Wednesday 19 December 2012

Memori 2012



Assalamulaikum W.B.T

Hye! Dipertengahan bulan Disember rupanya kita sekarang ni. Bagaikan tidak percaya, Disember 2012 hampir melabuhkan tirainya. Indahnya bulan Januari, manisnya bulan Februari, gembiranya bulan Mac lalu disapa oleh bulan April, tersenyum pula bulan Mei dan tibanya bulan Jun. Dipertengahan itu muncul bulan Julai lalu bulan Ogos hadir membawa 1000 kenangan. Bulan September melambai dan menyambung kisahnya di bulan Oktober tiada kisah tragis hanya limpahan ilmu di bulan November akhirnya kisah mula ditutup di bulan Disember.

Related ke Video tu ?
Kehidupan kita ini kadang kala manis dan adakalanya pahit. Diwarnai dengan pelbagai kisah suka dan duka. Tragis atau memori bergantung kepada jalan cerita yang kita sendiri cipta. Kehidupan kita bukan dikelilingi keluarga malah sahabat yang sentiasa menemani kita. Namun mencari teman ketawa itu bersepah tetapi untuk menumpang bahu bukanlah mudah. Adakalanya, yang rapat boleh jadi lawan dan jauh itu mampu jadi teman. Setiap hari dan bulan yang kita lalui, kita tempuh bersama sahabat yang ada disekeliling kita. Lemah mereka bantu, yang ringan sama dijinjing. Menarik cerita kita, menarik jua cerita dia. Sedih buat kita, bahu pinjamannya. Alahai indahnya dalam bersahabat. Dahulu suka dengan perkataan tali persaudaraan, namun bukanlah dilupakan hanya tertarik dengan perkataan Ukhwah. Dalam persahabatan juga kita diuji, tidak kiralah dari pembelajaran sehingga perbuatan. Kadang-kala pedih untuk kita lalui, untuk kita jalani, namun Allah S.W.T lebih mengerti dan mengetahui apa yang terbaik dalam kisah perjalanan hidup kita. Tragisnya kisah, bila kaki terpijak duri namun Manisnya cerita, apabila berkongsi sepapan coklat. Aduhai hati, dalam persahabatan ini kadang-kala harus diselang selikan dengan silingan lawak agar tiada cuka tiada duka. Hari-hari yang kita lalui, bukan bersama keluarga namun penyeri hidup juga adalah Sahabat yang senantiasa disisi. Menariknya bait-bait ayat lagu itu :- 

 "Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh "

Akhirnya cerita di Bulan Disember ..
Disember? apa yang berlaku di bulan Januari? Oh. Tidak dilupakan meningkat lagi umur ku, dari 23 tahun berubah ke angka 24 tahun? New Year bersama Shazwan, Mardhiah, Azre, Zuhaili and Aida! Azam 2011? Emm. Hanya membina ayat asas, Mencari rezeki demi sesuap nasi, Berjaya bukan kerana bermegah namun kerana Allah S.W.T yang memberi rezeki utk mendapatkan Ilmu dan membahagiakan Keluarga dan sesiapa yang mengenali dan lalui kehidupan seperti biasa lalu perbaiki diri dan dekatkan diri kepadaNYA. Januari, Hari jadi ibu saya, disambut tidak semeriah mana, hanya keluar makan bersama keluarga dan menikmati malam indah suasana. Happy Birthday Fairus. Februari kembali, menjalani hidup seperti biasa, melihat Jabatan Agama Islam mebuat serbuan indah di taman-taman membasmi kuman-kuman liar yang bergelimpangan seperti tidak kenal Halal dan Haram. Aduhai Mata, cuci je melihat?Emm.. Zaman sekarang bukan boleh ditegur-tegur melentinglah dia "Hello! Kubur masing-masingkan? So?" - "Baiklah bro, lu kasilah azab sama lu punya diri, esok lusa itu ladies kembong lu mau jawab? Tara punya! Lu pasti angkat kaki" . Oh Hawa, jangan mudah tergoda sayang. Tutup kedai kopi anda jangan nak meluas sangat. Happy Birthday to My Brother Nazron Ismail

