Thursday 13 September 2012

Ramadhan II : Indahnya Bandung

Assalamualaikum W.B.T ~

Kisah di Jakarta sudah selesai, namun kami hanya meninggalkan macet di Kota Jakarta buat sementara waktu. Bandung kami datang.

Bersedia berlepas ke Bandung, Stasiun Gambir, Jakarta.
Episod 4 - Bandung ( Indahnya Tek~)

Dalam Train, Nyaman je~ HAHA
Destinasi seterusnya adalah Bandung, di Jawa Barat. Setelah berdiskusi, kata putus telah di berikan, kami akan menaiki Keretapi dari Stasiun Gambir ke Bandung. Harga tiket Rp. 80 000 dan kami duduk di set eksekutif, kalau di Malaysia kita akan duduk di gerabak yang selesa dan tidak terlalu sempit. Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 Jam dari Jakarta ke Bandung. Rasanya ini pengalaman pertama menaiki keretapi melalui cerun-cerun bukit. Sebelum ini pernah menaiki Keretapi Tanah Melayu Berhad ke Butterworth, Penang tetapi perjalanan ke sana kurang melalui cerun bukit ataupun gunung-ganang dan berkemungkinan juga disebabkan perjalanan malam kami tidak berapa nak jelas di mana kedudukan sebenar. Namun, inilah kenyataan, perjalanan yang memakan masa 3 jam ini, kami gunakan sebaik mungkin. Boys yang lain buat hal masing-masing. Sememangnya mereka tidak pernah alpa dengan Al Quraan / Tafsir untuk bacaan sepanjang bulan Ramadhan. Aku menghabiskan sisa-sisa novel yang belum diakhirkan. Seperti biasa, mereka ni suka explore. Jadi, Muhammad, Aizul, Aman and Solihin berjalan dari satu gerabak ke satu gerabak sehinggalah mereka sampai ke gerabak Ekonomi. Gerabak ekonomi hanya menggunakan fresh air. Ohh! Lupa, that time aku not in the mood. Sekadar layan apa sahaja yang berlaku. Namun, apabila melihat kehijauan dan langit ciptaan Allah S.W.T, tenang rasanya. Setitis air mata mengalir. Air mata itu mengalir tanpa sedar. Kekusutan dan juga serabut melanda jiwa katakan. Hambikkkk~ Dalam masa yang sama dapat melihat betapa tingginya kami berada masa tu, highway (ala-ala highway lah) berada di atas sedikit dari kami yang berada di dalam keretapi (imagine lah macam mana tingginya landasan keretapi tu). Dapat melihat lurah-lurah bukit. Air sungai yang mengalir dan juga pemandangan kampung yang sangat indah. Apabila sudah berjalan, mulalah bertukar-tukar tempat. Bergelak ketawa, dan aku mencoretkan sesuatu di dalam buku coretan yang sentiasa dibawa ke mana sahaja. " Abg nash, tulis apa tu?" Mad, biasalah suka bertanya and last dia mesti senyum! HAHA. " Tak da apa Mad, just suka-suka. Suka menulis, suka buat cerita tapi selalu tergantung" - Me!. Dalam sibuk melayan perasaan, melayaun lagu guna MP3 or MP4 atau seangkatan dengannya, perjalanan hampir ke destinasinya. Yahoooo~ Bandung Here I Come Darling~
Lebih kurang 1.30 petang hingga 2.00 petang (dah tak ingat, tua katakan!) kami tiba di Stasiun Bandung. Sangat Old School u allsss~ Sejarah sangat! HAHA. Seperti biasa REDAH adalah konsep kami. Mencari pengangkutan hendak ke Guest House yang telah dikesan melalui laman sesawang. Nak kata guest house tu hebat takda lah hebat mana, tapi sangat menyeronokkan. Kami mengunakan perkhidmatan Supir. Bapak itu baik bangat deh~ Enggak charge terlalu mahal, engak banyak ngomel. Semuanya ditanggung beres~ Ingatkan, Bandung ni takdalah macet macam Jakarta, Hmmm.. Sama je, takda yang berbeza sangat.
Mad, Sorry!!! (tengok mad ngelak)
Manja Aman~ HAHA (Sorry!)
Perjalanan ke Guest House memakan masa lebih kurang setengah jam ke 45 minit (maybe). Bapak supir tu, bawa kenderaan ala-ala van (serius cantik jugaklah, ala-kereta mahal gitu). Depan (Shazwan ), area tengah (Aizul, Aman, Solihin) belakang (Aku dan Muhammad). Seperti biasa,  gelak tawa, usik mengusik menjadi satu permainan wajib di mana pun kami berada. Sol " tolonglah jangan mencemar duli". Sampailah ke destinasinya, De' Tropis Guest House, nak dijadikan cerita, Solihin, Shazwan, Aman and Aizul masuk delat receptionist. Aku dengan Muhammad, menyelongkar apa yang patut dalam van dan berborak dengan bapak supir. Borak punya borak, at last apahal lama sangat mereka dekat dalam ni, rupanya bilik kami yang paling depan sekali (betul-betul dekat dengan receptionist dan pintu masuk). Masalah yang ke dua, susah pihak pengurusan untuk lepaskan sumbat enam orang sekali dalam bilik. Apa kami punya peduli, Shazwan guna skill berbahasa, Solihin guna kuasa tanter yang ada, Aman? Hmm.. maybe skill sinetron yang ada padanya, Aizul? ala-ala Sabah giteeww~ Akhinya dapatlah kami masuk ke dalam bilik itu apabila empat sekawan ini menerjah dan bergabung tenaga ingin mendapatkan bilik tersebut. Besar bapok bilik dia. Katil king size tu boleh tidur empat orang sekali, Single saiz tu, dua orang boleh cukuplah enam oang. Cuma bilik padat dengan barang-barang kami semua. Usai solat berjemaah, kami mempersiapkan diri untuk pengembaraan di tanah Bandung. Ohh~ Lupa nak habaq, Guest House kami dekat dengan Church (bukan bangga tapi ... ). Berjalan mengikut haluan sesuka hati, bergambar di mana sahaja, walaupun di tengah kesibukkan kota. Berjalan dan terus berjalan " Waduh, bapok!" -HAHA! Situasi yang sangat kelakar ! Aizul? Hampir dicium oleh bapok jalanan tu. Muhammad? Hampir diraba dan dikabarkan "Aduh, ganteng~ HAHA", Aman? Sasa dan berwibawa ni? Dia dok sedap ambik gambar Mad nak kena raba, last-last dia pun kena! Ceh~ Aman kena raba ok! Nasib baik penyabar kalau tak hancur kamera aku dia kerjakan bapok tu~ HAHA (Sorry Aman). Sepanjang di bandung, aku banyak menggunkan Face Mask baru nak elok demam and tak tahan asap dan habuk. Misi seterusnya, mencari tempat nak berbuka puasa.Kami berbuka puasa di sebuah kedai (dah tak ingat nama, gambar di atas menunjukkan kami berbuka puasalah. HAHA!.

