Wednesday 15 August 2012

Al Kisahnya Tangisan

Hampir dua (2) minggu berlalu meninggalkan Kota Jakarta dan Bandung. Bagaikan tidak percaya Ramadhan hampir melabuhkan tirainya. Kembali meliar syaitan yang diikat selama sebulan dan kembali menjalankan aktivitasnya menyesatkan manusia. Sedang duduk dibangku pejabat, tiba-tiba terfikir ingin mencoretkan sedikit cerita dalam Al Kisahnya Tangisan. Semenjak pulang dari Jakarta aku lebih banyak menghabiskan masa dengan berfikir, apakah aku sebagai seorang manusia telah menjalankan tanggungjawab kepada PENCIPTANYA, adakah aku sebagai manusia telah menjalankan tugas sebagai manusia yang berpijak di bumi yang sementara. Semuanya menjadi satu episod tanda dan tanya di dalam diri sendiri.
Setitis air mata jatuh di bumi Jakarta.

Pada mulanya perasaan sungguh gembira itu membuak-buak untuk melangkahkan kaki ke negara jiran. Sudah hampir dua hari berada di sana, aku mula mengambil risiko yang amat tinggi sebenarnya. Pernah dinasihat oleh rakan-rakan, usah ambil risiko untuk lihat keputusan exam waktu bercuti. Namun, naluri aku sebagai manusia lebih kuat dari nasihat yang disampaikan. Bertarikh 3 Ogos 2012, selepas siap mandi dan menunggu yang lain bersiap, aku dengan berani membuka e mail untuk melihat keputusan. Pada awalnya, aku tersenyum, melihat subjek yang aku rasa tidak begitu yakin untuk lulus, lulus sepenuhnya. Namun, apa yang telah dijangkakan berlaku. Aku tersenyum dan aku mula bermain dengan emosi. Bermulalah satu perkara yang tidak diingini. Tersenyum, namun hanyalah palsu belaka. Aku hanya membiarkan perkara itu berlalu sementara, namun ia tetap berlegar di fikiran. Aku meluahkan bebanan pada seseorang, namun hanya terdiam. Aku membiarkn beban terus membelenggu fikiran. Akhirnya, aku cuba meluahkan, ada yang mula memberi respon. Beban yang tadi aku pikul seberat-beratnya sudah mula ringan. Namun, beban itu hanya seketika. Seperti biasa, aku lebih gemar merembeskan air mata, ianya lebih puas dari apa yang aku luahkan. Aku duduk di dalam bilik air dan aku mula menangis semahunya sehingga aku rasa puas. Tiada siapa yang tahu air mata sudah mula jatuh di Kota Jakarta.

Air Mata Bandung, mula mengalir deras.

Seingat aku, air mata sudah habis di Jakarta, namun tidak sama sekali. Keadaan semakin serabut. Pada mulanya, aku ungkapkan aku redha dengan apa yang berlaku. Namun, ianya tidak seikhlas apa yang diungkapkan. Aku tidak dapat menerima Qada' & Qadar Allah sebenarnya. Pada malam pertama di Bandung, satu perasaan yang tidak dapat aku bendung. Aku menahan sebolehnya, usai solat terawih dan witir aku tidak lagi mampu menahan air mata yang mahu keluar. Seperti biasa, air mata itu dirembeskan di dalam bilik air sehingga perasaan itu sepuasnya. Apa yang boleh dikatakan percutian mula rosak disebabkan aku seorang yang degil. Degil kerana mengambil risiko yang membuatkan diri aku lemah selemahnya. Dalam keadaan yang agak serabut, diduga pula dengan perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran. Tidak tahu mengapa apabila aku mula tersenyum, ada perkara yang membuatkan aku kembali muram dan fikiran aku kembali serabut. Aku mula mencari satu kongklusi supaya ianya tampak lebih jelas dan menyakinkan. Berbicara menggunakan medium pertengahan, berbalas kata-kata dan akhirnya aku tidak mampu untuk menahan. Mengalir lagi air mata, hanya melelapkan mata selama satu jam dan aku bangkit mempersiapkan diri untuk mencari ketenangan. Namun, apa yang dicari tidak aku temui. Masih lagi berlinangan air mata, sederas seperti sungai yang mengalir. Sebenarnya, aku sendiri tidak mengerti linangan air mata itu untuk siapa? Linangan air mata itu menunjukkan apa sebenarnya? Kenapa aku menangis? Terlalu banyak persoalan yang berada di minda.