Mac, hanya dipenuhi dengan assignment dan kerja-kerja di pejabat. Bertungkus-lumus menyiapkan course work untuk dihantar kepada pensyarah-pensyarah tercinta. Bersedia menghadapi final exam untuk Part 2 di UITM. Pjj (Pendidikan Jarak Jauh) ? Seriously, if you still young just go on with full time studies.! Seriously, bukan mudah seseorang yang bergelar pelajar Jarak Jauh. One day, kamu tetap akan menangis dek kerana terlalu letih. Semangat kena kuat deq! Happy Birthday Jeffri April? Exam menanti? Tidak lagi masih jauh katanya. Masih lagi boleh bercanda di rumah, memperhabiskan masa di shopping mall, senyum, tawa dan usik mengusik di Cemara. Oh! Cemara awesome kot! You all kalau baca ni! Miss like crazy kot! HAHA Gelak dan tawa! Salah bukak pintulah, menumpang tidur, buat latihan sometimes tapi depa tu BIJAK PANDAI beza dengan kita. Oh! Stop, AprilFOOL!  Happy Birthday Mardhiah Sulaiman. Hello Mei! Not Mei Mei. Bulan lima lah! Awesome! Happy Birthday Shazwan Sazali, Haha. Even I'm not a master planner, its awesome birthday kot! See, friendship will never end. Sampai kaki luka kena prank! Wan? Agak2 next year wan kena macam tu lagi tak? and then takde orang nak belanja makan dah. Hadiah abg nash post dari Malaysia je ye! Same time Happy Birthday to Bonda Shazwan - Pn Norhayati Abd Kadir :) Mei? Preparation untuk menempuh course work lagi and then cuti! haha. Opss! Happy Birthday to My Father Ismail Sappar. Even abah garang macam singa you just give me a chance untuk hidup menjadi seorang manusia, jerit sikit dekat bulan Januari same to you Mom! Great and clap ur Hand bukan bantai dengan tali pinggang tau! Dah besar.. Hehe.. Azrin Hashim Happy Birthday!

Jun? Ya Allah. umur dah 24 tahun? Namun  tak berubah sama je perangai. Rumah kata pergi Kubur kata mari Nashriq! Need to change sayang. Oh! 24 years old first time kena prank thank to Jeffri, Fairus, Mimi, Elina, Dalila, Mahirah, Aim, Ainuddin, Sofy, Pija, Jiha, Lala, Izni (team UNISEL) - Thanks to dramatic day at Cemara Aiman Firdaus, Shazwan, Aman, Muhammad, Aizul, Aisar, Syamsul, Hafizi, Solihin and last Apai! Sebut je semua nama! Ohh! Aufa "Pak guard dia bukan student INTEC" Jerit dari tingkap dapur! Semangat sangat! haha.. Bayangkanlah kena simbah air. Dahlah xspearpart seluar dengan baju, kalau xsilap masa tu baru lepas photo shoot dekat tasik! and then dalam minggu yang sama balik Unisel ? Huh! ambik kau teloq berbiji-biji jatuh atas kepala, tepung dah macam apa dah! ditepung tawarnya kita! Haha. Happy Birthday Nash! Happy Birthday Aiman and Mad! Hehe.. Opss,! Zuhaili Happy Birthday! Haha. Ok! bulan Jun ni jugak buat photo shoot dua kali, satu kat taman KLCC and satu lagi dekat Tasik Shah Alam. Seriously, memang penat.!But its fun ok! Release tension. Photo shoot dengan Junior SMK Zon R1 dekat KLCC and Cemara Wachaa dekat Tasik Shah Alam. Memang memori. Develop skill sikitlah masa tu, buat album and so on. At the same time masa buat photo shoot dekat KLCC ! suprise ada kek untuki kitalah! Thanks u all! Miss u Azre Aziz!
Julai? Exam ! study, study, study and Cebisan Terakhir di Cemara! Thanks guys sebab bagi peluang untuk mengenali setiap dari kamu. Bagaikan tidak percaya, boleh join diorang without Shazwan. Thanks to wan also! Miss you guys! Gelak ramai2~ Sol!!! Pillow talk bila balik Malaysia! Julai? killer subject? tak target A pun but ... The story continue dekat Ogos! awesome august kot. Bulan julai? Happy Birthday Suhaini Ishak - Dia hantar kita kat Kl Sentral kot sebelum nak bertolak ke LCCT? Jeng Jeng! August Wait hah! Julai Happy Birthday Suhaini Ishak

