Wednesday, 26 September 2012

Perjalanan Terakhir III : Tiada Lambaian

Assalamualaikum W.B.T :)



Perjalanan terakhir III  meneruskan kisahnya. Kali ini bercerita seorang lagi kenalan yang bakal terbang ke Dublin. Tidak berapa pasti berapa masa perjalanan ke sana. Kali ini, tiada lambaian di KLIA. Jumaat lepas berlepas sudah Salihin a.k.a Solihin Mahadi ke Dublin meneruskan perjuangan bagi mengejar cita-cita.Solihin? Who knows, dari hanya mendengar nama, sehingga mesra alam sebegini. Nak dijadikan cerita, semangat nak hantar Solihin fly masa hari sabtu sanggup nak skip kelas petang. Pergi KLIA sorang-sorang pun "tak ngape lerr" (ala-ala loghat perak). Orang kata kalau ada rezeki, dapatlah pergi ke KLIA, jika tiada bukan rezeki untuk berjumpa. Dijadikan cerita, bukak  Facebook dalam hari rabu rasanya (minggu lepas), Solihin mengeluarkan kenyataan sebegini :-

21/09/2012 MH 002 KUL/LHR 2340/0550
22/09/2012 E153 LHR/DUB 0850/1010

InsyaAllah pada hari Jumaat ini saya akan berlepas ke Ireland untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di RCSI. Jadi, sekiranya ada yang tersalah tersilap ter-over dan sebagainya minta maaf minta ampun. Lagi satu, andai kata saya ada berhutang dengan sesiapa, yang mungkin saya terlupa, sila tuntut cepat-cepat. Lambat tak dapat. Haha. Doakan perjalanan pergi itu selamat dan doakan kami semua berjaya dalam bidang yang dikehendaki.

Semoga kalian juga diberkati dalam setiap perkara yang dilakukan. Ameen.


Inilah Solihin a.k.a Salihin Mahadi
Macam artis tak? haha

Dengan pantas inbox Facebook Solihin, soalan tidaklah bertubi-tubi. Sedih sebenarnya, tidak lengkap cerita perjalanan terakhir yang telah dikarang dari episod pertama sehingga ke dua dan akhirnya episod yang ke tiga saya tidak membuat lambaian terakhir. Seperti biasa, berusaha keras Jumaat tu balik awal dari pejabat supaya boleh melakukan sesuatu yang di luar jangkaan, namun tetap tidak ada rezeki untuk berjumpa dengan Solihin. Itulah takdirnya, semuanya telah ditentukan dan juga telah dicorakkan. Air mata? tidaklah gugur di pipi namun hanyalah disimpan seketika. Sedih? Itu semestinya, semuanya seperti pantas berlaku. Dalam perjalanan tidak mampu menghantar khidmat pesanan ringkas disebabkan masalah yang tidak dapat dielakan. Setiba di rumah, lebih kurang 7.30 petang, selesaikan perkara yang wajib terlebih dahulu. Usai semua urusan dalam jam lebih kurang 8.10 atau 8.15 cuba telefon Solihin yang berada di KLIA. Teruja~ Dia angkat fon, tetapi tidak dapat berborak lama. "Boleh tak abg nash call Sol dalam  8.40, sebab Sol ada briefing ni " Sol - " Ok, boleh je, nanti abg nash call balik" Me! - end conversation. Seperti biasa, makan sehingga kenyang, mak masak siapa yang tak nak makan sampai kenyang, selesai makan, menghadap komputer riba dengan penuh tenang. 8.40! "Salam. Sol" Me! - " Abg Nash sorry, Sol tak habis lagi dengan benda dekat sini, ada Timbalan Pengaran JPA (X berapa nk ingat dah) datang, ada event sikit. Macam ni, senang abg nash call Sol dalam kul 10.30 ke atas macam tu, masa tu Sol dah masuk. Ok?" Sol - " Ohhh. Ok, boleh je. Nanti abg nash call Sol semula." Me! - end conversation. Masa tu, seperti ingin menulis sesuatu namun tidak ada apa-apa yang terlintas difikiran. Hanya menanti whatsApp dari Shazwan and Muhammad, namun ?? tengah malam baru mereka balas, keluar berjalan mencari rumah sewa dan dalam masa yang sama berjimba rasanya Status Facebook Shazwan  : Bru hbs karok kat CITRALAND ngan BOBO, ALI, ASRI dan Muhammad Shahrulzaman.. Mantap lah korang.. huhu :-) 

Sol and Family, Sol! again pinjam gambar
Dia dah jumpa kawan yang sehaluan, Alhamdulilah terus berusaha untuk menceriakan dunia anda Shazwan Sazali. Sementara tunggu Solihin bagi feedback boleh call,saya layan Trilogi Cinta II dekat TV1. Kalau dah peminat novel, drama pun kenalah layan supaya tidak ketinggalan. Menunggu? Biasalah, ada urusan yang perlu diselesaikan, terus menunggu dan akhirnya percubaan kali ke tiga berjaya.