Berselera sungguh depa ni makan. Bab makan memang kami sangatlah tidak berkira. Apapun makanan kami sebat asalkan halal dan bukan di tepi jalan "mencemar duli katanya" . Meneruskan perjalanan mencari angkot untuk Cihampelas Walk, tempat ni lebih kurang macam Lot 10 (maybe). Ala-ala bukit bintang pun ada. Macam Up Town pun ada. Terlampau banyak baju dan segala jenis kedai branded. Semua kami singgah! tapi sebelum tu, kami singgah solat Maghrib di sebuah Masjid yang berdekatan. Di Bandung, lebih ramai yang bertudung (pada pandangan mata saya).
Singgah sebentar Solat Maghrib dan menunaikan kewajipan. Air di Bandung teramatlah sejuk, nyaman dan segar. Jika berjalan pada waktu malam, bagi sesiapa  yang tidak tahan pada kesejukkan silalah bawak baju sejuk. Sebelum solat, kami ternampak sekumpulan anak kecil yang duduk beramai-ramai. Kebetulan, aku yang last masuk masjid tu selepas ambil air sembahyang. Kenapa budak-budak ni kerumun dekat anak-anak kecil tu. Alangkah malu juga terasa  masa tu, yelah kita yang besar macam ni pun takda kesedaran. Terasa kecil masa itu. Biasalah, semua manusia akan melakukan kesilapan dan kesilapan akan berulang, sampai satu tahap dia akan sedar sendiri betapa ruginya terhadapa apa yang dia telah lakukan. Jadi, sempatlah mereka ni temu ramah sikit anak-anak kecil. Usia baru 7 tahun (kalau tidak silap) sudah mula menggorak langkah untuk menghafaz dan mengaji Muqadam dan Al - Quraan. Alangkah indah dan tenang ibu anak-anak kecil itu. Kesusahan membawa kesedaran sebenarnya. Sempat jugak bergambar dengan anak-anak kecik ini.