Hai Ogos! Seriously, benda yang tak dijangka. Masa lepas hantar Shazwan fly China, lepak dengan Geng Cemara ni, balik dari Wet World, huh! terdengar Mad borak dengan Aisar (melalui perbualan telefon) Jakarta? Oh Seriously masa tu agak sentap! Tak tahu pun, ingat plan tak jadi? Akhirnya Allah S.W.T beri juga rezeki tu. dapat jugak pergi Jakarta, bukan Jakarta je dapat merasa ke Bandung. So flylah ke Jakarta, 7 hari dekat sana, macam-macam pengalaman yang saya dapat. Teruja dan sangat gembira, hanya Allah S.W.T yang tahu, Thanks Bos luluskan cuti saya! hehe.. Ogos, bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Merasalah berpuasa di Jakarta dan Bandung. Sangat meriah dan negara diorang ni takda lagu raya ke? Haha. Ada pillow talk, true and dare, tragis dan memori. Haha. Thanks Aizul, Sol, Mad, Aman and Wan! Raya! Raya! Yeahh..Happy Birtday Azre Aziz Budget lari.. Kejarlah budget tu. Pecah rekod selepas 3 tahun tak balik beraya kat Melaka. "dah besar dah anak busu (depa panggil my mom and my dad mcm tu) " Bila nak kahwin?" "Bila nak Kahwin" "Bila nak kahwin?" - sponsarlah, huh! belajar pun tak habis lagi ni. Tengah duk usaha tangga kejayaan lagi ni. Hehe. Raya meriahlah jugak walapun 5 beranak je. My Sister balik rumah mak mertua, Abang yang sulung pun sama. So Mak, abah, Me, Alang and Adik je. Opsss! Lupa! nak tau? Bulan ogos ni aku menangis almost three days sebab gagal satu paper? How dare! Dari Jakarta sampailah ke Bandung asyik meleleh je air mata! Hambeeekkk. September? Menyaksikan kisah-kisah perpisahan. Oh My LV! Shazwan, Muhammad, Aman and Apai ! Fly. Good bye my friend "Ukhwah Never Ends" Selang seminggu, Aiman Firdaus, Hafizi and Aizul! Fly jugak. Tinggal Solihin, Syamsul and Aisar. Tup..Tup.. Solihin punya flight awal! Bye Sol! Ireland here I come katanya ! Sibuk berFB! Ohh.. Aisar Fly Mesir 1 Oktober! Then tinggalah Syamsul di IMU. Happy Birthday Nasir Ismail

Oktober! Hmm.. Mula rasa bosan bila weekend. Madie dah sibuk dengan urusan di Poly! Ok! Saya di Semester 3 right now, every week class and sangat penat. Assignment ala-ala gunung tertinggi di Asia. Sibuk denga  final project dekat Bank Negara, attend class, belajar Library Congress Subject Heading, Class number, Management class. Record ! Lecterur dia ohsem! haha.. BEL? English Language, formal meeting, informal meeting and so on. Seriously, waktu speaking ke saya jadi kaku kelu lidah ku membisu. Huhu.. So far, Alhamdulilah syukur kepada Allah S.W.T masih diberi kekuatan dan juga semangat dari orang yang berada di sekeliling saya. :). Ohoi.. Happy Birthday Norlita Ismail.. Munirah Rusli Happy Birthday! Menjalani kehidupan seperti biasa di bulan November, penuhkan masa di pejabat, berhujung minggu di rumah. Aunty Norhayati and Uncle Sazali, bukan tak nak datang rumah, segan jugak bila Wan xda... hehe (sempat bagi pesanan penaja). Bosan jugak Shazwan takda. Selalunya ada je aktiviti nak buat. Huhu.. So, masa nilah siapkan report project cuti depavalilah, Raya Hajilah (Bulan Oktober rupanya). Team Cemara best tak korang raya dekat oversea? haha. Rendang ayam, daging kari.. pergghh! sedap!! - Bulan november! office buat birthday celebration dekat Restoran tupai-tupai Shah Alam! Doctor, saya makan seafood! Tapi ubat ada lg! hehe.. Meriah.. Meriah!

Disember.. Ending of the story! Tak selalu contact budak-budak oversea ni pun. Sekali sekala je. Hye! Hye! Fly-Fly Away and then Bye! Bye! Fly Fly Away. Nice to meet you guys. Hope happy always. Inilah masa membalas dendam dengan paper exam nanti. Berada di penghujung semester 3 dan bersedia nak berperang pada tahun 2013. Semoga exam kali ini, berjalan dengan lancar dan tenang. Good Luck Nashriq Ismail. Never give up darling. Think positive, ingat Allah S.W.T selalu ada dengan kita. Nice to meet you 2012. Thanks to Allah S.W. T give me chance untuk hidup di atas muka buminya. Sedang memperbaiki diri walaupun tahu masih lemah dan payah. Kuatkan semangat. 2012 manis pahit mu hanya tertulis dalam diari kehidupanku. Adakala aku tertawa dan adakala aku juga menangis. Hanya manusia biasa dan cuba memperbaiki diri. Thanks Mom, Dad, Sister and Brothers yang sentiasa berada di sisi. Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi menjadi sahabat, keluarga dan menjalinkan ukhwah antara kita. Sehingga kita berjumpa di tahun 2013. Ending of the Story, Oppssss! Lupa lagi! Happy Birthday Naim Ismail!

Make a Smile :) Nashriq Ismail.

2 comments:

  1. TGGU WAN BALIK! KITA G JEJALAN NGAN SYAMKAMARUL! :-)

    ReplyDelete
  2. HAHA! In shaa Allah, :)
    Take care Shazwan Sazali :)

    ReplyDelete