hajat nak makan Hoka - Hoka Bento tak tercapai sebab dah banyak menu habis and same time nak main bowling pun tak sempat disebabkan masa dah suntuk Selesailah pengembaraan di hari ke dua. Pulang ke hotel, seperti biasa menggunakan Blue Bird dan selesaikan kewajipan, solat terawih bersama. Kiraan budget dan tidur. Biasanya pulang ke hotel dalam jam 11.30 malam ke atas. HEHE~



Episod 3 - Senyum Paksa Rela

Seperti biasa, sudah menjadi rutin mengejutkan yang payah bangun tidur. Mengetuk pintu jiran sebelah dan seterusnya mempersiapkan diri. Episod ke 3 sudah berada di hari jumaat 03/08/2012. Tarikh keramat yang memang tidak akan dilupakan. Sesiapnya aku, terus mencapai laptop di dalam bilik Shazwan and the geng, online FB, online skype and last bukak e mail. GEDIK! Nak tau jugak resultkan! Hambiiikkkk~ yang sedang sibuk bersiap, tiba-tiba Muhammad datang duduk sebelah, "Cam ner result? Ok ke?" Tak tau ke masa tu aku tengah senyum paksa rela? HAHA. Air mata dah berlinang dah masa tu, tahan dan cool gila. See, siapa suruh hang gedik nak bukak e mail. So, on the spot IM Sani dekat FB, "Sani I failed 1 paper.. OMG! Sani I tak boleh nak terima!!" - "Ekh~ Chooyyyy biar betul u failed satu paper? Sabar ye Nash, u failed paper apa? Ce citer" - "Choooyyy sangat.. I failed paper record" - End conversation! Nasib baik tak meleleh air mata masa tu. Pastu Angah pulak masuk dekat skype "Haloo.. Cam ner result? Cam ner Holiday?" - "Halooo lh sangat~ failed satu paper? gelap sudah holiday ku .. Huhuhu.." -  End conversation.
Pengajaran : Jangan nak gedik sangat bukak result masa tengah seronok-seronok.

Pada mulanya, tidak boleh terima kenyataan dan dalam masa yang sama aku dah rugi dengan kelebihan yang diberikan oleh pihak tertentu. Pada awalnya, tidak mengapa biarkan sahaja! Balik Malaysia baru fikir. So, si Muhammad ni bila dia tengok aku senyum, layan tak layan dia pun beransur dari tempat duduk. Tiba-tiba " abg nash cam ner result" lagi seorang, si Aizul. " Ok je, tak ada apa sangat" - mendatar je. So, keep it up sayang, jangan cepat mengalah. Destinasi pada episod 3 ni, Taman Mini Indah Indonesia (TMII). Sangat jauh dari hotel kami dan harga tambang teksi mencecah Rp. 120 000 (lebih kurang). Taman Mini? Mini pada nama, namun Ya Allah, punyalah besar. Taman Mini ini, menempatkan jenis-jenis rumah yang terdapat di Indonesia. Sepanjang hendak berjalan di Taman Mini ada Ojek (Motor Sewa) ada Keretapi (keretapi ni bawak jalan sekitar track dia je) dan ada lagi pengangkutan lain, cuma ada yang sedang direnovasi.



Jadi, kami explore semuanya, bermula dengan Muzium Indonesia dan seterusnya rumah-rumah yang ada. Berhenti untuk menunaikan kewajipan sebentar (yang bestnya design Musolla sangat cantik). Sambung semula dengan membayar Rp 10 000 kalau tidak silap untuk naik keretapi berjalan-jalan sekeliling Taman Mini, tengah seronok-seronok melayan perasaan, depa duk ajak melompat dari keretapi tu. Nasib baiklah pak cik ni mampu lakukan. Depa dok semangat nak p tengok Muzium Biawak, last-last tutup. Akhirnya, kami melawat contoh rumah-ruamh yang ada di Indonesia. Sangat cantik ukiran mereka, sangat menarik perhatian dan mereka sangat gah dengan ukiran bangunanan (pada pendapat saya). Hari dah mula petang, penatlah berjalan dok mencari Air Terjun sebenarnya, rupa-rupanya tempat tu direnovasi. Jadi, kaki pun dah letih tekak janganlah cakap kering sangat dah. Terduduk sebentar, semasa meraka pergi bertanya-tanya tempat lain. Akhir sekali buat keputusan, balik yukkk~ Petang dahkan. Nak berjalan ke pintu utama memanglah jauh berbatu-batu. Inilah masanya merasa naik Ojek - Sebenarnya, Sol tak nak naik, kerna terpaksa ku relakan jua. No Choice Sol~ HAHA! Merasalah naik Ojek dengan harga Rp. 10 000 tu sampailah ke pintu utama.
Jejak langkah seterusnya ke Gandaria City (Shopping Mall), Masa dekat Gandari City ni, sibuklah cuci-cuci mata sebab ada satu program TV (maybe) tengah buat shoot kt situ.