Inilah anak-anak kecil tu. Peramah dan tak sombong
Panti Asuhan dan Pesantren

Selesai kewajipan dilaksanakan, kami bersiap sedia untuk mencari angkot yang boleh ke Cihampelas Walk. Sedang sibuk berjalan, ternampak satu papan tanda "Panti Asuhan dan Pesantren" - Ramai yang tahu Panti Asuhan ini dikenali sebagai Rumah Anak-Anak Yatim. Salah seorang dari kami, begitu teruja untuk melihat bagaimana keadaan Panti Asuhan di Indonesia. Memberanikan diri, memperkenalkan diri sebagai Mahasiswa dari Malaysia dan saja melawat melihat bagaimana keadaan Panti Asuhan di Indonesia. Kebetulan, pada waktu kami datang anak-anak di Panti Asuhan sudah keluar menunaikan Solat Isyak dan menunaikan Solat Terawih. Rumahnya tidaklah sebesar mana, hanya cukup untuk berteduh dan menumpang kasih di antara mereka. Kata orang, Kasih dan Sayang bukan mudah untuk dijual beli, Kasih dan Sayang tiada nilai dan galang ganti. Kasih Sayang pengubat hati pengubat duka. Adanya rumah seperti ini mereka menumpang kasih. Di mana akan ku jumpa bapa dan ke mana mahu cari ibu. Mungkin kita bersua di syurga, teratak indah tidak tergambar rahsianya. Apalah yang kami mampu hanya mendoakan kebahagiaan keluarga ini dan terus mendapat Rahmat dan dilimpahi rezeki yang tidak putus-putus. Tersentuh melihat seorang anak kecil, ketakutan dengan kehadiran kami. That time I was think about Dania Humairah, si cilik yang sangat bijak berkata-kata. Kami menghabiskan masa hampir 45 minit, berborak bersama pengasasnya, bertukar e mail dan no telefon. Harapan mereka, agar ada kunjungan ke dua dari kami. Insya Allah, jika diberi rezeki dan keizinan akan kembali kami ke sana dengan suasana yang ceria dan muhibahnya kita. Kenangan manis ini sememangnya tidak mungkin dilupakan.

Nama Masjid, tempat kami solat
p/s Sol, pinjam gambar.




Sempat bergambar bersama pengasas rumah panti asuhan.

















Selepas selesai melihat panti asuhan, kami meneruskan perjalanan ke Cihampelas Walk. Berat mata memandang berat lagi paper bag memikulnya! Aduhh! Gawat ni, banyak sungguh barang-barang yang boleh dibeli. Cantik? Boleh tahanlah, Mahal atau Murah? Yang ini kena rasa sendiri. Sememangnya, nafsu dapat ditahanlah, tidak borong apa-apa pun, sekadar makan di sebuah kedai makan yang jarang-jarang jumpa. Nama kedai tu, Roppan~ Pernah dengar tak? Tak mungkinlahkan. Kedai ala-ala jepun, tapi sebenarnya, hanyalah kedai roti bakar yang agak unik sebenarnya. Pelbagai jenis kami order, sebab mudah merasa yang lain. Kalau yang sama jenis je mana sedapkan. Jadi cita rasanya lain-lain. Mari kita lihat apa yang menarik :)Bawah roti bakar atas dia macam-macam perasa ada, coklat ada, telur dangdut ada, ada yang daging and so on.




