Sunday 10 March 2013

Buku Baru

Assalamualaikum W.B.T :)

Luahan Petang Menanti Senja
Kata orang " Hidup ini seperti putaran roda" ... Siapalah kita untuk menolak Qada' dan Qadar yang telah tertulis. Alhamdulilah, kini hampir mencecah 25 tahun. Sudah tiba masa membuka mata untuk bersedia untuk pelbagai kemungkinan. Ya Allah, dalam tidak sedar sudahpun 25 tahun hidup secara percuma di bumi Allah S.W.T ini. Lalainya kita sebagai seorang manusia. Manjanya saya sebagai seorang hamba yang diberi pelbagai kemudahan yang percuma. Alpanya saya sebagai manusia yang dilahirkan ke dunia tanpa diminta bayaran apa-apa. Terus bergelumang dengan dosa, terus beriadah dan goyang kaki tanpa melihat betapa berat catitan di sebelah kiri, betapa ringan di sebelah kanan. Tidak bersyukurnya saya kepada Allah S.W.T kerana telah diberi peluang berkali-kali untuk kembali ke jalan yang lurus, ke jalan yang diredhai. Allah S.W.T itu maha pengampun, dia telah membuka jalan, tetapi kita terus buta dan lalai di dunia. Seimbangkah kita Dunia dan Akhirat? Jangan malu untuk memperakui dengan dosa yang telah dilakukan, sujudlah padaNYA kerana DIA Maha Pengampun. Usah risau, masih ramai sahabat di luar yang mampu membimbing kita ke jalan yang benar, masih banyak bahan bacaan yang mampu diteroka. Kini masanya gagahkan diri dan tekad untuk meninggalkan Jahiliah yang terus membelenggu diri. Lemah, tidak semestinya lemah sehingga akhir hayat. Lemah tidak bererti kita tidak mampu melakukannya. Teruslah berjuang, jangan sesekali lemah. Petang menanti senja ini, terasa meluahkan apa yang terbuku dihati. Terasa dosa menggunung di dalam diri. Terasa syaitan terus bergayut-gayut di hati. Ya Allah, malunya! Terasa malu dengan keluarga, terasa malu dengan orang disekeliling kerana dosa yang bergelimpangan. Semoga Allah S.W.T membuka pintu taubat buat ku.

Berpisah Kita Sementara
Sebulan sudah masa berlalu, 08.02.2013 menyambut kepulangan dan 08.03.2013 menghantar mereka pulang. Selesai segala urusan yang telahpun direncanakan, barulah bersedia untuk menghadapi perpisahan sementara ini. Alhamdulilah, tiada satu titisan air mata pun yang mengalir ke pipi. Itulah yang dikatakan kuat. Pesanan terakhir dari panggilan telefon "Be strong.. Be strong.. Sekejap je". I always remember. :) Alhamdulilah, sepanjang sebulan berada di Malaysia banyak masa diluangkan bersama, berceloteh sehingga pagi, berjalan sehingga ke hujung dunia. Memori tercipta seperti lagu Shila Hamzah, kini masing-masing pulang dengan berbekalkan kekuatan dan keazaman untuk menempuh kehidupan di perantauan demi mencapai cita-cita. Semoga ukhwah kita kekal wahai sahabat-sahabat ku. 

New Semester Begin
Pulangnya mereka ke negara sementara masing-masing, begitu juga saya. Hanya duduk di Malaysia meneruskan perjuangan di Semester ke 4. Alhamdulilah, bagaikan tidak percaya sudah berada di semester ke 4. Ya Allah, bersyukur dengan rezeki yang diberikan, semuanya berkat doa Ibu dan Bapa, Ahli Keluarga, Guru-Guru, Pensyarah-Pensyarah, Rakan-Rakan dan Adik-Adik ku. :) Allah S.W.T sentiasa memberi kita dugaan untuk memperbetulkan jalan kehidupan kita dan juga untuk menduga sejauh mana kita mampu laluinya. Bila didatangi dugaan mahupun cabaran itu anggaplah Allah S.W.T itu sayangkan hambanya dan diuji hambanya kerana DIA mahu kita sentiasa mengingatiNYA. :) "Apa guna Sejadah di rumah jika dihampar seperti permaidani, Apa guna Al - Quraan di rak jika dijadikan hiasan". Kini bermulalah episod baru dalam menempuhi dugaan dan cubaan yang baru. Semester baru akan bermula dua minggu dari sekarang. Bersyukur masih ada teman-teman yang membantu dalam menguruskan hal pelajaran dan juga keluarga yang terus menerus memberi semangat. Perbetulkan niat dan kita akan perolehinya dengan mudah dan senang. Mungkin dulu saya Jahil, namun kini bukalah buku baru untuk memperbaiki diri untuk terus hidup di bumi Allah S.W.T ini. Semester baru, semangat baru dan juga azam yang baru. Bermulanya perpisahan sementara ini membuatkan untuk terus kuat dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Semoga semester kali ini diberkati dan juga memperoleh kejayaan dari semester lepas. 

" Apabila kita terlupa apa tujuan kita hidup di muka bumi Allah, maka lalailah kita sebagai hambanya"


Sujud, maka tenanglah hati dan jiwa kita.


Repent and Do not repeat the same mistakes
Semoga perkongsian cerita saya, dapat memberi sedikit sebanyak ruang untuk kalian berfikir. :)

1 comment:

  1. Maha suci allah.....betapa ku rasakn diri ini.....sering alpa dgn kehidupan seharian...penuh dgn kekhilafan diri....masa tidak menunggu kita....ajal juga bila2 ms dtg menjemput....sempat kah kita bertaubat pada Nya??? Ya Allah yg maha besar, maha berkuasa danmaha mengetahui.....ampunilah hambamu, terima lah taubat hamba mu.....

    ReplyDelete