Beranganlah dapat jumpa artis ke apa ke. At last, harapan menjadi kenyataan jumpalah pelakon yang bernama Dude Herlino, niatnya mahu bergambar namun tidak kesampaian, jadi ambillah gambar dari jauh. Sedang duk asyik berjalan nak pergi mencari tempat berbuka puasa, tiba-tiba ...  macam kenal suara kumpulan ni. Project Pop tengah buat persembahan dekat tengah-tegah mall tu. Aku tak lepas peluang, depa tengah hangat nyanyi aku recordlah. Dok khayal merekod, tiba-tiba pusing belakang budak-budak ni dah takde? Mana depa g? "Abg nash sinilah" - Aman says! Sedang sibuk mencari juadah, dan aku dah tak larat nak berjalan, aku suruh Shazwan beli, apapun aku makan.Tinggal aku sorang dekat meja, ada makanan yang dah sampai, tapi depa dok cari lagi makanan supaya boleh shared ramai-ramai. Akhirnya! satu perkara yang aku kagum. Shopping mall tu ada bunyi beduk sebanyak 7x dan Azan berkumandang menandakan Maghrin dah pun masuk. Inisiatif yang diambil oleh pihak pengurusan sangat bagus. Memberitahu dan juga menggalakan kepada kesedaran diri atas kewajipan yang harus dilaksanakan. Sudah dua perkara membuatkan aku sedar akan sesuatu tentang kewajipan kita dalam kehidupan. Di mana sahaja kita berada, kita masih milik Allah dan wajib menjalankan tugas sebagai hambanya. Usai makan, kami meneruskan perjalanan ke Stasiun Gambir, untuk membeli tiket keretapi ke Bandung. Jadi sepanjang perjalanan hanya merehatkan minda dan memikirkan apa pula yang akan terjadi di Bandung. Malam masih muda kata orang muda~ Pulang ke hotel dengan hilai tawa masing-masing. Namun, hati aku masih gundah gulana, fikiran nan serabut masih boleh bergelak ketawa bagi memastikan tiada limpahan air mata. Bersiap untuk Solat Terawih, terawih berjemaah dan akhirnya Witir. Seperti biasa, pembahagian harta bagi pihak masing-masing. Sementara menunggu Muhammad menyelesaikan kewajipannya, kami berborak-borak kosong, dan akhirnya terjadi satu peristiwa yang terpaksa Muhammad berhenti Solat. "Sorry, terkentut" HAHA~ Sampai berhenti si Mad solat sebab aku kentut  - Sorry Mad - HAHA. Dah puas ketawa? Aku dengan Shazwan buat kerja extra cari hotel and tempat-tempat menarik dekat bandung. Akhirnya ada sebuah Guest House yang menarik perhatian dan juga murah. 

3 Hari di Jakarta :-

1. Aku mengenali lebih rapat siapa Muhammad, Salihin a.k.a Sol, Aman, Shazwan dan Aizul. Segila-gila mereka, wajib tetap wajib, wajib tetap ditunaikan.
2. Aku seperti terbuka satu pintu kerana kegagalan aku hari itu disebabkan jarang meminta dan berdoa kepadaNYA. 
3. Mengajar aku lebih mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Melihat keagunganya dan juga melihat anak-anak ini yang lebih muda dari ku lebih mengetahui dari diri aku yang serba kekurangan. Pintu hati itu diketuk sedikit dan juga memberi ruang untuk aku terus berfikir. 

To Be Continued :)

2 comments:

  1. The best-est wrap up story of our journey. best giler. lookin' forward to the next entry. hehe

    ReplyDelete
  2. Thanks Sol.. InsyaAllah, petang ni lepas office hour continue.. :)

    ReplyDelete