 Makan dekat Roppan ni pun selepas dah penat berjalan keliling Cihampelas Walk tu. Macam-macam jenis manusia jumpa dekat situ. Lebih kurang je macam Bukit Bintang, takda lah culture shock sangat pun. HAHA! Seperti biasala, ini malam pertama kami di Bandung. Entah macam mana mahu pulang ke pangkal jalan. Carilah angkot yang boleh bawa kami ke Jalan Karapittan. Akhirnya, sampai juga ke destinasi yang dituju. Dalam angkot tu jangan cakaplah macam mana havocnya kami berenam. Macam-macam topik keluar. Shazwan bercerita, Solihin penambah rasa, Aizul tambah gula, Mad? HAHA dia gelak aje, Aman? Sometimes penambah sometimes pencetus. Aku? Hanya mampu ketawa~ Tak mungkinlahkan. Akulah perosak, macam-macam dibual dan akhirnya ketawa terbahak-bahak. Nasib baik orang dalam angkot tu sporting (betul ke ejaan?). Al Kisahnya, malam yang menarik untuk diceritakan. Entah kenapa, selepas balik dari Cihampelas Walk ni, aku rasa nak meleleh je. Masa tu, cuba jugak buang apa jua yang masuk dalam otak, fikir kalau boleh nak bergembira je. Solat terawih berjemaah, Aman dengan Mad bergilir-gilir jadi Imam. Sememangnya aku respect both of this guys, sangat-sangat baik hampa berdua. Nice to meet both of you. Jadi, lepas je habis terawih, sambung buat witir, tapi Iman dah berubah, Solihin sambung, sebab aku bukanlah manusia yang bijaksana nak buat sendiri. Aku follow Sol, dalam tengah aku buat witir, aku sendiri tak tau kenapa air mata ni nak meleleh, ditahan-tahan menjadi sebak. Makin ditahan makin sebak. Selesai witir, Sol pun baca doa dan selesai Solat Terawih untuk malam tu. Aku pun duduk atas katil. Tengok Shazwan dah tersepit belakang pintu dok tahan sakit perut. Risau~ itu je yang ada dalam diri masa tu, masa yang sama aku ni kenapa? nak menangis bagai masa ni. Aku mintak Shazwan campakkan towel and capai pencuci muka terus masuk toilet. Dalam bilik air~ apa lagi, menangis semahunya. Takda siapa tahu, tiada siapa dengar dan tiada siapa lihat. Hanya diri sendiri dan berteman cermin yang ada. Kebetulan malam tu, dan berjanji dan kira budget untuk hari tu dah guna berapa banyak dan perlu dibayar kepada siapa. Jadi, yang lain semua keluar ke cafe untuk buat kiraan. Pada jangkaan aku tiada siapa yang akan tinggal dalam bilik, tiba-tiba ... Si Mad ni ada lagi, duk tengah bersiap terjengket-jengket. Aku pun lap-lap muka terus pergi ke cafe. Nothing! itu je yang ada sekarang. "Sakit perut lagi ke Wan?" - Me! "Sakit jugaklah, takpa nanti Oklah" -Wan! "Aman, nanti dah siap semua, urutlah perut wan, maybe kena pada tangan kurang sikit sakitnya." Me! - "Ok Abg Nash. Nanti Aman buat." - end conversation. Jadi, dah siap kira-kira semua Wan laju nak ke toilet, Aizul pun sebenarnya tak berapa nak sihat jugak disebabkan perut dia tak berapa selesa dengan makanan dekat sana (maybe). Jadi, tinggallah Aku, Mad, Aman and Sol. Berborak sehinggalah terleka dan terlalai. Semuanya kerana kepetahan mulut aku. Bercakap non stop and Sol boleh kata "Esok kita sambung cerita Abg Nash dari kecil hingga .... (tak ingat dah)." Amboi Sol~ HAHA. Dalam kebisingan yang kami lakukan tidak tersedar ada yang terkecil hati dengan apa yang berlaku. "Janji yang tidak ditepati sebenarnya" - Kalau ikut aturan cerita, Aman diminta untuk urut perut Wan! OMG~ Disebabkan aku, Aman tak buat benda tu. Pada mulanya, nampak macam takda apa-apa, at last bila " Kau ok tak Wan?" Mad - "Ok je". Aku tau ada something happen. Mulalah, aku tak duduk