"Salam, Sol, dh boleh cakap ke? dah habis urusan?" Me! - "Sol, dah masuk dah, tengah tunggu nak masuk cabin je. Abg Nash tau tak, hari ni Sol bad luck sangat. Timbang-timbang barang, sampai 25 kg, so kurangkanlah tinggal 23 kg, kena bayar RM ***.00 . Mahal sangat. Orang lepas-lepas Sol, 23 kg tak kena charge pun" Sol - "Serius ke?Sol sorang je ke kena charge?" - Me! - "Aah, Sol sorang je pulak tu yang kena charga, sabar jelah, melayang ***.00 tu. HUHU" Sol! - "Kesianya, kenapa tak jumpa orang kaunter tu balik, cakap kawan-kawan yang lain tak kena charge pun" Me! - "Tak pelah,  ........ " (Ok, dah tak ingat apa yang diborakkan, terlampau banyak sangat sehingga gelak dan tawa bertukar hilai tawa, bukan lagi ketawa ala-ala ayu lagi dah. HEHE! Berborak dengan Solihin hampir 24 M 27 S (masa ni tidak akan sesekali dilupakan). Thanks pada telefon rumah yang memberi info masa tu. "Abg Nash, Sol dah nak masuk .. " Sol! " Yeke, Ok Sol, sedihnya! Jaga diri Sol, Jaga kesihatan. Belajar rajin-rajin, 2 tahun setengah lagi kita jumpa ya! Nanti abg nash tunggu kapal terbang yang bawak Sol lalu, lambai dari rumah je. HAHA" Me! " Mmm.. HAHA.. Mmm.. Ok, Abg Nash jaga diri. Assalamualaikum." Sol! - "Baik, Waalaikumussalam, bye Sol!" Me! - end conversation. Sol? Sudah pun sampai di Dublin (confius sebenarnya, Dublin ke Ireland). Solihin ditempatkan di Royal Collage Surgeons Ireland dalam bidang Perubatan dan selepas dua tahun setengah di sana dia akan meneruskan pengajian di Penang Medical Collage. 

Aisar yang tengah-tengah!
Sorry Aisar, xda gambar single.
Selepas Solihin terbang dengan harapan tinggal 2 orang lagi dari 10 bersaudara ini di Malaysia. Akhirnya, ada juga cerita tentang Aisar Ahmad, Aisar akan terbang ke Zagazig, Mesir pada 1 Oktober 2012, melanjutkan pengajian dalam bidang Farmasi. Alhamdulilah, akhirnya usaha keras dia untuk membentuk satu kehidupan yang lebih jelas dan tenang di masa hadapan di permudahkan. Inilah corak kehidupan, dilanda pelbagai dugaan, Allah jua pembuka jalan, Allah jua memberi petunjuk dan kita sebagai hamba terus berusaha, berdoa dan juga menerimanya dengan hati yang terbuka. Aisar? Mengenali dia sebagai seorang kawan serumah Shazwan and Aiman, kawan sebilik Muhammad. Permulaan yang agak kekok namun lama kelamaan semuany menjadi satu ikatan ukhwah yang telah diberikan dengan pelbagai warna. 

Tamat kisah perjalanan terakhir. Akhir kata, apabila melihat kamu semua (9 Saudara) terbang melanjutkan pengajian di negara orang, timbul sedikit penyesalan, namun  kata-kata di dalam buku La Tahzan " Jangan sesekali memandang kebelakang kerana ia mematahkan semangat untuk bergerak ke hadapan. Hari ini milik anda, jadi jangan di minta pantaskan masa dan juga waktu, teruskan berusaha mendekatkan diri kepadaNYA." - Semangat, itu yang perlu sebenarnya, mahu melakukan perubahan dalam kehidupan, bukan mudah namun setapak demi setapak itu boleh dilakukan. Semoga sembilan dari kamu terus kuat dan tabah menjalani kehidupan di Negara Pengajian masing-masing. Jangan sesekali mengalah, PERSETANKAN segala benda remeh yang cuba muncul, itu hanyalah kerja Syaitan dan Iblis yang membuatkan kita lemah. Terima kasih kerana memberi ruang dan peluang mengenali anda sembilan saudara dan seterusnya, Cemara menjadi kenangan indah dan tidak akan dilupakan. Persahabatan kita sudah sampai ke kemuncak dan menunggu perngakhirnya. Semoga menjadi pakar-pakar perubatan yang membanggakan Malaysia dan seterusnya membantu pada yang memerlukan. Keep smile and miss you all guys~

" Kenapa 9? sebab seorang lagi meneruskan pengajian di IMU - International Medical University persediaan untuk ke United Kingdom. Selama 2 tahun ini dia akan menemani saya sementara 9 bersaudara terus berjang di Negara Pengajian. Syamsul Amri! HEHE! "

Selamat Selamanya :) -


2 comments:

  1. Hi abg nash. Dublin tu ibu kota Ireland macam tu lah. Kata nak sambung di Indonesia. Apa cerita nya?

    ReplyDelete
  2. Hi Sol! Haha.. Nampaknya begitulah.. InsyaAllah, tengok mcm mana kewangan dan pointer nanti.. InsyaAllah dipermudahkan segalanya. :)

    ReplyDelete