Wednesday 3 April 2013

Group Leader ?

Assalamualaikum W.B.T



Kuliah Baru Bermula


Kekuatan dan ketabahan pada diri kita hadir dari doa seorang Ibu dan seorang Bapa. Alhamdulilah, masih diberi peluang menghirup segala udara segar. Masih mampu melihat kehijauan warna daun, sebiru warna langit. Apa yang perlu diperbaiki adalah Iman kita, kembali mencari jalan yang diredhai olehNYA. :) 
Alhamdulilah, setelah hampir sebulan lebih meninggalkan semester tiga, kaki sudah mula memijak semula bumi UiTM Puncak Perdana. Kembali dengan harapan yang baru, meninggalkan segala kepedihan dan kesakitan semester lalu untuk meraih semula kejayaan yang ada. Semester baru sudah bermula, baru seminggu yang lalu. Minda yang kosong, masuk ke kelas dengan harapan tiada apa-apa halangan yang menimpa, namun hidup tiada cabaran tidaklah seindah warna pelangi. Lewat ke kelas hampir setengah jam. Alhamdulilah, walaupun lewat pensyarah masih lagi tersenyum dan mempersilakan kami duduk. Dr. Wan Abdul Kadir, belum memulakan kuliah, masih di awal perbincangan berkenaan projek kumpulan. Setelah selesai kuliah, kami ditinggalkan untuk menentukan siapa ketua editor bagi projek kali ini. Dasar pada hati tidak mahu, kerana tugas yang sungguh berat. Tidak mampu untuk memberikan komitmen, namun mereka ini seperti kanak-kanak riang dalam menentukan keputusan, tidak mahu jawatan itu dan ini. Asam garam kehidupan merak dahului dari saya, namun apakah anda rasa jika usia lebih dari anda namun dalam membuat keputusan untuk membentuk satu organisasi sukar untuk dilakukan. Bukan memperlekehkan, namun tertanya-tanya bagaimana anda menentukan kehidupan anda? Maaf jika kasar bunyinya, namun itulah hakikat bila diberi kata tidak, tidak diberi menyimpang tiga. Manusia? Bangkitlah! Sedar, jika mahu katakan, jika tidak jangan mempergayakan. Akhirnya, saya mengambil langkah tidak membazir masa memegang jawatan tersebut. Sudah seperti main tarik tali di padang lagaknya, akhirnya saya memberikan dua tiga butir bicara dan kami selesaikan urusan yang perlu didahulukan.

Cabaran Sebagai Seorang Ketua

Cabaran sebagai seorang ketua kumpulan yang baru sahaja disandang hampir seminggu ini cukup mencabar dan juga memerlukan semangat yang sangat tinggi. Bergaul dengan orang yang lebih tua, memerlukan kemahiran dalam berkomunikasi, perlu menjaga adab dan tatasusila. Aduhai, mengapa perlu ada sifat mengetuk tak pecah, yang diketuk bernanah. Itu peribahasa sendiri, fikir-fikirkanlah. Manusia ini diciptakan sama rupa dan bentuknya cuma jika ada kekurangan itu dugaan buat dirinya. Namun cara kita berkerja lain dan tidak serupa. Mungkin ada yang lebih pantas dan stamina dan kekuatan mental mereka kuat. Jangan disamakan diri kita dengan orang lain. Menjadi seorang ketua, mereka mempunyai strategik mereka sendiri dalam menyelesaikan tugasan, jangan dipertikai dan jangan pula seperti tangan yang mengawal tetikus. Biarkan, mereka tahu apa yang mereka susun, bila perlukan bantuan mereka akan cari jalan. Hendak memuaskan hati semua pihak bukanlah mudah. Kita perlu lihat permasalahan yang datang dari individu yang ini, yang selatan, yang barat yang timur dan sebagainya. Perlu diteliti pula, apa permasalahan mereka, apa yang mereka boleh lakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Kekuatan fizikal dan mental tidak cukup jiak tidak ditambah dengan sabar dan juga tabah dalam menjalankan tugas. Pelbagai kerenah manusia yang perlu dilayan sehingga mengorbankan waktu anda dan juga fikiran anda dan juga hati kita sendiri. Inilah yang dirasai sepanjang memegang jawatan sebagai group leader. Alhamdulilah, dengan siapa kita memohon pertolongan jika bukan dengan Allah S.W.T. Segalanya urusan dipermudahkan sikit demi sedikit. Semuanya hampir berjalan lancar. Bermain dengan emosi ini payah sebenarnya, apabila kita marah, hendaknya kita asingkan diri kita supaya marah itu tidak mudah meledak kepada orang lain. Saya tidak katakan saya bagus namun, ilmu yang diberi dari bangku sekolah lagi saya cuba praktikkan. Semoga urusan semester kali ini lebih menarik dan dipermudahkan.

p/s : Bukan senang hendak menjadi senang. :) 

Good Luck to Editorial Board of TINTA. Semoga TINTA kita dapat diterbitkan dalam masa yang terdekat
Study Smart but Not To Hard, Smart Come with Happy Hard Come with Stress.
Good Luck my Team !
Nashriq
Muhammad 
Masyitah 
Patirah
Sani
Hairi
Fakrul
Hafiz
Hani
Aida
Saiful
Azarina
Asraf 
Zubaidah
Zulfadli
Aniza

And special thanks to Dr. Wan Abdul Kadir Wan Dollah beloved lecturer

No comments:

Post a Comment