diam. Fikir sana, fikir sini. Apa yang tak kena. Aku nak je ketuk budak-budak ni. Boleh depa tidur, aku separuh nyawa duk fikir apa yang tak kena dengan Shazwan ni. Tiba-tiba Wan terus keluar. Dia tak duduk dalam bilik. Aku text " Wan kenapa? Abg Nash ada buat Wan kecik hati ke?" Me! " Takda apa-apalah Abg Nash, Wan ok je, cuma sakit hati je. Wan ok je nanti." Wan ~  "Wan buat apa kat luar?" Me~ "Wan whatsup Aiman, terindu pulak dekat budak tu" - Wan! Ok siapa suruh bagi key point, aku memang pantang. Aku masuk toilet dia pun masuk bilik. Aku ingat dia tidur dekat sebelah Mad, Hmm.. Tidur dekat bawh beralaskan sejadah. TERSENTAK! Itu je yang aku mampu cakap. Punyalah aku nak meleleh air mata (sorrylah kepada sesiapa yang membaca, aku memang kuat menangis. menangislah buat aku hilang stress). Sememangnya aku tak boleh terima dengan keadaan masa tu, dahlah tak bagitau sebab apa sakit hati satu hal, yang ke dua apahal tidur bawah, dah tak nampak katil kosong (fikiran masa tulah). Dalam masa yang sama, aku tak boleh nak lelapkan mata dah, aku ambil buku coretan tu, aku terus ke cafe, masa tu dah dekat jam 5.30 ke 6.00 pagi. Aku duduk dekat situ hampir satu jam jugaklah sebenarnya. Dah rasa lain macam je duduk sorang dekat situ, aku masuk bilik. Oh the way nak masuk bilik tu, sempat pulak abg kaunter tu tanya aku macam-macam. At last settle jugak. Aku masuk, aku duduk atas katil, still tak boleh nak lelap, sedangkan kepala aku dah macam gasing~ pening sangat sebab tak tidur-tidur. Akhirnya aku terlelap dan salam jam 8.30 (maybe), tersedar. Amboi, nyenyaknya 4 orang ni. Tak nampak ke kawan kau tidur kat bawah tu. Aku capai towel terus masuk toilet. Bersiap dan... Taraaaaaa~ Aku jadi berani berjalan sorang-sorang dengan gereja depan tu tengah sibuk buat function dan aku terus berjalan pergi cari kedai topap. Memang masa tu tak fikir apa pun. Asalkan aku dapat cari topap, aku dapat info dari Aiman. Tak pasal-pasal Aiman terbabit sekali. So, text lah mamat tu. Tah brp kredit habis. Dah habis text, aku fikir-fikir balik. Betul juga, masa aku sakit Wan punyalah jaga dengan teliti, ingatkan makan ubat, siap bagi ubat lagi suruh makan depan dia. Tapi bila dia sakit? semua buat tak tau je. Akhirnya, melelehlah, tiba-tiba ada orang pegang kaki aku, "Abg Nash g mana tadi?" Wan~ "Kuar kejap" . Dia terus tidur balik. Nasib baik dia tak nampak (masa tulah). Aku pun duduk je sebelah dia. Depa ni bila nak bangun. Kata nak p jalan-jalan dah sembilan lebih tak bangun-bangun lagi. Di kesempatan yang ada, aku pun ambik telefon. Tambah lagi watak dalam cerita aku hari ini, Mardhiah ! HAHA~ Punya semangat call dia kul 10.00 pagi masa tu. Dia pun baru bangun. "Madie, rindu Malaysia" Me~ "See, what I say, Malaysia tetap the best" Madie - "Madie, Shazwan.. Shazwan.. " bukan boleh terus cerita, menangis semahunya dulu, baru cerita - end conversation.
So, Mardhiah tahulah apa isi hati pagi tu, berkecamuk dengan result tambah dengan perangai Shazwan and budak-budak ni tak reti nak rasa bersalah ke.?. Mana g perasaan (masa tu punya fikiran). Aku nak menghilangkan rasa gundah gulana tu, aku baca novel, aku baca novel tu pun tak berperasaan. Semestinya, novel tu ceritanya sedih, bertambah sedihlah aku, yang menjadi masalahnya, yang gembira pun aku rasa sedih je. Ceritanya tidak habis di situ, bila aku dah kejut sorang demi sorang, bangunlah anak-anak emas ni dan bersiap nak ke Pasar Baru and Factory Outlet

