Friday 14 December 2012

Dipertengahan Disember

Assalamualaikum W.B.T

Bila fikiran mula melayang jauh sehingga terbawa angan-angan yang tidak sudah. 28 hari lagi menjelang tahun baru 2013. Kini Disember datang menemani kita seketika. Apakah sudah cukup lengkap diri kita dengan pelbagai citarasa? Jika masih belum lengkapkanlah. "Selalunya bila baca blog Mad a.k.a Muhammad Shahrulzaman, dia akan tanya, Apa khabar iman kita? .. Khabarnya belum cukup utuh dan kukuh. Sedari tadi terfikir, apa khabar Iman kita, inilah jawabnya, sedang mempelajari dan juga memperbaiki. Malu tidak mengapa asalkan tidak terus tersesat jalan.

Hi December ! 
Begitu pantas masa berlalu, masih terasa bagaimana kelam kelibutnya memohon cuti untuk ke Jakarta empat bulan lepas. Secara tidak sengaja, percutian yang tidak pernah dirancang itu berlaku. Alhamdulilah, sebenarnya Allah S.W.T sedang memberi rezeki cuba membuka pintu hati. Empat bulan berlalu, pelbagai pahit manis berlaku, yang pahit ditinggalkan dan yang manis itu disimpan kemas dalam benak fikiran. Yang berlalu tetap berlalu kini sudah hampir ke hujung cerita 2012. Disember baru sahaja membuka lembarannya namun jangan terlalu rasa selamat kerana dugaan dan juga cabaran akan hadir bila-bila masa sahaja. November yang berlalu pergi, tidaklah meninggalkan kisah yang terlalu pahit buat saya, namun ada sekelumit perasaan yang tidak mampu dibendung. Pada mulanya mahu membiarkan, lama-kelamaan menjadi satu rasa yang tidak mengembirakan. Ada masanya, saya terfikir adakah wajar dengan keputusan yang dilakukan namun apabila menilai dan dinilai adalah wajar bagi saya untuk melepaskan satu ruang lingkup yang bukan seangkatan dengan saya. Perkara dah berlalu, mengapa perlu dikenang. Usahlah kenang perkara yang lepas kerna tiada guna untuk melihat semula kebelakang, kerana belakang itu hanya tinggal sejarah namun melihat pada hadapan yang masih banyak perlu ditempuh. Prejudiskan segalanya, asalkan saya mampu tersenyum dan terus berjalan. Bye Fly2 Away :)

Apa yang dicari? 
Sehingga hari ini, masih lagi menelaah bahan-bahan bacaan yang mampu memberi sedikit ilmu dalam memperbaiki diri. Bercerita bukan bermakna menunjuk tetapi hanya menceritakan bagaimana diri yang serba kekurangan ini untuk memperbaiki kelemahan. Alangkah indah jika kita mendekatinya, namun sebagai manusia adakala lalai dan alpa kerna manusia tidak sempurna sifatnya. Bila sudah terhantuk baru sedar dari lamunan. Itulah hakikat, buka auta tapi fakta lagi fiktif dasarnya. Mana hadir kesedaran, apabila paluan gendang mula singgah di telinga. Seperti kata seseorang " Itu Allah baru jentik sedikit sahaja, baru jentik pada cuping teling. Dia sedarkan kita tu." -Itulah kata-kata yang memberi kesedaran secara tidak lanusng kepada saya dan juga sesiapa yang mendengarnya. Saya pernah katakan di laman sesawang Facebook, Jika Allah S.W.T memberikan kita sesuatu, bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan dan jangan sesekali salah menggunakan landasan. Apabila Allah S.W.T menarik semula kelebihan dan juga nikmat yang ada jangan baru nak terduduk lalu tersipu ala-ala Mak Jemah. Tidak.. Tidak..!! Ada yang pernah memberi sedikit pendedahan kepada saya, " Apa tujuan kita hidup? Kita bekerja kerana duit atau Allah S.W.T? Kenapa kita disuruh untuk menuntut ilmu? Lalu otak yang sarat ini mula ligat berfikir, adakah selama hidup "aku" ini berlandaskan ke jalan Allah S.W.T mahupun mencari keredhaanNYA? Jawapan hanya ada pada diri sendiri, tepuk dada tanyalah selera. Bagaikan dipukul canang namun masih belum ada hasilnya. Jangan dilihat pada orang lain, perhatikan diri sendiri di depan cermin. Usah malu, usah gusar menimba ilmu, yang salah diperbetulkan, yang elok dibaikpulihkan. Fikir dan renungkan sejenak, kita hidup kerana apa dan untuk siapa?  The best religion is Islam :)

Cerita Ibarat Duri
Bak kata pepatah sendiri "Tinggi ilmunya, Cetek kata-katanya"- Walhal, pendidikan yang diberikan cukup bermakna untuk menimbang tara yang buruk mahupun yang baik. Menilai manusia bukan sahaja dari kesilapan lampau namun perlu jua menilai dirinya apabila ada satu ruang lingkup perubahan. Alangkah indahnya, berjalan di atas pentas memiliki segulung pendidikan tinggi, namun masuh songsang apabila berkata-kata. Berjaya di persada Gagal dengan kata-kata. Udah bisa mengatakan yang jelik, jelik aja yang dilihat. Ayuh, bangun sedarkan diri dari lamunan. Adakalanya, melihat kain koyak tidak perasan kain sendiri rabak. Apabila menggunakan tangan jangan dihulurkan kaki. Aduh, manusia? Sedarilah diri anda dalam bahaya. Perkataan bernas, bebas, bekualiti dan bermotif untuk subtopik ini, Cemburu Manusia Tak Membawa Ke Syurga Namun Hanya Ke Neraka [Tidak baik menilai manusia terus begitu Muhammad Nashriq Ismail]. Hapuskan 5G dalam kehidupan, Gusar, Gementar, Gugup, Gagap dan Gagal. Setaip dari G ini anda sendiri yang ciptakan, walaupun tampak berjaya namun 5G ini masih menguasai diri anda. Makin ditarik makin menjadi, makin menarik makin berbudi! - Tak jelas, kalau terlalu terang semua orang akan tahu :)

Natijahnya, disember yang hadir kali ini hanya memberi seribu satu kemanisan lalu disimbah sedikit kepahitan. Seperti Manisnya Coklat akan ada Pahitnya Kopi. Walaupun datangnya seperti pasang surut air, namun hati manusia siapa boleh jangka. Biarkan apa sahaja yang hendak diperkatakan, asalkan mengenali diri sendiri. Yang koyak dijahitkan dan jahit diperkemaskan. Memori itu indah untuk dikenang, jangan dipadam dan jangan dihapus ia merupakan arkib didalam perpustakaan sendiri.

Sekian, Wassalam.

2 comments:

  1. salam.. abg nash.. ade sebut nama mad.. haha.. dah bole komen dah... hee.. :)

    ReplyDelete
  2. Wasalam, mad.
    Akhirnya, bertambah follower dalam blog abg nash. haha.
    Berjaya juga komen ye. :)

    ReplyDelete