Friday 16 March 2012

Selamat Ulang Tahun



"Setiap Langkah Dipersada Itu Akan Memberikan Senyuman Manis Buat Kita"


     Februari telah berlalu hampir 14 hari yang lalu. Cukup jelas, betapa payah untuk mengharungi liku-liku kehidupan di muka bumi Allah S.W.T ini. Pelbagai cerita dan kisah yang berlaku sepanjang bulan Februari yang hanya membuatkan diri ini perlu memperlajari liku-liku kehidupan. Sebagai manusia yang belum mantap segalanya, laluinya dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Mulanya bulan Februari, pelbagai perkara sudah mula datang dalam kehidupan yang serba tidak kena ini malah ada juga kisah yang tidak sedap didengar dan perlu diselesaikan. Kesemuanya berlaku dengan pantas dan tanpa diduga. Seingat manusia, bila ego dan cemburu menguasai diri pelbagai perkara kan berlaku. Cuba membiarkan perkara itu berlalu pergi seperti air yang deras, namun bukan satu perkara yang mudah untuk kita lakukan. Mencari satu persatu jalan penyelesaian dan juga cara menteteramkan segalanya. Keadaan yang seakan parah itu tidak dibiarkan, dilembutkan dengan kesabaran dan kata-kata yang cukup membuatkan semuanya menjadi tenang. Satu perkara berlalu, usai satu perkara yang masih belum ada penghujung ceritanya. Di pertengahan jalan yang tidak disangka, ada lagi ranjau yang harus dilalui. Bagaikan tertusuk duri, tersentap jiwa, semua yang dirancang telah direntap begitu sahaja. Bagaikan tiada sifat kemanusiaan. Mulai saat itu, bagai tidak mahu bercakap dan becerita mengenai apa sahaja. Malahan adakalanya, aku jadi manusia yang kenal tawar hati. Tiada apa yang lain, selain menghormatinya. Aku meneruskan dengan hanya membuat keputusan aku lepaskan apa yang aku mahukan. Apa akan daya manusia sekerdil aku, walaupun disuruh mengadap, aku sudah ketahui segala perkara yang sudah disediakan jawapannya. Aku biarkan ianya menjadi lemak di dalam daging yang sentiasa mengeyangkan. Jika satu hari ada kejutan budaya buatnya, itulah padah tidak pandai menjaga hati. Selembut cendol, akan ada keras kerak nasinya.

      Tidak seharusnya, kepedihan dan kesedihan itu dipanjangkan sampai kesudah. hampir dua (2) hari berlalu. Dialah sahabat yang sentiasa ada di kiri dan kanan, dia juga sahabat yang memberi semangat dan dialah sahabat yang sentiasa dihormati. Bagaikan tidak percaya, rancangan demi rancangan yang dijalankan oleh sahabat handai dan junior [sekarang continue degree] bersama-sama memeriahkan majlis yang cukup indah. Biarlah tempat menjadi rahsia kami untuk selamanya. Cukup payah melentur kepercayaan kepada dia. Dia hampir terbau apa yang ingin dilakukan Terima kasih kepada semua yang merencanakan majlis yang sehebat begini. 


    Dia sungguh hebat dimata kami dengan keteguhan, ketegasan dan kebolehan dalam menjalankan tugas dan sebagainya. Sebagai mentor adik-adik dalam Library Science dan juga menjadi pemerhati pensyarah-pensyarah. Apa jua yang telah dilalui bersamanya, dia cukup hebat di mata saya. Kadang-kala cemburu juga melihat dirinya yang serba boleh dan juga bijaksana, tetapi itu semua bukan satu kepetingan. Lihatlah, persahabatan kami pernah juga dirundung duka dengan pelbagai rasa kecewa, tersentuh dan sebagainya tapi tetap utuh sehingga kini. Dia pandai menjaga hati dan juga pandai membebel.. HAHA!! Happy Birthday Mohd Jeffri Abu Hassan. Never forget that fun day.. Tepung dan telur menjadi rahsia kejayaan Malam Gemilang 12 Mac 2012. Semoga panjang umur dan sukses selalu. Sentiasa disisi kami apabila diperlukan. Semoga menjadi pemimpin yang berjiwa rakyat. Good Luck :))





No comments:

Post a Comment