Mengapa aku mengalirkan air mata?

Aku bukanlah seperti yang lain, adakalanya mampu untuk berterus terang dengan apa yang mereka rasakan. Bukan mudah untuk aku meluahkan dengan apa yang aku rasa, lebih lagi apabila hati mula terusik mahupun dijentik. Semuanya berlaku dengan pantas, tidak diduga untuk mengalirkan air mata seperti wanita-wanita yang sedang dalam kesedihan.
  • Apabila aku mula terasa, tidak kisah dari kesalahan aku mahupun datang dari pihak-pihak yang lain, aku lebih suka memencilkan diri dan aku lebih suka untuk mengalirkan air mata. Ada sesetengah berpendapat sifat dan perangai aku susah untuk difahami. Ya! Memang susah untuk difahami. 
  • Mengalirnya air mata, kerana aku terlalu memendam seribu satu rasa dan payah aku ungkapkan lalu aku merembeskan segalanya di mana yang aku mahu. Sehingga rasa puasnya air mata itu mengalir, aku berhenti dan aku kembali seperti biasa.
  • Aku? Manusia yang susah untuk menerima sesuatu perkara. Gagal! itulah yang menyebabkan aku menangis ditambah dengan perkara yang tidak pernah aku rasai dan tidak pernah sekali aku lihat sebegitu rupa, aku akan tersentuh dan mula mengalirkan air mata.
Kongklusinya, perasaan manusia itu lain-lain. Ada yang kata " Eeee! Lelaki menangis? Tak gentleman lansung!" - For me? Do I care? My Life, suka hatilah. Setiap seorang daripada kita ada cara melepaskan tekanan, apa yang dia rasa, apa yang dia mahukan dengan tangisan. Tangisan bukan bermakna dia lemah dan mengalah di  pertengahan jalan. Kadang-kadang kita bermain dengan perasaan, perasaan yang tidak dapat dikawal mampu mencetuskan seribu satu cara seseorang untuk melakukan perkara di luar jangkaan. Air mata? Simpanan sepanjang zaman? Tidaklah bagi aku! Setiapa apa sahaja yang berlaku air mata yang akan tertumpah dahulu berbanding benda lain. Inilah kisahnya, air mata yang mengalir tanpa meletakkan hadnya.

P/S : Sesiapa yang tak faham, tidak mengapa  :)


Sambil menulis, sambil mencari manfaat. :)
Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)


Doa elak risau, sedih, lemah, malas, takut, lokek dan bebanan hutang.




“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud)

Amin,
26 Ramadhan - 15/08/2012
Pejabat Sendiri, 2nd Floor, Unisel Library.

4 comments:

  1. Nangislah bila perlu, jika ianya meringankan beban... Namun, hapusknlah air mata itu jika ianya menambah seksaan.. Air mata abg nash bernilai, fkirkn stiap linangan itu, apa pulangannya? wan pun xkuat soal perasaan, tetapi setiap kali kita berasa keseorangn, fkirlah, Allah xpnh tgglkn kita, dlm erti kata lain, xwjud istilah forver alone.. :-)

    ReplyDelete
  2. Tipu lah kalau kita tak bersedih atas sesuatu yang kita betul-betul letakkan pengharapan. menangis lah untuk suatu jangka masa, kumpul kekuatan, dan yang paling penting, lepas tu kita akan bangun dan bangkit dengan semangat yang baru. Strive for the best !

    ReplyDelete
  3. nangis tu fitrah abg nash. itu satu cara kita nak lepaskan ape yang ada dalam hati dan fikiran. ada satu saat bila air mata tu rasa dah habis semuanya reda.. entahlah, adalah masa dulu syam nangis almost for one whole day (adalah sebabnya.. haha) sampai esoknya rasa macam dah x larat dah nak nangis.. n everything seems to be fine after that dan boleh je selesaikan masalah tu dengan lebih tenang... :) takpe abang nash, sabar dengan ujian Allah tu... He knows best... hee..

    ReplyDelete
  4. Shazwan Solihin and Syamsul :)
    Thanks atas apa jua kata-kata kalian. Semuanya sudah tertulis bukan. Alhamdulilah, semuanya sudah beransur pulih. Spt kata Sol bangkit dengan semangat yang baru.. :) Thanks guys. :)

    ReplyDelete