Wednesday, 18 February 2015

Lukisan

" Beb! Kau tgh apa? "

" Takda buat apa ... "

" Eh! Kenapa ni? Kau okay ke? "

" Aku okay je, biasa je ni. Takda apa pun .. "

" Jangan tipu wey! Aku tau kau, aku kenal kau macam mana .. "

*Gambar sekadar hiasan*
" Aku okay, cuma ... sedih sikit je. Result aku tak membrangsangkan. By the way, aku rasa macam tipis je nak sambung Master, hari tu aku berangan sangat nak sambung luar negara... "

" Okay! Sebenarnya life kita ni, memang kita yang tentukan, kita nak rancang semua benda, semuanya kita nak perfect, tapi tak semua yang kita rancang tu akan menjadi. Seperti seorang pelukis, dia melihat satu kawasan yang sangat indah di mata dia, namun tidak sepenuhnya lukisan itu mengikut apa yang ada di depan mata, pasti akan ada sedikit perubahan. Begitu juga kehidupan kita beb, semua yang kita rancang, ada beberapa yang akan menjadi. Kau tahukan, lukisan yang cantik itu kadang-kadang tersembunyi beberapa isi yang begitu tersirat.. "

" Aku faham, tapi tiba-tiba aku rasa macam kecewa sikit dengan apa yang aku ada sekarang .. "

" Kau tau, ada orang lagi kecewa dari kau.. Jangan cepat mengalah. Rezeki masing-masingkan. Namun jangan kau persiakan apa yang kau dah dapat nanti. Allah dah atur jalankan sebaik mungkin. Walaupun kadang-kadang kau rasa rancangan kau lagi hebat dari apa yang Allah aturkan. Jangan sesekali takbur dengan apa yang kau ada .. "

" Dah! Kesatlah air mata yang aku tak nampak tu, aku rasa kau ni susah betul nak buang tabiat air mata tu. Kalau ditadah boleh dah buat mop lantai .. "

" Belasah nak? Haha. Sempat perli aku. "

No comments:

Post a Comment