Monday 26 March 2012


Life like A Bicycle 
     
Kehidupan seperti basikal, kadang-kala kita berada sungguh bawah dan juga kadang-kala kita berada di atas. Semasa berada di bawah kita sentiasa berkata "bilalah kita kan ada ruang untuk berada di atas." dan suatu ketika apabila kita berada di atas orang di sekeliling kita akan nampak kesombongan dan keangkuhan kita sebagai manusia. Menulis bukan kerana memerli, tetapi menulis kerana melihat duniawi. Bukan mudah kehidupan kita. Saling kejar-mengejar dan saling berlari untuk mengejar impian. Hidup juga tidak seindah yang disangkakan. Semuanya boleh berubah dan bertukar sekelip mata. Nan indah boleh dibawa ke dalam hati, nan pahit telan pun tidak jadi. Bukan mudah mengharungi liku-liku hidup. Penuh dengan cerita dan pancaroba. Ketaqwaan dan kesabaran dan disulamkan dengan iman yang membuatkan kita kuat dan gagah. 

No comments:

Post a Comment