Tuesday 31 January 2012

Akhir Sebuah Januari



"Tidak mendung di mata, tetapi basah di hati."


          “Ya Allah, Aku hanya insan yang lemah, hanya mampu berlindung di bawah nauganMU.  Ya Allah, siapalah aku menolak takdir yang telah ditentukan oleh MU namun aku tidak pula mahu menjadi insan yang dibenci oleh MU”.

                Meneruskan penulisan yang bercampuk aduk bahasanya. Aku mula rasa bersalah dan mula rasa aku terlalu memikirkan yang bukan-bukan. Aku mula rimas dengan diri aku sendiri. Entahlah, kenapa kebelakangan ini menjadi-jadi dengan sifat terasa a.k.a SENTAP!! Apa dah jadi dengan diri aku sendiri pun tak taulah. Kebelakangan ni, macam-macam yang berlaku, yang itu dan ini. Kesibukan keja tidak membuatkan aku tidak membantu adik-adik yang sedang berusaha keras dalam menjayakan program yang bakal mencetuskan revolusi yang cukup gemilang bagi kami pelajar library sciences. Berkumpul dari kohot 1 sehingga 15, bagaikan tidak percaya. Sesuatu cukup indah sebenarnya. Hanya tinggal lagi 18 hari sahaja. Mengembeling tenaga untuk menjayakan apa yang bakal direncakan pada hari tersebut. Semoga segala yang dirancang bakal menjadi satu malam yang gemilang.



"Apabila Jantung Berdegup Kencang dan Pantas”

          Setelah hampir berjam-jam berada di depan lappy merenung sedalamnya. Aku bagaikan tidak percaya, ianya muncul semula dalam kehidupan aku. Aku telah melalui suatu ketika dahulu. Penat, sebagaimana penat aku menjalani hari-hari aku menjalankan tanggungjawab di pejabat begitulah penatnya aku terpaksa memberi ketabahan terhadap kekuatan hati aku sendiri. Seluruh badan mengigil menanhan segala rasa macam yang melanda dan aku bagaikan tidak percaya ianya pnatas berdegup dan terlalu laju. Penafasan yang begitu pantas dan aku tidak mampu memperlahankanya. Lantas, aku perlu membuang jauh, sejauh yang mungkin dan tidak mungkin meletakkanya dalam minda sehngga membuatkan aku terdesak dan tersedak dalam kehidupan. Menagih segala yang tiada makna, cukup-cukup menyakitkan bagi aku. Aku pernah lalui semua tu. Aku faham, in fact benda yang aku nak lalui nanti lagi menyakitkan. Sudahlah, itu hanyalah Apabila Jantung Berdegup Kencang dan Pantas. Biarkan berlalu macam tu sahaja, asalkan kita tidak sesakit manusia yang menghidap penyakit kronik. Biarlah ianya menjadi satu mimpi yang indah pernah aku lalui. Semoga semuanya lancar dan baik

No comments:

Post a Comment