Episod 5 - Bandung, Kota Jualan Murah

Bangun dari tidur dan masing-masing bersiap. Kalau bab bersiap ni suka cerita tentang Aman, HAHA~ (sorry again Aman). Dia kalau duduk dalam bilik air, kalah aku. HAHA! Menjaga tata rias katakan. Jadi, bila semua dah siap, sementara menunggu yang lain, aku duduk dengan Shazwan dekat depan kaunter. " Apa yang buat Wan sakit hati?" Me! - " Sebab, 1 Malaysia Janji tak ditepati" - Wan! - end of conversation. Gila mendalam ayat dia. Aku yang ala-ala sasterawan tak jadi pun tak faham. Emmm.. Biarlah, aku dah puas menangis tadi. Now, its time to berlibur (bersuka-ria). Berlibur tu bahasa Indonesia. HEHE~! Meneruskan perjalanan ke Pasar Baru dahulu. Meredah kesesakkan lalu lintas, kami berjalan kaki je. Sedang asyik berjalan, dengan harapan taklah bertemu dengan Bapok Kemboja Jalinan Mesra tu. Akhirnya jumpa jugak. Ya Allah, pagi-pagi lagi udah mencari rejeki. Udah diketuk-ketuk mobil yang ada di jalan. Dasar Kemboja Jalinan Mesra~! Berlari anaklah kami beramai-ramai seperti mengejar emas di Olimpik, Waduh, gawat nih~ Pantas juga Si Kemboja Jalinan Mesra ni. "Iya, napa lari, enggak usah takut" - Bapok Kemboja Jalinan Mesra. Siapalah tak takut dengan dia. Dahlah rupa macam Kak Limah, dah tu siap bawak geng lagi, bertudung... Aduh, alimnya bulan-bulan puasa. Tak kuasa kak jemah~! Bagi mengelak terus diikut kami patah semula dan pusing jauh sikit dari tempat asal. Terus ke Money Changer dan terus mendapatkan khidmat angkot seperti biasa ke Pasar Baru. Bila sampai je dekat sana mata jadi rambang, semuanya cantik-cantik belaka. Aduhai, kalau anda-anda nak tahu Solihin dengan Mad lah membantu meminjamkan dahulu duit mereka (Terimas mas berdua, jasamu ku kenang). Dekat sini memang tak sempatlah hendak bergambar, memang mata melilau mencari barang je. Terkilan jugak tak dapat beli kain pelekat nak buat sampin masa hari raya. Aku berjalan dengan Muhammad and Solihin, siap tawar-menawar setiap kedai yang kami berhenti. Sampailah kami jumpa semula Shazwan, Aman and Aizul. Kami berhenti dekat kedai telekung Sol, nak belikan untuk keluarga dia. Dari bawah, bawak ke atas mencari telekung. HAHA~ Tawar punya tawar, punya tawar dapatlah 4 pasang telekung sulam Rp. 200 000. HAHA~ Habis rugi orang tu Sol kerjakan. Sudah puas urus niaga di Pasar Baru, kami berangkat ke Factory Outlet. Seperti biasa menggunakan angkot sebagai pengangkutan uatam untuk berjalan. Factory Outlet ni jual barang-barang brand tapi dengan kadar murah. Nak kata barang reject pun ye, nak kata tak reject pun ye. Setiap kedai yang aku masuk confirm bawak keluar paper bag. Dekat satu kedai ni, lepas solat Asar. Aku masuk, macam tak menarik, bila dah naik tingkat atas!! Aduhai..... Lawanya baju-baju yang ada, tetapi cardigan lebih menarik perhatian. Harga Rp. 89 000, aduhai murah kot~ Kononnya nak ambik dua, last-last ambik satu. Masuk pulak kedai lain. Nampak Shawl pulak, harga lebih kurang sama, tahan bagai nak gila kat kedai tu, akhirnya bukan aku yang beli, Mad yang beli untuk ..... (rahsia katanya). Sampailah di satu kedai yang bernama Gosip~ HAHA! Ok, dekat sini pun sama. Mata meliar mencari macam-macam. Sungguhlah susah nak kawal nafsu! Tiba-tiba "Abg Nash nak baju ni Wan belikan. Tak pa Wan belanja Abg Nash?" Wan! - " Tengoklah dulu, macam mana. Lawa, tapi tak tau nak padankan dengan baju apa nanti. Nanti kalau Abg Nash nak, Abg Nash panggil Wan" Me! - "Aman lawa tak baju ni? HAHA" Me! (aku pulak hasut Aman). Kami pun cuba-cuba dan tak