Wednesday 29 July 2015

Bukan Senang

Assalamualaikum wbt. 


"Oii.. menung. Lama tak update blog? ak tgk bersawang dah blog kau ... Apa cerita.."

"Busy raya Brrooo! ... Hahaha"

"Kau okay ke?"

"Kau rasa? Takda soalan lain ek? ... Hahaha"

"Aku ada soalan lain ke untuk kau? Kau tu kalau dah merenung ke luar jendela, terbayang bintang di angkasa, bayu bertiup lembut ... Gitewww~"

"Hahaha! bong***!! Entahlah, aku sendiri tak tau aku okay atau tak? Aku sendiri tak tau aku mereng ke tak??? Patut tak kalau aku lari jauh-jah? ..."

"Lari jauh bukan jalan penyelesaian, kau nak lari buat apa, buat penat je.. Jalan je elok-elok. Aku tau kau boleh beb! Kau tau kan, apa pun yang berlaku ada sahaja orang dibelakang kau yang support. Beb dunia ni kita harus menghargai, kau kena nikmati sebaik mungkin.. Jangan lari dari kenyataan, that fact beb! Kau tak boleh tipu orang yang faham, kau tak boleh tipu diri kau sendiri.. kau tak boleh nak deny tu semua.. Itu adalah kenyataan!!"

Gambar Sekadar Hiasan :)



"Kau tak rasa!"

"Aku pernah rasa.. Aku pernah rasa.. Kau jangan kata aku tak pernah rasa.. Aku tau payah untuk kau tapi inilah kenyataan, kau kena lalui jugak kepayahan tu. Kau tau aku dulu, aku biarkan je apa yang nak jadi.. Apa yang nak berlaku lepas tu adalah risiko yang pikul selama kau berjalan.. Kau lemah, kau cepat masuk semua benda dalam kepala kau.. Suppose, kau tapi dulu mana yang patut, ini tidak semua kau masuk dan kau fikir baru kau nak tapis... Tapis dulu.. By the way, benda-benda macam ni, kau janganlah ambik simpang, terus je!! Payah bagi yang merasa mudah bagi yang bercakap, tapi setiap orang tu ada otak yang diberi pinjam kemudian gunakan sebaik mungkin ... "

"Kalau satu hari nanti, benda tu jadi satu kudis?"

"Jangan biar kudis tu merebak! Kau nak kena lempang tak dengan aku?"

"Lempanglah supaya aku boleh bangkit dari mimpi ni! HAHA!"

"Meh..Meh..! Beb aku kenal kau lama dah, aku tahu kau boleh teruskan benda ni.. Dulu boleh je kau lakukan benda ni semua.. Dulu siap kau boleh tergelak kalau benda-benda ni jadi.. Be Happy beb! Be Happy!.. I know u well! Dah lah jom starbucks~"

"aahhh kau! Asyik starbucks je! Bolehlah nak green tea! Hihi"

:)

No comments:

Post a Comment