fikir panjang terus je ke kaunter dan bayar. "Tak pa Wan, Abg Nash bayar sendiri. Tolong ambik gambar Abg Nash dengan Aman" - Me! end conversation. Kenapa ambik gambar sebab paper bag kami sama. HAHA!Itu bukanlah kedai terkahir, kami masuk kedai Nike~ dengan harapan harganya berpatutan namun harga tinggal harga. HAHA! Sama je harga dia dekat Malaysia. Kononnya nak ke Bandung Super Mall, namun tidak kesampaian. Entah Mall mana Uncle Angkot tu berhentikan kami dan kami pun shoppinglah dekat mall tu. Shopping apa? Shopping barang nak masak buat sahur. Beli macaroni, cheese, sosej dan sebagainya. Huh! Seriuslah penat sepanjang hari berjalan. Depan mall tu kami pun tunggulah angkot untuk pulang semula ke Jln. Karapittan. "Mas, kami mau ke Jln Karapittan" - (**) "Baik" - Uncle Ngensot~ 
Naiklah angkot tu dan menikmati keindah malam. Ketawa dan sebagainya. Dalam angkot tu bukan ada kami je, ada warga tempatan. Ketawa sesuka hati je asalkan hilang segala kekejangan kaki. Tiba-tiba Uncle Ngensot tu berhenti di satu kawasan yang kurang dikenali, bayar duit angkot tu dan teruskan perjalanan. KENA TIPU BEB~ "Ehh! betulah, ada Holand Bakery tu!" Sol - "Serius ke, Ok jalan jelah, dah dekat" Aman! - Jalan punya jalan, tah jalan kapit mana dia berhentikan kami. Berjalanlah berkilo-kilometer dan bertanyalah dengan orang keliling. Lalulah depan Universitas Lang Buana (teringat cerita senario). Masa tu aku dah sakit tumit, sakit kaki, lutut hingga ke pinggang, namun nyanyian Shazwan dan Aman seperti memberi semangat kepada semua untuk meneruskan perjalanan. Sampai di satu simpang (tak ingat apa petanda) dengan yakin kesemuanya masuk ke simpang tu dan terus berjalan. Sampailah jumpa, kedai Satay Belut! Aduh, minum air je dahlah, siap makan satay belut lagi. HAHA! Sah-sah aku tak makan, namun fear factor punya pasal, telanlah dua cucuk (lidinya buang, tak makan). Usai makan di kedai tu, meneruskan perjalan yang berbaki beberapa kilometer lagi. Rasanya macam nak tercabut kaki. Sampai dekat guest house tu, ada yang dah terbaring dan terduduk (tak ingat siapa masuk toilet dulu). Masa tu aku tertidur "Abg Nash bangun kita belum terawih lagi" - (**) Aku ingatkan dah pagi, cepatnya.! Selesaikan dahulu urusan terawih. Aku dengan Shazwan buat 8 Rakaat je sebab nak set up masakan di dapur. Bersiap sedia menjadi Chef malam tu. Rebus sosej and masak macaroni cheese.. Siap semua, makan beramai-ramai sambil cerita pasal hantu (bulan Ramadhan beranilah aku dengar). Cerita punya cerita dah dekat nak subuh. " Mas, ngak perlu masak untuk sahurnya nanti untuk satu bilik?" - Chef terulung De Tropis  "Ngak perlu lagi, kami semuanya udah makan." Ramai-ramai. Sambung borak dan akhirnya masuk tidur. Insiden sebelum tidur. Aku dah pose baik nak tidur kat mana tiba-tiba ... TARAAAA~! Shazwan dengan penuh perasaan bentang sejadah nak tidur bawah! Jangan haraplahkan. " Wan! jangan nak ngada-ngada tidur bawah, tidur je atas.Abg nash nampak tidur bawah siap (sebak nada masa tu)" Me! - " Lahh..Tak pelah" Wan! - "Jangan nak mengada-ngada, tidur atas." Me! - " Jap-jap Wan sakit perut nanti wan tidur atas." Wan! - " Jangan tidur bawah, kita bayar sama-sama. Tidur je atas sama-sama." Me! - end conversation. Cepat-cepat aku ambil sejadah tu aku peluk bawak tidur. Akhirnya Wan tidur sebelah Mad, memastikan dia tidur dahulu baru aku tidur. Kalau orang kata aku gila pun takpe, sebab dia jaga masa aku sakit dan aku rasa semua bayar duit hotel sama rata, jadi tidur je sama-sama.

Episod 6 - Bandung, Kenangan Air Mata.
Bergambar di Tangkuban Perahu

Seindah suria pagi, aku juga yang bangun dulu. Dah siap mandi and Qada' waktu subuh aku kejut sorang demi sorang. "Wan, bangun. Nanti Bapak Supir kul 9.00." Me! - "Abg Nash kejut Sol dulu" Wan! - "Sol, bangun nanti pak cik tu datang, kita tak siap lagi" Me! - "Abg Nash kejut Aman dulu ek! Dia lama kalau bersiap" Sol! - "Aizul, bangun kita janji dengan pak cik tu kul 9.00" Me! - end conversation. Terkulat-kulatlah si Aizul ni bangun dari tidur bersiap dan bergilir-gilir semuanya. 9.00 pagi! Pak Cik tu memang sharp on time dia dah ada kat depan guest house tu tunggu kami. Aduh~ Kesian pak cik tu. Namun demi mencari rezeki, dia sabar dengan kerenah kami. Pak Cik tu baik dan peramah. Dia tak berkira dengan kami.  Jam 10.00 baru semuanya siap, Aizul siap pergi money changer dengan pak cik tu. Perjalanan kami pada episod 6 ini ke Tangkuban Perahu, tempat Gunung Berapi yang dah mati erti kata lain sudah tidak aktif lagi. Perjalanan yang memakan masa hampir 1 ke 2 jam (maybe) kami dapat melihat keindahan alam dan suasana kampung di lereng-lerang bukit. Seperti biasa, gurau dan seda. Tawa dan senyum silih berganti di dalam kereta. Aku tidur sebenarnya, sudah hampir ke puncak atau tempat yang dituju baru bangun. Dapatlah jugak melihat keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Bersyukur masih diberi peluang menghirup udara segar di Bandung. Sampailah ke destinasi yang dituju. Dingin bangat di atas puncak gunung tu. Melihat kawah bekas gunung berapi dan juga sempat bergambar di atas. Sampai di sana, kami di datangi dengan beberapa penjual  atau penjaja jalanan yang mencari rezeki. Bukan tidak mahu membeli, tapi terlalu ramai yang kerumun dan terlalu memaksa. Faham, akan kesusahan yang di alami mereka, namun kami juga tidak punya uang mahu pulang nanti. HUHU~. Tiba-tiba didatangi seorang pemandu pelancong dan dia menerangkan pelbagai tentang khidmat yang ingin diberikan, namun kami harus berfikir dahulu dengan keadaan kewangan yang tidak menggalakkan dan juga penjimatan waktu untuk sepanjang hari. Akhirnya, kami memilih tidak menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Meneruskan perjalanan sendiri tanpa bantuan pemandu pelancong. Mendaki dan terus mendaki, tiba di suatu kawasan, kami sempat bergambar ala-ala artis. Pelbagai pose maut yang ditonjolkan. Sudah puas bergambar, kami singgah dahulu ke Musolla yang disediakan, seperti biasa, air sangat sejuk. Usai solat, kami ke parkir dan memohon Pak Cik Supir membawa kami ke tempat air panas. Perjalanan hanya memakan masa 15 - 25 minit dari Tangkuban Perahu dan tiba di destinasi. Berjalan mencari tempat persinggahan yang boleh kami bersantai-santai. Tibalah di satu tempat yang dibenarkan untuk berendam. Hanya merendamkan kaki sambil bergambar. Pelbagai aksi spontan yang dilakukan. Aku hanya mampu tersenyum dan melihat keakraban mereka. Indahnya Ukhwah yang terjalin. Gurau dan tawa silih berganti, seperti keanak-anakan. Senyum aku makin lebar melihat mereka gembira buat seketika. Inilah kenangan manis yang aku rasai untuk tahun 2012. Tidak menyangka dahulu hanya mengenal nama, akhirnya bersua muka kini menjadi satu ikatan ukhwah yang tidak dijangka. Perjalanan tida terhenti disitu sahaja. Ada yang membuak-buak nak naik (apatah nama kenderaan besar tu). Sanggup meredah buluh bentung, lumpur lembik, habis selipar den! Adventure sangat, percutian dalam perkhemahan. HAHA! Dah tu kalau ada jalan keluar yang mudah tak ngape lerr. Aduh~ jalan yang sama. Memanglah teman ni dah biasa jungle tracking tapi dah lama tak buat Semput derrr~ Akhirnya, Aman memberi sedikit sumbangan kepada anak kecil yang membawa kami ke dunia luar biasa itu. Anak itupun seperti mencari rezeki demi sesuap nasi. Hanya ada perkataan kesian, namun apakan daya kita juga tidak berkemampuan. Sampai di parkir, kami meminta Pak Cik Supir membawa kami ke Paris Van Java. Paris Van Java, tempat ni serupa macam Pavillion. Serupa harga dan barang-barang yang ada. Kalaulah ada duit mahu shopping lagi dekat situ. Yang kelakarnya, putar alam dalam Paris Van Java tu, tapi kami berbuka puasa di kedai depan sebarang jalan! HAHA! Jimat punya pasal kami makanlah dekat kedai tu. HAHA~ Sampai nak makan dekat kedai tu pun sukat sikit demi sedikit, jangan ambik lauk mahal-mahal. Seperti dalam episod satu kami makan di Nasi Padang. Jadi, makan mengikut apa yang mampu. Ketawa sepanjang makan tu, disebabkan memilih lauk. Tahan nafsu nampak ayam, tengok je. Ambil lauk yang ala-ala mampu. Dah siap berbuka, kami meneruskan perjalanan ke Stasiun Keretapi Bandung untuk pulang ke Jakarta semula. Pak Cik Supir tu setia dengan kami, menunggu sehingga ke saat perpisahan terkahir di Stasiun Bandung. Sempat jugak kami bersalam dan bergambar dengan Pak Cik tu dan Sayonara Pak Cik, ada rezeki ketemu lagi di Bandung. Sayu juga ingin meninggalkan Kota Bandung. Pelbagai jenis kisah, cerita dan rasa yang dilalui sepanjang 3 hari di Bandung. Berkerjar ke Surau menunaikan Maghrib dan Keretapi akan berangkat jam 9.00 malam. Seperti biasa memilih Seat Eksekutif untuk keselesaan dan memang tiada pilihan lain untuk perjalanan malam. Tambang Rp. 70 000 murah Rp. 10 000 daripada harga siang. Perjalanan memakan masa 3 jam sama seperti waktu kami bertolak ke Bandung sebelum ini.

Dekat tempat air panas. 
Gambar tampak bersahaja






To Be Continued :)

Destinasi terkahir :)

2 comments:

  1. "Besar bapok bilik dia." ??? Apakah?? haha... Rushing ea, banyak typo je nampaknya. best best. waiting for the next entry...

    ReplyDelete
  2. Sol ; Tu cara org ganu cakap.. Dlu masa praktikal, kalau satu-satu benda tu besar dia akan kabo gitu "Besar bapok" menandakan benda tu besar.. HAHA. Btw, mmg byk gila typo. Malam esok nk betulkan balik. HAHA! Thanks baca :)

    ReplyDelete